BAB 22: Cuti

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI kedua mereka di Pulau Pinang, demam Rayan telah kebah sepenuhnya. Tempat pertama yang mereka melawat adalah Bukit Bendera. Selepas bersarapan di kedai mamak, mereka menuju ke Bukit Bendera seawal pukul sembilan pagi. Masa yang sesuai untuk berjalan-jalan di atas bukit. Kalau sampai tengah hari, mereka terpaksa meredah cahaya matahari tegak di atas kepala.

Rayan membeli dua tiket untuk mereka berdua. Mereka terpaksa beratur panjang untuk naik kereta kabel. Memandangkan hari ini merupakan hujung minggu, ramai pengunjung datang bercuti di situ. Hampir lima belas minit mereka beratur, akhirnya tiba giliran mereka untuk naik kenderaan itu.

Hanya satu tempat sahaja yang kosong saat mereka melangkah masuk. Rayan menyuruh Azalea duduk di situ bersebelahan dengan seorang wanita yang mungkin sebaya pembantu rumah mereka. Saat kereta kabel bergerak, kepala Rayan rasa seperti berpusing. Perutnya terasa sebu malah tekaknya terasa kembang tiba-tiba.

Mungkin sarapan roti canai tadi buat dia rasa begini. Tetapi dia hanya makan sekeping sahaja. Atau mungkin disebabkan kereta kabel yang bergerak naik ke atas bukit buat dia rasa begini. Mustahil dia rasa gayat naik tempat tinggi. Rayan memandang isterinya yang kelihatan tenang sahaja berbual dengan wanita tua itu.

“Lea,” panggil Rayan. Dia rasa tidak tahan dengan keadaan yang dialami sekarang ini. Rasa mahu muntahkan apa yang berada di dalam perutnya.

“Kenapa abang?”

“Aku rasa macam nak… mun…”

Rayan telan air liur dengan payah. Sebut perkataan muntah pun sudah buat dia mahu buat betul-betul. Dia perlu tahan untuk seminit dua sahaja sebelum tiba di atas bukit.

“Aku pening kepala,” bohong Rayan.

“Lea tak ada ubat. Abang okey ke? Kejap lagi kita sampai dekat bukit. Nanti Lea belikan ubat untuk abang. Kalau Lea tahu macam ni, kita tak payah datang sini.”

“Sekejap lagi baik la ni. Mungkin abang tak biasa naik kereta kabel ni.”

Azalea sudah beriak risau. Dia bangkit daripada tempat duduk. Dahi Rayan disentuh takut demam suaminya datang lagi.

“Nak minyak angin ke? Mak cik ada minyak angin. Letak dekat pelipis dengan leher sekali. Baru lega sikit,” ujar wanita itu apabila terdengar pasangan muda itu.

Minyak angin cap kapak dihulurkan kepada Azalea.

“Terima kasih mak cik,” ucap Azalea.

Dia membuka penutup minyak angin itu di atas jari telunjuk sebelum disapu pada pelipis Rayan untuk mengurangkan rasa pening suaminya. Azalea tuang sedikit ke tapak telapak tangan untuk disapu pada leher Rayan. Dahi suaminya disandarkan pada bahu Azalea. Tangannya naik menggosok belakang badan Rayan.

“Abang dah sampai.”

Mereka berdua melangkah keluar dari kereta kabel dengan segera. Rayan terus mencari tandas untuk memuntahkan segala sisa makanan yang dia makan tadi. Kepala dan tekaknya terasa lega apabila dapat buang apa yang tidak dapat dicerna tadi. Apabila dia melangkah keluar dari tandas, dia ternampak Azalea masih bercakap dengan mak cik tadi.

“Abang dah okey?” soal Azalea.

“Dah okey. Terima kasih mak cik,” ucap Rayan.

“Sama-sama. Anak mak cik pun macam kamu juga dulu-dulu. Biasalah kalau awal-awal macam ni. Mak cik pergi dulu, suami mak cik dah muncul tu.”

Azalea dan Rayan menghantar wanita itu dari jauh sahaja. Apa yang diucapkan oleh mak cik tersebut langsung tidak dapat dihadam oleh mereka berdua. Mungkin anak wanita itu pernah rasa gayat macam Rayan semasa naik kereta kabel.

“Lea nak pergi mana dulu?”

“Mana-mana pun boleh asalkan ada abang.”

“Kalau aku ajak masuk bilik... Aduh!”

Belum sempat dia menghabiskan ayat, Rayan mengadu kesakitan apabila perutnya dicubit oleh si isteri. Sejak dia kahwin dengan Azalea, satu perkara yang dia serik mengenai isterinya itu. Cubitan berbisa Azalea memang sangat sakit sampai ke isi. Belum pernah dia dapat elak cubitan isterinya.

“Sakitlah, cinta. Kau tak sayang aku ke?”

Bahu isterinya dipaut. Mereka melangkah beriringan.

“Abang, Lea nak naik tu!”

Soalan suaminya tidak dihirau apabila matanya menangkap sebuah kenderaan seperti sebuah kereta yang dipanggil buggy. Rayan mengikut sahaja kehendak isterinya untuk menaiki buggy sambil jalan-jalan di sekitar Bukit Bendara. Sebuah buggy boleh dinaiki empat sehingga lima orang. Tetapi Rayan lebih suka berdua-duaan dengan isterinya.

Perkhidmatan buggy ini akan membawa pelancong menyusuri jalan sejauh dua kilometer. Sepanjang jalan tersebut, mereka dapat melihat banyak rumah-rumah banglo lama yang sudah berpuluh tahan usianya. Kebanyakkan rumah ini dipengaruhi dengan senibina Inggeris lama. Pemandu buggy berhenti di sebuah pondok untuk memberi peluang kepada pasangan suami isteri itu menikmati pemandangan indah berlatarbelakangkan bandaraya Pulau Pinang.

Setelah puas menaiki buggy, mereka berdua melawat taman-taman bunga di situ. Azalea sedikit kecewa kerana tidak dapat jumpa bunga azalea seperti namanya. Kemudian, mereka singgah di Little Village Hill untuk mengambil gambar di mercu hati berlampu LED.

“Kau berdiri dekat situ. Aku ambil gambar kau,” ujar Rayan. Dia sudah mengeluarkan telefon dari saku seluar.

“Lea tak nak ambil seorang aje. Nak ambil gambar dengan abang. Jomlah, abang…” Azalea menarik lengan suaminya yang kelihatan enggan bergambar di mercu bentuk hati itu.

“Perlu ke buat  bentuk love dengan tangan?” soal Rayan.

“Mestilah kena buat. Dah namanya mercu bentuk love. Abang sayang Lea tak?” soal Azalea dengan wajah sedikit serius.

“Kenapa kau beria-ria sangat ni?”

“Ada orang tengok abang dari taman bunga lagi sampai la sekarang. Mereka tak nampak ke yang Lea ni ada dengan abang?”

Dia perasaan ada sekumpulan gadis mungkin pelajar universiti asyik menjeling ke arah mereka. Kalau sekali dua sahaja, dia tidak kisah. Ini sampai bercakap sehingga sampai di telinga Azalea sendiri. Siapa yang tak cemburu bila suami sendiri menjadi pujaan gadis lain?

“Kau cemburulah ni?”

“Mestilah.”

“Nak buat mereka sedar diri ke?”

“Nak lah! Biar mereka tahu yang abang tu Lea punya.”

Rayan ketawa kecil melihat wajah serius isterinya yang sama ketika malam mereka diserang di Hotel Golden Palace. Seperti mahu berperang lagaknya.

“Suruh mereka ambil gambar kita. Biar aku sendiri tunjuk yang aku ni sayang kau seorang aje.”

“Okey,” balas Azalea bersemangat.

Azalea mendekati sekumpulan gadis yang mungkin pelajar universiti yang tidak jauh dari mereka mereka. Salah seorang daripada mereka setuju untuk mengambil gambar mereka berdua.
Rayan memaut pinggang isterinya sebaik sahaja lensa kamera bersedia menangkap gambar mereka. Satu ciuman singgah di dahi Azalea. Tidak cukup dengan ikut pipi isterinya juga menjadi mangsa Rayan.

Wajah gadis yang mengambil gambar mereka sudah merah padam melihat aksi mereka berdua. Pelajar itu meminta diri dengan alasan kawan-kawannya sudah memanggilnya. Sekumpulan pelajar itu berlalu dari situ dengan segera.

Selepas sesi Rayan dan Azalea bergambar, pasangan suami isteri yang lain mula datang untuk bergambar di situ juga. Perbuatan Rayan tadi ditiru oleh para suami kerana isteri mereka juga mahu dilayan seperti Azalea tadi. Mujur sahaja tidak menjadi adegan terlarang di situ.

“Kau tak nak gantung mangga macam mereka buat ke?” soal Rayan.

Dia melihat ramai pasangan kekasih mahupun suami isteri sedang menulis sesuatu pada mangga berbentuk hati dan menguncinya di pagar. Suasana ini dia pernah lihat di Korea sebagai simbolik cinta antara pasangan akan terkunci rapi sampai bila-bila. Rayan rasakan itu satu pembaziran dan perbuatan yang sia-sia.

“Lea nak makan ais batu campur. Bosan duduk dekat sini.” Lain pula balasan Azalea.

“Jom. Aku pun dah dahaga ni.”

Azalea memerhati suaminya yang kelihatan berselera makan ais batu campur yang berperisa coklat. Ini sudah masuk mangkuk yang kedua dimakan oleh Rayan. Mangkuk ketiga akan menyusul sekejap lagi.

Sepatutnya mereka pesan satu mangkuk air batu campur sahaja kerana Rayan memang tidak suka makanan berais dan manis. Tetapi apabila dipaksa oleh Azalea, terus sampai tiga mangkuk dipesan oleh Rayan. Mungkin suaminya terlalu dahaga dan lapar kerana penat jalan-jalan hari ini.

“Abang nak sikit,” minta Azalea.

“Nah!”

Satu suapan masuk ke dalam mulutnya. Tetapi suapan seterusnya masuk ke dalam mulut Rayan. Kalau Azalea tak minta, suaminya terus lupa nak berkongsi dengannya.

MASUK waktu tengah hari, mereka menikmati nasi kandar di Deen Maju. Mereka terpaksa beratur panjang kerana ramai pengunjung tempatan mahupun pelancong luar mahu menikmati nasi kandar yang terkenal di Georgetown. Mereka terpaksa menunggu lama kerana tempat yang disediakan terhad kepada pelanggan.

Bila sudah tiba giliran mereka, mereka terpaksa mencari meja yang kosong untuk makan di situ. Rata-rata meja yang disediakan penuh dengan pelanggan yang kebanyakkan datang bersama dengan keluarga dan kumpulan masing-masing.

Azalea ternampak seorang wanita dan lelaki berusia yang dia jumpa di Bukit Bendera pagi tadi. Ada dua kekosongan di meja meja mereka. Dia terus tarik tangan suaminya untuk duduk bersama dengan pasangan itu.

“Eh? Jumpa lagi?” ujar wanita itu.

“Boleh kami duduk dekat sini? Tempat lain dah penuh.”

“Duduklah. Apa salahnya. Lagipun tak elok kamu berdiri lama-lama,” kata wanita itu.

Rayan dan Azalea duduk semeja dengan pasangan itu. Mereka memperkenalkan diri masing-masing sebelum berbual mesra sambil menikmati makanan tengah hari ini. Pasangan itu dikenali sebagai Puan Umairah dan Encik Hadi. Mereka datang ke Pulau Pinang mahu bertemu dengan anak dan menantu mereka. Tidak lama lagi pasangan itu akan menerima cucu sulung. Terpancar wajah kebahagiaan di raut tua itu.

“Masa menantu pak cik mengandung awal-awal dulu, dia tak pernah alahan. Tapi anak pak cik pula yang kena morning sickness. Isteri yang mengandung, suami pula yang alahan. Tapi sekejap aje dalam dua tiga bulan macam tu. Kalau Rayan jadi anak pak cik tak apa, itu tanda kita sayang isteri, ” beritahu Encik Hadi.

Rayan hanya mengangguk. Tidak sampai hati untuk membalas kata bahawa dia tidak bersedia untuk ada anak. Dalam keadaan dia sekarang ini, dia tidak rasa ingin menimbang cahaya mata. Hidupnya sudah lengkap dengan ada Azalea di sisinya.

Selesai makan tengah hari, mereka berpisah kerana pasangan lama itu sudah mahu pulang ke rumah anaknya. Azalea dan Rayan bersiar-siar di sekitar Georgetown sambil melihat Street Arts di sekitar bangunan yang terdapat di situ. Setiap gambar yang diambil oleh mereka adalah pertolongan daripada pengunjung yang baik hati.

“Kau tak penat ke?” soal Rayan.

“Abang, ais kepal!”

“Kau dah makan aiskrim tadi. Tak kenyang lagi ke?”

Azalea tidak mempedulikan soalan suaminya malah ditarik tangan Rayan untuk membeli ais kepal yang dijual di tepi jalan. Satu ais kepal berperisa strawberi sudah berada di tangannya. Bukan dia yang habiskan tetapi suaminya. Aiskrim yang dia makan tadi pun Rayan juga yang habiskan. Dia kempunan sahaja melihat makanan yang dia beli dimakan oleh suami sendiri. Sabar sahajalah hati

Puas berjalan-jalan di sekitar Streets Arts, mereka melawat Cheong Fatt Tze iaitu dikenali sebagai The Blue Mansion yang terletak di kawasan Georgetown. Ia merupakan sebuah rumah agam yang berwarna biru dengan gaya seni bina Cina. Satu peninggalan klasik dan bersejarah yang pernah mendapat anugerah dari UNESCO.

Mereka sempat masuk ke Upside Down Museum dan juga Dark Mansion. Pada mulanya Rayan enggan masuk ke dalam kerana rata-rata pengunjung yang masuk semua sudah berkeluarga. Tetapi atas pujukan si isteri dia terpaksa mengalah juga.

“Lea.”

Azalea menoleh ke arah suaminya.

“Kau gembira tak hari ni?” soal Rayan.

Senyuman Azalea semakin melebar apabila mendengar soalannya. Sejak mereka kahwin sehingga sekarang, senyuman isterinya semakin hari semakin berseri dan manis. Tidak seperti pertama kali mereka bertentang mata. Diri Azalea yang kosong nampak semakin ‘hidup’.

“Lea sentiasa gembira sejak Lea kenal abang sehinggalah kita kahwin sampai sekarang. Hidup Lea yang selalu kena kongkong dulu dah tak ada. Abang tolong Lea keluar dari tempat tu. Abang beri kebebasan pada Lea untuk teruskan hidup ni biarpun Lea dah putus asa masa tu. Tiada yang lebih menggembirakan Lea selain abang,” ucap Azalea.

“Walaupun aku letak kau dalam bahaya?”

“It’s funny? Fan? Fa…”

“Fun, cinta.”

Pinggang isterinya dirangkul erat begitu juga Azalea melakukan hal yang sama padanya. Kepaa Azalea disandarkan pada lengannya. Mereka sama-sama menikmati pemandangan matahari terbit di atas Chew Jetty tanpa mempedulikan pengunjung yang berada di situ.

“Being with you make me turn into someone I don’t recognize at all. The cruel me is gone once I see you, hug you and touch you. Aku tetap tak dapat ubah diri aku yang sebenar. Tapi aku masih nak jadi yang terbaik buat kau, Lea. You hold my sanity. You have every pieces of me. If I lost you, I lost myself too.”

Rayan menggenggam erat kedua-dua belah tangan isterinya lalu dibawa ke bibir. Cincin yang tersarung di jari manis isterinya dicium sekilas sebelum menatap wajah Azalea. Dia tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya kerana dia tahu mana-mana wanita tidak akan menerima dirinya yang kejam. Sama ada baik atau tidak, tiada siapa melihat dirinya yang sebenar.

Semuanya berubah apabila dia jumpa Azalea. Sekejam mana perbuatan yang dia pamerkan pada Azalea, isterinya masih lagi mencintai dirinya yang penuh dengan darah. Masih mahu menjadi isterinya biarpun nyawa mereka selalu dalam bahaya. Wanita ini buat dia rasa ingin melindungi, memiliki dan mencintai seseorang.

Ini kali pertama dia jatuh cinta.

Ini kali pertama Rayan mencintai seseorang.

Ini kali pertama Rayan Edrise takut kehilangan seseorang.

“I’m happy you’re my wife.”

“Lea pun sama.”

“Apa yang sama?” Timbul idea nakal mahu mengusik isterinya.

“Abang kata happy tadi. Lea pun happy juga.”

“Aku cakap malam ni aku nak makan Maggi.”

“Abang tipu!”

“Mana ada aku tipu. Aku terliur nak makan Maggi malam ni. Kalau tak dapat Maggi, dapat makan kau pun jadilah.”

“Okey, tak apa. Balik ni. Lea nak belajar Bahasa Inggeris. Siaplah abang bila Lea dah pandai nanti.”

“Siapa yang nak ajar Lea?”

“Haq ada boleh ajar Lea. Hari tu dia ajar Lea macam mana nak tikam orang di tempat yang betul. Sebab tu Lea dapat selamatkan diri pada malam tu,” beritahu Azalea.

“Haq ajar?”

Patutlah isterinya sudah pandai melawan dan merajuk dengannya. Rupa-rupanya Azalea terpengaruh dengan Haq yang memang suka melawan cakapnya. Dia fikir Haq dapat melindungi isterinya dengan baik semasa dia tiada di rumah. Tapi lain pula yang jadinya. Haq pula yang mengajar benda yang bukan-bukan pada Azalea.

“Apa lagi Haq ajar Lea?”

“Dia janji dengan Lea nak ajar menembak pula.”

Rayan menepuk dahi. Dia menyesal jadikan Haq sebagai pengawal peribadi isterinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro