Bab 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TESLA yang dipandu Haq meluncur laju di jalan raya tanpa menghiraukan peraturan yang ditetapkan. Dia tidak peduli asalkan van yang menculik Azalea tadi dapat dikesan semula. Kelajuan kenderaan itu semakin lama semakin bertambah apabila jalan raya semakin lenggang dengan kenderaan awam.

Wajah Haq yang selalu tenang dalam apa jua keadaan sudah bertukar serius. Situasi ini lebih menakutkan dirinya berbanding pengalaman berbahaya yang dia hadap sepanjang dia hidup. Ini kali kedua dia merasa ketakutan ini setelah apa yang terjadi pada Sumayyah 18 tahun lalu. Disebabkan kecuaiannya dia meletakkan adik bongsunya dalam bahaya menyebabkan hidup mereka tiga beradik merana.

Kali ini dia mahu menebus kesilapan itu. Dia tidak mahu meletakkan nyawa Azalea dalam bahaya. Wanita itu sudah dilihat seperti adiknya sendiri. Setiap kali dia pandang Azalea, Haq ternampak bayang-bayang Sumayyah dalam diri wanita itu. Sampai satu saat yang dia ingat bahawa Azalea ialah Sumayyah.

Walau apa jua cara sekalipun, dia akan selamatkan Azalea. Tidak akan akan ulangi kesilapan masa lalu itu. Dia tidak akan melihat sahaja Azalea dibawa pergi begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa. Dia tidak mahu sesiapa yang dia kenal menderita kerana kecuaianya.

“Tu! Van yang culik Kak Lea!” beritahu Ian.

“Bagus. Aku takkan biarkan mereka terlepas.”

Tesla yang dipandu Haq mengubah laluan untuk mengejar van penculik. Jalan yang diambil oleh penjahat itu menuju ke lebuhraya. Keadaan itu akan memudahkan Haq untuk menyerang van itu tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Tiada kenderaan lain yang berada di situ melainkan dia dan penculik.

Kereta diubah kepada mod auto-memandu. Kerusi direbahkan ke belakang bagi memudahkan Haq bergerak ke tempat penumpang belakang. Dia menarik satu butang yang berada di bawah kerusi. Kerusi penumpang ditolak ke atas. Segaris senyuman terbentuk di wajahnya apabila melihat bawah kerusi itu penuh dengan senjata api. Tidak sia-sia dia dan Hud ubahsuai kenderaan ini untuk dijadikan simpanan senjata.

Mata Ian sudah terbeliak melihat pelbagai jenis senjata yang tersusun di bawah kerusi penumpang itu. Ini kali pertama dia melihat senjata yang berbahaya di hadapan mata.

“Kau pernah guna senjata ni?” soal Haq.

“Kar98k dalam PUBG,” balas Ian. Matanya tidak berkelip memandang senapang yang berada di tangan lelaki itu. Air liur ditelan dengan payah.

“You do have eyes for a weapon. Aku pun suka guna senapang tu. Hud pun kalah dengan aku. Kau ambil yang ni sama dengan Kar98k,” beritahu Haq sambil menyerahkan senjata itu kepada si remaja.

Tangan Ian sudah menggeletar memegang senjata itu. Selain daripada PUBG, ini kali pertama dia sentuh senjata yang sebenar. Dahinya sudah berpeluh mengenangkan apa yang berada di dalam tapak tangannya adalah benda yang sebenar. Tidak sama dalam permainan.

“Saya tak pandai.”

“Sama aje dalam game. Kau dengar cakap aku baik-baik kalau kau nak selamatkan Azalea.”

Ian memasang telinga apabila mengenangkan keadaan kakak tirinya dalam bahaya sekarang ini. Dia perlu buat sesuatu untuk membantu lelaki itu menyelamatkan Azalea. Kalau dia besar macam Haq, pasti dia dapat halang kakaknya dari diculik di hadapan mata.

“Sebaik sahaja van bergerak perlahan, aku nak kau bawa kereta dekat dengan mereka. Once aku lompat atas van, aku nak kau tembak ke arah bahagian pemandu lepas dapat hint dari aku. Bila van dah berhenti, kau kena bersedia tembak penjahat-penjahat tu semua sebelum nyawa Azalea melayang. Kau faham?”

“Tapi saya budak aje.”

“Bagus, kalau kau faham.”

Bumbung kereta dibuka. Haq melompat naik ke atas bumbung kereta bersama senapang di tangannya. Muncung senjata di hala ke arah cermin sisi kereta. Tujuannya untuk memberi amaran kepada penculik tersebut. Haq perlu menunggu masa yang tepat sebelum menembak cermin sisi.

Bang!

Cermin sisi van tersebut pecah ditembak oleh Haq. Pergerakan kenderaan itu semakin perlahan buat seketika. Saat itu diambil oleh Ian untuk merapatkan jurang di antara mereka. Apabila badan kenderaan berselisih antara satu sama lain, Haq terus melompat ke atas bumbung van tersebut. Dan Ian kembali menjarakkan kereta daripada van tersebut kerana takut penjahat itu melepaskan peluru ke arahnya.

Senapang yang diterima dari Haq tadi disandarkan pada bahu untuk mencari kestabilan memandangkan senjata itu lebih besar dari yang dia sangka. Cermin kereta diturunkan sedikit untuk mencari peluang melepaskan tembakan. Dia nampak Haq sedang menarik kepala penjahat dengan badan sudah separuh keluar dari tingkat di bahagian penumpang hadapan. Penjahat itu kelihatan meronta-ronta mahu melepaskan diri dari cengkaman Haq yang sedang berbaring di atas bumbung van.

Agaknya itulah petunjuk Haq untuk dia melepaskan tembakan amaran kepada penculik tersebut. Ian menelan air liur dengan payah apabila menyedari situasi ini bukan dalam permainan. Tetapi dia perlu buat sesuatu untuk selamatkan Azalea. Dia tidak mahu jadi pengecut lagi kerana tidak mampu melindungi diri sendiri daripada dibuli.

Bang!

Tembakan Ian tersasar ke pintu van menyebabkan pintu kenderaan terbuka sedikit. Haq mengambil kesempatan itu untuk melepaskan rangkulan lengan pada kepada penjahat itu. Tindakannya menyebabkan penculik itu jatuh tergolek di atas jalan raya. Haq berpaut pada pintu van yang terbuka sebelum menghayunkan badan masuk ke dalam bahagian penumpang.

Kakinya bersedia menendang pemandu kenderaan itu menyebabkan kepala pemandu itu terhantuk cermin sehingga tidak terdaya untuk melawan. Cermin kereta pecah gara-gara tindakan Haq tadi. Penculik itu kelihatan sangat terkejut melihat kemunculannya di dalam kenderaan. Mereka cuba menghalakan muncung senjata ke arahnya.

Haq bertindak dengan lebih cekap. Pemandu van tadi digunakan sebagai perlindungannya menyebabkan mereka tidak jadi melepaskan tembakan.

“Value your own comrades, huh?”
Irisnya terpandang sekujur tubuh yang berada di bahagian penumpang yang paling hujung. Badan Azalea langsung tidak bergerak.

Salah seorang bertindak mahu menghayunkan senjata itu ke arahnya. Haq pantas merebahkan kerusi ke belakang. Satu tendangan dihala menyebabkan satu daripada tiga orang penculik melayang ke kerusi. Seorang lagi datang menerjahnya dari hadapan. Haq menyepak kaki penjahat itu menyebabkan lelaki itu tersungkur ke lantai van dengan mudah. Tambahan pula, van tersebut dalam keadaan terhuyung-hayang dikawal oleh pemandu yang menggagahkan diri mengawal kenderaan.

Haq melayangkan satu tumbukan ke arah penculik yang masih gagah berdiri. Lelaki itu gagal mengelak daripada serangan Haq menyebabkan dia tersadung rakannya lalu terhantuk pada kepala kerusi. Lelaki itu cuba bangkit kembali. Haq sempat mengutip senapang milik mereka lalu menghentak kepada penculik itu.

Bang!

Bang!

Penjahat yang mahu melawan kembali tidak diberi peluang oleh Haq untuk membalas serangan kembali. Haq dapat menumpaskan mereka dengan mudah. Dia tidka ragu-ragu menamatkan riwayat mangsanya. Tiada siapa yang selamat melainkan pemandu van.

“Berhenti sebelum aku tembak kepala kau sampai pecah,” ugut Haq.
Muncung senapang ditekan pada belakang kepala penculik itu.

Pemandu itu terus memberhentikan van di tepi jalan. Sebaik sahaja kenderaan itu berhenti, Haq terus menghentak kepala penculik itu dengan senapang. Apabila memastikan semua penjahat tidak berdaya melawannya kembali, dia membuka van. Kerusi hadapan direbahkan ke depan bagi memudahkan Haq membawa keluar Azalea.

Ian cepat-cepat memberhentikan kereta apabila melihat kenderaan itu terhenti. Dia menanti isyarat seterusnya dari Haq dengan penuh debaran. Dia sudah bersedia melepaskan tembakan jika lelaki itu tidak dapat menumpaskan penjahat. Wajah Haq tersembul saat pintu van terbuka luas. Ian menarik nafas lega.

Lelaki itu keluar daripada van sambil mencempung tubuh Azalea yang masih pengsan. Ian terus membuka pintu kereta belakang untuk membaringkan kakaknya di bahagian penumpang. Haq kembali ke ruangan pemandu.

Mereka perlu pulang ke rumah dengan segera. Hari ini merupakan hari yang sangat penat.

BADAN Azalea direbahkan di atas katil dengan berhati-hati. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Tangannya naik mengusap pipi si isteri yang mempunyai kesan merah gara-gara diikat pada bahagian mulut. Mujur Haq cepat bertindak untuk menyelamatkan isterinya. Kalau tidak, entah apa yang akan terjadi pada Azalea.

Selimut ditarik sehingga ke paras dada isterinya. Rayan mahu melangkah pergi dari situ. Jari-jemarinya terasa dipaut oleh Azalea. Tabiat si bunga apabila tahu dia mahu meninggalkan bilik mereka.

“Abang?” Suara Azalea kedengaran mamai.

Dia kembali merapati isterinya. Rambut yang menutup dahi Azalea diselak ke tepi. Bibirnya singgah di situ buat seketika.

“Lea rehat, okey?”

Azalea mengangguk sebelum menutup mata.

Rayan keluar dari bilik tidur. Dia menuju ke ruang tamu untuk bertemu dengan Haq yang duduk di ruang tamu. Ada figura asing yang berada di dalam rumahnya.

“Dia tu budak sekolah, bingai! Kenapa kau heret sekali dalam masalah ni?” marah Hud.

“He is better than you. Lagipun, budak tu seorang aje boleh tolong aku masa tu,” balas Haq selamba. Dia sedang duduk di atas sofa sambil makan aiskrim. Benda manis dan sejuk itu dapat mengembalikan tenaganya yang sudah hilang tadi.

“Kalau mak bapak dia tahu, habis kau kena saman. Tak pun kau masuk penjara. Kau nak identiti kau terbongkar macam tu? Lepas tu keluar berita seorang pembunuh upahan hasut seorang remaja buat jenayah. Mampus kau kena gantung sampai mati,” bebel Hud.

“It was fun than that damn school right, kid?” soal Haq.

Ian yang sedang berdiri di tepi sofa tidak berani membuka mulut sejak dari tadi lagi. Dia sedar bahawa lelaki dewasa yang berada di hadapannya bukan orang yang biasa-biasa. Mungkin lebih berbahaya daripada penculik tadi.

“Aku suruh kau hantar budak ni balik.” Rayan bersuara. Dia menyertai Haq yang sedang duduk di atas sofa.

“I want him as my new partner. Dia senang nak faham arahan aku. Apa yang aku suruh, tu jugalah yang dia buat. Tak macam Hud. Kalau kau nak buang Hud, aku tak kisah. He’s no longer useful to me.” Haq meluahkan hasrat hatinya.

“Kau dah gila ke? Nak ajar budak tu jadi setan macam kau?”

“Kau pun jadi setan besar ni juga,” bidas Haq. Dia mengemam sudu di dalam mulut bersama-sama dengan aiskrim. Setelah aiskrim cair sepenuhnya, dia suap yang baru pula.

“Macam la aku seorang jadi macam tu.”

“Hud, kau pergi hantar budak ni,” celah Rayan.

Hud mengalah bertekak dengan abang kembarnya.

“Jom balik. Tak pasal-pasal nak menjawab dengan mak bapak kau,” ajak Hud.

“Kak Lea tak apa-apa?” soal Ian dengan rasa ingin tahu.

Rayan mengangguk kecil sebagai balasan. Ian menarik nafas lega apabila dapat mengetahui keadaan Azalea. Dia mengekori Hud untuk pulang ke rumah.

“Aku rasa apa yang berlaku hari ini memang dah dirancang. Mereka sengaja pisahkan bos dari Azalea. Sebab tu mereka boleh culik dia dengan mudah. Ada dua kemungkinan yang boleh aku teka. First, someone is watching us. Second, there are wolf dress like a chicken in front of us. Oh, satu lagi. Orang yang boleh tahu gerak-geri bos,” beritahu Haq.

Ada pengkhianat dalam kalangan mereka. Seseorang yang boleh tahu ke mana dia pergi. Tidak mungkin Haq dan Hud. Adik-beradik itu sudah lama dia kenal. Rayan tidak pernah ragu-ragu akan kesetiaan mereka berdua.

Apa yang berlaku jelas menunjukkan musuh mereka bukan sahaja mahukan Rayan malah Azalea juga menjadi sasaran mereka. Sebelum dia memperkenalkan Azalea kepada publik, isterinya selalu terperangkap dalam bahaya. Ini bermakna mereka mengenali mereka berdua.
Dia tidak boleh membawa keluar Azalea sesuka hati lagi. Keadaan mereka semakin lama semakin berbahaya.

“Buat masa sekarang, aku nak kau jaga Azalea baik-baik. Aku tak nak perkara macam ni berlaku lagi. We need to find more information about them before we strike back.”

Haq mengangguk setuju. Mereka tidak kenal musuh mereka siapa. Jadi, mereka perlu lebih berhati-hati lagi selepas ini.

Rayan kembali naik ke biliknya. Dia juga perlu berehat kerana badannya sakit-sakit dipukul dengan kayu oleh samseng petang tadi. Nasib baik dia Hud datang tepat pada masanya memandangkan dia tidak menjawab panggilan daripada lelaki itu. Samseng itu selamat dikerjakan oleh Hud sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan.

Badannya direbahkan di sisi isteri yang sedang nyenyak tidur. Wajah Azalea direnung lama. Dia tidak pernah puas melihat wajah polos itu yang sentiasa mengusir segala kerisauan yang bertandang di hati. Ketenangan di raut itu buat dia mampu bertahan sampai bila-bila biarpun bahaya menanti mereka.

“I feel like I don’t deserve you at all. You hold my hand first. Don’t expect I will let you go. I claim you as mine when there is no one else want you. You’re forever mine, mi diosa.”

Tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukan. Tindakannya buat Azalea terjaga dari tidurnya.

“Abang?”

“Si, mi diosa.”

“Tak faham.”

“Yes, my goddess.”

“Abang ni…” Bibir Azalea sudah memuncung.

Rayan menahan senyuman daripada terbit.

“Ya, cinta.”

“Abang tipu. Cinta tu dalam Bahasa Inggeris maksudnya love.”

“Ya, bidadari.”

“Bidadari tu angel.”

“Tidur ajelah. Aku penat ni.”

Azalea merenung wajah suaminya. Ada dua plaster di dahi dan di tulang pipi. Terdapat kesan biru di pipi Rayan. Wajahnya disembam pada dada bidang suaminya.

“Semuanya akan okey, kan?”

“Aku akan pastikan semua akan okey sebelum anak kita membesar jadi orang. So, that kid will safe when left us.”

“Anak kita?”

“Ya, anak kita.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro