Bab 44: Menanti

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SUDAH tujuh jam Rayan hilang tanpa jejak. Haq cuba mencari klu tentang kehilangan majikannya pada petang tadi. RA'ED Corp sudah digeledah beberapa kali untuk mencari petunjuk. Hanya pintu lif yang rosak menjadi bukti bahawa majikannya diserang semasa berada di pejabat. Tetapi keadaan syarikat kelihatan bersih. Tiada pertumpahan darah yang berlaku di sini.

​Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Rayan keluar dari tingkat sebelas tepat pada pukul 5.00 petang. Hampir seminit Rayan berada di dalam lif sebelum elektrik terpadam. CCTV di pintu keluar rosak. Mereka sudah faham dengan selok-belok syarikat dengan bantuan Pak Hamdan.

​Tetapi lelaki itu sudah mati. Mungkin pengawal keselamatan itu pernah menyerahkan segala maklumat yang dia tahu kepada musuh yang tidak dikenali oleh mereka. Siapa yang berani menyerang Rayan? Siapa yang masih berdendam dengan lelaki itu?

​Sebuah muk diletakkan di atas meja membuatkan Haq panggung kepala memandang adik kembarnya. Hud duduk bertentangan dengannya sambil menghirup kopi yang dibancuh tadi. Komputer riba yang berada di hadapan haq dipusing ke arahnya. Sudah berapa kali mereka berdua tengok rakaman CCTV syarikat. Masih tidak menemui petunjuk.

​Sepatutnya salah seorang mereka pergi menyiasat apa yang berlaku pada Rayan. Tetapi mereka berdua putuskan berada di rumah menjaga keselamatan Azalea dan Elnara. Takut musuh mereka mengapa-apakan keluarga Rayan pula. Mereka tidak sanggup melihat Azalea yang baru pulih cedera kembali. Elnara masih kecil untuk terlibat dalam situasi bahaya.

​Selepas mengetahui kehilangan Rayan, mereka terus bawa pulang Azalea dan anaknya pulang ke rumah. Biarpun isteri majikan mereka enggan pulang selagi Rayan tidak muncul. Mereka terpaksa melanggar arahan Azalea. Keselamatan dia dan Elnara adalah keutamaan Haq dan Hud.

​Kini, mereka cuba  menjejaki bos mereka dengan menggunakan apa yang ada. Tetapi masing-masing menemui jalan kebuntuan. Musuhnya kali ini merancang dengan sangat teliti. Dia tahu ketiadaaan Hud atau Haq menjaga Rayan membuatkan lelaki itu senang dijatuhkan.

​"Mungkin mereka ramai. Sebab tu bos tak dapat lawan mereka," simpul Hud.

​"Atau dia kena tembak," sambung Haq.

​"Kalau betul bos kena tembak, mesti ada darah dekat kompeni."

​"Kau buat kerja pun kau cuci sendiri. Takkan mereka tak boleh buat benda sama?" bidas Haq.

​"Kita nak buat apa sekarang ni? Kalau kita pergi cari bos, anak bini dia jadi mangsa pula," ujar Hud.

​"Aku tak tahu."

​Buat pertama kali Haq tidak tahu apa yang harus dia buat sekarang ini. Dia sebagai pekerja tersepit di antara dua. Arahan Rayan mahu dia menjaga keselamatan Azalea dan juga tanggungjawabnya mahu mencari keberadaan majikannya. Dia tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru tentang situasi ini.

​"Kau tahu tak, Haq? Aku kagum juga dengan bos kita. Jahat-jahat dia, dapat juga kahwin dengan ada anak. Lepas tu untung dapat bini yang tak kisah dia bunuh orang ke tak," luah Hud.

​Jika dikira dengan jari, sudah hampir setahun mereka pulang ke Malaysia. Sebaik sahaja pulang ke tanah air sendiri, Rayan jumpa Azalea disebabkan satu salah faham. Tak sampai sebulan kenal, mereka kahwin tanpa paksaan sesiapa. Anak mereka pula lahir dalam keadaan yang tidak dijangka.

Rayan dan Azalea hampir bahagia dengan cara mereka. Tapi masih ada orang yang berdendam dengan mereka.

​"Aku tengok dia pun dah banyak berubah. Bila aku tengok cara bos layan anak dan bini dia, terus aku lupa yang dia tu bekas mafia. Kau pun tahu macam mana dia dekat Sepanyol dulu," sambung Hud.

​Haq tidak dapat menyangkal ucapan adiknya. Mereka berdua pernah bekerja di bawah Rayan semasa lelaki itu masih lagi orang kanan mafia. Haq tahu betapa kejamnya bos mereka mengendalikan musuh mereka. Apabila Rayan ambil keputusan untuk berhenti dari dunia gelap itu, dia ikut lelaki itu sehingga ke sini. Dia mahu lihat bagaimana dunia sebenar berfungsi berbanding apa yang dia lalui sepanjang hayat.

Rayan yang dulu sudah hampir tinggal sejarah. Apa yang Rayan buat selama berada di sini hanyalah sisa-sisa keperimanusiaan yang ada. Jika dibandingkan mereka di Sepanyol, Rayan sudah banyak berubah. Dia nampak bosnya itu merupakan seorang lelaki biasa yang mudah jatuh cinta dan sayang. Rayan mengetepikan masa silamnya semata-mata mahu bersama dengan Azalea.

"Aku pun nak kahwin jugalah," luah Haq tiba-tiba.

Hud yang sedang minum air sudah tersedak dengan ucapan abang kembarnya itu. Dia terbatuk-batuk saat menelan air tersebut. Air kopi yang suam itu termasuk ke dalam lubang hidung. Hidungnya terasa pedih gara-gara si abang.

"Kau nak kahwin? Who want to marry an assassin like you, bro?"

"Mana-mana perempuan la."

"Aku yakin perempuan tu lari bila kau cakap kau tu assassin. Terus repot kau dekat polis. Tak pasal-pasal kau masuk jel."

"Aku cari yang kerja macam aku."

"The heck kau ni? Kau mabuk kopi ke?" Hud risau apabila mendengar cita-cita kembarnya yang mahu berkahwin. Dalam masa yang sama, mahu mencari perempuan yang mempunyai kerja yang sama dengan Haq.

"Kalau bos boleh, kenapa aku tak boleh?"

"Bos tu kes yang  berlainan. Kau tu..."

Tangisan Elnara kedengaran jelas sehingga ke luar rumah mematikan kata Hud yang seterusnya. Ini sudah masuk tiga kali dia mendengar anak Rayan menangis pada tengah malam. Azalea pasti bersusah payah memujuk si kecil itu.

"Kita kena cari bos sampai jumpa." Haq berubah serius. Dia tidak sanggup mendengar tangisan si kecil yang rindukan ayahnya. Malah si ibu yang selalu bergantung pada suami.

AZALEA membaringkan Elnara di atas katil bayi dengan berhati-hati setelah anaknya tertidur di dalam dukungannya. Selimut ditarik untuk menutup tubuh di si kecil yang mula lena tidur. Dia merenung wajah anaknya dari sisi katil bayi. Tangannya menepuk paha Elnara apabila si kecil bergerak-gerak sedikit.

​Sudah dua kali Elnara terjaga dari tidurnya. Setiap kali anaknya bangun, Elnara akan menangis. Azalea puas memujuk dengan memberi susu dan menukar lampin untuk keselesaaan anaknya. Tetapi tangisan si kecil tidak reda. Dia mendukung anaknya sambil berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Caranya buat Elnara terlelap sendiri.

​Kalau Rayan ada, mesti suaminya tahu apa yang patut mereka buat sekarang ini. Rayan sudah lama menjaga anak mereka selama tiga bulan tanpa dia. Sudah tentu suaminya tahu apa yang Elnara perlukan. Sedangkan dia, masih terkontang-kanting saat anaknya menangis. Disebabkan itulah anak mereka lebih rapat dengan Rayan berbanding dia.

​"Mama minta maaf, Nara. Mama tak dapat jaga Nara macam papa jaga Nara," ucap Azalea dengan nada berbisik. Dia tidak mahu mengejutkan anaknya yang baru sahaja tidur.

​"Mama pun rindukan papa. Rindu sangat-sangat sampaikan... Mama tak dapat berikan yang terbaik pada Nara macam yang papa buat pada Nara. Mama jahat kan sayang? Mama tak dapat faham Nara macam papa faham Nara."

​Kaca matanya sudah kelabu. Birai mata sudah bergenang dengan cecair jernih. Air mata boleh menitis pada bila-bila masa sahaja.

​"Kalau Nara perlukan papa, mama pun sama, sayang. Mama pun nak papa ada dengan kita. Tapi... papa tak balik lagi. Nara kena sabar. Papa pasti balik. Mama yakin papa pasti balik. Papa takkan tinggalkan kita. Mama tahu papa sangat sayangkan kita." Azalea menggigit bibir menahan esakan.

​Ini kali pertama dia berpisah dengan suaminya. Dia tidak tahu keberadaan Rayan. Keselamatan suaminya masih menjadi tanda tanya. Sakitnya perasaan ini saat mengetahui Rayan hilang begitu sahaja. Jika ikutkan hatinya, Azalea mahu mencari suaminya. Tapi dia perlu fikirkan tentang Elnara. Anaknya masih perlukan dia.

Azalea perlu kuat demi si kecil yang tidak tahu apa-apa. Namun, Elnara seolah-olah faham ayahnya tiada di sisi. Suara yang anaknya dengar siang dan malam hilang begitu sahaja. Yang ada hanya si ibu yang tidak tahu apa-apa pasal anaknya.

"Salah Lea... Salah Lea... Apa yang berlaku semua ini salah Lea. Kalau tak minta abang jemput Lea, semua ni takkan jadi macam ni. Kalau Lea sihat awal lagi, perkara ni takkan jadi macam ni. Salah Lea sebab dah menyusahkan abang. Salah Lea sebab buat abang dalam bahaya. Semuanya salah Lea..." Air mata kini melebat mengalir.

"Dari dulu lagi Lea selalu menyusahkan abang. Abang yang selalu selamatkan Lea. Abang yang selalu lindungi Lea. Lea tak pernah buat apa-apa untuk abang. Apa yang Lea buat... Lea buat abang cedera. Sekarang ni... Abang susah sebab Lea..."

Wajahnya disembam pada lutut yang merapati dadanya. Dia menyandar pada katil anaknya. Giginya menggigit bibir bawah menahan esakan yang semakin lama semakin kuat.

Dia tidak patut hadir dalam hidup Rayan. Dia tidak patut muncul dalam hidup suaminya yang semata-mata menyusahkan lelaki itu. Dia perlu berhenti mencapai tangan Rayan saat lelaki itu muncul menyelamatkan dia dari membunuh Sarimah.

Kalaulah dia tidak menahan Rayan pergi dari situ, mereka tidak akan kenal. Mereka tidak akan kahwin. Mereka tidak akan jatuh cinta. Mereka tidak akan ada Elnara. Semua yang berlaku antara mereka tidak akan wujud.

Jika diberi peluang untuk mengundurkan masa, dia tetap mahu bersama dengan Rayan. Dia tetap akan mencapai tangan lelaki itu membantu dia keluar dari seksaaan Sarimah. Suaminya mengajar erti sayang dan cinta. Hidup bersama Rayan buat dia faham makna bahagia.
Kelahiran Elnara buat dia sedar bahawa dia mampu ada keluarga sendiri.

Tangisan Elnara buat kali ketiga menyentak lamunan Azalea. Tangannya menyapu air mata yang melekat pada pipi. Dia terus bangkit mendapatkan anaknya yang sedang menangis. Tubuh kecil itu dipeluk untuk memujuk Elnara tanpa jemu. Belakang tubuh si kecil dibelai dengan penuh kasih sayang.

"Ya, sayang. Mama ada dengan Nara. Mama tahu Nara rindukan papa. Mama pun sama. Mama pun nak papa ada dengan kita."

Azalea mencium kepala anaknya berkali-kali seperti mana Rayan pernah lakukan padanya. Dia bisikkan kata-kata sayang seperti mana yang suaminya pernah ucapkan pada dia sebelum ini.

"Mama sentiasa ada dengan Nara. Papa pun sama. Mama yakin papa akan balik. Papa akan balik pada kita, sayang. Kita kena percaya pada papa." Seraya itu air mata Azalea menderu keluar tanpa henti. Si anak yang berada di dalam dukungan dipeluk erat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro