Bab 11⌛

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aianos | Forever




HAERIN mengeluh perlahan, sampai saja dirumah terus dia hempaskan tubuhnya diatas sofa. Penat sebab satu badan lenguh! Macam nak tercabut pinggang.

Amboi, penat dia mengalahkan pekerja yang kerja bancuh simen si Haerin ni.

“Haerin.”

“Apa awak nak? Cuba jangan kacau saya kejap. Tadi kat pejabat bukan awak nak tanya saya lapar ke tidak, dah makan ke belum, ni sibuk tanya Yoora yang tak ada kena mengena dengan awak tu.” ha, Haerin nak merajuklah tu.

Taehyung mendiamkan diri. Haerin yang sedang berbaring diatas sofa itu dia pandang sejenak.

“Nak makan apa? Aku belanja.”

“Ha? Betul ni?” soal Haerin. Bingkas gadis itu bangun dari pembaringan. Wajah tanpa reaksi Taehyung dia pandang.

“Ya, aku order, kau bayar.”

“Hish!” satu biji kusyen sofa dibaling pada Taehyung. Cepat- cepat lelaki itu mengelak sebelum berlari naik ke tingkat atas.

Haerin kembali merebahkan tubuhnya diatas sofa. Siling berwarna putih itu direnungnya. Kemudian dia mengiring ke samping.

Perut yang berkeroncong minta diisi dia biarkan seketika, bila dah mengantuk ni, semua benda tolak tepi. Mata Haerin mula layu dan perlahan- lahan mula terkatup.

Beberapa minit selepas itu, Taehyung melangkah turun dari tingkat atas. Terus pandangannya tertumpu pada Haerin yang sedang tertidur diatas sofa.

Kedua tapak tangannya dia masukkan kedalam poket seluar.

“Haerin..” panggilnya lembut.

Tak semena- mena tapak kakinya melangkah menghampiri gadis itu, Taehyung duduk bercangkung. Wajah Haerin direnungnya.

Cantik, sama macam Haera desis hatinya.

Makin lama dia renung, makin berdetak jantung dia. Baru saja tapak tangan dia naik hendak mengusap pipi gadis itu, kelopak mata Haerin sudah terbuka buatkan Taehyung terkaku.

“Usya nampak?”

“Eh mana ada, tangan aku ni je yang gatal nak cubit pipi kau ni.” jawab Taehyung seraya menggulingkan anak mata lalu dia kembali berdiri tegak.

Haerin menggeliat kecil.

“Haerin, aku-”

Belum sempat Taehyung hendak menghabiskan kata- katanya, tak semena- mena tubuhnya jatuh menimpa Haerin yang sedang berbaring diatas sofa seakan ada seseorang yang menolak tubuhnya.

“Yah! Awak ni dah kenapa!” pekik Haerin terkejut dia bila wajah si Taehyung ni sudah betul- betul berada dihadapan dia.

Bingkas Taehyung bangun, dia berdehem kecil dan lehernya dia usap.

“A- aku tak sengajalah! Ada orang tolak-”

“Jangan merepek!”

Prang!

Baru saja mereka nak bertekak, bunyi kaca pecah di dapur mengejutkan mereka. Taehyung pandang Haerin, Haerin pandang Taehyung.

“Siapa?”

“Hantu?”

“Hish!” Haerin memeluk lengan Taehyung, ah pedulilah dia nak marah ke tidak! Suka ke tidak yang penting Taehyung ada disisi.

“Pergilah tengok!”

“Kaulah pergi!”

“Saya perempuan! Awak lelaki, lelaki patut lebih berani dari perempuan!” terang Haerin, pipi Taehyung ditekupnya.

Mereka diam.

Kreak..

Bunyi pintu bilik bacaan dibahagian bawah yang terbuka sedikit buatkan Taehyung dan Haerin kaku. Untuk seketika mereka menahan nafas, menunggu- nunggu sesuatu keluar dari situ.

Taehyung..

Haerin..

Tolong..

Belum sempat si dia hendak menghabiskan ucapannya. Haerin sudah pecut naik ke tingkat atas diikuti oleh Taehyung yang terkejut dengan tindakan Haerin.

“Tunggu woi!”

Huh..

Dia mengeluh perlahan. Macam mana nak bahagia kalau macam tu?

.

Siapa si dia ni?
Cer teka.

Yg betul dapat muah dari sha.
Muehehehehehe.

Okay, maaf. Sha dah ada mood nak menulis.
Maaf sebab buat anda risau🙏

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro