Bab 15⌛

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aianos | Forever




HAERIN duduk menyelak beberapa fail serta meneliti semula jadual kerja Taehyung.

Lelaki itu, kalau tak dimaklumkan mulalah cakap Haerin tak buat kerjalah apalah.

“Hai.” sapa seseorang, serentak Haerin mendongak.

Disitu Dokyeom sedang tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya. Ya tuhan, kenapa kacak sangat dia ni?

“H- hai.” balas Haerin, tergagap.

“Awak tak lunch? Sekarangkan waktu makan tengah hari?” soalnya. Haerin terjeda seketika, dia melirik pada jam di pergerlangan tangannya.

Tak sedar pula jarum pendek dah capai pukul 12 suku. Haih, rajin pulak kau hari ini Haerin!

“Ahh, leka buat kerja tak tahu pula yang dah masuk waktu lunch. Hehe.” balas Haerin, rambut yang tak gatal dia garu. Dokyeom membalasnya dengan senyuman.

Tak dapat melawan renungan mata lelaki itu, Haerin dengan sendirinya mengalihkan pandangan. Fail- fail yang berada diatas meja dia susun untuk menampakkan yang dia agak sibuk.

“Awak pergilah lunch dulu.”

“Tak apa, saya tunggu awak. Kita lunch sama- sama.” ucapnya. Haerin cuma tersengih, tak tahu nak cakap apa lagi, mereka membisu.

Suasana didalam pejabat agak lenggang kerana kebanyakan pekerja sudah keluar untuk makan tengah hari. Jadi seperti tinggal mereka berdua saja nampaknya.

“Bila awak apply kerja sini?”

“Em, dua hari lalu. Saya tak nampak pula awak around this office that day. Awak pergi mana?”

“Oh saya outstation. Kena lawat site. Tak sangkakan yang kita akan berjumpa semula? Kecil aje dunia ni.” ucapnya. Haerin cuma mengangguk- angguk.

“Haerin..”

“Hem?”

“Awak dah bertambah cantik.”

Haerin terjeda, pujian itu buatkan dia tak dapat menahan senyum. Lebar senyuman dia tahu!

“A- awak pun dah makin kacak.” balas Haerin dan tak semena- mena fail yang berada diatas meja terjatuh diatas lantai.

“Er, maafkan saya.”

“Biar saya tolong.”

Haerin duduk bercangkung, sebaik dia mendongak, pandangannya tertumpu pada bahagian bawah mejanya yang ada ruangan disitu. Muat untuk seorang manusia bersembunyi disitu.

Dia lihat, wajah seorang wanita yang agak pucat memandangnya tajam.

“Huwargh!”

Haerin terjerit kecil hingga dia jatuh terduduk diatas lantai. Dokyeom yang terkejut dengan jeritan Haerin laju saja bergerak untuk mendapatkan gadis itu.

“Haerin, kenapa ni?”

“Kenapa ni?” tegur satu suara. Dengan wajah yang agak risau, Taehyung melutut dihadapan Haerin, lengan gadis itu disentuhnya.

Dokyeom cuma membiarkan saja. Yalah, wajar seorang bos risau tentang keselamatan pekerjanya.

What's wrong?

“Tak.. tak ada apa- apa.” jawab Haerin. Lengan Taehyung ditariknya.

“Saya nak bercakap dengan awak, berdua.” ucap Haerin, Taehyung mengangguk perlahan.

“Awak pergilah lunch dulu. Nanti saya susul” kata Haerin pada Dokyeom.

Lelaki itu cuma akur, rambut Haerin diusapnya sebelum dia melangkah keluar meninggalkan Taehyung dengan Haerin berdua.

“Apahal?” soal Taehyung sambil dia membantu, Haerin berdiri. Terus saja gadis itu memeluk lengan Taehyung.

Biarlah dia dicop gedik ke apa, dia ada hak untuk berbuat begitu.

There's a ghost.

“Jangan merepeklah! Ada ke hantu tengah hari macam ni?” soal Taehyung sambil dia melangkah masuk kedalam bilik kerjanya dengan Haerin yang berpaut pada lengannya.

“Betul! Saya tak tipu!”

“Mana? Mana hantu tu?”

Buk!

Tak semena- mena sebuah fail yang terletak elok diatas rak fail itu jatuh diatas lantai. Taehyung dan Haerin berpandangan.

Eomma!”

Mereka berpelukan sesama sendiri.

.

Hantu Haera tu baik tau. Jangan salah sangka pula.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro