Bab 59⏳

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aianos | Forever






GOOD morning.sapa Haerin sebaik kelibat Taehyung kelihatan memasuki kawasan dapur.

Lelaki itu terus saja menghampiri peti sejuk lalu mengeluarkan sekotak susu putih dari situ.

Cawan yang berada diatas rak cawan dicapai lalu susu dituang kedalam cawan. Haerin cuma memandang gerak geri Taehyung tanpa suara.

Dia hidangkan nasi goreng kimchi yang masih berasap kedalam pinggan.

“Sayang...” panggil Taehyung, cawan berisi susu diletakkan diatas meja sebelum dia merapatkan diri dengan Haerin.

Pinggang gadis itu dirangkulnya erat sebelum dia labuhkan punggung diatas kerusi.

Tindakannya itu buatkan Haerin ikut sama terikut.

“Kenapa ni?” soal Haerin, dahinya berkerut, sedikit pelik dengan tindak tanduk Taehyung pagi itu.

“Lepas ni bersiap, saya nak bawa awak ke suatu tempat.” ujar Taehyung, wajah didongakkan agar dia berpandangan empat mata dengan Haerin.

Keningnya dijongket satu.

“Nak kemana?”

Somewhere but secret.” balas Taehyung, Haerin cuma mengangguk saja.

Tapak tangannya menyentuh pipi Taehyung dan saat itu dia perasan yang bawah mata Taehyung sembab kerana lelaki itu menangis semalaman.

“Dah okay ke?” soal Haerin.

Taehyung cuma mengangguk kecil. Tapak tangan Haerin kini bermain dengan rambut Taehyung yang serabai itu.

Ya tuhan, handsome handsome ni nak kemana, Taehyung?

Bagi hati Haerin tenang sekejap boleh tak?

“Awak masih mahukan lelaki macam saya ni ke?” soal Taehyung buatkan dahi Haerin kembali berkerut. Terus saja jarinya mencubit perlahan pipi Taehyung.

“Kalau saya tak mahu, dah lama saya lari dari awak Taehyung. Awak kembali menduda sementara saya bersama dengan lelaki lain-”

“Awak memang berniat nak lari dari saya ke?” soal Taehyung, serentak dia mengangkat punggung buatkan Haerin terpaksa mendongak dikernakan tingginya hanya mencecah dada Taehyung saja.

“Mana ada, saya cuma cakap je, awak yang tanya, kan?” jawab Haerin, Taehyung mencengkam lembut rahang Haerin sebelum dia rapatkan wajah hingga bibir mereka hampir bersentuhan.

You cannot lie to me.” bisik Taehyung, serentak bibir Haerin diciumnya sekilas.

“Dah okaylah ni?” soal Haerin, lengannya dilingkarkan di pinggang Taehyung, wajah didongakkan agar dia memandang wajah kacak nan sempurna milik lelaki itu.

Hurm, not really...” bisik Taehyung, dia muncungkan bibirnya. Taehyung dongakkan wajahnya, berfikir seketika.

“Saya masih kecewa sebenarnya, sayang dan saya malu. What if they find out?

“Mereka takkan tahu kalau awak tak bagitau. Eish, dahlah. Jangan difikirkan sangat, kita breakfast dulu lepas tu kita bincang kemudian, okie?” pipi Taehyung dicubitnya perlahan.

Okie, mandu.”

Masing- masing melabuhkan punggung diatas kerusi, menjamu sarapan pagi.

〰〰〰


“Awak nak bawa saya ke mana ni?” soal Haerin bila Taehyung mula memandu diatas jalan raya yang tak berapa dia kenal.

Selepas saja mereka selesai membeli sedikit makanan ringan, terus saja Taehyung memandu tanpa diberitahu lokasi yang ditujunya.

Somewhere special.” balas Taehyung seraya mengenyitkan matanya. Sepanjang perjalanan, Haerin perhatikan yang senyuman di bibir Taehyung tak pernah lengkang.

You're weird.

Taehyung cuma tersengih.

“Sayang teringin nak baby boy or baby girl?” soal Taehyung buatkan serta merta Haerin menolehkan kepalanya.

“Eo? Kenapa awak tiba- tiba tanya pasal baby?

“Sebab saya nak satu.” balasnya buatkan Haerin mengerutkan dahinya.

Sedikit pelik namun sebaik kereta Taehyung masuk kedalam sebuah kawasan bangunan kecil buatkan bibir Haerin tersenyum lebar.

“Kenapa awak tak bagitau saya yang awak nak kesini?” soal Haerin, teruja.

Kenapa Taehyung tak cakap yang dia nak bawa Haerin ke rumah anak- anak yatim? Kalau tak, habis Haerin borong satu kedai untuk anak- anak ni!

“Bukan surprise namanya, mandu.” hidung Haerin dicuitnya geram.

Brek ditarik, kereta Taehyung selamat diparkingkan ke tempat parking.

Let's see my babies.

Taehyung melangkah keluar dari perut kereta, dari jauh lagi dia lihat ramai kanak- kanak melambaikan tapak tangan mereka sebaik melihat Taehyung. Dia membalasnya dengan lambaian tangan juga.

“Jom, sayang!” ajak Taehyung. Bonet kereta dibuka dan makanan ringan yang dibeli tadi dikeluarkan dari situ.

Annyeong.” sapa Haerin pada salah seorang kanak- kanak. Dia membalasnya dengan senyuman saja sebelum melarikan diri bersembunyi dibelakang seorang wanita.

“Selamat datang, Puan Haerin, Encik Taehyung.” sapanya.

Beg plastik yang berisi makanan ringan itu diberikan kepada seorang lagi wanita lalu diarahkan untuk diagih- agihkan.

“Nama awak apa?” soal Haerin seraya duduk melutut dihadapan kanak- kanak perempuan tersebut.

“Jiyoon...” jawabnya perlahan. Rambut kanak- kanak itu dielus Haerin perlahan.

“Jiyoon ni pendiam sikit orangnya, Puan.” terang penjaga itu, bahu Jiyoon ditepuknya perlahan.

Kanak- kanak itu tersenyum, tapak tangan kecilnya menyentuh pipi Haerin lalu diusapnya perlahan.

Noona cantik.” bisiknya.

Noona ni isteri saya, cantik, kan?” sampuk Taehyung, laju saja kanak- kanak itu mengangguk, mengiyakan kata- kata Taehyung.

Fakta okay?

Kajja.” lengan Jiyoon ditarik agar mengikuti Haerin.

Taehyung cuma memerhati, senyuman kecil terbit dihujung bibirnya.

“Saya nak tengok fail maklumat Jiyoon.”

.

Ini je yang termampu😌

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro