Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan

***********

OMBAK yang tenang membuatkan jiwa seorang Farhana Sofea semakin tenang tambah lagi dengan deruan angin yang meniup tubuhnya itu. Kepala sedari tadi menoleh ke kanan. Langsung tidak menoleh ke kiri memandang Tengku Harriz yang duduk di sebelahnya itu di atas batu bata. Kaki diangkat memeluk lutut apabila tubuh mula rasa kesejukan.

Namun satu jacket yang membalut tubuhnya membuatkan kepalanya automatik menoleh ke kiri memandang Tengku Harriz yang sedang mengemaskan jacket di bahunya. Keningnya dijongket seolah-olah mempersoalkan apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu. Anak mata coklat itu bersabung dengannya cuma seketika sahaja apabila lelaki itu menoleh ke hadapan semula.

"Tak penat ke tunjuk diri tu gentleman?" Farhana Sofea berdecit kecil.

Hari ini, malam ini di Pantai Redang ini dia menangis di depan lelaki itu. Di bahu lelaki itu. Rasa mahu ketawakan diri sendiri kerana menunjukkan air mata di depan lelaki itu.

"Penat.......Kalau orang tu tak hargai apa yang kita buat" Tengku Harriz menoleh kepala memandangnya.

"Kalau orang tu tak ikhlas, sekadar nak tunjuk baik padahal perangai macam syaitan buat apa nak hargai?" sekali lagi dia berdecit kecil.

Tengku Harriz memandang lama Farhana Sofea. Membalas renungan anak mata hitam yang kelihatan api sedang membara dengan hebat di sebalik anak mata hitam itu. Sudahlah dengan senyuman yang sukar untuk ditafsir. Seakan-akan sedang memerlinya. Kenapa Farhana Sofea terasa begitu dingin malam ini? Apa yang jadi sampaikan bibir gadis itu terluka?

"Lelaki.......semua sama je" senyuman sinis terukir di bibir gadis itu.

"Nope. I don't like your mindset. Setiap orang dilahirkan dengan perwatakan yang berbeza so tak ada istilah lelaki semua sama." dibalas renungan anak mata hita itu dengan lembut seakan memujuk. Terasa begitu khilafnya dirinya yang telah melukai Farhana Sofea di masa silam mereka sehingga gadis itu berpandangan begitu.

"Bibir you tu.......someone slapped you?"

Renungan anak mata Tengku Harriz jatuh pada bibirnya yang terluka.

"Tak perlu tahu" kepala ditoleh memandang ke hadapan.

"Perlu" tegas lelaki itu bersuara.

"Sebab you bakal isteri I" sambung lelaki itu

Dia menoleh semula kepalanya memandang Tengku Harriz.

"I belum bagi jawapan kan? So bakal isteri itu belum pasti"

"Sebab tu I cakap bakal. Bakal isteri I"

Farhana Sofea hanya diam malas sudah mahu berbahasa dengan Tengku Harriz. Jadi di hanya membuang permandangan laut yang gelap. Matanya dipejam. Deruan angin dan bunyi ombak betul-betul membuatkan dia lupa sekejap dengan apa yang berlaku.

Kesempatan itu diambil oleh Tengku Harriz untuk mencuri memandang Farhana Sofea dalam diam. Shawl yang bertiup lembut ke kanan ke kiri. Muka itu kelihatan sedikit tenang berbanding tadi yang dingin. Mungkin gadis itu cuba untuk dingin kerana mahu menutup malu apabila menangis di depannya atau kerana mahu menutup luka di hati.

"Macam mana you tahu I ada kat sini?" tiba-tiba Farhana Sofea bersuara. Mata masih menutup rapat.

"Entah" jawapan daripada Tengku Harriz membuatkan dia membuka matanya, menoleh memandang lelaki itu dengan renungan tajam. Dari tadi dia tertanya-tanya tapi entah sahaja jawapan lelaki itu.

"Just think you dengan I ada telepati yang hebat." sambung lelaki itu.

"Fikir kelakar?"

Tengku Harriz menjongketkan bahunya.

"Mungkin sebab you jodoh I, Allah gerakkan hati I untuk datang ke sini"

Farhana Sofea mendengus kasar. Geram! Annoying pun ada! Cakap dengan Tengku Harriz memang buat dia sakit hati. Satu dia tahu, dia takkan dapat jawapan dari lelaki itu.

"You nak ke mana?" Tengku Harriz mendongak kepalanya memandang Farhana Sofea yang sudah berdiri.

"Balik. Lama-lama dengan you kat sini, buat sakit hati je" jacket yang berada dibahunya dialih lalu dia melemparkan ke muka lelaki itu. Tak kuat sangat pun, biasa-biasa je sekadar mahu menutup muka lelaki itu. Kakinya mula melangkah meninggalkan Tengku Harriz. 

Tengku Harriz mengalihkan jacket dari mukanya lalu menyaingi langkah Farhana Sofea menuju ke kereta. Kereta mereka berdua diparking bersebelahan. 

Hampir sahaja menuju ke kereta, Farhana Sofea menoleh memandang Tengku Harriz.

"Thanks untuk malam ni" dia utarakan kepada Tengku Harriz. Ikhlas.

Tengku Harriz sekadar mengangguk kepalanya sebelum menuju ke keretanya begitu juga dengan Farhana Sofea. Mereka berdua mula masuk ke dalam kereta masing-masing dan mulakan permanduan mereka balik ke Kuala Lumpur.

Sesekali Farhana Sofea menoleh memandang cermin sisi kereta yang memantulkan kereta Tengku Harriz di belakangnya. Tidak pula lelaki itu memotong keretanya. Sekadar mengikutnya dari belakang.

"I sudi kahwin dengan you, Harriz"

Tengku Harriz mendiamkan dirinya, memandang Farhana Sofea lama. Dipandang lama muka gadis itu yang sangat muram.

"Tapi I ada syarat"

"What?"

Farhana Sofea mengeluh kecil. Dipandang bawah. Tanganya memintal hujung bajunya. Betul ke keputusan dia? Kahwin dengan Tengku Harriz?

Lelaki musuhnya yang selalu bergaduh setiap kali mereka berjumpa. Kalau mereka kahwin, sudah tentu perlu hadap muka each other setiap hari. Silap-silap periuk terbang sana sini setiap kali mereka bergaduh. Sudahlah perangai kedua-dua taknak mengalah.

"Just tell me"

Farhana Sofea memejamkan matanya.

Demi umi tercintanya.

"I tak kesah you nak fikir I mata duitan ke apa. It's up to you. I nak pinjam duit you untuk kos pembedahan umi I. Nanti I bayar kat you balik. Jangan risau I takkan dapat lari sebab I terikat dengan you"

Biarlah dia kelihatan terdesak sekali pun. Berkahwin sebab duit Tengku Harriz. Tapi demi ingin melihat uminya sembuh sedia kala, dia sanggup buat apa-apa sahaja walaupun terpaksa merosakkan kebahagiannya pada masa akan datang.

"Okey and no need to pay me back. Once kita kahwin, my money is your money"

Farhana Sofea memandang Tengku Harriz lama. Happy? Semestinya tidak. Sebab, dia berkahwin kerana umminya. Tidak terfikir dia mahu berjoli dengan duit lelaki itu. Kalau bukan sebab pembedahan uminya, langsung dia tak terfikir nak kahwin dengan Tengku Harriz. Kahwin dengan orang yang mulut lancang sepertinya? Memang taufan rumah nanti!

"So tommorrow, ikut I jumpa parents I"

"Esok?" Soal Hana terkejut.

"Yeah tomorrow. It's been almost a week since my daddy told me to bring my future wife to our home. You agree or not, I don't care. It's not my problem"

Farhana Sofea mengecilkan matanya memandang Tengku Harriz. Kecik besar je dia pandang lelaki itu. See tengoklah perangai Tengku Harriz macam mana. Tak boleh bayang mereka duduk sebumbung nanti! Memang berlaku taufan setiap hari. Nak nak dia juga sejenis yang tidak suka dikonkong.

Tak apa Hana demi umi kau!

"Ye lah."

"When do you want to take me to see your mom?"

Farhana Sofea mendiamkan diri. Dia masih belum bagitahu tentang Tengku Harriz pada uminya. Ni kalau dia kata nak kahwin ni mesti umi dia terkejut. Anak perempuan dia nak kahwin! Sudah semestinya dia tidak akan bagitahu uminya yang dia kahwin sebab nak selesaikan kos pembedahan umminya.

Dia mengeluh kecil.

"After surgery. Can?"

"Not my problem"

Ehh ada juga nak kena lepuk dengan dia! Dia yang tanya tadi lepastu cakap not my problem. Kan dia lempang kan sampai terhantuk kat dinding baru tahu! Sabar je lah Hana!

"Tak ada apa-apa dah kan?" Soal Tengku Harriz.

Dia menggelengkan kepalanya. Rasanya tak ada apa-apa dah kut.

"Okay"

Tengku Harriz bangun dari kerusi, bersiap sedia ingin beredar. Tidak betah dia lama-lama kat hospital. Dia tak suka bau hospital. Kalau bukan sebab Farhana Sofea yang berkeras nak jumpa dengan dia kat sini, memang tak dia nak jejak kaki ke sini.

"Wait Harriz"

Tengku Harriz menghentikan langkahnya lalu menjongketkan keningnya pada Hana.

"Err tak ada apalah"

"Say it, Hana. I tak suka orang macam ni. Nak cakap pastu tak jadi"

Farhana Sofea menggaru kepalanya yang tidak gatal. Melihat renungan tajam Tengku Harriz, lebih baik dia cakap!

"Err your parents garang tak?"

Tengku Harriz diam.

Mahu ketawa dia dengan soalan yang diajukan oleh Farhana Sofea. Seriously, gadis itu yang seorang suka berperang mulut dengannya, boleh tanya soalan seperti itu? Dia ingatkan Farhana Sofea yang spesies mulut lancang tidak takut dengan orang spesies macamnya.

"Hmm you will know later" ujarnya lalu beredar meninggalkan Farhana Sofea kontang-kanting. Lagipun dia malas hendak beritahu parentsnya macam mana. Biarlah gadis itu tahu sendiri bila berjumpa nanti.

"Cis geramnya aku dengan mamat ni" luah Farhana Sofea geram. Tengku Harriz yang sudah berjalan jauh darinya itu dipandang sampai dia hilang dari pandanganya. Dia duduk semula di atas kerusi. Mukanya diraup kasar. Arhh dia taknak kahwin dengan mamat tu!

Nasib baik Tengku Harriz tidak ada cakap apa-apa pasal semalam.

"It's okay, Hana. Demi umi kau"




LANGKAH diatur menghampiri Razul yang sedang duduk di hadapan dengan jari jemari yang pantas menaip keyboard PC. Screen PC itu terpapar code-code yang jelasnya hanya Razul yang faham kerana dia bergitu mahir dalam bidang software. Proffesional hacker lelaki itu.

Walaupun bengap dalam kehidupan tapi pintar dengan software. Berguna la sikit kawan baiknya itu.

"How?"

"Sikit lagi.......Okay done!"

Razul bersandar pada kerusi gamingnya itu dengan riak wajah yang begitu bangga. Kerusi dipusing 45 darjah menghadap Tengku Harriz yang sedang berdiri dengan punggung yang disandar pada meja.

"Aku sure diorang mesti kalut gila. Data-data company diorang kena curi dengan aku" dipandang 'Mission Accomplished' di screen PCnya itu dengan bangga. Bibir mengukir senyuman lebar. Dapat hack sesuatu adalah satu kepuasan untuknya.

"Terkejut juga aku yang Hana rupa-rupanya anak Dato' Khalish. Jadi Dylan dengan Hana......"

Mata Razul terbuntang.

"Adik-beradik?" soalnya terkejut.

Tengku Harriz mengangguk kepalanya. Dia pun baru tahu semalam. Itupun apabila Dylan Shah telefonnya untuk mencari Farhana Sofea. Bila dia siasat, rupa-rupanya gadis itu anak Dato' Khalish yang di mana ayahnya itu turut merupakan member CR Alpha Corporation.

Patutlah reaksi gadis itu lain macam apabila mendengar nama CR Alpha Corporation.

"Tapi aku tak pernah tahu pun Dato' Khalish ada anak perempuan"

Bahu diangkat oleh Tengku Harriz. Dia sendiri lagi tidak tahu.

"Zul, aku nak kau siasat pasal Hana. Everything"

"Okay. Jap.....yang kau tiba-tiba masuk campur hal Hana ni kenapa?" soalnya merenung lama Tengku Harriz. Pelik akan kawan baiknya itu tiba-tiba mahu tahu hal perempuan. Farhana Sofea pula itu.

"Bukan hal kau"

"Kau dah jatuh cinta dengan Hana ehh?" Razul tersenyum nakal. Keningnya diangkat-angkat.

"Nampak aku macam ada masa untuk jatuh cinta ke?"

Kepala pantas digeleng oleh Razul.

"Semestinya tidak sebab kau belum move on dari Sofea Qaisara" kata-katanya itu mendapat jelingan tajam dari Tengku Harriz.

Bukan dia tak nampak yang Tengku Harriz masih ada perasaan pada bekas tunangnya itu. Jelas ketara. Depan Sofea Qaisara bolehlah tipu tapi bukan depannya.

"Aku tahu Sara tu lawa tapi Hana lagi lawa"

"Kau dah puas hidup ke? Nak masuk kubur cepat?"

Razul ketawa. Kedua-dua tangan diangkat. Surrender.

"Tapi seriously ahh bro, asal kau berminat nak tahu pasal Hana ni?" akan dia paksa Tengku Harriz untuk memberitahunya. Dia kenal sangat kawan baiknya itu yang tidak pernah peduli pasal perempuan, kini tiba-tiba berminat. Kalau bukan sebab cinta, sebab apa lagi?

Tengku Harriz mengeluh kecil.

"Kau ingat tak kisah silam aku?"

"Yang mana? Kisah silam kau banyak, bro"

"Yang high school. Yang masa aku tengah gaduh dengan Sara"

Razul diam cuba mengerti kisah silam high school Tengku Harriz. Kawan baiknya itu terlampau banyak kisah silam, jadi otaknya bercelaru sikit. Lagipun semua kisah silam Tengku Harriz dia tahu kerana di antara mereka semua tiada rahsia.

"Ouh yang pasal seorang gadis yang kau......" mata Razul terbuntang apabila dia berjaya menangkap kisah silam Tengku Harriz.

"Don't say yang gadis tu adalah Farhana Sofea?"

Melihat anggukan perlahan dari Tengku Harriz hampir membuatkan dia tercekik. Ternganga mulutnya bersama mata yang terbuntang luas. Kecilnya dunia!

"Bila kau tahu yang dia adalah Hana?"

"Since majlis kahwin Fattah. Masa Hana jadi pengapit Airisya" bagitahunya. Itu buat kali pertama dia dan Farhana Sofea berjumpa lagi sekali setelah 12 tahun berlalu di majlis kahwin Adden dan Airisya.

Mahu gelap sekejap dunianya apabila melihat Farhana Sofea muncul lagi sekali dalam kehidupannya. Biarpun gadis itu tidak mengecamnya kerana tidak pernah melihat mukanya tapi dia masih kenal. Walaupun perubahan muka Farhana Sofea agak ketara dengan zaman sekolah, dia masih dapat mengecam.

Agak lama dia mengambil masa untuk mendekati Farhana Sofea semula namun siapa sangka yang kejadian tak sengaja yang berlanggar sampai berterabur filenya menjadi satu permulaan untuk dia mendekati gadis itu?

"Dia tahu yang kau......Akhtar?"

Kepalanya digeleng.

"Jadi kau nak buat apa dengan Hana sekarang?"

"Jadikan dia isteri aku?"

"What? Kau gila ke?"

Razul menggelengkan kepalanya, tidak bersetuju dengan idea Tengku Harriz.

"Aku tak rasa yang Hana akan mudah maafkan kau setelah apa yang kau buat kat dia. Lagi-lagi bila dia tahu siapa kau sebenarnya di saat dia terikat jadi isteri kau. She will be  heartbroken bro......"

Tengku Harriz diam memikirkan kata-kata Razul yang ada betulnya. Mungkin dia akan makin menyakiti Farhana Sofea di masa hadapan. Namun cara apa lagi yang dapat dia tuntut kemaafan? Lagipun gadis itu berubah 360 darjah dengan gadis dia jumpa sewaktu dia 17 tahun.

Farhana Sofea yang ketika itu adalah lembut, baik hati dan murah dengan senyuman tapi tengoklah sekarang. Betul-betul dah lain.

"Tapi dia dah setuju. Kami akan kahwin"

"We have our own reason. Apa yang dia tahu aku kahwin dengannya sebab parents aku but that's not the main reason. Aku akan lakukan apa yang aku tak dapat lakukan 12 tahun yang lalu. Kalau dulu aku lari, sekarang aku takkan lari."

"But you don't love her. You love Sara. It will hurt Hana, bro especially when she falls in love with you one day"

"I will. I will love her. Biar aku sorang je yang jatuh cinta so that aku sorang je yang tersakiti nanti. I will pay for hurting her"

***********

Korang sorry baru update. Esok author dah start sem baru and dah start kelas so author tak dapat nak update selalu. But author akan cari masa untuk update insyaallah.

Jangan lupa votement tau!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro