Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


FARHANA SOFEA memandang cermin yang memantulkan dirinya yang berpakaian serba putih hari ini. Dia menarik nafas dalam lalu cuba mengukirkan senyuman yang paling manis. Hari ini hari kebahagiaannya mungkin? Entahlah. Tapi yang pasti hari ini adalah hari dimana status bujangnya akan tamat. Dia tidak tahu mahu gembira atau sedih.

"Are you sure with your decision, Hana?" Kepalanya ditoleh memandang Airisya yang entah sejak bila masuk ke biliknya.

Bahunya dipegang oleh Airisya lalu dipusing menghadap dirinya. Mata Airisya tepat memandang ke dalam matanya.

"Kau dah buat solat isthikharah semua?" Soal Airisya lagi. Bukan apa, dia taknak Farhana Sofea salah buat keputusan. Semasa gadis itu memberi tahu niatnya yang mahu berkahwin dengan Harriz membuatkan dia terkejut tambah lagi apabila gafis itu sanggup mengorbankan kebahagiaannya demi ibunya yang tercinta.

Farhana Sofea tersenyum lantas kepalanya diangguk perlahan.

"Hmmm aku dah buat setiap malam dan aku dapat jawapan yang sama. Jangan risau okay? Aku yakin yang aku sememangnya ada jodoh dengan Harriz"

"Tapi kau yakin ke dia boleh bahagiakan kau?" Farhana Sofea diam tidak menjawab soalan Airisya.

"See? Kau sendiri tak yakin yang dia boleh bahagiakan kau. Tapi jangan risau, selama aku kawan dengan Harriz sebenarnya dia baik. Harriz ni kau nampak je dia macam tak ada perasaan tapi dia sebenarnya caring sangat dengan orang sekeliling dia. He looks like an evil outside but actually an angel inside." Bahu Hana digosok lembut. Tersenyum dia apabila menceritakan perangai Harriz yang sebenar.

"I'm 100% sure both of you will love each other one day and live happily. Aku akan sentiasa berdoa untuk korang berdua"

Farhana Sofea tersenyum.

Sedikit sebanyak dia rasa lega dengan kata-kata Airisya.

"Thanks Icha."



DENGAN debaran di dada, Tengku Harriz mengangkat mukanya memandang pakcik saudara Farhana Sofea iaitu abang kepada ibu Farhana Sofea. Dia menarik nafas dalam. Entah kenapa dia begitu berdebar. Atau mungkin dia trauma untuk majlis kahwinnya hari ini kerana dia mempunyai sejarah silam di mana bekas tunangnya tidak menghadiri majlis akad nikah dan menghilangkan diri. Kejadian itu meninggalkan kesan yang mendalam sehingga membuatkan dia takut untuk jatuh cinta lagi.

Kepalanya ditoleh memandang Farhana Sofea yang sedang duduk bersebelahan ibunya dan mamanya. Tidak pernah dia menyangka akan berkahwin dengan perempuan yang selalu mencari gaduh dengannya tambah lagi perkenalan mereka singkat, hanya beberapa bulan sahaja kenal, berbeza dengan bekas tunangnya yang sudah bertahun-tahun bercinta. Matanya ditutup. Semoga dia dapat maju ke hadapan dan melupakan segala kisah silamnya.

Namun mampukah?

"Riz?"

Tengku Harriz tersentak dengan panggilan papanya. Dia tersedar dari lamunannya. Ternyata tok kadi di depannya iaitu pakcik saudara Farhana Sofea sudah menghulurkan tangan kepadanya. Tanpa melengahkan masa, dia menyambut tangan tok kadi. Keluhan berat dilepaskan. Mulai hari ini, dia akan memikul tanggungjawab yang besar yang dia sendiri tidak tahu dapat menggalasnya dengan baik atau tidak.

"Dah sedia?"

Dia memandang Tengku Harraz yang duduk tidak jauh darinya. Dipandang kembarnya itu untuk mendapatkan kekuatan dan semangat untuk dia melanjutkan majlis perkahwinannya ini. Dia tersenyum memandang Tengku Harraz. Alhamdulillah, yang Tengku Harraz turut datang ke majlis perkahwinannya.

"Riz?"

"Ouh sorry, go on. I'm ready"

Nafas dalam ditarik.

"Tengku Harriz Adham bin Tengku Hadif"

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau dengan anak saudaraku Farhana Sofea Binti Khalish dengan mas kahwin 10 dinar tunai"

"Aku terima nikahnya Farhana Sofea Binti Khalish dengan mas kahwinnya 10 dinar tunai"







SESEKALI Farhana Sofea memandang ke arah Tengku Harriz dan kembarnya yang dikelilingi dengan begitu ramai orang. Yang pastinya semua member CR Alpha Corporation. Rancak mereka berbicara lebih-lebih lagi dengan kemunculan Tengku Harraz yang menghilang bertahun-tahun.

"Oii tak lepas ehh tengok suami sendiri. Tunggulah dalam bilik nanti" sakat Dhia Airisya yang turut memandang ke arah yang kawan baiknya itu lihat.

"Mana ada lah" pipinya mula membahang. Rasa pelik mendengar perkataan suami. Masih belum percaya yang dia sudah berkahwin.

"Suami kesayangan kau mana? " dia pula menyoal lebih kepada ingin menukar topik.

"Tu" muncung mulut Dhia Airisya ke arah Adden yang berdiri tidak jauh dari mereka bersama Razul.

Elok pula mata mereka bersabung. Tersenyum kecil dia apabila Adden menghadiahkan dia senyuman yang cukup mempersonakan sambil jalan mara ke arahnya.

"Hana, congrats on your wedding with Harriz" tangan Adden meraih pinggang Airisya dengan mata memandang Farhana Sofea.

"Thanks"

"Hana, first nig......"

"Arghh takde takde. Kau jangan nak mengarut, Icha" potong Farhana Sofea laju sebelum Airisya menghabiskan kata-katanya. Tahu lah dia apa yang ingin disakat oleh kawan baiknya itu.

"Sila bawa balik wife you ni"

"Okay then, we will leaves first. Kita pun ada projek malam ni. Kan sayang?" Kepala berpaling memandang Airisya disebelahnya dengan mata yang dikenyit.

"Abang jangan nak mengada-ngada!" dicubit pinggang Adden geram malah suaminya itu seronok ketawakan dia. Diberi jelingan tajam yang tahap maksimum pada suaminya.

"Dah boleh kut korang berambus. Aku pun ada hal dengan Hana"

Bila entah Tengku Harriz menghampiri mereka tengok-tengok lelaki itu sudah berdiri di sebelahnya dengan tangan yang melekat di pinggangnya. Membuntang matanya memandang tangan Tengku Harriz yang tanpa silu memegang pinggangnya.

"Tolong alih tangan you ni" tajam dia memandang Tengku Harriz.

"There's anything wrong with that? We're married by the way"

Lagi dia protes, lagi Tengku Harriz menarik pinggangnya sehingga terasa tubuhnya semakin melekap pada tubuh Tengku Harriz. Tambah pula dengan haruman minya wangi lelaki itu kian menusuk hidungnya sehingga membuatkan saluran pernafasannya mula tersumbat!

Behave jantung. Behave!

"Ermm abang.......Isya rasa kita patut beredar. Tengok diorang macam tak sabar"

"Hmm abang pun rasa macam tu. Jom lah kita balik, sayang. Diorang nak buat anak tu"

Mahu saja dia hempuk dua orang yang berdiri di depannya itu yang tersenyum-senyum memandang dia dan Tengku Harriz. Sudahlah dia masih janggal dengan statusnya yang sudah berubah dan masih lagi dalam proses untuk menerima yang dia sudah sah menjadi isteri kepada musuhnya, Tengku Harriz.

"Haa memang pun. So cepatlah beredar yee" tambah Tengku Harriz menghalau mereka berdua. Lagipun ramai yang sudah balik tinggal kawan-kawan mereka sahaja yang masih belum balik.

Terasa yang dia dipandang tajam, dia menoleh ke kanan memandang Farhana Sofea yang merenungnya tajam dengan muka yang sedikit kemerahan.

"Okay lah bro, aku balik dulu. Goodluck, first night! "

"Hana kau jang kasar-kasar tau malam ni. Be gentle okay, babe? "

Arghhh!

Mahu saja dia menyepak dua ekor malaun di depannya itu. Melihat muka cemberut Farhana Sofea membuatkan Airisya dan Adden ketawa sebelum perlahan-lahan meninggalkan mereka berdua yang baru jadi pengantin itu.

Farhana Sofea memeluk tubuh memandang mereka berdua sehingga hilang dari pandangannya. Tangan Tengku Harriz yang melekat di pinggangnya cuba ditepis tapi masih melekat di situ.

"Apahal you ni?" Bentaknya geram.

"People are watching us, Hana"

"So? "

Mulutnya didekatkan di telinga Farhana Sofea lalu berbisik sesuatu.

"You nak ke orang tahu tujuan perkahwinan ni?"

Bibirnya digigit sebelum memandang sekeliling. Walaupun tetamu sudah tak banyak tapi mata masih memandang ke arah mereka termasuk uminya yang sedang tersenyum memandangnya dan Tengku Harriz yang berdiri tidak jauh bersama mak mentuanya.

"See ? Your mom is watching us too"

Senyuman manis dihadiahkan kepada uminya sebelum memandang Tengku Harriz semula.

"Lambat lagi ke nak habis? I penat" tangannya berpaut memegang lengan Tengku Harriz dengan senyuman paksa yang terukir. Nak tunjuk mereka mesra satu hal.

Tengku Harriz memandang lama Farhana Sofea yang jelas kelihatan penat. Kaki yang memakai heels tu pun dah jalan terhinjut-hinjut. Tambah lagi kena melayan tetamu yang begitu ramai hadir.

"Korang pergilah naik bilik. Biar mama dengan umi settlekan yang selebihnya. Riz, bawalah Hana rehat. Kesian isteri kamu tu penat" ujar Tengku Farihah menghampiri mereka berdua.

Kepala diangguk.

"Umi jangan buat kerja berat sangat tau. Umi tu belum sihat"

Mereka berdua mula menuju ke bilik hotel memandangkan majlis perkahwinan mereka diadakan di hotel milik CR Alpha Corporation. Sebelum beredar, sempat lagi Puan Farah dan Tengku Farihah menyakat mereka berdua.

Farhana Sofea menarik nafas lega. Lega yang majlis dah selesai dengan baik. Nasib juga mama Tengku Harriz dapat menerima kedatangan dia dan uminya. Elok je mereka bersembang.

Usai membersihkan badan Farhana Sofea membaringkan badannya di atas katil. Matanya cuba dipejam tapi hati yang gundah sukar membuatkan dia mahu terlelap. Sesekali dia memandang ke arah bilik air di mana Tengku Harriz pula sedang membersihkan dirinya.

Elok dia memandang ke arah situ, termuncul Tengku Harriz di pintu bilik air dengan hanya bertuala sahaja. Membuntang mata Farhana Sofea sebelum menoleh kepalanya ke kiri. Fuhh abs suami dia mengancam betul!

Tengku Harriz mengerutkan dahinya sebelum bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman sinis.

"Takkan tak pernah tengok kut abs lelaki?" Tangan mula mengeringkan rambut yang basah dengan tuala kecil yang disangkutkan di bahunya sambil kaki menghampiri luggagenya.

Farhana Sofea menoleh ke arahnya dengan renungan tajam.

"What?" Kening dijongketkan pada Farhana Sofea. Dicapai satu T-shirt hitam tanpa lengan dan seluar pendek dari luggage.

"Malam ni I tidur atas katil, you tidur atas sofa"

Dia yang mahu menyarung T-shirt terhenti kelakuannya. Kepala menoleh memandang Farhana Sofea.

"Nope. I taknak tidur atas sofa" bantah dia.

"Habistu takkan I pula? You kan selalu belagak gentleman so tidur la atas sofa" bentak gadis itu tidak berpuas hati.

"Instead of one of us sleeping on the sofa, why don't we just sleep in bed together?"

"Ke......kenapa pulak?"

"Ke.....you takut I apa-apa kan you?" Bibirnya tersungging dengan senyuman sinis. Kakinya mula menapak ke arah Farhana Sofea yang berada di atas katil dengan muka semakin cuak apabil dia menghampirinya dengan hanya bertuala.

Ditelan air liur kasar.

Farhana Sofea mula tidak keruan melihat Tengku Harriz mula ke mari.

"Tak....takpelah I tidur atas sofa" diambil bantal yang mahu digunakan olehnya sebelum turun dari katil. Baru nak menuju ke sofa, pinggangnya diraih oleh Tengku Harriz. Namun disebabkan kekalutannya itu, dia tersadung kaki sendiri.

"Arghhh"

Terasa dunia seakan berhenti apabila dirinya itu terjatuh menimpa atas Tengku Harriz. Sudahlah bibirnya tercium dada bidang lelaki itu! Tangannya pula melekat masih melekat pada dada bidang itu. Dengan mata yang tidak berkelip memandang Tengku Harriz begitu juga lelaki itu.

"I think I should worry about me" ujar lelaki itu membuatkan pipinya kian membahang.

Tersedar dengan kedudukan mereka, cepat-cepat dia mahu bangun namun tangan Tengku Harriz yang melingkar di pinggangnya itu membuatkan perbuatannya terbantut.

"Baru first night tapi you dah buat trick nak goda I, Hana?"

Bibirnya digigit.

Usapan tangan Tengku Harriz yang menyentuh kulit pinggangnya itu bukan sahaja membuatkan dia tidak bernafas dengan baik namun otaknya juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Farhana Sofea yang suka membalas kata tiba-tiba diam tidak berkutik.

Tengku Harriz menahan senyum. Terasa geli hati melihat sisi baru Farhana Sofea yang blushing itu. Diam sahaja gadis itu dengan pipinya yang membahang. Membuatkan dia semakin mahu mengusik.

Tambah lagi rambut Farhana Sofea yang menjuntai menghasilkan wangian yang harum membuatkan dia mahu mengekalkan posisi mereka begitu. Arghh! Makin bercelaru fikirannya sekarang ini!

"Ma....mana ada! I tak sengaja okay!" Tangan cuba menolak badan Tengku Harriz bagi menjarakkan tubuh mereka namun tak dapat disebabkan tangan lelaki itu melilit pinggangnya.

"Harriz!"

"What?"

Bibirnya digigit. Buat-buat tak faham pula! Jantung pun satu hal! Macam lepas lari tu kenapa?

"Come on, Harriz jangan buat bodoh please" tajam dia merenung Tengku Harriz. Dikawal getaran badan yang kian mula terkena virus-virus dari Tengku Harriz.

"Alihkan tangan you dari pinggang I"

"Okay"

Bila dengar okay ingat mahu lega namun lagi parah apabila Tengku Harriz menerbalikkan badan mereka. Kini dia pula berada di bawah dan Tengku Harriz berada di atas. Badannya ditindih oleh Tengku Harriz dengan tangan lelaki itu menguncinya kanan kiri.

"Harriz, apa you ni!" Bentaknya geram.

"What? I dah tak pegang pinggang you" jawab Tengku Harriz selamba dengan muka tidak bersalah.

Bibirnya digigit. Memang sengaja lelaki itu mahu kenakan dia! Sengaja nak buat dia kalah! Cis tak boleh jadi!

Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Cakap je lah you yang tergoda dengan I. Kan?"

"I just sambung trick you goda I je"

"Mana ada I goda you! You jangan nak reka cerita! Now get off of me!" ujarnya dengan kesabaran yang semakin menipis. Makin lama mereka berkeadaan begini, makin dia risau akan dirinya.

"If I don't want? "

Memang menguji kesabaran betul si Tengku Harriz ni!

"Better you get off of me, kalau taknak I goda you betul-betul! "

"Then, try"

Tengku Harriz mengukirkan senyuman sinis.

"Jangan menyesal"

Lelaki itu hanya menjongketkan bahunya. Sekarang dia pula yang menyesal utarakan hal itu. Namun terlajak kata tak boleh diundur! Matanya dipejam. Apa dia nak buat ni?

"Seems like someone has defected already"

Matanya dicelik.

"Mana ada! I tak kalah lagi"

Keningnya dijongket.

Farhana Sofea menarik nafas dalam. Lantaklah apa nak jadi malam ni asalkan dia tak kalah dalam permainan yang dicipta olehnya sendiri. Yang penting dia menang!

"You lost, Hana" tersungging bibir Tengku Harriz apabila Farhana Sofea hanya berdiam diri dari tadi.

Dia tersenyum kemenangan dan berura-ura mahu bangun dari menindih badan Farhana Sofea. Tahu yang gadis itu tidak akan melakukan kelakuan sembarangan. Jadi sebab itu dia berani mencabar gadis itu.

"Not yet. Don't regret this, Encik suami"

**********

Ayok Harriz habislah kena goda dengan Hana.

Jangan lupa votement tau!








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro