Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RAZUL memandang Tengku Harriz yang diam sahaja duduk di sebelahnya itu berhadapan dengan kawan Airisya. Mata tajam sahaja merenung anak dara di depannya itu. Nasib tak tembus kepala member. Hampir meledak ketawa Razul bila dia tanya Tengku Harriz tadi. Jawabnya minah yang langgar dia sampai berterabur file dia.

"Ehem Icha so kawan you ni single ehh?" Soal Razul mengalihkan perhatian Tengku Harriz. Dia hanya membuat tidak endah dengan renungan tajam Tengku Harriz yang memberi isyarat 'Kau jangan buat kerja gila, Zul kalau taknak kena tembak dengan aku'. Lebih kurang macam tu lah.

"Of course single. Kawan saya semua single and available"

Farhana Sofea menyiku lengan Airisya. Ni macam nak jual member dah ni.

"Excuse jap. Wanna go to the toilet"

Tengku Harriz tiba-tiba mencelah. Malas dia melayah karenah Razul yang otaknya kadang tak betul. Jadi baik dia angkat kaki sekejap. Lagipun dia tengok minah yang langgar dia tadi sedari tadi menundukkan kepala. Gaya macam nak menyorok bawah meja.

Lagipun dia bukan nak pergi toilet pun. Dia ada misi penting. Senyuman sinis diukirkan di bibir. Papan tanda yang menunjukkan toilet ke kanan diendahkan. Dia malah belok ke kiri. Ke bahagian dapur. Dengan selamba dia masuk ke bahagian dapur. Buat macam mak bapak dia punya kerja.

Tapi memang betul pun. Ada sikit saja salah. Lestaria Cafe itu miliknya. Sudah tentu dia boleh pergi ke mana sahaja dia suka dalam Lestaria Cafe itu.

"Tengku nak apa? Makanan Tengku dah nak siap" ujar salah seorang pekerja di situ.

"Makanan gadis yang pakai tudung warna blue black tu dah siap?"

Terjeda seketika pekerja itu memproses gadis yang mana. Bila ditanya tukang waiter yang mengambil tempahan dua orang gadis itu, dia memaklumkan makanan mereka sudah siap dan baru hendak dibawa ke depan.

"Okay wait. Mana garam?" Soal Tengku Harriz dengan senyuman misteri.

"Ni Tengku" dihulur balang yang berisi garam kepada Tengku Harriz tanpa banyak tanya. Kan kena pecat nanti kan.

Tengku Harriz memandang Spaghetti Carbonara yang terhidang begitu cantik di atas pinggang kaca. Balang garam itu dibuka lalu disuakan satu sudu besar. Tangannya yang memegang sudu besar berisi garam mula menabur garam itu di atas Spagetti Carbonara sama rata dengan senyuman sinis.

"Nanti bawa kat depan sekali dengan makanan saya" ujarnya lalu beredar dari dapur. Dia menghampiri mereka semula yang sedang rancak berbual. Gadis itu tadi pun dah buka mulut. Rancak pula sembang dengan Razul yang mudah masuk air. Takpe kita tengok nanti.

"Lama kau Riz. Kau berak ke?" Soal Razul

"Kau sebelum aku ambil cili kat dapur lepastu cilikan mulut kau tu better you shut up your mouth" Tengku Harriz memberi amaran pada Razul. Dipandang Razul yang membuat signal okay dengan tangannya lalu acah-acah zip mulutnya.

Gadis yang berada di depannya yang merenungnya dengan muka yang tidak berpuas hati dipandang. Keningnya dijongket pada gadis itu.

"Merosakkan suasana" ujar Farhana Sofea perlahan.

"What did you said?" Tengku Harriz menyoal dengan kening yang dijongket.

"Tak makanan ni lambat pula nak siap" rengus Farhana Sofea geram. Selalu cepat sahaja makanannya kenapa hari ini rasa lambat pula? Atau sebab ada mamat poyo depannya itu membuatkan masa lambat berjalan?

"Here your food"

Laju sahaja bibir mengukirkan senyuman lebar apabila makanan dihidangkan di depan mata. Baru sahaja tadi seru sudah sampai. Farhana Sofea mula mencapai sudu garfunya yang dibalut dengan tisu. Perut dah lapar ni.

Terpandang pula mamat poyo di depannya itu. Dahinya berkerut kecil. Kenapa dia nampak mamat poyo itu tersenyum sinis akannya? Malas nak buat masalah, dia mula kacau sebati Spaghetti Carbonaranya itu. Perlahan-lahan Spaghetti Carbonara disuakan ke dalam mulutnya.

Farhana Sofea mula mengunyah. Dahinya berkerut sedikit. Dia menyambung mengunyah lagi tapi kali ini tak boleh tahan.

"Puihhhh" tersembur Spaghetti Carbonara dari mulutnya

Tengku Harriz berhenti menyuakan makanan ke dalam mulutnya. Diletakkan sudu garfu di atas pinggangnya semula. Tangannya digenggam. Nafas turun naik menahan amarah.

"Masin nak mampus" ujar Farhana Sofea yang masih belum sedar akan perbuatannya itu.

"Hana"

Airisya menyiku lengan Farhana Sofea. Dia menyuruh Farhana Sofea untuk memandang depannya. Dengan dahi yang berkerut Farhana Sofea memandang ke depan. Lebit tepat memandang muka mamat poyo itu. Matanya terbuntang.

"What the hell are you doing, girl? You wish to die, huh?" Suara garau Tengku Harriz menahan amarah.

Farhana Sofea segera mengambil tisu. Dia bangkit dari kerusinya lalu menghampiri mamat poyo itu. Dilap muka mamat poyo itu yang dihiasi dengan makanan yang tersembur dari mulutnya itu dengan perasaan bersalah.

"Damn this girl"

Tengku Harriz menepis tangan gadis itu. Tisu yang berada dalam bekas tersusun cantik dicapai. Dia lap mukanya dengan bahagian kemeja atas yang sedikit kotor. Mata masih mencerlung gadis itu tajam. Sudahlah dia ada meeting kejap lagi.

"Errr so...sorry" ujar Farhana Sofea dengan perasaan yang bersalah.

"Sorry? I have a meeting after this girl. What are you gonna do with this damn dirty shirt?" Soal Tengku Harriz yang sudah berdiri menentang anak mata gadis itu. Minah sewel ni memang menyakitkan hati sungguh!

"Huh? Errr I errrr" otaknya time macam ni lah taknak berfungsi pula!

"Wehh bro relaks lah. Orang pandang tu" Razul cuba selamatkan keadaan. Bahu Tengku Harriz dipegang menyuruhnya untuk bersabar.

"Relaks? Relaks celah mananya kalau dah minah ni sembur makanan kat muka aku?"

Razul menggaru kepalanya. Tak pasal-pasal dia kena tempis kemarahan Tengku Harriz. Sudahlah Tengku Harriz ni kalau dah marah sometimes lagi scary dari member dia sorang lagi tu. Ke kena call Adden untuk selamatkan keadaan?

"Everyone in this cafe get out!"

Farhana Sofea menelan air liur kelat. Ni dah parah dah ni!

"Don't worry about what you eat just now, I will give you a new one. So no damage is done"

"Staff, you heard what I said right?"

"Ye...yes Tengku"

Mahu terkencing Farhana Sofea sekarang ini. Senang macam tu je mamat poyo di depannya itu mengarah customer untuk keluar siap mahu gantikan makanan yang baru lagi. Bibirnya digigit. Kepalanya ditunduk ke bawah. Tak berani mahu menentang mata mamat poyo yang merangkap Tengku itu!

"Icha"

Razul memberi isyarat kepada Airisya untuk menyuruh Adden datang ke sini. Satu-satu yang boleh kawal Tengku Harriz adalah Adden. Dia yang sebagai kawan baik pun tak berani kalau Tengku Harriz ni marah.

Farhana Sofea berdehem kecil. Tak boleh jadi ni! Dia perlu membela dirinya!

"Encik Tengku I tak sengaja semburkan makanan kat muka you and kemeja you so I minta maaf okay? Settle?"

Tengku Harriz ketawa kecil. Necktie yang dililit dilehernya itu dilonggarkan sedikit. Tanganya meraup rambut ke belakang. Bercekak pinggang dia memandang gadis di depannya itu. Senang sungguh minta maaf ehh?

"Macam tu je?"

"Ye lah habistu you nak suruh I buat apa? Belikan you kemeja baru untuk you?"

Tengku Harriz tersenyum kecil.

"Good idea. Buy me one from a luxury brand. I bought this shirt in New York for your infomation."

Mata Farhana Sofea hampir terkeluar. Dia memandang kemeja mamat poyo itu yang sedikit kotor. Air liurnya ditelan. Menyesal pula utarakan hal itu. Mahu baju sehelai kemeja yang dipakai oleh mamat poyo itu berharga setahun gajinya. Innalillah.

"Harriz kasi diskaun la. Harga member" Airisya menjampuk ingin selamatkan Farhana Sofea.

"Awak kan kawan Adden. Hana ni kawan saya. So kira diskaun lah ehh?" Dengan tak tahu malu Airisya tawar menawar. Macam dah kat pasar dah mereka ni tawa menawar harga. Disebabkan satu kemeja kotor habis kecoh.

"Haa betul tu" Razul yang menyokong mendapat jelingan maut daripada Tengku Harriz.

"What's wrong?"

Perhatian dialih memandang Adden yang baru masuk ke dalam cafe menghampiri mereka. Keningnya dijongket melihat situasi yang tegang itu. Baju kemeja putihnya itu dilipat ke siku. Ada apa sampai perlu memanggilnya? Dia sudah lah tengah bersiap untuk meeting.

"Bro kau cool down kawan baik kau ni. Mahu member wife kau tu kena telan kejap lagi" ujar Razul menghampiri Adden. Kata-katanya diangguk oleh Airisya. Dia pun turut takut melihat Tengku Harriz.

"Awak, Hana tersembur makanan kat Harriz and sekarang Harriz tengah mengamuk" bisik Airisya pada Adden menceritakan apa yang terjadi kepada suaminya itu. Terangguk-angguk kepala Adden mencerna cerita yang disampaikan oleh Airisya.

"Riz" kepala digeleng kepada Tengku Harriz.

Tengku Harriz melepaskan keluhan kecil. Rambutnya diraup ke belakang sekali lagi. Mata tajam merenung gadis di depannya itu.

"We're not settle yet." Ujarnya lalu beredar dari cafe itu.

"Cis macam tu je Harriz dengar cakap kau? Aku ni pujuk banyak kali tak dengar-dengar" luah Razul tidak berpuas hati. Kan dia dah cakap yang si Tengku Harriz ni hanya dengar kata-kata Adden sahaja.

Farhana Sofea menarik nafas lega. Biarpun Tengku Harriz sudah memberi amaran yang mereka masih belum settle tapi dapatlah dia bernafas sekejap. Yang masalah mereka berdua nanti dia fikir kejap lagi. Nasib suami member dia datang. Kalau tak sampai habis lunch tak selesai.

"HANA congrats!"

"Good job Hana!"

Farhana Sofea mengukirkan senyuman lebar. Ucapan terima kasih tak lupa diberi kepada mereka yang mengucap tahniah kepadanya. Dia memandang Ayaaz yang merupakan CEO di tempat kerjanya itu sebelum kaki menghala ke arah Ayaaz.

"Thanks Encik Ayaaz" ucapnya pada Ayaaz.

"I should thank you for keeping on improving you perfomance" ujar Ayaaz berbangga kerana mempunyai pekerja seperti Farhana yang selalu cuba untuk lakukan yang terbaik kepada companynya.

Farhana Sofea tersenyum.

"Let's take a picture with your new car. I'm pretty sure you want to upload it on your instagram" kata-kata dari Ayaaz membuatkan Farhana Sofea ketawa kecil. Macam tahu-tahu je Ayaaz ni dia gila post gambar kat instagram. Maklumlah instafamous katakan!

Kepala menoleh memandang kereta honda civic yang berwarna dark grey yang dihadiahkan oleh company untuknya memandangkan dia berjaya mengekalkan prestasinya dan mendapat ranking pertama pekerja yang terbaik setiap bulan. Akhirnya penat lelah dia bekerja sebagai Architect Interior Designer beberapa tahun di CR AIIK Holding paid off ! l

Dan akhirnya dia mempunyai kereta sendiri! Lama sudah dia mengidam untuk membeli kereta honda idamannya itu namun masih tak tercapai. Tapi hari ini dia merasakan semua penat lelah dia sudah dibayar cash. Syukur!

"Bye balik dulu"

"Bye Hana! Hati-hati bawa kereta baru!"

"Hahaha bye korang" tangan melambai rakan sekerjanya.

Bibir mengukirkan senyuman. Gambar yang ditangkap bersama Ayaaz dan beberapa pekerjanya yang lain dengan kereta barunya itu dibelek-belek untuk memuat naik ke media sosialnya. Setelah dia berpuas hati memilih gambar yang ingin dimuat naik, dia menekan post.

Frhnsofea Alhamdulillah my hard work paid off!!!

Lilyflora Congrats Kak Hana!

Nr.delisha Beauty with brain. Awesome!

Farhana Sofea tersenyum membaca komen-komen dari followersnya. Sekejap sahaja gambar yang dimuat naik itu mencecah ribuan like. Komen juga dah beratus dan kebanyakkan ucapan tahniah daripada followersnya. Namun ada satu komen yang menarik perhatiannya.

Hrrzdhm_ Looks like someone forget about spitting her food on me.

Dahinya berkerut memandang komen itu. Ditekan profile tersebut, ingin tahu siapa yang tidak berpuas hati dengannya. Di stalk pemilik instagram tersebut. Follower beribu dan yang pasti lagi tinggi daripadanya. Gambar pula beratus. Memang bagus! Senang lah dia nak stalk! Kut kut jumpa tengah jalan boleh lah dia maki ke atau bagi ceramah sikit.

"Wait ni macam....."

Otaknya cuba mengingati muka lelaki itu.

"Mamat poyo???"

"Cis dari mana dia tahu ig aku ni"

Dengan tidak berpuas hati Farhana Sofea mencemuh gambar-gambar yang dipost oleh mamat poyo itu! Mata dijulingkan ke atas. Semua gambar acah handsome. Memang padan sangat dengan panggilan mamat poyo! Memang poyo sangat!

Dia menekan message, mahu dm mamat poyo itu. Nak gaduh mari lah! Bukan gaduh kat komen gambar-gambarnya yang dipost kat instagram.

Frhnsofea
Salam, encik Tengku pasal tadi dah settlekan? I dah said sorry kan?

Hrrzdhm_
I said we're not settle yet right?

Frhnsofea
Habistu encik Tengku nak I buat apa sekarang untuk tuntut kemaafan dari encik tengku?

Lama dia menunggu balas dari mamat poyo itu sehinggalah dia membuat keputusan untuk pergi ke kereta barunya. Mahu membawa balik kereta barunya ke rumah! Tak sabar!

Ting

Hrrzdhm_
Come to my office. You know kan kat mana suami kawan you kerja?

Frhnsofea
Ye tahu. Okay, on my way

Tengku Harriz hanya memandang dm terakhirnya bersama gadis itu. Malas sudah mahu membalas. Iphone miliknya diletakkan di tepi. Pintu yang diketuk membuatkan kepalanya mendongak memandang ke arah pintu. Dahinya berkerut. Takkanlah dah sampai?

"Uncle Yusuf?"

Berkerut dahinya memandang Tengku Yusuf yang merupakan bapak saudaranya itu datang ke dalam officenya.

"Riz dah nak balik ke? "

Tengku Harriz menggelengkan kepalanya.

"Belum, Riz tengah tunggu someone. Duduklah uncle"

Sofa yang empuk di tengah officenya itu dihampiri lalu dilabuhkan punggungnya di sofa yang satu itu. Kepala menoleh memandang Khairul, secretarynya itu datang bersama dua cup tea lalu dihidang di atas meja depannya itu.

"Riz, sihat? Uncle, sebenarnya ada hajat ke mari" ujar Tengku Yusuf sebaik sahaja secretary Tengku Harriz keluar.

"Alhamdulillah sihat. Hajat apa, uncle? "

Keluhan kecil dilepaskan oleh Tengku Yusuf. Berat hati mahu bicara hal itu.

"Macam ni, minggu lepas ada misi di Pulau Batik yang melibatkan seramai 55 orang tebusan yang ditahan oleh lanun Teri. Ramai askar yang cedera dan ada juga yang meninggal untuk selamatkan tebusan itu disebabkan berlaku kesilapan kecil."

Tengku Harriz memandang Tengku Yusuf untuk meneruskan ceritanya itu. Dari apa yang unclenya cerita, dia sudah tahu apa hajat yang dibawa oleh unclenya.

"Riz, taknak jadi askar balik? Uncle ada tanya Emir pasal ni tapi keputusannya untuk tidak jadi askar memang muktamad. Sayangnya, korang semua handal."

Diam seketika Tengku Harriz memikirkan pelawaan dari Tengku Yusuf sendiri yang berpangkat Laksamana Madya itu. 4 tahun yang lepas dia berhenti menjadi askar atas sebab yang tertentu. Selama 4 tahun itu dirinya tidak terlibat dengan dunia askar. Hanya fokus kepada Secret Hunter Agency dan kadang-kadang menolong kawan baiknya, Adden menyerang musuhnya.

"Riz tak tahulah uncle. Riz ada fikir untuk jadi askar balik tapi bukan masa sekarang. Ada hal yang perlu diselesaikan buat masa sekarang."

Tengku Yusuf tersenyum mendengar jawapan Tengku Harriz. Walaupun Tengku Harriz belum memberi kata putusnya lagi, tapi anak saudaranya itu kata dia ada terfikir untuk jadi askar semula.

"Riz fikirlah dulu. Apa-apa bagitahu uncle."

Tengku Harriz tersenyum kecil

"Insyaalah uncle, Riz akan buat keputusan nanti."

Tengku Yusuf menepuk bahu Tengku Harriz.

"Laut sentiasa menerima kamu, Riz"

**********

Jangan lupa votement korang !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro