Bab 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TERMENGAH-MENGAH Tengku Harriz memanjat tangga. Walaupun penat namun dia tidak boleh berhenti. Ada nyawa yang perlu diselamatkan. Kepala didongak memandang ke atas. Masih tinggi. Masih jauh.

Nafas dalam ditarik sebelum menyambung mendaki tangga sehingga ke bumbung hospital. Pintu dikuak kasar. Mata liar mencari satu tubuh.

"Fea!"

Badan menunduk memegang lutut dengan nafas yang semput. Penat mendaki tangga. Bukan tidak mahu naik ke rooftop dengan menggunakan lift namun lagi pantas jika dia mendaki tangga.

"Fea, jangan duduk di situ. Bahaya"

Gadis yang ditegurnya itu perlahan-lahan memusingkan kepalanya. Dengan wajah yang sembab, dengan mata yang layu, dengan harapan yang sudah musnah, dengan kehidupan yang sudah hancur, gadis itu memandangnya.

Remuk. Yaa remuk hatinya tika ini melihat gadis itu sebegitu rupa.

Allah, apa sudah dia buat pada gadis itu?

"Bahaya?"

Seketika gadis itu ketawa, seketika gadis itu menangis.

"Akh......." Luruh suara itu menyebut namanya. Tiada semangat langsung. Mata gadis itu bergelora.

Perlahan-lahan gadis itu bangun berdiri. Mendepakan tangan merasai angin yang meniup lembut badannya dengan mata yang terpejam. Air mata jatuh membasahi pipinya. Kenapa ujian datang tidak henti padanya?

"Fea, sini kat aku. Jangan berdiri kat situ please" pujuknya. Langkah menghampiri gadis itu yang leka dengan dunianya. Mahu tercabut jantungnya melihat gadis itu berdiri di situ. Silap langkah mahu jatuh dari rooftop hospital itu.

"Dah terlambat, Akh"

Badan dipusingkan 360 darjah menghadap lelaki itu yang berdiri tidak jauh darinya. Dipandang anak mata itu dengan layu. Ingin sekali dia melihat wajah itu bahkan sekarang lelaki itu masih tidak menunjukkan wajahnya.

Dengan kepala hoodie yang selalu menutupi kepalanya yang melindung wajahnya. Dengan rambut yang sentiasa menutup dahinya. Hanya mata itu yang dapat menjadi tatapan.

"Fea......Aku...aku minta maaf. Aku tahu aku tak patut buat macam tu kat kau. Aku betul betul minta maaf"

"Dah tak ada gunanya awak minta maaf, Akh. Awak sudah hancurkan dunia saya. Awak hancurkan harapan umi saya. Puas hati awak sekarang?"

Tangan digenggam olehnya. Keluhan kecil dilepaskan. Kalaulah dia berjaya menghalang sisinya yang jahat itu daripada keluar, semuanya takkan jadi macam ni.

"Bagi aku peluang, Fea. Bagi aku peluang untuk tembus kesalahan aku"

Senyuman sinis terukir di bibir gadis itu.

"Peluang? Saya dah bagi kat awak. Tapi apa yang awak buat? Awak sia-siakan peluang itu. Awak menghilangkan diri selama seminggu. Awak buat saya tertunggu-tunggu awak. Dan awak dengan tak tahu malu masih ingin minta peluang daripada saya?"

Matanya dipejam seketika. Sakitnya hanya dia yang tahu. Seminggu yang terasa seperti setahun. Tunggu lelaki itu mengotakan janjinya tapi sekarang baru ingin muncul?

"Bukan aku taknak datang tapi....."

"Sudahlah, Akh. Apa lagi alasan yang ingin awak ciptakan? Tidak cukup dengan awak cipta alasan yang bukan awak yang lakukanya? Sekarang apa lagi?"

"Fea......"

Lidahnya hilang kata. Mulutnya terkunci rapat. Tapi memang bukan dia yang lakukan. Bukan Akhtar. Tapi sisinya yang satu lagi.

Namun sekarang bukan masanya untuk menyakinkan gadis itu bukan dirinya yang mencetuskan semua ini.

"Aku minta maaf....."

Kepala ditundukkan.

Gadis itu menghembuskan keluhan kecil.

"Saya.....saya menyesal kenal awak"

"Fea......"

Kepala didongak menentang anak mata gadis itu. Perit hatinya mencerna kata-kata itu.

"Saya harap awak takkan hidup dengan tenang setelah apa yang awak lakukan pada saya. Selamat tinggal.....Akhtar"

"Sofea!"






MATA terbuka luas memandang atap zink rumah mak mertuanya. Dia bangun daripada posisi baring kepada duduk. Ditekup mukanya dengan tangan sambil itu menenangkan dirinya dari mimpi yang ngeri. Peluh yang membasahi dirinya itu dibiarkan.

Lagi, tidurnya tidak pernah lena. Sering kali dihantui dengan masa yang lalu. Tiada sehari pun yang dia mampu tidur dengan lena. Kadang-kadang dia membuat keputusan untuk tidak tidur tapi apakan daya dia hanya manusia yang memerlukan tidur.

Setelah merasakan dirinya kembali tenang, tangan dialih daripada muka. Kepala ditoleh memandang kiri, namun dahinya berkerut apabila melihat Farhana Sofea tiada di sebelahnya.

Pantas mata liar memerhati segenap ruang bilik kecil itu yang tidak terlalu gelap kerana datangnya cahaya daripada tingkap. Seketika matanya dialih memandang ke arah tingkap semula. Apa yang Farhana Sofea sedang lakukan?

Gadis itu duduk di tingkap bilik dengan kepala mendongak ke arah langit. Kedudukan Farhana Sofea itu mula mengingatkan dirinya pada mimpi tadi. Terus matanya terbeliak keluar.

Terkejut Farhana Sofea apabila badannya tiba-tiba diangkat. Mahu luruh jantungnya itu dengan perbuatan mengejut Tengku Harriz. Dia yang dicempung itu didirikan oleh Tengku Harriz berhampiran dengan katil.

"You ni dah....

"You gila ke apa duduk situ? Nak bunuh diri lagi sekali? Tak fikir dengan perasaan orang lain?!"

Terhinjut seketika bahu Farhana Sofea dengan jerkahan Tengku Harriz. Marahnya bukan kepalang. Lagi marah daripada sebelum ini membuatkan mulutnya terkunci rapat, badanya berdiri tegak.

Muka yang tegang, tangan yang berurat, peluh yang merenik di dahi. Lelaki itu tampak begitu marah.

Sedar dengan perbuatannya itu, Tengku Harriz menekup mukanya seketika. Gara-gara mimpi tadi tambah lagi melihat Farhana Sofea duduk di tingkap dengan keadaan macam tu, fikiranya mula menjadi negatif.

"Sorry"

Punggungnya dilabuhkan di atas katil. Sekali lagi muka diraup dengan telapak tangannya.

Tidak berkelip Farhana Sofea memandang perbuatan Tengku Harriz. Gelisah semacam. Dia saja duduk di situ sebab tidak dapat tidur. Memang selalunya dia buat macam tu kalau tidak dapat tidur. Tak adanya dia mahu membunuh diri. Lagipun tingkap biliknya dengan tanah tidak tinggi manapun.

"Tak ada maknanya I nak bunuh diri dengan terjun dari tingkap tu. Paling-paling pun I terjun dari bangunan hospital. Itupun tak mati juga" ujar Farhana Sofea selamba sambil melangkah semula ke arah tingkap biliknya untuk menutupnya.

Badan Tengku Harriz mengeras menerima kata-kata itu daripada mulut Farhana Sofea. Kepalanya didiongak memandang belakang badan gadis itu.

Tangan yang ingin menutup tingkap bilik terhenti apabila badanya tiba-tiba dipeluk dari belakang. Siapa lagi kalau bukan suaminya, Tengku Harriz? Terus mengeras tubuhnya dengan perilaku yang tidak diduga itu.

Statik dia berdiri di situ, tidak bergerak mahupun berkata apa-apa kerana jantungnya kini sedang berdegup kencang. Tambah lagi lelaki itu mengatakan sesuatu. Cukup perlahan namun telinganya cukup tajam.

"I taknak hilang you lagi sekali, Hana. Never"

Tipulah kalau perbuatan dan kata-kata Tengku Harriz itu tidak memberi kesan pada hatinya malah dia merasakan jantungnya ingin meletup sekarang.

"Harriz"

Dia cuba untuk meleraikan pelukan itu sebelum lain yang jadinya nanti. Lagipun sikap itu akan menggoyahkan hatinya dan dia ingin mengelakkan hal itu terjadi.

"Just for a while"

Terasa pelukan semakin dieratkan. Hembusan nafas Tengku Harriz juga semakin kuat mengena lehernya. Walaupun jantungnya berdegup kencang tapi dia rasa tenang. Pelik tapi itu hakikatnya apabila lelaki itu memeluknya. Matanya yang tidak mengantuk tiba-tiba terasa kuyu.

"I'm really sorry"

Cukup perlahan tapi macam biasa telinganya terlau tajam.






LANGKAH dihampiri kembarnya yang termenung jauh. Ditepuk bahu kembarnya itu, membuatkan Tengku Harriz kembali ke dunia nyata. Kepala ditoleh memandang Tengku Harraz dengan dahi yang berkerut.

"Kau ni termenung apa huh, Tengku Harriz Adham? Or should I call you Tengku Harriz Akh....."

"Raz"

Disiku perut Tengku Harraz bersama jelingan yang tajam. Mata liar memandang sekeliling. Risau jika ada orang mendengarnya

"Tahu pun takut. Kata tak kesah kalau Hana tahu"

Sekali lagi dia memberi jelingan tajam pada Tengku Harraz sebelum keluhan kecil dilepaskan.

"Bukan masanya lagi. At least biar Umi Hana tu sihat dulu"

"Ouhh ada juga perasaan kesian rupanya. Ingatkan tahu kejam je" saja mahu memerli kembarnya itu.

"Kau tahukan bukan aku yang buat?" soal Tengku Harriz bengang.

Terasa begitu geram apabila Tengku Harraz yang berkata seperti itu. Kerana kembarnya itu lebih tahu apa yang terjadi padanya dan Farhana Sofea. Walaupun kembarnya itu tidak ada bersamanya ketika itu, namun lelaki itu tetap tahu apa yang telah berlaku.

"Memang bukan kau tapi badan ini masih badan yang sama"

Tengku Harriz diam. Dia tahu itu.

"Dia......ada muncul lagi tak?"

Anggukan dan keluhan kecil menjadi jawapan kepada soalan Tengku Harraz.

"Sometimes, if I can't control my anger"

"Then, don't let your anger grow. Cuba bertenang selalu. Ni nak marah je kerja. Dia yang muncul, kau juga merana especially Hana"

Tersentap dengan kata-kata Tengku Harraz. Kalaulah dia boleh putarkan masa. Kalaulah dia boleh kawal dirinya ketika itu semasa dalam pergaduhan dengan Sofea Qaisara. Kalaulah Sofea Qaisara tidak menipunya tentang memori kanak-kanak mereka dan kalaulah amarahnya itu dikawal, Farhana Sofea tidak akan terkena tempiasnya.

"Apa pun jumpa psychology kau selalu"

Kepalanya diangguk.

Mereka mula menyepi sejurus itu. Masing-masing sedang termenung. Termenung dengan masalah masing-masing.

"Harriz, Harraz"

Kedua-dua mereka menolehkan kepala memandang Farhana Sofea.

"Umi panggil makan sebelum kita balik kejap lagi"

"Okay!"

Tengku Harraz terlebih dahulu melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

Farhana Sofea berdehem seketika ingin menghilangkan rasa canggung. Masih malu dengan kejadian semalam. Boleh pula dia tertidur semasa dirinya dipeluk oleh Tengku Harriz dari belakang semalam. Kemain susah dia mahu terlelap sehingga membuat keputusan untuk mengambil angil di tingkap bilik. Namun dengan hanya pelukan hangat lelaki itu, tidak sampai 10 minit dia terus terlelap.

"Hana" ujarnya apabila melihat Farhana Sofea ingin beredar.

"Yang pasal semalam, I really meant it"

Farhana Sofea mengerutkan dahinya. Lelaki itu maksudkan yang mana satu?

"So, don't try to kill yourself again. Think about the people's feelings you leave behind especially your mom"

Tersentap dengan kata-kata itu, Farhana Sofea menundukkan kepalanya memandang tanah. Dia mengakui dia membuat kesilapan besar. Cuba membunuh diri sewaktu tika dahulu tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tanpa memikirkan perasaan uminya.

Namun sekarang dia sudah waras dan mampu untuk berfikir dengan lebih bijak.

"I won't"

Kata-katanya itu membuatkan Tengku Harriz tersenyum lega.

"Tapi dari mana you tahu yang I pernah cuba untuk bunuh diri?"

Tengku Harriz menelan air liur.

"Umi bagitahu I. "

Bibir diketap. Umi pun satu hal! Dia berharap sangat yang uminya tidak menceritakan dengan lebih mendalam tentang kisahnya dahulu. Tengku Harriz tidak boleh tahu kisah silamnya. Tidak selagi Uminya tidak menjalankan pembedahan dan sembuh sepenuhnya.

"Living your life to the fullest, Hana"







GAMBAR yang berselerak di atas meja dipandang dengan penuh kebencian. Dia mendengus kasar seraya beberapa keping gambar digenggamnya kuat sehingga renyuk.

"Berani korang dua kahwin?"

Sungguh tidak puas hatinya melihat majlis kahwin itu berjaya dengan jayanya walaupun dia cuba untuk memusnahkannya. Begitu ketat sekali kawalan majlis kahwin itu sepanjang berlangsung. Tiada peluang sedikit pun untuk dia hancurkan.

Tapi tak apa.

Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Daddy panggil Af ke?"

Kepala didongak memandang seorang lelaki yang berdiri di hadapanya itu dengan senyuman yang lebar. Perlahan-lahan kakinya mengatur langkah pada anak lelaki sulungnya itu yang tiada siapa tahu. Bahu itu dipegang.

"Af, kamu seorang je harapan daddy sekarang ni. Kamu tahukan yang tiada siapa yang boleh musnahkan kita?"

Kepala diangguk.

Dia tersenyum lebar.

"Awasi Fea dengan jantan tu. Jangan biarkan Fea dapat kembali memori kanak-kanaknya."

Lagi sekali kepalanya diangguk.

"Jika tidak kita sekeluarga akan hancur. Daddy akan hilang nama daddy dan Af pun takkan dapat mewarisi harta ini"

"Macam mana kalau Fea dapat ingatannya semula?"

Bibirnya mengorak senyuman sinis. Mudah sahaja baginya.

"Bunuh dia"

Jawapan itu membuatkan Af terkesima seketika sebelum riak wajahnya dikawal kembali. Dia tahu benda ini lambat laun akan terjadi jua.

"Kau silap Tengku Harriz....."

Sekeping gambar diambil. Dilihat gambar dua budak lelaki dan seorang budak perempuan yang melarikan diri. Dia amat kenal ketiga-tiga orang tersebut.

"Kau silap kahwin dengan dia. Kau hanya akan mendatangkan bahaya kepada dia. Jadi bukan salah aku kalau dia mati" tuturnya dengan langsung tanpa rasa simpati.

Hanya dia sahaja yang tahu mereka pernah berjumpa sewaktu kecil walaupun dalam keadaan yang tidak baik. Sehingga kini mereka tidak pernah tahu yang mereka pernah mengenali satu sama lain. Melarikan diri bersama-sama.

Budak perempuan itu yang hilang memori kanak-kanaknya selepas kejadian itu dan budak lelaki yang salah sangka bahawa Sofea Qaisara adalah budak perempuan yang melarikan diri bersama padahal tidak.

Namun malang betul tiba-tiba mereka mengumumkan perkahwinan mereka. Kedudukannya akan dalam bahaya disebabkan itu kerana baginya memori kanak-kanak Farhana Sofea akan datang kembali dengan bantuan Tengku Harriz.

"Pastikan yang Fea tidak akan dapat kembali memori kanak-kanaknya. Buatlah apa sahaja. Pisahkan mereka atau bunuh mereka sekalipun. Aku tidak peduli."

"Yang pasti memori itu tidak akan kembali buat selamanya"






********

Hye korang !

Rindu tak kat Harriz and Hana?

Sorry lama tak update. Sorry juga kalau chapter ni bosan. Btw enjoy!

Jangan lupa votement yee!















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro