Bab 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*********

LANGKAH dipercepatkan, mengejar Farhana Sofea yang mara ke arah pagar. Dipusingkan badan gadis itu menghadapnya. Dahi berkerut seketika melihat mata sembab itu.

"Apa daddy buat kat Fea?" soalnya bengang. Elok sahaja gadis itu berbual dengannya tadi tapi kini mata itu sembab seperti  baru lepas menangis.

Farhana Sofea menggelengkan kepalanya.

"Bagitahu Lan, Fea. Kenapa Fea menangis?" 

Sekali lagi Farhana Sofea menggelengkan kepalanya.  

"Tak ada apa, Lan. Fea balik dulu"

Badan dipusingkan. Dengan hati yang berat dia menyambung langkahnya menuju ke pagar kecil dimana dia masuk tadi. Panggilan Dylan Shah yang memanggilnya dihiraukan. Di saat pagar dibuka, kereta Audi R8 berwarna hitam berhenti di depannya dan dia sangat mengenali kereta itu.

Bibir digigit tatkala melihat Tengku Harriz yang keluar dari kereta, berjalan mara ke arahnya. Gusar hatinya apabila langkah lelaki itu tepat berhenti di depannya. Tangan kanan kekar memegang dagunya. Didongakkan kepalanya supaya menentang anak mata yang berwarna coklat itu.

Dia segera menepis tangan Tengku Harriz. Anak mata dilarikan memandang ke arah lain. Terasa mahu menangis lagi apabila ditenung oleh lelaki itu.

Tangan digenggam. Tengku Harriz menerpa pada Dylan Shah yang berdiri tida jauh daripada mereka.

"Kau buat dia menangis ke?" baju Dylan Shah dicengkam.

"Harriz!"

Farhana Sofea segera menerpa ke arah mereka berdua. Dia melepaskan cengkaman tangan Tengku Harriz pada baju Dylan Shah lalu berdiri di tengah-tengah memisahkan mereka berdua.

"Bukan Lan lah" ujarnya dengan suara kendur. 

Dia penat. Tolonglah jangan bergaduh!

"Ayah you?" 

Soalan Tengku Harriz dibiarkan tidak berjawab. Dia memilih untuk diam daripada menjawab soalan itu. Mata dipejam seketika. Baru mulut ingin dibuka mahu mengajak Tengku Harriz balik namun lelaki itu terlebih dahulu melangkah masuk ke halaman rumah ayahnya.

"Harriz......"

Lengannya yang dipegang oleh Farhana Sofea ditepis.

"Once is enough, Hana"

Bibir digigit. Tahu apa yang dimaksudkan oleh Tengku Harriz.

"No. What is done is done"

Tangan mencapai lengan Tengku Harriz sekali lagi.

"I nak balik...."

Bergetar anak mata hitam itu memandangnya seakan merayunya untuk tidak mengeruhkan lagi suasana.

Dihela nafas yang berat.

"Hmm, jom balik"

Ditarik lengan Farhana Sofea menuju ke kereta. Pintu kereta dibuka untuk gadis itu sebelum dia berlalu ke seat pemandu. Dylan Shah yang berdiri memerhati mereka dihiraukan. Sebelum masuk ke dalam kereta, dia memandang rumah banglo yang mewah itu.

Tangan digenggam.

Tahulah dia macam mana mahu membalas balik!

Farhana Sofea hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Air matanya sedari tadi sudah kering. Walaupun dadanya masih terasa sesak, dirinya yang ingin menangis namun dia lemparkan semua perasaan itu ke tepi.

Dia tidak mahu menangis lagi!

Tangan laju ingin membuka pintu sebaik sahaja kereta berhenti dan dimatikan enjin tapi melihat sekelilingnya bukan halaman rumah membuatkan dahinya berkerut.

Kepala menoleh memandang Tengku Harriz.

"Jom keluar"

Batu besar dihampiri. Dia melabuhkan punggung di situ begitu juga dengan Farhana Sofea. Dipandang bandar Kuala Lumpur yang bercahaya dengan deruan angin yang meniup lembut tubuhnya. Tenang hatinya terasa setiap kali datang ke Bukit Ampang.

"My favourite place. I dulu selalu datang sini dengan Raz before kami terpisah" ceritanya hanya sekadar mahu menghilangkan kesunyian di antara mereka.

Namun melihat anak mata hitam bergetar membuatkan hati dia gusar.

"Sorry...."

Kepala ditundukkan.

Kalau tak kerana dia, mereka berdua tidak akan berpisah kan?

Sedar tak sedar, air matanya menitis setitik dua di atas batu. Segera dia menyeka air mata yang mengalir sebelum Tengku Harriz perasan. Namun dagunyaa didongakkan tiba-tiba. Matanya yang lencun dengan air mata itu direnung oleh lelaki itu lama.

"Kan I pernah cakap, shout when you want shout. Cry when you want to cry. Kenapa tahan?"

Tutur kata Tengku Harriz yang kendur seakan-akan memujuknya membuatkan dadanya bertambah sesak. Kepala ditundukkan. Bibir digigit.

"Sakit....sakit sangat..."

Air mata laju mengalir.

Ditutup mukanya dengan lengan. Menangis sekuat-kuatnya di depan Tengku Harriz. Terhinjut-hinjut bahunya gara-gara esakanya. Dia tidak mampu untuk jadi perempuan yang kuat. Tidak mampu.....

Lebih-lebih lagi di depan lelaki itu. Terasa begitu lemah apabila berdepan dengan Tengku Harriz.

Dia menarik Farhana Sofea ke dalam pelukan. Menggosok belakang badan gadis itu tanpa berkata apa-apa. Dibiarkan gadis itu menangis sepuasnya walaupun dadanya turut terasa sakit melihat Farhana Sofea yang menangis teresak-esak.

Paling teruk kali ini gadis itu menangis seperti tiada penghujungnya esakan itu. Dia tidak tahu apa yang terjadi di rumah agam itu sehingga gadis itu menangis sebegini rupa.

"I.....I minta maaf........"

Entah maaf untuk apa, dia tidak tahu. Sedari tadi gadis itu ungkapkannya.

"Why are you the one who feels sorry when it's not your fault?"

Bibir digigit. Betul kata Tengku Harriz, kenapa dia yang perlu rasa serba salah sedangkan apa yang terjadi bukan salah dia? Bukan salah dia yang terlihat pembunuhan ayahnya. Kenapa dia perlu rasa bersalah atas kejahatan ayahnya?

Mata dipejam. Bibir digigit.

Muka semakin disembankan di dada Tengku Harriz. Habis lencun baju itu dengan air matanya. Dia cuba memujuk dirinya dengan fikiran yang positif. Namun hampa semuanya tidak terjadi. Sekali lagi dia menghemburkan tangisan.

Rasa sakit di dada semakin teruk. Terasa hatinya dihiris perlahan-lahan dengan kata-kata ayahnya tadi sebelum melangkah keluar dari bilik kerja ayahnya.

'Kau punca segalanya-galanya! Kau penyebab semua ni berlaku!'

Tangan diggengam.

Kata-kata yang pedas kedengaran dan agak sakit!

"Kenapa...kenapa sakit sangat?"

Dia pernah dihina. Dia pernah di maki teruk. Tapi...kenapa kali ini sakitnya begitu terasa?

"It's hurt so much"

Sakit! Sangat sakit!

"Ayah jahat.....ayah tak sayang Fea"

Makin terhembur esakannya. Tiada tanda mahu berhenti esakannya itu. Buat kali ini, dia ingin melepaskan segalanya. Dia ingin meraung sekuat-kuatnya. Dia ingin menangis sepuas-puasnya.

Supaya esok, dia bangun dengan Farhana Sofea yang baru. Yang kuat dan yang tidak akan menangis lagi.

Itu janjinya!



MATA dibuka perlahan-lahan. Berkerut dahinya melihat dirinya berada di dalam biliknya. Setahunya, dia ada di Bukit Ampang bersama Tengku Harriz. Menangis dalam pelukan lelaki itu. Entah macam mana dia boleh berada di sini. Mungkin dia menangis sampai tertidur.

Dia bangun daripada baring kepada duduk. Dahi berkerut melihat seorang lelaki sedang berada di balkoni biliknya. Sliding door terbuka sedikit. Langsir berterbangan di tiup angin. Perlahan-lahan dia bangkit daripada katil, menuju ke balkoni.

"Harriz?"

Langkah terhenti di saat lelaki itu berpaling.

Air liur ditelan kelat. Setapak demi setapak dia mengundur langkah ke belakang semula. Badannya mula menggigil. Degupan jantungnnya kian rancak.

"Fea......"

Kepala digelengkan-gelengkan.

"Ka...kau nak apa?"

Terketar-ketar lututnya. 

Air mata mula bergelinang penuh di kelopak mata. Bulu roma meremang tatkala melihat lelaki bercap hitam itu dipenuhi dengan darah. Jika baru ini dia melihat darah mengalir dari mata, hidung dan telinga lelaki itu tapi kali ini lebih dahsyat. Kedua-dua tangan lelaki itu terputus. Darah membuak mengalir daripada lengan lelaki itu sehingga memenuhi lantai biliknya. 

"Fea...to....tolong..." rintih lelaki itu berkata. Sayu mendengar rintihan lelaki itu sehingga air matanya mengalir laju.

Bibir diketap. Siapa lelaki itu? Dia tidak kenal! Tapi kenapa lelaki itu meminta pertolongannya?

"Fea"

Lengan kirinya dicapai di saat dia merenung lelaki bercap hitam itu. Ditoleh kepalanya ke kiri memandang budak perempuan yang sedang memeluk teddy bear. Dirinya ketika kecil. 

"Tolong" ujar dirinya yang berusia 7 tahun itu dengan tangan yang diangkat dituju pada lelaki itu.

Dia menoleh memandang lelaki bercap hitam itu semula. Bibir diketap. Langkah perlahan-lahan diatur pada lelaki itu. Cuba memberanikan dirinya mendekati lelaki itu walaupun diri itu dipenuhi dengan darah. Walaupun kedua-dua lengan itu tiada bagaikan dipotong. 

Kelopak darah yang memenuhi lantai bilik dipijak olehnya. Dihentikan langkahnya di depan lelaki itu.

"Si...siapa kau?" soalnya. Dia tidak berapa mengenali lelaki itu. Hanya memori yang bermain piano sahaja bersama lelaki itu yang dia ingat. Itu sahaja memorinya bersama lelaki itu.

Bibir itu mengukirkan senyuman manis.

Dahi berkerut tatkala lelaki itu menoleh memandang pada tempat kerjanya. Lebih tepat memandang pada dua frame yang berada di atas meja kerja. Dia mula melangkah ke meja kerjanya. Dipandang bergilir-gilir gambar perkahwinannya bersama Tengku Harriz dan lagi satu gambar bersama uminya. Apa kaitan lelaki itu dengan dua frame ini?

Tidak tahu frame mana yang dimaksudkan oleh lelaki itu, dia mengambil kedua-duanya. Badan dipusingkan semula.

"Yang ma......."

Dahi berkerut.

Lelaki bercap hitam tadi sudah hilang!

Pandangan dijatuhkan semula pada frame yang berada di tangannya. Dipandang bergilir-gilir. Mungkin di antara mereka dua mempunyai kaitan dengan lelaki tadi. Mungkin di antara mereka berdua mengenali lelaki tadi. Sama ada Tengku Harriz atau uminya, salah satu daripada mereka mungkin mempunyai jawapan kepada semua persoalannya!

Walaupun dia sudah nekad untuk tidak mahu tahu tentang memori ngeri itu tapi melihat keadaan lelaki itu yang merintih meminta pertolongannya membuatkan dia perlu siasat apa yang jadi! Mungkin.....mungkin mayat lelaki itu masih belum dijumpainya. Sebab itu, dia datang meminta pertolongan dengannya.

Mata dibuka. Syiling putih dipandang lama. Termenung memikirkan mimpi ngeri tadi. Dia nekad untuk tidak ambil tahu lagi kejadian 20 tahun yang lepas namun lelaki bercap hitam tadi seperti mahu dia menyelidik semua kejadian 20 tahun yang lepas. 

Keluhan kecil dilepaskan.

Dia mula bangun daripada katil menuju ke meja kerjanya. Dua frame dipandang lama. Anak mata jatuh pada gambar perkahwinannya. Tengku Harriz yang segak berpakaian melayuh putih berserta songkok hitam direnungnya lama. Lelaki itu turut mangsa culik sepertinya. Mungkin lelaki itu juga mengenali lelaki bercap hitam. 

Memandangkan Tengku Harriz selalu pergi ke bangunan usang itu, mungkin lelaki itu sudah sedikit sebanyak mencari info tentang kejadian tersebut. Namun macam mana dia mahu mengorek info daripada lelaki itu tanpa memberitahunya bahawa dia adalah budak perempuan Sofea yang diculik dan melarikan diri bersama?

Memberitahu lelaki itu siapa dirinya, bukan sahaja meletakkan bahaya kepada ayahnya namun kepada mereka juga. Sudah tentu akan berlaku pergaduhan di antara mereka yang akan melibatkan darah dan nyawa. Mengetahui kejahatan ayahnya, dia tahu ayahnya akan bunuh mereka demi menyelamatkan diri sendiri. Dan mengetahui sikap Tengku Harriz, dia tahu lelaki itu juga sanggup mencemarkan tangan demi dendam yang dah lama terbuku. 

Pandangannya dialih memandang gambarnya bersama dengan uminya pula. Tersenyum mesra mereka berdua. Mustahil untuk mencari info melalui uminya. Baru ini pun uminya berkeras tidak mahu memberitahu dia tentang kejadian 20 tahun yang lepas ini kan pula menanya tentang lelaki bercap hitam kepada uminya? Sudah tentu uminya tidak akan membuka mulut demi keselamatan dirinya. 

Bingung!

Sudahnya hanya keluhan kecil dilepaskan. Tidak tahu mahu menyelesaikan macam mana, dia membuat keputusan untuk mandi terlebih dahulu. 

Usai mandi, Farhana Sofea menuju ke dapur. Perut sedari tadi berbunyi minta untuk diisi. Langkah terhenti melihat Tengku Harriz yang sedang membuat kerja di meja makan. Sebelah Macbook lelaki itu terdapat pinggang dan gelas. Kepala terangkat memandangnya.

"Awal bangun?" soalnya dengan mata melirik pada jam yang baru pukul 3 pagi.

"Yeah, mimpi ngeri" dia menyambung langkah masuk ke dapur. Tangan mencapai bungkusan maggi namun tersentak apabila maggi itu diambil oleh Tengku Harriz yang menyimpanya di rak semula.

Badan dipusingkan. Baru mulut ingin memaki lelaki itu yang menyimpan magginya semula tetapi tidak jadi apabila merasakan tubuh mereka sangat dekat. Muka pun hanya jarak beberapa inci sahaja sehingga dapat dia rasakan deruan nafas lelaki itu yang mengena mukanya. 

Dia yang drastik memusingkan tubuhnya turut membuatkan tengku Harriz terkejut. Tergamam mereka berdua seketika sebelum lelaki itu bersuara.

"I ada masak spaghetti. Ada lagi sikit."

Tengku Harriz menjarakkan tubuh mereka dengan mengundur ke belakang sedikit.

"Makan yang tu. Maggi is not good for your health. Low nutrients.

Tidak berkelip dia memandang Tengku Harriz yang berlalu ke meja makan semula. Agak tersentap juga kerana dia selalu makan maggi lagi-lagi kalau malas nak order grab atau pergi makan kat luar. Nak buat macam mana dia bukan pandai masak seperti lelaki itu. Hanya reti masak maggi dan goreng telur. 

Bukan tak mahu belajar tapi trauma nak masak. Setiap kali dia mahu belajar masak bukan makanan sahaja hangit dengan dapur sekali terbakar! Pernah dia cuba untuk memasak di rumah sewa lamanya, last-last dapur terbakar sehingga terpaksa panggil bomba. Sejak hari itu dia tidak lagi masuk ke dapur untuk masak sesuatu kecuali masak maggi atau goreng telur. 

Kepala digeleng-gelengkan. Kelakar bila diingatkan kembali.

Kecur air liur melihat kuah carbonara di dalam periuk yang mempunyai pelbagai udang dan cendawan di dalamnya. Segera dia mengambil spaghetti dan menuangkan kuah carbonara di atas spaghetti sebelum berlalu ke meja makan. Diletakkan spaghetti carbonara di atas meja makan sebelum berlalu ke peti sejuk untuk mengambil air sejuk. 

Dahi berkerut melihat peti bahagian bawah penuh dengan botol yang berisi dengan pelbagai jus buah.

Tidak lain tidak bukan confirm Tengku harriz yang buatkan jus buah.

"Harriz, I nak jus buah you sikit boleh?"

"Hmm. I memang buat untuk you pun"

"Hah? Apa? Tak dengar. Boleh ke tak?" 

Jari jemari menaip terhenti. Tengku Harriz mengalihkan pandanganya pada Farhana Sofea.

"Just take it. Itupun nak tanya"

"Okay thanks!"

Farhana Sofea tersenyum kecil. Kenalah tanya dulu, kan dia main minum je air lelaki itu tak ke melenting nanti. Telinga dia juga yang kena hadap!

Melihat Farhana Sofea makan dengan berselera, membuatkan bibirnya mengukirkan senyuman. Tidak sia-sia dia memasak spaghetti dan buatkan jus buah untuk gadis itu. Baru hari ini gadis itu tampak berselera nak makan walaupun mukanya agak pucat. Bibir tampak sedikit kering.

"You banyak ke kerja?" soal Farhana Sofea mengangkat kepala memandang Tengku Harriz yang busy membua kerjanya sedari tadi. Workholic betul!

Kepala diangguk.

Dia terjeda sekejap memandang Tengku Harriz. Lelaki itu lupa ke yang dia menangis teruk malam tadi atau lelaki itu tidak mahu mempedulikan pasal itu?

"You.....taknak tanya ke kenapa I menagis teresak-esak semalam?"

Malu mahu mengungitkan dia menangis teruk dalam dakapan lelaki itu tapi pelik pula apabila lelaki itu tidak menanya perihal itu langsung. Seolah-olah perkara itu tidak pernah terjadi.

"You fight with your father"

"Maksud I taknak tanya sebab apa?"

Tengku Harriz menoleh memandangnya.

"Then, sebab apa?"

Dia terjeda. Tidak tahu mahu menjawab apa.

"See? You're never willing to tell me what happened. So what's the point of asking you?"

Kepala ditundukkan. Betul kata Tengku Harriz. Walaupun lelaki itu bertanya, dia bukan dapat berikan jawapan pun.

"Find someone you trust and feel comfortable confiding in and tell your stories or problems to." mata lunak memandang gadis itu.

Dia tidak akan memaksa gadis itu untuk bercerita apa yang terjadi padanya. Cukup sahaja bila gadis itu sanggup menyambut huluran tangannya ketika gadis itu berada di lubuk paling bawah.

"Never keep it to yourself, or you will only cause yourself more pain, Hana. It doesn't matter if it's me or someone else."

Melihat Tengku Harriz yang masih mengambil berat tentangnya membuatkan bibirnya tersenyum lebar. Kepala diangguk menurut nasihat itu sebelum menyambung makan semula dengan hati yang riang. lega yang lelaki itu tidak memaksanya untuk beritahu apa jadi bahkan menasihatinya supaya tidak pendam seorang diri.

Anak mata sesekali melirik pada Tengku Harriz yang busy dengan kerjanya.

'Soon, it will be you, Harriz. The one person that I will trust and feel comfortable with to tell my stories'

Bibir mengukirkan seyuman manis.

I love him

***********

Hana dah sedar dengan perasaan dia ! Next chapter author bagi happy ii sikit okay!

Janga lupa vote and comment !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro