Bab 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

********

"INI ketua lanun dan beberapa anak buah dia"

Beberapa keping gambar dicampakkan di atas meja.

Tengku Harriz mengambil kepingan gambar itu. Dibeleknya dengan teliti. Seketika dahinya berkerut apabila terpandang salah satu gambar.

"Kenapa?"

"Macam pernah nampak" matanya sekali lagi mengecil memandang pada satu kepingan gambar. Muka itu seperti pernah dilihat namun dia tidak ingat di mana.

"Komander bagitahu last jejak location mereka di Padang Besar, Perlis"

"Dia membeli-belah ke kat Padang Besar?" sampuk Razul namun menerima renungan tajam dari dua orang Tengku.

"Kau ni toloh ke bahlul?"dijeling tajam Razul. Stress ada member bengap macam ni!

"Target making contact dengan vendor kat Padang Besar" jelas Tengku Daim Hayyan

"Tapi kenapa kat Padang Besar? Kenapa tak pilih tempat yang sunyi sikit?"

Tengku Harriz sudah mendengus kasar. Budak ni karang ada juga kena tetak dengan dia kejap lagi!

"Diorang pilih tempat orang ramai lah senang untuk mereka. Senang nak buat orang bodoh macam kau ni jadi tebusan! Bodoh!" dengus Tengku Harriz kasar.

"Marah marah, period lah tu!" Razul menjeling tajam. Tangan memeluk tubuh. Merajuk!

"Kau tak payah jadi paskal lah, bangang! Penat aku asyik berkepit dengan kau!"

"Kau ingat aku hadap sangat nak berkepit dengan kau? Aku join paskal balik sebab rindu leftenan komander ni je lah!" rujuk dia pada Tengku Daim Hayyan. Dia bangun dari tempatnya lalu melabuhkan punggung kasar di sebelah Tengku Daim Hayyan. Dipeluk lengan lelaki itu sebelum menjelirkan lidahnya pada Tengku Harriz.

"Sudah sudah. Back to our discussion, komander cakap ketua lanun dan ketua vendor tu ada muncul kat Langkawi semalam. So komander arah kita untuk pergi ke Langkawi soon"

"Bila?"

"Esok"

"So kita bertolak esok?"

"Haah"

"Esok nak pergi mana?" Mereka berpaling memandang Farhana Sofea yang membawa dulang minuman menghampiri mereka dengan muka yang terkejut lagi-lagi Tengku Harriz.

"Siapa yang last masuk tadi?" Tengku Harriz memandang Tengku Daim Hayyan dan Razul bergilir-gilir

"Err aku" Razul menelan air liur kesat. Habislah!

"Asal kau tak kunci hanat!" marah Tengku Harriz. Risau dia jika Farhana Sofea mendengar semua perbualan mereka. Harapnya tidaklah! Kerana gadis itu masih belum tahu tentang pekerjaannya yang satu lagi itu.

"Korang nak pergi mana esok?" soal Farhana Sofea lagi. Diletakkan dulang minuman di atas meja. Beberapa gambar dan kertas di atas meja dilihat sekilas sebelum disorokkan oleh Tengku Daim Hayyan.

"Langkawi" Razul tolong jawab apabila Tengku Harriz hanya diam je sehingga gadis itu siap menuang teh ke dalam cawan pun tiada siapa yang menjawab soalan itu.

"Buat apa?" kepala mendongak memandang Tengku Harriz.

"I ada kerja kat sana. You boleh keluar tak ? Kami nak bincang something"

Perlahan-lahan kepalanya diangguk sebelum berjalan keluar dari bilik kerja Tengku Harriz. Pintu dikatup. Bibirnya mula mencerbik. Namun dia faham yang Tengku Harriz tidak suka dia masuk campur dengan hal pekerjaan lelaki itu.

Setelah menghantar Tengku Daim Hayyan dan Razul ke pintu, dia menuju ke biliknya. Bunyi air dari toilet tahulah dia yang Farhana Sofea berada dalam bilik mandi. Tubuh dihempap kasar di atas katil. Lengan diletakkan di atas dahi. Mata dipejam.

Bunyi pintu bilik air dibuka tidak dipedulikan olehnya. Seketika tubuhnya terasa dihempap dengan sesuatu, mengadu kesakitan dia. Anak mata merenung tajam pada Farhana Sofea yang melompat ke atasnya. Sakit tahu?

"You betul ke nak pergi Langkawi?" mencerbik gadis itu dengan air mata.

"Hmm. I ada kerja kat sana"

"Nak ikut" tubuh tengku Harriz dipeluk erat. Muka disembankan.

"Tak boleh Hana. You kan kerja and I pun pergi Langkawi sebab hal kerja"

"Kalau I rindu macam mana?" Soalannya itu membuatkan Tengku Harriz ketawa kecil.

"Sejak bila you reti rindu I ni? Haritu elok je I pergi kerja 2 minggu"

"Itu hari tu. Ni I makin sayang kat you"

Mendengarkan jawapan gadis itu serta merta bibirnya tersenyum kecil. Haihh dia pun semakin berat hati untuk meninggalkan gadis itu pergi ke Langkawi sejak Farhana Sofea mengada seperti ini.

"So sebelum ni you tak sayang I lah?"

"Tak"

"Seriously?"

"Hmm"

Farhana Sofea menyembankan mukanya semula. Bibir mengukirkan senyuman. Kalaulah Tengku Harriz tahu yang dia suka lelaki itu sejak mereka budak lagi, agak-agak apa reaksi lelaki itu? Pertama kali dia jatuh cinta disaat Tengku Harriz menghulurkan tangan padanya untuk melarikan diri daripada penjahat. Di situ sinar kisah cintanya bermula.

Siapa sangka budak lelaki 20 tahun yang lalu kini jadi suaminya? Indah bukan takdir mereka?

"You nak dengar satu kisah tak?"

"Taknak" jawab Tengku Harriz selamba.

"Youu!" kepala diangkat. Dia mencerlung tajam Tengku Harriz.

"Apa dia?"

Farhana Sofea kembali tersenyum. Badannya bergerak-gerak cuba menyelesakan dirinya di atas tubuh lelaki itu sebelum bercerita.

"Pada zaman dahu......"

"Okay enough"

"Harrizzz....."

Baru je dia semangat nak bercerita! Tengku Harriz ni suka betul spoil mood dia!

"You kena dengar juga!" kedua-dua tangan diletak di tepi kepala Tengku Harriz. Diluruskan lengannya itu, memandang Tengku Harriz dengan tajam.

"Hmm" aroma wangi rambut Farhana Sofea yang terjuntai mula menusuk hidungnya.

"Ada satu kejadian tragedis ni, berlaku beberapa tahun lalu yang menemukan se...."

"Ahhh mengantuknya" mulut yang menguap ditutup dengan tangan.

"Harriz!" bengang Farhana Sofea. Dicubit geram perut Tengku Harriz.

"Sakitlah Hana" tajam dia merenung Farhana Sofea yang berada di atasnya itu. Tangan kecil pun bisa nak mampus!

"Dengarlah cerita I ni....." mencerbik dia mahu menangis. Muka kembali disembankan di dada Tengku Harriz.

"Ye ye dengarlah ni" jawab Tengku Harriz malas.

Kepala diangkat semula dengan senyuman yang lebar. Dia mula menongkat dagunya dengan tangan. Sikunya ditongkat di atas dada Tengku Harriz. Kaki yang berlipat itu dihayun-hayunkan.

Tengku Harriz sudah memandang tajam akan Farhana Sofea apabila gadis itu berada seperti posisi itu. Senak tahu dia? Ingat badan dia tu katil yang empuk ke? Malas mahu membuatkan gadis itu semakin merajuk, jadi dia hanya biarkan.

"Ada satu kejadian tragedis ni, berlaku beberapa tahun lalu yang menemukan seorang budak perempuan dengan beberapa budak lelaki. Mereka larikan diri tapi masa mereka larikan diri, budak perempuan ni jatuh cinta kat salah seorang budak lelaki tu disebabkan sikap protective budak lelaki tu padanya."

Berkerut dahi Tengku Harriz seketika.

"Tapi yang sedihnya lepas mereka selamat, budak perempuan tu tak ingat kejadian tragedis tu dan dia pun lupa kat budak lelaki tu. They call it PTSD." cerita Farhana Sofea bersungguh pada Tengku Harriz yang tekun mendengar ceritanya.

"Then?"

"Lepas berpuluh tahun diorang berjumpa lagi. Diorang terkahwin disebabkan satu deal. Tapi lambat laun, gadis tu mula teringat kembali tragedi sadis itu. Perit untuk dia telan tapi disebabkan memori dia bersama dengan lelaki tu, dia terima. What didn't expect is dia sebenarnya kahwin dengan first love dia. Now, she's falling in love again and again with the same person"

Tengku Harriz terdiam. Otaknya ligat berfikir seseuatu. Dipandang Farhana Sofea dengan renungan yang sukar ditafsirkan.

"Ni kisah cinta dongeng dari novel mana pula you ambil ni?"

"Ni kisah benarlah! Bukan cinta dongeng!" bengang Farhana Sofea. Boleh lelaki itu kata cinta dongeng? Padahal ini kisah mereka berdua!

"You kena kurangkan baca novel ni. Dah rosak dah fikiran you dengan imaginasi you"

Makin mencerbik Farhana Sofea. Dia yang meniarap di atas Tengku Harriz mengubah posisinya kepada duduk di atas lelaki itu. Tangan memeluk tubuh sambil mencerlung tajam pada Tengku Harriz.

"Malaslah nak bercerita dengan you!" dia bangun daripada katil. Pintu bilik dituju. Merajuk!

Tengku Harriz mengiring ke kanan memandang Farhana Sofea yang menuju ke pintu dengan kaki yang dihentak. Bibir mengukirkan senyuman..

"And he's falling in love again and again with that person too"

DAHI dipicit. Pening kepalanya melihat kedegilan Farhana Sofea yang sedang membuat hal di Family Mart. Mereka ke sini kerana Farhana Sofea mengadu mahu makan oden tapi sampai sahaja di sini lain yang dicari oleh gadis itu.

"Dah habis lah Hana, kita beli esok je okay?" dia duduk mencangkung, memujuk gadis itu yang sedang duduk di atas lantai Family Mart.

"Taknak esok. You dah nak pergi Langkawi esok. Nak Mixberries Frappe malam ni jugak!" lengan menutup muka. Esakannya yang menarik perhatian pelanggan Family Mart tidak diendahkan.

"Tapi dah habis Hana" tegas Tengku Harriz. Farhana Sofea yang buat hal, dia yang malu orang duk pandang sambil menggelengkan kepala.

"Nakkkk"

Kepala mendongak memandang Frappe yang tersusun di dalam peti ais. Banyak-banyak Frappe yang ada, Mixberries Frappe yang habis lah yang gadis itu mahu.

"Strawberry ? Sama je rasa dia"

"Taknak! Nak Mixberries juga!" sungguh dia kempunan akan Mixberries Frappe. Terliur dia memikirkan Mixberries Frappe yang dicampur dengan yogurt.

"Harriz, nakk......" lengan dialihkan dari muka. Hujung hoodie kelabu lelaki itu dicuit dengan bibir tersebik.

"Try pergi cari kat Family Mart lain. Kesian isteri tu mengidam. Karang tak tidur malam ni. Isteri abang kalau tak dapat apa yang dia mengidam sampai ke sudah dia akan menangis" salah seorang pelanggan Family Mart menjampuk.

Tengku Harriz mendongak kepala memandang abang itu dengan senyuman nipis.

'Bang, isteri saya bukannya mengandung bang. Isteri saya period bang'

Mahu saja dia beritahu abang itu.

Mata memandang Farhana Sofea semula. Sembab muka itu yang menangis dari tadi.

"Kita cari kat Family Mart lain jom"

Laju Farhana Sofea mengangguk kepalanya. Tangan membetulkan kepala hoodie Farhana Sofea. Rambut yang terkeluar dimasukkan kembali. Ikatan tali hoodie pada bawah dagu gadis itu dikemaskan.

"Jom" tangan memimpin Farhana Sofea keluar dari Family Mart.

"Agak-agaknya aku mengandung nanti mengidam macam tu ke?"

"Untunglah dapat suami yang melayan je"

"Kalau suami aku tu tak macam tu memang aku refund balik kat mak dia"

Sempat dia mendengar omelan mereka semasa ingin keluar dari Family Mart. Dia ketawa kecil. Ini kalau diorang tahu yang isterinya itu tidak mengandung dan hanya sekadar period mahu kena kecam!

Kepala menoleh memandang Farhana Sofea di tepi. Gadis itu semakin mencerbik setelah 3 buah Family Mart mereka pergi tiada air yang diinginkan gadis itu. Kering sehinggakan air mata gadis itu.

Handbreak ditarik.

"You tunggu sini, I pergi tengok dulu"

Kepala diangguk.

Tengku Harruz mula masuk ke dalam Family Mart. Ini kali kelima dia masuk ke dalam Family Mart untuk mencari Frappe yang diinginkan oleh gadis itu! Harapnya adalah!

Sekali lagi keluhan kecil dilepaskan. Hampa dia melihat hanya Cookies Frappe sahaja yang masih ada. Tangan meraup rambut ke belakang. Penatnya yang ampun! Tak boleh jadi ni, dia perlu minta bantuan!

Iphone dikeluarkan. Nombor Black didail.

"Black, kau tolong belikan Mixberries Frappe Family Mart. Hana nak"

"Okay bro. Berapa?"

"10. Cari sampai dapat. Kalau takde aku potong gaji kau" ugutnya.

"Baik bro!"

"Lagi sat......"

"Saya nampak ada tadi!"

Dahi berkerut. Macam suara Farhana Sofe! Dia berjalan ke arah suara itu. Bibir diketap melihat Farhana Sofea sedang berdiri di depan kaunter.

"Cari sampai dapat" pesannya pada Black sebelum menamatkan panggilan.

"Dah habislah cik" ujar pekerja lelaki.

"Awak jangan tipu saya ye. Saya nampak ada lagi satu tadi awak bawa masuk"

"Hana" Farhana Sofea berpaling memandangnya.

"I bagitahu you suruh tunggu da....."

"Dia sorok Frappe yang I nak" jari telunjuk dihala pada pekerja lelaki itu dengan muka mencebik.

"Takde encik. Mixberries Frappe memang dah habis"

Dia menghampiri Farhana Sofea. Lengan gadis itu dipegang.

"Kita cari kat kedai lain jom"

"Taknak!" tangannya ditepis kasar oleh Farhana Sofea.

"Ada lagi satu. I nampak tadi" punggung lagi sekali dilabuhkan di atas lantai, menghalang orang lain yang mahu membayar.

"Dah habis Hana. I dah tengok tadi dah habis"

"Ada lagi" Farhana Sofea tidak mahu beralah. Dia memang nampak tadi ada satu Mixberries Frappe yang dibawa pekerja lelaki itu ke dalam.

"Encik, tolong pujuk girlfriend encik ni. Orang lain nak bayar kat kaunter" tegas pekerja lelaki itu dengan mata yang dijulingkan.

Dia mengerling memandang Farhana Sofea yang duduk di atas lantai. Kepala semakin berdenyut-denyut melayan karenah gadis itu.

"Kalau you buat hal macam ni, I taknak belikan you Mixberries Frappe" ugutnya pada gadis itu. Mata yang mengerling ke arah mereka dihiraukan.

"Bangun" tegas dengan renungan tajam dia memandang Farhana Sofea. Hatinya tengah menggelegak sekarang.

Namun Farhana Sofea tidak mengendahkan ugutannya. Kepala gadis itu tertunduk memandang ke bawah sambil meramas hoodienya.

"I said bangun, Hana"

Mata dijeling pada mereka yang mahu merakam video akan aksi mereka itu. Terus terbantut niat mereka.

Nafas dalam diambil.Tubuh direndahkan sebelum mencempung Farhana Sofea keluar dari Family Mart. Gadis itu meronta-ronta mahu turun. Ditumbuk-tumbuk bahunya namun dia semakin mengemaskan cempungan itu ke kereta.

"Auch! Hana!" tubuh gadis itu diturunkan.

"Enough with this stupid attitude, Farhana Sofea!" dipandang tajam Farhana Sofea yang menggigit bahunya tadi.

Farhana Sofea mengetap bibirnya. Air mata laju turun membasahi pipinya. Tangannya digenggam.

Pak

"Auchh"

Kaki kiri Tengku Harriz disepak kuat dengan geram sebelum dia beredar dari situ. Lelaki itu yang mengaduh kesakitan tidak diendahkan. Panggilan dari lelaki itu dihiraukan apabila dia berjalan semakin jauh darinya.

"Hana!" terasa Tengku Harriz yang mengejarnya, dia semakin mencepatkan langkahnya

Terhinjut-hinjut Tengku Harriz mengejar langkah Farhana Sofea. Ganasnya isteri aku!

"Encik polis, ada orang jahat ikut saya. Boleh saya ikut ke balai?" dua orang polis yang sedang bersandar pada kereta polis dihampiri.

"Orang jahat?"

Kepalanya diangguk laju. Sesekali kepala menoleh ke belakang.

"Hana!"

Gulp! Air ditelan kelat.

"Cepat encik polis! Dia dah makin dekat!"

"Takpe biar saya urusk....."

"Jangan!" Farhana Sofea menghalang polis itu yang mahu pergi ke arah Tengku Harriz. Kepala digelengkan.

"Saya cuma nak ke balai jee. Pleasee......"

Dua orang polis memandang pelik arahnya.

"Encik nak kena belasah dengan laki tu ke? Dia tu bahaya. Setakat dua polis senang je dia tumbangkan"

Dua polis itu meneguk air liur. Mereka berpandangan sendiri.

"Pleasee encik polis...." rayunya lagi. Melihatkan Tengku Harriz yang semakin dekat makin membuatkan dia gelabah.

"Kalau macam tu jom ikut kami ke balai. Cik lagi selamat kalau kat sana"

Nafas lega ditarik apabila dia mula masuk ke dalam kereta polis. Laju kereta polis itu meluncur ke lebuh raya. Dia berpaling memandang ke belakang, melihat Tengku Harriz yang mencekak pinggang. Gulp! Scary!

Tiba di balai polis, dia mula keluar dari kereta polis. Baru mahu melangkah ke dalam balai polis namanya dijerit oleh Tengku Harriz yang baru turun dari dari kereta Mercedesnya. Gulp!

'Lajunya dia datang ke sini!'

Mampus dia! Memang mampus!

"Itu yang follow cik tadi kan? Berani dia datang si....Ehhh?" mata melilau mencari susuk tubuh gadis tadi.

"Dah hilang dah"

Tengku Harriz menghampiri dua polis yang berdiri di depan balai. Tangan dua polis itu siap sedia mahu memegang pistol dengan renungan tajam padanya. Apa lah yang diberitahu oleh gadis itu pada dua orang polis ini?

"Encik datang sini nak serah diri ke?"

Dia tersenyum sinis.

"Saya datang sini nak bawa balik isteri saya yang datang bersama encik tadi"

Berkerut dahi dua orang polis itu. Tengku Harriz yang ingin berjalan masuk ke dalam ditahan oleh mereka.

"Apa bukti encik yang dia isteri encik? Cik tu tadi claim yang encik penjahat"

"Penjahat?"

"Yaa perogol bersiri yang cuba untuk cabul dia tadi"

Mengherot bibir Tengku Harriz. Jap dia mahu ketawa.

'Perogol bersiri? Are you kidding me, Farhana Sofea?'

Kepala digelengkan-gelengkan. Entah apa punya alasanlah gadis itu bagi pada dua orang polis ini semata-mata mahu melarikan diri daripadanya!

"Silap tu encik polis. Yang perogol bersiri tu dia. Hari-hari saya kena cabul dengan gadis tu"

"Ini buktinya" hoodie yang menutup kepalanya diturunkan.

Diselak sedikit menunjukkan lehernya yang mempunyai love bite yang entah bila dibuatnya oleh gadis itu. MUngkin semasa dia tengah tidur.

Dua polis itu berpandangan satu sama lain.

"Haa ni pun kesan dia gigit"

Tengku Harriz menunjukkan pula kesan gigitan pada lehernya semalam dan kesan gigitan pada belakang tapak tangannya.

"Kalau masih tak caya juga, ini gambar kahwin kami" dia menunjukkan gamabr kahwinnya pula pada polis itu. Silap tak bawa kad kahwin!

Sementara itu di dalam balai polis, Farhana Sofea sedang berperang dengan polis di dalam.

"Encik please saya nak masuk lokap!"

"Dah kenapa kamu nak masuk lokap pula? Orang lain nak keluar lokap, kamu beria nak masuk lokap" kepala digaru oleh polis itu.

"Saya datang nak serah diri, encik taknak tangkap pula" rengusnya geram. Sesekali memandang ke arah pintu.

"Sekarang ni kamu buat kesalahan apa?"

Otaknya ligat berfikir idea.

"Cabul! Haa cabul"

"Jangan main-ma......"

Bum!

Farhana Sofea menepuk meja polis itu.

"Encik nak saya cabul encik dulu ke baru encik nak masukkan saya ke dalam lokap?"

Gila! Gadis di depannya itu memang gila!

"Haa buatlah kalau berani"

Farhana Sofea menelan air liur. Bibir diketap. Apa-apa sajalah!

"Kenapa pula tak berani?" lengan hoodienya disising. Langkah mendekati polis itu yang sudah cuak.

"Encik nak masukkan saya ke dalam lokap ke atau saya yang masukkan encik ke dalam lokap?" ugutnya.

"Dah kenapa saya pula yang kena masukkan ke dalam lokap?"

"Sebab encik taknak masukkan saya ke dalam lokap. Jadi enciklah yang masuk lokap!"

Seketika dahinya berkerut. Apa yang dia mengarut ni? Dah lain dah ni dengan niatnya yang ingin masuk ke dalam lokap untuk mengelak daripada diheret balik oleh Tengku Harriz nanti.

"Selain lokap, saya ada cadangan tempat istimewa untuk orang seperti awak"

Dahinya berkerut.

"Tempat apa?"

"Hospital gila. Sesuai sangat untuk orang gila seperti awak"

Tengku Harriz yang menyandar badannya memerhati drama mereka tadi tergelak kecil. Terhibur dia apabila polis itu membidas Farhana Sofea sehingga terdiam gadis itu.

"Elok sangatlah. Masukkan je dia dalam tu"

Farhana Sofea berpaling ke belakang apabila mendengar suara Tengku Harriz menjampuk. Terus dia belari menyorok belakang polis tadi apabila lelaki itu menghampiri mereka.

"Hospital gila. What a nice place for people like her!"

*********

Teaser Bab 39

"Sekali kau hina isteri aku, berganda-ganda aku balas. You messed with the wrong person, bastard!"
-Tengku Harriz-

"Kau nak aku patahkan kaki kau dulu ke baru kau nak duduk?"
-Farhana Sofea-

"Hah mana bala yang cari pasal dengan member aku? Mana?"
-Razul Hakimi-

"Begitu rendah darjat mu duduk di atas lantai kotor wahai hamba yang kolot"
-Iqbal Ryven-

"Ouhh ada orang ke kat lantai? Sorry tak nampak. Muka kau tak nampak beza dengan lantai. Kedua-dua kotor"
-Firash Arfan-

"Ini ke yang cari pasal dengan adik aku? Huh tak padan dengan pendek! Ada hati nak gaduh dengan lelaki galah"
-Tengku Harraz-

"Hal kau, hal kami"
-Emir Adden Fattah-

____

Korang mesti rindu kan diorang semua? Bab 39 dan bab 40 author kasi diorang comeback. Jumpa esok malam!

Jangan lupa vote dan comment!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro