Bab 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

TENGKU Harriz memusingkan-musingkan tangannya sebaik sahaja gari di tangannya dibuka. Matanya dilirik pada polis yang menggari pekerja lelaki itu pula. Dia sengaja berdecit kuat, ingin menarik perhatian lelaki itu sebelum bibir mengukirkan senyuman sinis.

Siapa sangka pada awalnya yang tidak berpihak pada mereka disebabkan cctv dalam kedai itu rosak namun sekali gus semua kejahatan lelaki itu didedah. Salah guna kuasa sebagai pekerja, mencuri duit kaunter rakan sekerja sehingga selalu short dan merosakkan cctv kedai sendiri!

"I told you, you really mess with the wrong person" ujarnya sebelum berlalu keluar dari balai polis.

"Hana!"

"Ehh korang!"

Farhana Sofea berlari pada Airisya, Nadhira, Aufa dan Ariana yang sedang duduk di atas Lamborghini yang berwarna kuning. Santai mereka duduk di atas kereta itu sambil makan popcorn.

"Korang dari mana semua?" berkerut dahi Tengku Harriz memandang 5 kereta mewah yang diparking di balai polis. Itu semua kereta membernya.

"Date!" jawab mereka semua serentak

"Si Harraz tu ajak jalan-jalan pusing KL sebelum hantar aku dengan Amsyar balik kampung esok." sampuk Nadhira dengan menggelengkan kepalanya. Sudahlah Amsyar ditinggalkan di rumah mak lelaki itu!

"Aku kena paksa tengok movie Malbatt Misi Bakara oleh Razul" Aufa memasukkan popcorn ke dalam mulut. Elok habis tengok movie, Razul kata Tengku Harriz kena tangkap.

"Tekak aku tiba-tiba teringin cendol, so kitorang pusing satu KL. Kan abang kan?" dia tersengih pada Adden. Tegang muka suaminya itu tidak berpuas hati. Teringin cendol malam-malam sampai merata KL mereka pusing.

"Errr sa....saya" gagap Ariana saat mata tertumpu padanya sekarang. Sudahlah dia paling muda di situ dan masih belum biasa dengan mereka semua.

"My baby bucuk maccam ni craving llao llao. Kan baby kan?" pipi Ariana yang kelihatan semakin chubby dicubit oleh Firash sebelum dia meletakkan kepala di atas perut Ariana yang sudah terbentuk sedikit.

"Aku dengan Iqbal cari barang kahwin" tutur Aisy saat mata beralih padanya pula.

"Alang-alang ni apa kata kita date berenam?" Razul menyatakan hasratnya. Bukan selalu mereka keluar beramai-ramai.

"Berenam?" kening dijongket.

"Ya"

Tengku Harriz dengan Adden berpandangan satu sama lain.

"No!" bantah mereka berdua.

Dapat dibayangkan date berenam tu macam mana lagi-lagi dengan barua- barua sekalian termasuk juga Tengku Harraz. Huru-hara nanti!

"Taknak sudah. Jom date berempat!"

"Jom!"

Keempat-empat pasangan itu mula menuju ke kereta masing-masing meninggalkan Tengku Harriz, Farhana Sofea, Adden dan Airisya yang masih lagi tercegat di situ.

"Abanggg, nak ikut diorang" Airisya menguis jaket hitam Adden dengan jari telunjuk kanan dihala pada ketiga-tiga pasangan itu dengan bibir yang terserbik.

"No. It's mean no sayang"

Farhana Sofea menoleh memandang Tengku Harriz. Jari telunjuk mencucuk-cucuk lengan lelaki itu.

"Harr......" belum sempat menghabiskan kata-katanya, lidahnya kelu dengan renungan anak mata coklat itu. Dingin!

Farhana Sofea menoleh memandang Airisya. Mereka berdua tersebik sebelum memeluk erat satu sama lain. Nasib merekalah kahwin dengan lelaki sedingin ais di kutub utara!

"Icha, kunci kereta suami kau dengan kau ke?" bisik Farhana Sofea di saat mereka berpeluk satu sama lain.

"Haah ada dalam poket kanan aku. Kau reti drive kereta dua pintu kan?" bisik Airisya pula.

"Yup"

Mereka berdua tersenyum sinis.

Pon pon

Empat pasangan itu melambaikan tangan pada mereka berempat. Dilihat 4 kereta mewah yang mula keluar dari bali polis.

Farhana Sofea mengeratkan pelukan pada bahu Airisya.

"Satu" Airisya memulakan bilangan.

"Dua" sambung Farhana Sofea.

"Tiga!" ujar mereka serentak sekali gus berlari ke arah kereta Porsche milik Adden.

"Hana!"

"Sayang!"

Jerit mereka berdua serentak sambil mengejar langkah isteri mereka. Selicik-licik mereka, licik lagi isteri mereka!

"Open the door, sayang" tangan mengetuk cermin kereta. Adden memandang isterinya tajam.

Airisya menurunkan cermin kereta sedikit.

"Ampunkan patik, Tuanku. Patik ingin pergi berjoli sebentar yee? Sebentar lagi patik pulang bersama segunung kemaafan" kedua-dua telapak tangan dicantumkan. Airisya tersengih pada Adden.

Farhana Sofea menahan tawa. Amboi membernya itu kemain!

Cermin kereta belahnya diturunkan sedikit. Dipandang Tengku Harriz yang muka bengis itu.

"Pandai ke you drive kereta dua pintu ni?" perli Tengku Harriz. Selama dia berkahwin dengan gadis itu, tidak pernah pula dia melihat gadis itu memandu kereta dua pintu.

"This is Farhana Sofea lah. Semua benda dia reti buat" kening dijongket bangga pada Tengku Harriz. Silap lelaki itu memandang rendah padanya!

"Get out before I get mad, Hana atau you tak boleh tidur dengan I malam ni" tegang suara itu berkata dengan sepasang mata helangnya.

Gulp! Meremang bulu roma Farhana Sofea dengan ugutan yang berbaur amaran itu.

"O...okay" tangan ingin membuka pintu.

Tengku Harriz sudah tersenyum.

"Tapi.....buerkk! Kena tipu!"

Farhana Sofea menjelirkan lidahnya. Bengang Tengku Harriz jadinya.

"Hana!" rahang diketap dengan tangan yang digenggam.

"See you when I see you, Harriz!"

" Bye, love you!" tangan membentuk love pada Tengku Harriz. Sempat juga dia beri flying kiss pada lelaki itu sebelum kereta Porsche milik Adden mula bergerak.

"Gila punya bini!" Tengku Harriz menggelengkan kepalanya.

"Bye, abang! I love you" Airisya melambai-lambai tangannya pada Adden.

Usai kelima-lima kereta mula keluar dari balai, Tengku Harriz dan Adden berpandangan satu samai lain.

"Ini mesti bini kau yang hasut bisik aku!" Adden mula bersuara.

"Ehh bini aku pula? Bini kau lah!"

"Ye lah bini kau kan mereng sikit. Buat hal kat Family Mart semata-mata nak Mixberries Frappe!"

"Ehh kau mulut tu jaga sikit ehh? Member tak member aku layang juga penumbuk aku ni" Tengku Harriz acah-acah mahu melayangkan penumbuk.

"Woi gaduh gaduh. Nak tidur dalam lokap ke?" jerit polis yang mencekak pinggang di pintu balai.

"Jom ahh chau" Adden mula menuju ke kereta Mercedes milik Tengku Harriz.

"Chau pergi mana?"

"Follow bini kita la! Kau semenjak berkepit dengan Razul dah sama bengong dah."

"Ehh kau cari gaduh nampak?" Tengku Harriz mencekak pinggang.

"Budak dua ekor ni memang nak masuk lokap gamaknya"

Cepat-cepat mereka berdua masuk ke dalam kereta Mercedes. Sementara itu, Razul yang sedang memandu kereta tersedak gara-gara namanya yang tidak bersalah dipetik.

"Uhuk-uhuk...natang mana tak puas hati dengan aku ni? Karang aku tetak tekak kau tu baru kau tahu yang perempuan selalu betul"

Aufa mengerutkan dahinya. Dah kenapa perempuan pula dipetiknya? 

Kepala digelengkan. Dia mula menghulurkan air coke yang tidak habis semasa melihat wayang tadi pada Razul.

"Uhuk uhuk!" makin teruk Razul tersedar. Air coke dipandang sebelum memandang tajam pada Aufa.

"Awak ni memang nak saya mampus awal ke? Single sampai tua la awak tu nanti"

"Ehh? Kumbang bukan seekor tahu?" Aufa tidak mahu mengalah.

"Kumbang bukan seekor tetapi yang nak kat awak hanya seekor kumbang yang special ni je. Cia cia!"

"Tangan ni bukan sahaja boleh merawat orang tapi boleh membunuh juga tau" tangannya dipusing-pusingkan.

Razul menelan air liur kelat.

"Aaa mummy help me!"




TENGKU Harriz hanya pasrah apabila Farhana Sofea menghayun kuat tangan mereka sambil makan aiskrim kon. Mereka dua belas orang kini sedang berjalan di Bukit Bintang untuk misi hunting food. Dah macam rombolah lawatan sekolah pulak tengok mereka.

"Hana, jangan buaslah" penat dah dia tegur sterinya itu. Memang orang perempuan kalau period mood active semacam yee?

"Tengok tu dah keluar rambut"

Lengan Farhana Sofea yang menghayun tangannya dihentikan. Dia memegang bahu gadis itu supaya menghadap dia. Simpulan tali hoodie di bawah dagu gadis itu dibuka. Rambut yang terkeluar diselitkan ke belakang telinga gadis itu

"Aaaaa" Farhana Sofea menyuakan aiskrim miliknya pada Tengku Harriz namun lelaki itu menggelengkan kepalanya tidak mahu.

"Pon pon helikopter nak lalu" aiskrimnya lagi sekali lagi disua pada Tengku Harriz. Siap buat macam gaya helikopter lagi aiskrimnya itu.

"Taknaklah Hana" Renung dia pada Farhana Sofea dengan tajam. Tangannya masih memasukkan rambut gadis itu ke dalam. Ingat dia budak kecik ke?

"Helikopter helikopter....." Farhana Sofea mula menyanyi trend helikopter.

Tengku Harriz menggelengkan kepalanya. Kena banyak bersabar ye layan gadis itu period. Makin pelik perangai gadis itu!

"Hana duduk diamla......."

Tengku Harriz menjengilkan matanya manakala Farhana Sofea sudah tersengih. Aiskrim yang melekat pada mulutnya dikalih.

"Hana!"

"Atoto comelnya dia" sempat Farhana Sofea mengeluarkan Iphone miliknya. Ditangkap gambar Tengku Harriz tanpa sempat lelaki itu halang. Kenangan terindah kena simpan! Nanti dia post story kat Instagramnya!

"Buang gambar tu" tangan mengelap mulutnya yang comot dengan tisu yang dia gunakan untuk mengelap mulut comot Farhana Sofea.

"Taknak. Harriz, cepat ikatkan tali ni balik" 

"Taknak. Delete dulu" Tengku Harriz tersenyum sinis.

"Then, tak payah ikat" 

Farhana Sofea ingin berlalu namun ditarik oleh Tengku Harriz semula. Tersenyum lebar dia apabila Tengu Harriz mula mengikat balik tali hoodienya di bawah dagunya walaupun dengan muka yang tidak berpuas hati. Aiskrim yang tinggal lagi sikit dimasukkan semua ke dalam mulut 

"Handsomenyaa suami siapa ni?" pipi Tengku Harriz dicubit manja.

"Suami Farhana Sofea lahh" jawabnya pada soalannya sendiri

Tengku Harriz menepis tangan Farhana Sofea bersama renungan tajam. Kepalanya digeleng. Mungkin dia patut hantar Farhana Sofea ke hospital gila.

Usai ikatan hoodie siap, tangannya laju memeluk Tengku Harriz walaupun berada di tengah-tengah Bukit Bintang. Kepala mendongak memandang suaminya yang tampak handsome seperti selalu. Katalah dia gila, memang dia sudah gila akan lelaki itu! Angau yang semakin menjadi-jadi pada Tengku Harriz!

"Hana..orang tengoklah" dahi Farhana Sofea cuba ditolak dengan jari telunjuknya. Bukan apa tapi jantungnya berdebar-debar melihat gadis itu yang terasa semakin comel.

"Bukan orang kesah pun"

"Han....."

"Uwuu piwitt!" 

Kepala menoleh memandang mereka bersepuluh yang baru selesai membeli kunafa. Tersengih-sengih mereka memandang dia dan Farhana Sofea.

"Tak menyabar nampak? Tak boleh tunggu kat rumah ke?" bidas Razul.

"Orang single tengah jealous ke tu?" Firash menjampuk sambil memeluk pinggang Ariana yang berdiri di sebelahnya.

"Ehh kau tunggu, soon aku dengan Aufa akan susuli korang. Huh!"

"Ehh siapa nak kahwin dengan awak? Saya taknak" jampuk Aufa membuatkan mereka semua seronok ketawakan Razul.

"Dah tak laku tu tak laku jelah" bidas Firash lagi.

"Kau nak gaduh dengan aku ke bangang? Nak gaduh cakap!" 

"Bukan taknak gaduh tapi takut kejap lagi ada yang balik mengadu kat mak" tenang Firash menyeloroh. Kunafa cheese finger dimasukkan ke dalam mulut.

"Babi dia ni. Kau masuk cepat! Masuk!" lengan sudah disising ke siku.

"Haa meh meh. Kalah jangan nangis" 

Firash turut menyising lengan bajunya ke siku. Tangan mengenggam penumbuk. Kaki kejap ke depan kejap ke belakang seperti pentinju. Mereka berdua bepusing-pusing dalam bulatan bulat.

"Masuklah bangang!"

"Kau lah masuk dulu hanat!"

Tengku Harriz sudah memicitkan kepalanya. Pening melihat mereka bergaduh di tengah-tengah alam. Inilah sebabnya dia tidak mahu keluar date dengan mereka. Sudah dapat jangka benda ini akan berlaku! Matanya dipejam! Dua barua ni memang!

"Hana jomlah kita blah dar......ehh?"

Farhana Sofea yang yang berdiri di tepinya tadi sudah hilang. Gadis itu kini sedang duduk di atas lantai. Kunafa dimasukkan ke dalam mulut gadis itu. Riang gadis itu bersorak bersama gadis-gadis yang lain. Tengku Harraz pula menjadi pengadil. Berdiri di tengah-tengah Razul dan Firash. Iqbal pula menjadi tukang sorak. Apa mereka ingat sekarang WWE show di tengah-tengah Bukit Bintang? 

"Go Razul go!"

"Go Firash go!"

"Masuk! Masuk!" Farhana Sofea turut bersorak.

"Haa mantap!" Nadhira menepuk tangannya.

"Gila ahh chaiyokk ahh abe Zul kita! " Iqbal membuat thumbs up pada Razul.

"Balas balik Rash! Balas!" Ariana menyorak untuk Firash.

"Tumbuk jangan tak tumbuk!"

Sudahnya semakin ramai mengerumi mereka akibat barua-barua yang memekik. Bersorak untuk Razul dan Firash.

"Weh kau kenal ke diorang?"

Tengku Harriz menoleh Adden yang melingkar lengan di bahunya.

"Tak. Aku tak kenal"

"Aku pun tak kenal"

"Jom ahh blah" loroh Adden. 

Tengku Harriz mengangguk kepalanya. Mereka mula berjalan dari situ meninggalkan isteri masing-masing.

"Mendung je nampak hari ni" kepala mendongak ke langit malam. Tiada bintang dan bulan hari ini.

"Itulah. Macam hari kita berdua. Mendung dikelilingi oleh barua-barua yang terlepas dari kandang" Tengku Harriz menggelengkan kepala mengenangkan nasib. Apalah nasib!

"Setuju. Eh bini kau apa cita?" Adden menyoal.

"Tengah tidur kut kat rumah. Maklumlah sekarang dia tengah work hard dengan projek museum dia tu. Tak nyempat nak join si barua sana tu"

Tengku Harriz mengeluh perlahan.

"Sama ahh bini aku. Kerja dia tidur je kat rumah. Orang ajak keluar, dia taknak" keluh Adden pula.

"Jom lah balik. Kesian bini-bini kita kat rumah"


FARHANA Sofea memeluk erat tangan Tengku Harriz bagai tidak mahu lepas. Hampir-hampir kena tinggal oleh lelaki itu. Nasib dia perasan yang Tengku Harriz sudah berjalan jauh bersama Adden.

"You ni jahat tahu! Tinggal I kenapa?"

"Kita kenal ke?"

"Tengku Harriz!"

Mata mencerlung tajam pada Tengku Harriz dengan bibir yang tersebik. Gamaknya, kalau dia tak sedar yang lelaki itu sudah berjalan jauh memang dah kena tinggal dah dia kat Bukit Bintang ni!

"Air pasang pagi ...." Razul memulakan nyanyian apabila melihat air pancut di KLCC. Sampai ke sini mereka pusing-pusing satu KL!

"Dia mula dahh" keluh Adden. Fed up sudah dengan mereka semua.

"Surut pukul lima....." sambung Firash. Perut Ariana yang membunting dicium sekilas.

"Nyonya bangun pagi....." Nadhira pun sama

"Siram pokok bunga....." nyanyi Airisya. Straw minuman dijadikan microphone. Adden di sebelahnya sudah menggelengkan kepala.

"Pokok bunga melur....." Aufa menyambung, meminjam straw minuman Airisya

"Tan...hmmphh!" 

"Not you too, Hana!" mulut Farhana Sofea ditekup oleh Tengku Harriz. Tangan gadis itu sedaya upaya mengalihkan tangannya.

"Harr......hmmphh!" 

Bukan setakat mulutnya ditekup namun dengan kepalanya sekali kena kepit di bawah ketiak lelaki itu. Tangan menumbuk-numbuk perut Tengku Harriz tapi langsung tidak memberi effect apa-apa. Hampir lemas dia dibuatnya!

"Tanam tepi kolam" sambung Iqbal pula. Nyanyian diteruskan kembali.

"Itik ber......."

 "Ouh come on, Raz!" Tengku Harriz sudah menjulingkan matanya. Bukan kembar dia sekali!

"Itik bertelur" Aisy menyambung.

Seketika mereka diam. Tangan masing-masing menepuk sesuatu bagi mengantikan drum. Ada yang memegang botol air lalu dihentak di tiang berkali-kali. Ada yang hanya menggunakan tangan, menepuk paha. Ada juga yang rela mencabut kasut, menepuk lantai.

"Ayam menetas!" 

Serentak mereka bersepuluh kecuali Tengku Harriz dengan Adden. Semua berada di posisi masing-masing membuat gaya tersendiri. Razul dan Firash di hujung membuat gaya cicakman yang menampung badan dengan hanya satu tangan. Iqbal yang kat belakang melompat gaya katak. 

Tengku Harraz yang di depan melunjur kaki. Satu tangan menongkat kepala. Satu tangan membentuk tangan metal. Manakala para gadis hanya mengangkat tangan di tengah-tengah dengan riang.

Terjeda Tengku Harriz memandang mereka sepuluh. Tangan mengusap dada, cuba menyabarkan dirinya yang sedang mendidih. 

"Fulamak mantap ahh kita" Razul membuat thumbs up.

"Arghh! Stressnya aku!!!" jerit Tengku Harriz di tengah-tengah alam. Hilang sudah sabarnya!

"Aku nak balik!"


LILITAN pada leher Tengku Harriz dikemaskan. Dia menggoyangkan kaki sambil menyanyi kecil. Mereka sekarang sedang menuju ke kereta, mahu pulang. Disebabkan kakinya yang lenguh dari tadi berjalan, dia memaksa Tengku Harriz untuk menggendongnya di belakang.

"Ikan kekek mak iloi iloi" kakinya semakin dihayun.

"Ikan gelama mak ilai ilai" Razul pula menyambung. 

Tangan diletak di bahu Firash, menyuruh Firash menyambung. 

"Nanti adik mak iloi iloi" sambung Firash. 

Tengku Harriz sudah menggelengkan kepalanya memandang dua ekor kangaroo itu yang melompat dengan tangan melingkar di bahu masing-masing menuju ke arah kereta. Terkial-kial mereka berdua melompat  seperti kangaroo cacat yang terlepas dari zoo. Hanya mereka berdua yang masih aktif. Mungkin disebabkan mereka adalah species terencat yang istimewa.

"Pulang bersama mak ila i......"

"Takde lagu lain ke Hana?" sampuk Tengku Harriz menghentikan nyanyian Farhana Sofea. Dari mereka berjalan menuju ke kereta, lagu yang sama yang dinyanyi oleh gadis itu sehinggakan dia yang dah lupa lirik lagu itu dapat mengingatinya semula dengan nyanyian gadis itu.

"You nak lagu apa? Upin ipin? Boboiboy?"

"I nak you diam"

Muncung mulut Farhana Sofea. Dagu direbahkan di atas bahu Tengku Harriz. Kepala disengetkan memandang muka lelaki itu dari tepi. Bibir mula mengukirkan senyuman. Handsome!

"Harriz"

"Hmm?"

"Toleh japp"

Tengku Harriz menoleh memandangnya lantas...

Cupp

"Hana" tegas suara Tengku Harriz. Tidak menyangka yang Farhana Sofea akan mencium bibirnya sekilas.

"Hehe"

Tangan kirinya ditekap di pipi kiri Tengku Harriz.

"Suami kita ni hencem sangat. Geramnya kita nak gigit dia!" dicubit pipi itu geram dengan dengan gigi yang diketap. Teringin betul nak gigit pipi Tengku Harriz!

"Nak kena tinggal tepi jalan ke?" ugut Tengku Harriz dengan renungan tajam. Makin lama makin terencat dah isterinya itu!

"Atoto dia marahlah. Takutnya kita!"

"Han....."

Bunyi ringtone Iphonennya menghentikan langkahnya. Dia memandang apple watch di tangannya itu sebelum menekan butang hijau. Airpods ditelinga dibetulkan.

"Aku tengah follow kereta jantan tu sekarang tapi......" bagitahu Black di talian sana.

"Tapi apa?"

"Tapi sekarang aku nampak kau tengah gendong Hana"

Serta merta langkahnya berhenti. Itu bermaksud jantan tu tengah memerhati mereka! 

Kepala menoleh memandang Farhana Sofea sebelum menyambung langkahnya. 

"Which one?"

"BMW black. WK 74"

Mata berhati-hati memerhati sekeliling supaya tidak kantoi. Terhenti lirikan matanya pada kereta yang dimaksudkan oleh Black yang tidak jauh dari mereka.

"How many?"

"Aku rasa dia sorang je"

Nafas lega ditarik.

"Perhatikan. Kalau ada yang curiga bagitahu aku" arahnya tanpa mematikan panggilan. Dibiarkan sahaja panggilan mereka agar mudah Black ingin memberitahu maklumat padanya.

"Kenapa you?" Farhana Sofea menyengetkan kepalanya memandang Tengku Harriz dengan penuh tanda tanya. Tidak dengar dia apa yang dibual oleh pihak sana walaupun telinganya sudah didekatkan dengan airpod lelaki itu.

Tengku Harriz tidak menjawab malah hanya meneruskan langkahnya menuju ke kereta secepat mungkin. Masuk sahaja kereta, dia terus lock dan menghidupkan enjin keretanya. Pistol yang selalu disimpan dibawahnya seatnya diperiksa. 

"Dia dah blah. Kau nak aku follow dia atau follow kau?"

Sedikit sebanyak dia menarik nafas lega.

"Follow me. Make sure no one follows us"

Farhana Sofea menoleh memandang muka Tengku Harriz yang tegang. Mendengarkan kata-kata itu dia dapat agak apa yang berlaku. Mungkin ada musuh lelaki itu yang sedang mengikuti mereka atau pun...

Kepalanya digeleng. Dia sudah memberi amaran kepada ayahnya. 

Tidak mungkin ayahnya mengekori mereka!

********

Kesian Harriz 😭 Stress member layan perangai tak semenggah diorang 😂

Just nak inform scene semua ni berlaku sebelum Adden dan Airisya yang bergaduh dalam book diorang.  


Rupa-rupanya dah 1 tahun dah guys story ni.
Happy 1 year 🤍
Thanks support cerita yang tak seberapa ni 🖤

Jangan lupa vote dan comment!
















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro