Bab 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

"ALPHA leader down"

Sebak Razul ingin memaklumkan berita sedih pada Komander Azizi dan juga pada ahli komando yang lain. Air mata lelakinya mengalir dengan laju melihat besi yang membelah kedua-dua dada Tengku Daim dah Tengku Harriz dan salah seorang daripadanya sudah tidak benyawa.

"Ya Allah....."

Terduduk dia di atas tanah meratapi pemergiaan Tengku Daim, Alpha leader mereka. 

'We go with 15 commandos and we will back with 15 commandos too'

Semakin teresak-esak dia menangis tatkala kata-kata yang diucapkan oleh Tengku Daim terlintas di fikirannya.

"Da.....Daim...kau tipu...."

"Kau tipu kitorang!" tangan mencengkam pasir.

"Mana janji kau nak balik dengan 15 komando huh?"

Arsyad dan Dika turut menangis teresak-esak di belakang Razul. Tidak dapat dibendung lagi rasa sedih melihat ketua mereka sudah tidak berjasad. Bertahun-tahun mereka berjuang bersama-sama dan penat lelah yang mereka kongsi bersama-sama kali ini sudah sampai ke penghujung. 

Ketua mereka pergi meninggalkan mereka.

"Zu....Zul, sekarang bukan masa untuk kita meratapi pemergian Alpha leader kita. Kita kena selamatkan Riz. Sekurang-kurangnya kita hanya kehilangan seorang komando" Dika menyentuh bahu Razul yang sedang menangis teresak-esak.

"Betul tu. At least we are back with 14 commands, not 13."

Razul memejamkan mata seketika, cuba mencari kekuatan. Nafas dalam ditarik.

"Suruh diorang ambil alat dari kapal untuk potong besi ni. Kita kena alih badan Daim untuk selamatkan Riz" air mata dikesat kasar. Dia memandang Tengku Harriz yang berada di tengah-tengah antara batu dan Tengku Daim. Syukur kawan baiknya itu masih bernyawa namun nadi begitu lemah.

Arsyad mengangguk kepalanya sebelum memaklumkan pada komando yang lain.

"Dika tolong aku alihkan badan Daim"

Razul mula berdiri. Sekali lagi dia cuba periksa nadi Tengku Daim pada leher lelaki itu untuk memastikan yang dia tidak silap. Mata dipejam bersama bibir yang diketap. Tiada nadi.

"Besi tercucuk pada jantung" serak suaranya melihat besi yang membelah pada jantung Tengku Daim. Besi itu betul-betul tercucuk pada dada kiri Tengku Daim. Memang tiada harapan lagi untuk Tengku Daim hidup. Mengikutkan firasatnya yang tahu sedikit tentang medical, Tengku Daim mati on the spot saat terpelanting mencucuk besi.

"Aku bilang sampai tiga, kita alihkan badan Daim. Hati-hati jangan sampai bergegar dan effect pada Riz"

Dika dan Arsyad mengangguk kepalanya. Mereka mula memegang badan Tengku Daim yang tidak bernyawa itu, bersiap sedia untuk memisahkan Tengku Daim daripada besi. Terpaksa mereka berbuat sebegitu untuk memudahkan Tengku Harriz dibawa ke hospital.

"Satu"

"Dua"

"Tiga"

"Now!"

Saat badan Tengku Daim dipisahkan dari besi, membuak darah memercik keluar. Dengan hati yang sebak mereka meletakkan jasad yang tidak bernyawa itu di dalam beg hitam panjang yang dibawa oleh ahli komando. 

"Syahid dan syurga buatmu sahabat" termenung seketika Razul memandang wajah putih lesu Tengku Daim sebelum dia zip beg hitam panjang itu. 

Kesemua 10 komando yang datang ke tempat kejadian bom itu sudah mengalirkan mata. Sebak melihat ahli komando mereka sudah tidak bernyawa. Perkara yang ingin dielak sebagai tentera adalah hilang rakan seperjuangan namun hari ini mereka kehilangan seorang rakan seperjuagan.

"Mana pemotong besi?"

"Ni" salah seorang ahli komando menghulurkan pemotong besi.

Tanpa melengahkan masa, Razul mula memotong besi yang berlebihan denga berhati-hati bagi memudahkan mereka untuk mengusung Tengku Harriz. Lebihan besi diletak ke tepi. Ditenung wajah pucat lesi Tengku Harriz.

"Riz, tolong bertahan....Jangan tinggalkan kami macam Daim" sebaknya hatinya. 

"Helikopter dah sampai?" kepala menoleh pada ahli komando

"Dah. Landing kat depan"

"Mana pengusung?"

"Di sini" pengusung dibawa mendekati Razul dan Tengku Harriz.

"Kita kena angkat Riz letas atas pengusung bersama besi dan batu ni. Jangan bagi besi ni terlucut. Riz akan kehilangan banyak darah nanti. Bahaya"

"Baik!"

Dengan berhati-hati, mereka mengalihkan tubuh Tengku Harriz yang tercucuk dengaan besi dan batu itu ke atas pengusung, dengan mengiringkan sedikit tubuh itu. Salah seorang menahan batu daripada terlucut dari tubuh Tengku Harriz. 

"Jom"

Mereka mula mengusung Tengku Harriz ke depan manakala ahli komando lain mengusung beg hitam di belakang. Dengan langkah yang berat, mereka mengaturkan langkah. Kali ini mereka pulang dengan air mata dan bukan dengan senyuman gembira seperti selalu setiap kali pulang dari operasi.

"Kau kuat Riz. Aku tahu kau kuat" sayu dia memandang Tengku Harriz.

"Jadi tolong bertahan untuk kami semua" 

Tolong bertahan!

"Zu....zul" 

"Riz!"

Dipandang mata kuyu Tengku Harriz yang terbuka katup. Muka berkerut menahan sakit.

"Da...Daim okay kan?"

Teringat akan dirinya dan Tengku daim yang terpelanting akibat bom tadi.

Razul mengertap bibirnya bersama air mata yang mengalir dengan laju. Mata mengerling sekilas pada komando yang lain. Ya Allah apa yang patut dia bagitahu pada Tengku Harriz? 

"Hmm Daim okay. Kau yang tak okay sekarang" terketa-ketar suaranya. Terpaksa dia menipu.

Lama Tengku Harriz memandang ke dalam anak mata Razul.

"Habis kenapa kau menangis?"

"Bodoh! Kau nak suruh aku senyum ke tengok besi membelah dada kau? Huh?" tajam anak matanya menikam anak mata coklat itu.

Terdiam Tengku Harriz memandang besi yang mencucuk dadanya itu sebelum bibir mengukirkan senyuman nipis.

"Kau kenapa sial tersenyum-senyum? Kau sedar tak keadaan kau sekarang?" geram pula dia melihat Tengku Harriz yang sedang tersenyum itu walaupun sedang menahan sakit.

"Hana dengan mama aku mesti gembirakan kalau aku mati? Aku kotakan apa yang mereka mahu"

Terpejam mata Razul. Saat ini Tengku Harriz masih memikirkan mereka berdua? Yang sudah mengatakan kata-kata yang begitu tajam pada lelaki itu.

"Zul, please tell Hana, I'm really sorry for hurting her heart."

"Kau pergi bagitahu sendiri. Jangan nak suruh aku sebab aku taknak jumpa perempuan tu!"

"Zul....."

Tengku Harriz memejamkan matanya seketika. Terasa sakit semakin mencucuk. Terbatuk darah dia.

"And tell her, I love her so much" usai itu tangannya mula terkulai.

"Riz!"



BADAN dibaringkan di atas katil selepas sahaja dia check in di hotel yang berdekatan, memandangkan esok hari Ahad jadi dia buat keputusan untuk stay di Perak sambil menunggu Tengku Harriz pulang dari operasinya. 

Keluhan kecil dilepaskan sebelum dia bangun dari katil. Jug kaca yang berwarna putih dituang kedalam gelas untuk menenangkan hati yang semakin gundah-gulana. Dari tadi dia berasa tidak sedap hati. 

"Harriz, cepatlah balik" mata dipejamkan seketika. Setitik dua air mata mula menitis. Cepat dia seka sebelum dibawa gelas ke mulutnya namun entah di mana silapnya apabila gelas itu terlucut dari tangannya.

Prang!

Jatuh pecah berderai gelas tersebut membuatkan dia terkaku seketika. Jantungnya sudah berdegup dengan kencang. Hatinya semakin gundah-gulana. Memandang gelas yang pecah itu mula membuatkan dia overthingking.

"Tak, Harriz akan balik dengan selamat" kepala digeleng mengusir fikiran negatif namun air mata semakin mengalir.

"Aku cakap dia akan balik dengan selamatlah, Hana! Kau kenapa?" lantang dia bersuara pada diri sendiri. Kepala digeleng-geleng berkali-kali.

Tanpa sedar tiga lelaki yang sedang pecah masuk ke biliknya tidak disedari oleh Farhana Sofea yang sedang terduduk di atas lantai merenung gelas kaca yang pecah.

Seorang lelaki yang memakai hoodie hitam memberi isyarat pada dua orang lelaki lagi. Kepala diangguk pada satu sama lain. Salah seorang daripada mereka mengeluarkan kain yang berada di poket seluar. Dengan langkah yang berjaga-jaga dia mula menghampiri Farhana Sofea yang membelakangi mereka.

Tangan sedia ingin menekup gadis itu dengan kain.

Zapp!

"Arghhh" mengaduh kesakitan apabila kakinya ditoreh dengan gelas kaca yang pecah.

"Jangan ingat aku bodoh, tak alert korang masuk ke dalam bilik aku" tajam dia merenung 3 lelaki di hadapannya. Bersyukur pada telinganya yang tajam mendengar pintu biliknya diunlock. Dia hanya duduk di atas lantai menanti mereka menghampirinya.

"Siapa korang?" tangan semkain mencengkam gelas kaca yang pecah. Sudah tidak dihiraukan lagi telapak tangan yang mula berdarah akibat serpihan gelas kaca yang pecah itu. Ketakutannya melebihi rasa sakit namun dia cuba tidak menunjukkan rasa takutnya pada mereka bertiga.

"Mana suami kau tak guna sorok Dato' Khalish?!" jerit salah seorang daripada mereka.

Farhana Sofea mula ketawa sinis.

"Kau tanya aku? Manalah aku tahu!" memang dia tidak tahu dimana ayahnya disorok oleh Tengku Harriz. Yang dia tahu adalah markas tapi tidaklah dia tahu pula di mana markas itu berada.

"Jangan nak tipulah!"

"Up to you nak percaya ke tak. Itu bukan masalah aku!" mata mengerling sekilas pada Iphonenya yang berada di atas katil. Dia perlu menghubungi Black!

"Then, kau kena ikut kitorang in order to exchange you with Dato' Khalish"

"Kalau taknak?"

"Kitorang akan guna cara kasar"

Langkah semakin berundur ke belakang saat dua lelaki menapak menghampiri dia. Mata dikerling pada lelaki berhoodie hitam yang sedang bersandar pada dinding dengan tangan yang memeluk tubuh memandang akan dia yang ketakutan.

Dada  yang berombak laju cuba ditenangkan.

"Better korang blah sebelum...."

"Sebelum kawan kau datang? Jangan risau dia tengah berlawan kat bilik sebelah. 1 lawan 20 orang. Entah hidup lagi ke tak"

Terkedu Farhana Sofea memandang mereka yang sedang tersenyum sinis

"Kau jangan cuba nak bunuh Black!"

Mereka mengangkat bahu sebelum ketawa kecil. Langkah semakin mara pada gadis di depan mereka itu.

'Kau boleh, Hana. Kau black belt' 

Nafas dalam ditarik. Saat mereka berdua mula menyerangnya, dia menghayunkan serpihan gelas di tangannya. 

Zapp!

Terkena lengan salah seorang daripada mereka. Tidak menunggu masa, dia mula menyerang lelaki yang tengah kesakitan itu. Tangan kanan setia memegang serpihan gelas saat dia berlari ke katil dan melompat ke atas bahu lawannya. Serpihan gelas tadi dihunus pada pinggang belah kanan lawannya.

Ikutkan boleh saja dia mengelar leher lelaki itu dengan serpihan gelas namun dia tidak ingin membunuh, tidak ingin mengotorkan tangannya. Hanya sekadar dapat menumpaskan pihak lawannya itu saja dah cukup untuknya.

"Arghh!" terjerit kecil dia apabila lelaki berambut perang menarik tudungnya dari belakang. 

Terjatuh dia dari bahu lelaki tadi. Tangan memegang lengan lelaki yang sedang mencekik lehernya. Mata dipejam seketika cuba meningat apa yang dia belajar taekwondo. Dia cuba untuk menyiku dari belakang namun lelaki itu berjaya mengelak.

"Kau ingat aku tak tahu kau belajar taekwondo? Kau ingat aku tak tahu taktik kau?" ketawa besar lelaki yang sedang mencekik lehernya daripada belakang.

Berkerut dahinya sebelum bibir mengukirkan senyuman sinis.

"And I bet you don't know this one"

Kepalanya ditundukkan sedikit sebelum menghentakkan belakang kepalanya mengena hidung lelaki itu. Satu kelebihan untuknya apabila dia tinggi dan lawannya hanya tinggi seinci dua sahaja darinya.

"Arghh sh*t! Hidung aku!"

Lengan lelaki itu yang berada di lehernya segala dialih ke belakang lelaki itu saat lelaki itu leka dengan hidungnya yang berdarah.

"My husband taught me this one" syukur yang Tengku Harriz ada juga mengajarnya sikit taktik-taktik untuk selamatkan diri jika dalam bahaya.

Dia menolak lelaki berambut perang itu ke dinding  dan ditekan kuat lengan lelaki itu sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan. Tangan cuba mencapai pasu yang berada tidak jauh darinya. Saat dia berjaya mengambil pasu terus dia mengangkat tinggi namun tangannya ditahan oleh lelaki berhoodie hitam tadi.

Berkerut dia memandang lelaki itu yang memakai mask hitam dan spek hitam, menutupi wajahnya.

Pasu di tangannya dirampas sebelum lelaki berhoodie hitam itu mengangkat pasu tinggi. Bersiap sedia Farhana Sofea memejamkan matanya sebelum pasu itu dihentak ke kepalanya.

Prang!

Pecah berderai pasu itu dihentak ke kepalanya sehingga darah mula mengalir. Terduduk Farhana Sofea dengan kepala yang digeleng-gelengkan. Pening kepalanya dihentak kuat dengan pasu oleh lelaki berhoodie hitam itu. Tidak cukup dengan itu, perutnya pula disepak kuat oleh lelaki berambut perang. 

"Arghh" tangan memegang perut yang terasa senak. Bergelinang matanya menahan sakit di kepala dan juga di perut. 

Lelaki yang dia hunus dengan kaca tadi bangun terhuyung-hayang mendekatinya dengan serpihan gelas kaca tadi. Terpejam matanya dengan lengan yang melindungi muka saat lelaki itu mengangkat tinggi serpihan kaca.

"Stop" tutur lelaki berhoodie hitam itu.

Tangan dialihkan. Dia memandang lelaki berhoodie yang bersuara robot buat pertama kali dnegan dahi yang berkerut. Siapa lelaki itu? 

Melihat lelaki berhoodie hitam itu menghampirinya, dia segera mengesot kebelakang sehingga badan menyentuh dinding.

"Ha....Harriz help me

"Jangan harap dia datang tolong kau. Dia sekarang tengah berlawan dengan lanun kat pulau. Kononya berjuang untuk negara. Kau? Disisihkan" ejek lelaki rambut perang itu.

"Entah-entah dah mati. Sebab kami pasang bom kat sana" sambung lelaki berambut hitam.

Bergetar anak matanya memandang mereka bertiga. Dia semakin mengesot ke belakang sehingga belakang badan bertemu dinding . Terketar-ketar dia memandang lelaki berhoodie hitam itu yang sedang duduk mencangkung di depannya.

"No one can come save you, Farhana Sofea" suara robot lelaki berhoodie itu menyapa gegendang telinganya dengan sinis.

"Kau cakap kau nak exchange aku dengan Dato' Khalish. Kalau kau bom suami aku, macam mana kau nak tukar?" dia ketawa sinis.

"Ouh don't worry. Aku taknak exchange pun sebenarnya. Kau musuh utama aku yang tak patut aku biarkan kau hidup dari dulu lagi. Harriz tu takde mengena sangat pun dengan kitorang. Dia terlibat sekali disebabkan dia suami kau yang cuba lindungi kau"

Kelu lidahnya untuk berkata bersama anak mata yang semakin bergetar. Air mata semakin laju mengalir saat kata-katanya yang diutarakan pada Tengku Harriz terngiang di fikirannya.

'Musuh kau bukan musuh aku. Sepatunya aku tak patut setuju kahwin dengan kau. See? Dengan aku terpalit sama. Kau ni memang bala tahu? Bala yang menyusahkan hidup aku! Baik mampus je lah kau!'

Ya Allah! Apa yang dia dah cakap pada Tengku Harriz? Lelaki di depannya itu bukan musuh Tengku Harriz tapi musuhnya!

"Apa kau nak dari aku?" tajam dia menikam mata disebalik spek hitam itu.

"Kau saksi kejadian 20 tahun lalu dan ada simpan bukti tentang kejadian tu. Jadi kau patut mati tapi sebelum tu aku akan dapatkan Dato' Khalish sebelum bunuh kau!" jerit lantang lelaki berhoodie hitam itu dengan suara robotnya. Dielakkan daripada mengguna suaranya yang sebenar untuk mengelakkan dirinya daripada terkantoi dengan gadis itu.

"Kau siapa huh?"

"Someone that very close to you, and you will not expect who I am. Jangan risau nanti kat markas aku nanti, aku reveal rupa sebenar aku. Now....."

Bang!

Pintu bilik terbuka kasar dari luar membuatkan keempat-empat menoleh memandang seorang lelaki berhoodie di muka pintu. Berkerut dahi Farhana Sofea. Itu kawan atau musuh? Kenapa semua orang nak merahsiakan identiti ni?

"Kau siapa?" lelaki berambut perang menyoal.

"Dark"

Farhana Sofea mengecilkan matanya memandang lelaki berhoodie yang bernama dark itu. Dark! Nama yang tidak asing baginya. Lelaki yang pernah selamatkan dia ketika dia diserang di parking kereta kereta balik dari kerja dan lelaki yang selalu menolong dia tiap kali sesuatu terjadi padanya.

"Ka....kau!"

Dia berpaling memandang pada lelaki yang berambut perang itu. Muka lelaki itu jelas menunjukkan wajah tidak berpuas hati. Mata mengecil pada lelaki berambut perang. Terbuntang luas dia apabila dia berjaya mengecamnya. 

Lelaki itu! Lelaki yang menyerang dan memberi warning padanya di parking kereta sebelum dia diselamatkan oleh Dark!

'Just want to give you a warning. Don't look for what happened in the past!'

Ya! Suara itu! Dia baru dapat mengecamnya! 

"Orang aku on the way ke sini. Run or you will end up dying in my hand." tegas suara Dark memberi amaran. Anak matanya sedari tadi tertumpu pada lelaki berhoodie hitam yang mula berdiri. Pistol diangkat separas bahu menghala kepada mereka membuatkan dua lelaki tadi turut mengeluarkan pistol dan mengacu padanya.

"Arghhh" terkejut Farhana Sofea apabila dia tiba-tiba ditarik untuk berdiri oleh lelaki berhoodie hitam itu. Air liur ditelan kelat saat pistol diacu pada kepalanya. 

"Move!"

Tajam lelaki berhoodie hitam itu berkata pada Dark supaya memberi ruang untuk mereka keluar dari bilik tersebut. Tangan masih mengacu pistol pada Farhana Sofea.

Dark masih setia mengangkat pistolnya pada 3 lelaki tersebut dengan langkah yang mengundur ke belakang.

"Sh*t!" carut lelaki berhoodie hitam itu disaat melihat beberapa pihak lawan mula menghampiri mereka.

"Arghh" terjatuh dia di dalam pelukan Dark ditolak oleh lelaki berhoodie hitam itu sebelum lelaki itu melarikan diri bersama dengan 2 orang anak buahnya tadi.

Dark mula mengangkat pistolnya dengan mata yang mengecil pada lelaki berhoodie hitam itu. Picu ditarik.

Bang!

Tembakan mengena bahu lelaki berhoodie hitam itu.

"Some stay with her, some follow me!" Dark mula membuka langkah mengejar mereka bertiga. Tidak akan dia biarkan mereka bertiga lepas!

Farhana Sofea hanya memandang Dark yang mengejar mereka bertiga. Mata terbuntang luas saat dia teringat akan Black. Segera dia ke bilik sebelah lalu menguak kasar pintu bilik Black.

"Black!" segera dia menghampiri Black yang terbaring lemah dengan dua bilah pisau yang terhunus ke perut bersama-sama pihak musuh yang lain. 1 lawan 20, namun Black berjaya menumpaskan mereka semua walaupun keadaan lelaki itu nyawa-nyawa ikan.

"Black, please stay with me" teresak-esak da menangis sambil menekan perut Black dengan kain sarung bantal yang dicabutnya tadi. Terduduk dia di tepi Black walaupun darah bergelimpang di atas lantai

 "Uhuk" terbatuk darah Black. Mata terpejam menahan sakit yang teramat.

"Good, you're safe" gumam Black perlahan dalam kesakitan.

"Cepat bawa dia ke hospital!" arah Farhana Sofea pada lelaki yang datang bersama Dark. Black mula diusung oleh beberapa orang lelaki ke kereta. Mereka sekarang sedang menuju ke hospital.

"Black, you can't die! You can't leave, Harriz! How broken he will be if you leave him!" jerit dia bersama esakan apabila melihat mata kuyu Black yang terbuka tutup. Dia membetulkan kepala Black yang berada di atas pahanya. 

Air mata mengalir laju. 

"Can you tell him, I'm really sorry I can't stay with him anymore"

Farhana Sofea menggelengkan kepalanya.

"Ta...taknak...you kena hidup Black. You tak boleh tinggalkan Harriz, Black!"

"But, I'm hurt. It hurt so much"

Mata terpejam rapat bersama air mata yang mengalir laju ke pipinya. Ya Allah walaupun dia baru kenal Black namun dia sudah anggap Black seperti kawan baiknya. Dia turut taknak kehilangan Black!

"Please Black, stay!"

"So...sorry Hana. It was nice to meet you. You're the first girl friend that I have"

Makin laju air mata Farhana Sofea mengalir. 

"We just met. Please don't leave me, Black. I'm promise, I will be a good friend to you"

Tersenyum nipis Black. Kepala ditundukkan memandang dua bilah pisau yang terhunus ke perutnya.

"And tell himI'm sorry too, I can't give a proper goodbye to him"

Black memejamkan matanya seketika. Terasa nyawanya sudah dihujung tanduk.

"I'm sorry, Harriz. It was nice to meet you as my master and friend"

**********

Daim, Black 😭

Btw incase korang lupa kat Bab 7 kejadian Dark selamatkan Hana dari lelaki berambut perang tu.

Jangan lupa vote dan comment!

Jom sambung menangis 😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro