Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SATU batu besar dihampiri oleh Tengku Harriz lalu dia melabuhkan punggung di situ. Kedua-dua tangan diletakkan di belakang menampung tubuhnya. Kepala didongak memandang langit malam yang kosong tanpa bintang. Dia kini berada di Bukit Ampang setelah menghantar Farhana Sofea pulang ke rumahnya.

Matanya dipejam merasai deruan angin yang menyapa tubuhnya. Agak sejuk kerana bajunya yang lembab. Malas mahu menukar baju dia terus datang ke sini. Tempat kegemarannya dengan kembarnya dulu. Dari sini dia dapat melihat permandangan kota Kuala Lumpur yang bercahaya. Cantik.

"Raz, mana kau?"

Keluhan kecil dilepaskan. Berpisah dengan kembar sendiri bukanlah mudah untuknya. 9 tahun mereka melakukan apa sahaja bersama-sama tapi tempias segalanya akibat kisah penculikan 20 tahun yang lalu.

"Aku rindu kau, Raz" rintih Tengku Harriz. Sudah merata dunia dia mencari kembarnya namun masih belum diketemui. Apa yang dia tahu kembarnya masih hidup.

Sedang Tengku Harriz melayan perasaannya, seorang lelaki yang berpakaian hoodie melindungi mukanya menghampiri Tengku Harriz dalam diam. Langkahnya diatur perlahan-lahan tanpa menghasilkan bunyi. Satu pisau lipat yang berada di tangannya digenggam kemas.

Dengan serangan hendap dia menyerang Tengku Harriz daripada belakang namun Tengku Harriz lebih pantas mengelak. Tangannya ditempis oleh Tengku Harriz kuat membuatkan pisau lipat yang berada di tangannya itu terjatuh ke tanah.

Satu tumbukan dilepaskan oleh Tengku Harriz namun lelaki itu berjaya mengelak. Mereka bergelut kecil. Berlawan tanpa senjata. Tengku Harriz mengukirkan senyuman sinis sebelum tangan lelaki itu dipusingkan ke belakang.

"Kau kalah lagi, Dark" ujar Tengku Harriz dengan senyuman sinis.

"I admit it but can you let me go?" Soal Dark dengan suara mengerang sakit. Dengan member sendiri pun kasar

"Kau ni memang alert 24 jam ehh? Aku punyalah hati-hati taknak bagi kau perasan" loroh Dark seraya itu melabuhkan punggung di atas batu besar yang tidak jauh dari Tengku Harriz.

Tengku Harriz berpaling memandangnya. Bahunya dijongket.

"Enemy is like a roaring lion, they will attack when they want. So we always need to be alert" ujar Tengku Harriz sambil memandang permandangan kota. Tenang je rasa.

"Sofea Qaisara." Sebut Dark tiba-tiba nama itu.

Tubuh Tengku Harriz mengeras.

"Did she contact you after the scene?"

"HANA, Encik Ayaaz panggil"

Farhana Sofea yang sedang mengemas barangnya kerana sudah hampir tiba untuk pulang kerja mengerutkan dahinya. Tanpa menyoal banyak, dia melangkah ke arah pejabat  Ayaaz walaupun dirinya tertanya-tanya kenapa  Ayaaz memanggilnya. Jangan kata nak cakap hal semalam sudah! Pasal dia aset Dylan Shah.

Punyalah seharian hari ini dia mengelak dari Ayaaz sebab agak malu dengan hal semalam yang ditonton oleh Ayaaz. Diseru pula namanya untuk berjumpa. Nafas dalam diambil apabila kaki berhenti di depan pintu office Ayaaz.

Chief Executive Officer Ayaaz Iktizar

Air liur ditelan kasar.

Tangan naik mengetup pintu. Kedengaran suara Ayaaz menyuruhnya untuk masuk. Perlahan-lahan dia melangkah bersama kasut tumit yang dipakainya itu. Dia memandang bossnya itu yang sedang khusyuk memandang laptop di depannya sebelum mengangkat kepala memandangnya.

"Ouhh Hana, It's my first time see you today. Awak mengelak dari saya ke apa?"

Farhana Sofea mengukirkan senyuman kecil.

"Ehh tak adalah Encik Ayaaz. Ni Encik Ayaaz nak jumpa saya kenapa?" Soalnya bersama debaran di dada. Risau juga kalau Dylan Shah itu menyuruh Ayaaz untuk memecatnya. Mati dia nanti!

Ayaaz tersenyum memandangnya sebelum dia mengambil satu beg kertas lalu diletakkan di atas meja.

"Here for you"

"Untuk saya?"

Kepala diangguk oleh Ayaaz.

Dahi dikerutkan oleh Farhana Sofea. Dia mencapai beg kertas itu ingin melihat isi dalamnya. Terdapat dua buah kotak. Satu kotak segi empat tepat yang besar dan satu lagi yang kecik.

"He gave it to you"

Makin berkerut dahi Farhana Sofea. He? Siapa pula bagi kat dia? Takkanlah Dylan Shah kut? Ke ada sesuatu misteri lelaki itu bagi. Dia mencapai kotak kecil dahulu. Kotak Iphone. Membuntang matanya memandang Iphone 13 pro di tangannya itu.

Dibuka pula kotak besar. Dipandang heels berwarna baby blue itu. Sudahlah bukan sebarang jenama. Sudah tentu lagi mahal dari heelsnya yang rosak semalam itu.

"Harriz bagi?" Soalnya. Hanya lelaki itu bermain di fikirannya sebaik sahaja dia melihat barang-barang dalam kotak tersebut. Ouh ya dia ada cakap dia nak gantikan yang baru.

Ayaaz mengangguk kepalanya.

"As a sorry for what happened yesterday"

Terjeda Farhana Sofea sebentar memandang barang yang diganti balik oleh Tengku Harriz. Sudahlah Iphone 11 nya diganti dengan Iphone 13 pro lepastu heelsnya diganti pula dengan bukan sembarangan jenama.

Beg kertas yang dibawa keluar dari pejabat Ayaaz diletak atas mejanya. Nasib sekarang rata-rata pekerja sudah balik. Kalau tidak dia mesti disoal siasat dari mana datang beg kertas itu. Matanya memandang isi dalam beg kertas itu lama.

Tak semena-mena dia teringat akan perbuatan Tengku Harriz yang tolong lap hidungnya yang berdarah. Kedudukan mereka yang agak dekat ketika itu, hampir-hampir buat dia tak tentu arah.

Tak semena-mena pipinya mula membahang sikit.

Kepala digeleng laju.

"Come to your sense, Hana!" Marahnya pada diri sendiri.

"Almost lelaki kat dunia ni tak guna! So kau jangan cepat nak ada hati kat orang yang kau baru kenal! " diberi peringatan pada dirinya. Kebanyakan lelaki yang dia jumpa kebanyakannya tidak berguna. Macam Dylan Shah!

Tangannya tiba-tiba ditadah.

"Ya Allah kau peliharalah hatiku hanya untuk jodohku dan kau temukanlah kami secepat mungkin agar aku dapat menjaga hati ini daripada mencintai lelaki sembarangan."

"Amin"

Terhinjut kecil bahu Farhana Sofea apabila ada suara lelaki menegurnya. Dia berpaling memandang belakang memandang Ayaaz yang berdiri sambil tersenyum. Ouh gosh! Memalukan!

"En...encik Ayaaz dah nak balik ke?" Soalnya malu. Terkantoi di depan boss sendiri! Sudahlah  semalam masih memalukan, hari ini pun memalukan! Apa la yang difikir oleh bossnya itu tentangnya.

"Ehh tak saya baru nak masuk kerja" ujar Ayaaz loyar buruk. Ketawa kecil dia melihat perubahan muka Farhana Sofea.

"Awak taknak balik lagi ke?" Ayaaz menyoal dengan serious.

"Dah nak balik ni" tutur Farhana Sofea dengan tangan pantas mencapai handbagnya. Nasib dia dah siap kemas barang sebelum jumpa Ayaaz tadi.

Dia berjalan beriringan dengan Ayaaz menuju ke lift. Sesekali menoleh ke arah Ayaaz yang memakai kot hitam lengkap di badannya. Tali leher masih kemas walaupun sudah waktu pulang. Rambut pun tersikat rapi. Jujur dia cakap, Ayaaz handsome tapi dia wonder kenapa bossnya itu masih single.

"Kenapa pandang saya macam tu?"

"Encik Ayaaz single ke?" Soalnya tidak berlapik membuatkan Ayaaz terdiam memandangnya lama.

"Hmm saya single. Kenapa awak nak try saya ke?" 

Pantas Farhana Sofea menggelengkan kepalanya.

"Ehh tak tak saya tanya je. Sebab tak pernah nampak Encik Ayaaz keluar lunch dengan mana-mana perempuan" ujar Farhana Sofea hampir tersedak. Patut dia menyoal berlapik sikit. Kan dah salah sangka bossnya itu dibuatnya.

"Masih belum jumpa tapi kalau awak nak try saya, saya okay je" ujar Ayaaz dengan senyuman kecil.

Terjeda seketika Farhan Sofea. Tidak tahu Ayaaz main-main atau betul. Tapi selalunya Ayaaz memang suka berloyar buruk dengannya. Tapi kalau dia try bossnya itu agak-agak apa yang jadi? Kaya pula tu.

"Haha Encik Ayaaz ni buat lawak pula" dibuat-buat ketawa memandang Ayaaz. Menyesal pula tanya soalan itu pada Ayaaz. Dia tanya sebab curious je bukan ada sebab lain. Lagipun memang tidak untuk ada hubungan dengan bossnya sendiri walaupun Ayaaz adalah lelaki yang sangat baik. Prinsipnya, jangan bercinta dengan rakan sekerja sendiri.

"Ehh saya tertinggal phone kerja saya. Encik Ayaaz baliklah dulu" tutur Farhana Sofea lalu dia keluar semula dari lift. Kepala ditunduk sedikit pada Ayaaz tanda hormat sebelum dia beredar ke departmentnya semula.

Bukan tertinggal pun phone kerjanya . Tapi malah kepada mahu melarikan diri dari Ayaaz. Rasa sempit pula mahu bernafas dalam satu lift bersama Ayaaz.

Setelah memastikan dia agak lama di departmentnya itu, Farhana Sofea mula turun ke bawah, ke tempat parking kereta dimana kereta barunya berada. Dia melangkah dengan gembira.

First time nak bawa kereta baru memandangkan semalam selepas dia pergi Secret Hunter Agency petang semalam, dia terus balik naik grab ke rumah kerana takut terlewat akan majlis party itu nanti. Pagi ini pula, dia minta tolong tumpang dengan Aufa walaupun tempat kerja mereka tidak sehaluan.

"Arghh!"

Sedang dia berjalan menuju ke kereta, tiba-tiba dirinya diserang oleh seseorang. Terjatuh beg kertas yang dipegang olehnya itu ke lantai. Dia berpaling memandang orang yang menyerangnya itu yang memakai pelitup muka. Sedang berdiri tidak jauh dengan memandangnya tajam.

"Who are you? Apa yang kau nak?" Soal Farhana Sofea dengan langkah yang berjaga. Tangan menceluk handbagnya ingin mengambil spray minyak wangi.

"Just want to give you a warning" ujar lelaki itu menapak semakin dekat ke arah Farhana Sofea.

"What warning?" Soal Farhana Sofea dengan dahi yang berkerut. Bibir digigit saat belakangnya menyentuh dinding. Namun perasaan takut dikawal sebaik mungkin. Dia tidak boleh menunjukkan dirinya takut ketika ini!

"Don't look for what happened in the past"

Farhana Sofea mengerutkan dahinya sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Mungkin lelaki itu tidak mahu dia mengorek kejadian dulu kerana takut terbongkar segala kejahatannya.

Tapi dia sebenarnya tidak ingat apa yang jadi tentang kejadian dulu. Namun kebelakangan ini membuatkan dia ingin cari tahu memori yang dilupakan olehnya.

Tangan menggenggam erat minyak wangi yang kecil itu lalu dispray pada muka lelaki itu. Pelitup muka lelaki itu cuba ditarik apabila lelaki itu lalai, menahan pedih pada matanya yang tersembur minyak wangi Farhana Sofea. Bergelut kecil Farhana Sofea bersama lelaki itu. Perasaan ingin tahu muka lelaki di depannya itu semakin membuak-buak.

"Sh*t!"

Bibir diketap. Kaki kanannya diangkat tinggi sebelum heels yang dipakainya itu memijak kasut yang dipakai lelaki itu. Membongkok sedikit badan lelaki itu. Dia membuat serangan lagi sekali dengan sekilat pantas. Kaki kiri diangkat lalu menyadung perut lelaki itu.

Terbongkok-bongkok lelaki itu menahan senak pada perutnya.

Mask yang dipakai lelaki itu direntap kuat. Baru mahu melihat mukanya namun tubuhnya ditolak kasar sehingga dirinya jatuh terduduk menyembah lantai. Lengannya naik menutup mukanya apabila lelaki itu mahu lakukan serangan padanya semula.

Bukkk

Matanya dibuka kembali apabila mendengar hentakan yang kuat pada dinding. Dilihat seorang lelaki yang memakai hoodie hitam sedang mengunci pergerakan lelaki yang menyerangnya tadi di dinding.

"Siapa kau?" Soal lelaki yang menyerangnya itu.

Farhana Sofea mula bangun berdiri. Memerhati mereka berdua. Perasaan ingin tahu wajah kedua-dua lelaki itu . Namun dia tidak gila untuk menghampiri mereka berdua sekarang.

"Dark"

Makin berkerut dahi Farhana Sofea apabila melihat muka penyerangnya itu seakan-akan takut apabila mendengar nama itu. Dark. Nama yang cukup simple tapi mungkin dapat membuatkan lelaki penyerangnya itu terkencing. Tapi suara itu kenapa macam pernah dengar?

Dark tersenyum sinis.

Mulut didekatkan di telinga lelaki di depannya itu.

"Don't disturb her again. She's mine!"

Entah apa yang dibicarakan oleh lelaki berhoodie itu sehingga membuatkan lelaki yang menyerangnya itu lari lintang pungkang. Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja di tempat parking kereta.

"Err Encik thanks for saving me" ujar Farhana Sofea menghampiri lelaki berhoodie itu.

Lelaki di depannya itu tidak berkata apa-apa malah membetulkan kepala hoodie menutup mukanya dan juga membetulkan masknya. Mungkin risau akan mukanya terdedah. Di saat lelaki itu mahu melangkah pergi, Farhana Sofea cepat-cepat menahannya dengan memegang hujung lengan hoodie lelaki itu.

"Can I see your face?"

Soalannya tidak dijawab malah tangannya ditepis laju sebelum lelaki itu lesap dari situ meninggalkan dia keseorangan. Mengeluh kecil Farhana Sofea. Sudahlah dia tidak dapat melihat muka lelaki yang selamatkan tapi nasib baik lah dia sempat melihat muka lelaki yang menyerangnya sebelum lelaki itu melarikan diri.

Di satu sudut Dark masih belum beredar. Dia masih memerhati gadis itu sehingga gadis itu masuk ke dalam keretanya dengan selamat. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

"Be safe, Hana"




"WOI! Mengelamun"

Tengku Harriz berpaling memandang Razul yang menegurnya itu dengan dahi luka akibat semalam. Tajam dia memandang kawannya itu. Teringat akan hal semalam yang Razul menghantar mereka ke balai polis. Kurang asam punya kawan!

"Semalam aku patut langgar kau dengan babi sampai mampus"

Razul memegang dada kirinya. Bagaikan tertusuk dengan kata-kata Tengku Harriz.

"Arghh sakit tho"

Tengku Harriz menjulingkan matanya. Menyampah!

"Kan jangan wehh aku belum kahwin lagi. Girlfriend pun takdak lagi ni"

"Ehh bukan ke girlfriend kau babi?

"Kau dah langgar dia sampai mati. Lupa ke? " ujat Razul dengan muka seidh yang dibuat-buat.

"Aku harap kau mati kena bunuh dengan Alex malam ni" sambung Tengku Harriz lagi.

Malam ini mereka akan melakukan misi menyerang Alex, musuh utama kawan baiknya Adden di markasnya nanti. Lagipun Alex sudah membunuh kawan baik mereka.

"Broo....tajam sangat tu. Kan mati betul-betul, menangis tak berlagu lah kau"

"Aku? Haha. Takde maknanya. Kau mampus aman hidup aku" selamba Tengku Harriz berkata. Dia berpaling memandang muka Razul yang dah masam itu.

"Pedas sekali kata-kata mu, wahai kawan. Jiwaku begitu tertusuk sekarang namun apakan daya aku bukan kawanmu tapi lawanmu"

Sekali lagi Tengku Harriz menjulingkan matanya. Razul dengan dramanya memang berpisah tiada! Rasa nak lepuk je kawannya itu!

"Kau memang tak ada kerja lain ke, Zul selain berdrama je? Ni cerita pukul 7 mana pulak kau tengok ni?"

Mereka berdua berpaling memandang Firash yang menghampiri mereka.

Firash memeluk tubuhnya bersandar pada dinding. Kepalanya digeleng-geleng. Dia dah dengar cerita semalam. Senak perut ketawa apabila mendapat tahu yang Razul terbaring bersama babi, lagi lawak apabila Razul menghantar mereka berdua ke balai polis pula.

Patut dia ikut sekali Tengku Harriz pergi birthday party Tengku Daim Hayyan. Boleh dia layan drama kat party tu dan juga drama Razul!

"Korang berdua ni memang suka serang aku ehh? Ehh hello aku yang sakit sekarang ni tau"

"Kalau aku jadi Harriz, aku tembak kau sampai mampus. Elok-elok tak terlibat dengan polis tiba-tiba terlibat. Kau gila ke, Zul? " ujar Adden yang menghampiri mereka bertiga. Dia baru saja selesai melakukan persiapan untuk menyerang musuh terbesarnya.

"Cis! Korang ni memang sepakat nak kenakan aku kan? " cerbik Razul. Sudahlah dari semalam dia dighosting oleh mereka pasal babi itu apabila Tengku Harriz menghantar video ke group whatsapp. Hari ini pula semua orang taknak berpihak dengannya.

"Alaa relax la, Harriz enn terlibat dengan CR Alp..... " kata-katanya terhenti apabila Tengku Harriz merenungnya tajam.

"Arghh! Nak merajuk lah camni! " ujar Razul tidak berpuas hati sebelum bibirnya mengukirkan senyuman misteri.

"Kau ingat orang nak pujuk kau? " soal Tengku Harriz dengan kening yang dijongket.

"Of course ada kejap lagi."

Razul tersenyum sambil mengeluarkan Iphone dari poketnya. Dia menunjukkan screen Iphonenya pada Tengku Harriz.

"Unless you wanna die, then do it"


**********

Guys nak tanya so far setakat bab 7 ni okay tak? Ke slow jalan cerita? Korang bosan tak?

Jangan lupa votement korang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro