Epilog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

**********

3 tahun kemudian

MATA dipejam merasakan deruang angin yang meniup lembut tubuhnya. Abaya berwarna biru laut serta shawl putih yang dipakainya itu berterbangan dek kerana angin dari laut. Tenang rasa dirinya berada di persisiran pantai. Melihat keindahan alam dan kebesaran Allah yang tiada sempadan.

Di sinilah tempat dia melepaskan rindu. Rindu yang begitu mencengkam hatinya. RIndu yang tiada penghujung. Laut yang terbentang luas itu dipandang bersama senyuman. Tidak menyangka dia dapat melangkah sejauh ini. Tidak menyangka yang dia kuat menjalani hari-harinya sehingga ke saat ini.

Namun ada kalanya hari dia jatuh. Jatuh kerana dek tidak dapat menahan rindu akan sang suami yang pergi  jauh meninggalkan dia. Oleh itu, laut menjadi pengubatnya. Di mana sang suami yang sering berlayar ke lautan. Di mana dia dapat melihat senyuman yang lebar di lautan yang terbentang luas.

"Abang, Fea rindu......"

Air matanya akhirnya gugur. Tidak dapat menahan rindunya. Lama lagikah waktu untuk mereka bertemu? Kenapa kebelakangan ini dia merasakan masa berjalan begitu lambat? 

"Fea rindu...." tangis dia mula teresak-esak.

Tidak dapat menahan emosinya kebelakangan ini. Ada saja tidak kena dalam satu hari. Cepat tersinggung dan cepat menangis. Semuanya kerana rindu. 

"Abang pun rindu..."

Badan terus dipusingkan ke belakang. Seorang lelaki yang berpakaian unifom loreng segak berdiri di depannya dengan senyuman yang sangat lebar. Dari atas hingga ke bawah, dia memandang lelaki itu tanpa berkelip. Begitu segak bersama senyuman yang lebar menghiasi wajah itu. Mimpikah ini?

Sudah berapa kali kebelakangan ini dia bermimpi akan Tengku Harriz dek kerana terlampau rindu.

Di saat lelaki itu melangkah menghampirinya, dia masih berdiri kaku di situ. Masih tengah proses dengan apa yang dipandangnya sekarang. Sentuhan hangat pada tangannya menyedarkan dia bahawa ini bukan mimpi. Ciuman hangat pada dahinya menyedarkan dia bahawa rindunya akhirnya dilunaskan.

"I miss you damn much, honey" ibu jari itu menyeka air matanya.

"Abang!"

Saat tersedar ke alam nyata, dia terus memeluk Tengku Harriz. Menangis teresak-esak dalam pelukan suaminya. 

"Abang cakap abang balik minggu depan" cerbik mulutnya. Dagu disandarkan pada dada Tengku Harriz. Anak mata bundar hitamnya tidak lekang memandang anak mata coklat itu. Rindunya dia pada anak mata berwarna coklat itu.

"Abang habis ops awal. Kenapa? Tak suka ke?" lengan kekarnya membalas pelukan Farhana Sofea.

"Suka!"

"Habistu kenapa menangis?"

"Sebab Fea rindu abang"

Tersenyum lebar Tengku Harriz dengan telatah Farhana Sofea. Setiap kali dia mahu pergi dan balik operasi, pasti wajah itu akakn ditemani dengan air mata. Dahi itu sekali lagi dicium.

Kuat isterinya itu menunggu kepulangan dia yang entah balik dengan senyuman atau balik dengan sekujur tubuh yang dibaluti dengan bendera negara. Mujur sahaja operasi kali ini berjaya dan mengambil masa yang singkat daripada masa yang sepatutnya.

"Sayang sihat?"

"Sihat" muka kembali disembankan ke dada Tengku Harriz, menghidu bau suaminya itu. Sungguh dia rindu dengan bau ini.

"Anak daddy sihat tak?"

Tengku Harriz membengkokkan kakinya. Diduduk mencangkung di depan Farhana Sofea sambil mengusap perut yang membuncit ke depan. Sudah 35 minggu kandungan anak mereka setelah pelbagai rintangan yang mereka hadapi. Setelah keguguran 3 tahun yang lepas, kini mereka dikurniakan anak lagi sekali.

"Princess cakap dia rindu kat daddy dia. Princess tak sabar nak keluar kan?" 

"Ye ke? Daddy pun tak sabar nak jumpa princess daddy ni" kucupan sekilas di perut Farhana Sofea yang berlapikan abaya. Kaki diluruskan semula, menarik Farhana Sofea ke dalam pelukannya.

"Terima kasih sayang sebab kuat jaga kandungan ni walaupun abang jarang ada di sisi" lama dia mencium kepala Farhana Sofea. Tidak tegar hatinya membiarkan Farhana Sofea berjuang seorang diri untuk melahirkan anak sulung mereka. Disebabkan itu dia cuba menghabiskan operasi seawal yang mungkin.

"Sebab ini anak kita and Fea nak tengok princess kita membesar"

Letih berjalan sambil berpegang tangan di persisiran pantai, Farhana Sofea mula termengah. Berbadan dua dengan usia kandungan 35 minggu bukan mudah untuknya. Letih fizikal dan emosi. Namun dengan adanya Tengku Harriz, dia sanggup mengharungi hari-hari itu asalkan mereka dapat melihat cahaya mata mereka dilahirkan ke dunia ini.

"Abang...." kepala yang bersandar pada dada Tengku Harriz diangkat menentang anak mata Tengku Harriz.

"Ya sayang?" 

"Terima kasih sebab abang berjaya survive kejadian 3 tahun lepas. Tanpa abang, Fea mungkin tak mampu melangkah ke hadapan"

Tengku Harriz tersenyum. Bergunung kesyukuran dia masih diberi peluang unutk menebus kesalahan-kesalahannya. Mujur sahaja dia dan Black berjaya keluar melalui pintu belakang sebelum berlaku letupan lagi sekali. Walaupun pada awalnya pembedahan ke atasnya untuk berjaya adalah tipis disebabkan kecederaan teruk yang dialaminya, dia kini mampu bangkit semula walaupun dia koma setahun.

Tidak mudah dia mahu bangkit dengan pemergian papanya yang dia tidak sempat kebumikan sendiri dan tidak mudah juga untuk berlawan dengan personalitinya satu lagi dikala dirinya sekali lagi jatuh dengan berita keguguran sang isteri pada usia kandungan 5 bulan ketika dia koma.

Dan mamanya pula masih tidak dapat menerima dengan pemergian papanya. Terasa semua beban terletak di bahunya. Terus menerus dia menyalahkan dirinya.

Namun berkat dengan doa dan sokongan mereka semua, dia berjaya bangkit daripada kegelapan. Dia berjaya melawan personalitinya. Kini, Adham tiada lagi sejak setahun yang lepas dan dia sudah pulih sepenuhnya dari penyakit kecelaruan identiti. Demi masa depan mereka berdua, dia berlawan sehabis mungkin.

Tangan naik menarik bahu Farhana Sofea.

"It's because of you, honey. I can go this far because I was surrounded by blessing people." 

Dagu Farhana SOfea dipaut lembut. Direung anak mata bundar hitam itu dengan penuh kelembutan, dengan penuh tafsiran cinta. Bertapa cintanya dia akan gadis itu. Bertapa hidupnya berubah gara-gara gadis itu. Yang hadir memberi cahaya dalam kegelapan.

"Ma belle....my beautiful" 

Kecantikan Farhana Sofea yang tiada tandingan itu dipandang dengan penuh cinta. Wajah putih mulus tanpa cacat cela. Kening yang terukir cantik. Anak mata hitam pekat yang mampu membuatkan hatinya goyah. Hidung yang mancung sedikit serta bibir kemerahan yang mampu membuatkan hidupnya tidak terurus dan berbolak balik.

Semua tentang Farhana Sofea dia cinta. 

"No matter what comes up in life for us...." dahi Farhana Sofea dicium lama.

"No matter how much distance and times separates us" hidung yang sedikit mancung itu dicium pula olehnya.

Farhana Sofea hanya menanti kata-kata itu bersama debaran yang halus. Tangan Tengku Harriz yang mengusap lembut pipinya itu dibawa ke mulutnya. Dicium telapak tangan kekar itu.

"I will always find a way back to you cause my love for you will remain unaltered and unshaken" pipi kiri Farhana Sofea dicium olehnya.

"There is no way that I can breathe a single moment without you in my heart" pipi kanan dicium olehnya pula.

"I love you so much that even my death cannot separate my soul from your soul. Always remember that" anak mata coklat merenung lama akan bibir yang kemerahan itu sebelum disatukan bibir mereka berdua buat seketika. 

"A...abang ni suka buat Fea emo" menangis tersedu-sedan Farhana Sofea dengan kata-kata manis oleh Tengku Harriz.

Mengenangkan bertapa sukarnya mereka mahu sampai ke sini, mengenangkan bertapa payahnya mereka mahu mencapai kebahagian, apa yang jadi selama bertahun-tahun ini menyeksa jiwa dan raganya.

"Fea pun cintakan abang. Sangat-sangat" tubuh Tengku Harriz sekali lagi didakap kemas.

"Nanti Fea balas balik kata-kata manis abang sebab sekarang ni Fea nak menangis dulu"

Ketawa kecil Tengku Harriz dengan jawapan Farhana Sofea. Hidung itu dicubit sekilas.

"Nanti abang tuntut"

"Okay abang tapi sekarang auchh...."

"Kenapa sayang? Sayang sakit kat mana-mana ke?"

Farhana Sofea menggigit bibirnya. Kedua-dua tangannya mengusap lembut perutnya yang tiba-tiba ditendang oleh anaknya yang dalam rahim itu.

"Fea rasa princess kita jealous kita bersweet sweet"

Wajah panik Tengku Harriz diganti dengan senyuman manis. Kepala ditunduk mendekati perut buncit Farhana Sofea lantas telinga dilekapkan di situ.

"Anak daddy jangan nakal-nakal ye. Kesian mummy nanti" diusap dan dicium perut itu sebelum kembali ke posisi asal.

"Sayang dah fikir nama princess kita?"

"Dah. THA."

"THA?" berkerut dahi Tengku Harriz.

"THA. Sama dengan nama capital abang" terangguk-angguk kepala Tengku Harriz. THA. Singkatan untuk namanya, Tengku Harriz Akhtar.

"Jadi apa nama princess kita?"

Farhana Sofea menunduk kepala memandang perutnya seketika.

"Tengku Havisha Aralyn"

Kepala didongak memandang Tengku Harriz semula.

"Cantik tak, abang?"

"Cantik. Cantik sangat"

Kedua-dua tangannya memegang tangan Farhana Sofea yang melekap di perut usia 35 minggu itu.

"Princess daddy will be the most beautiful princess ever"

Farhana Sofea mengangguk kepalanya setuju. Tidak sabarnya mahu melahirkan anak dari hasil bernihnya dan Tengku Harriz.

"My queen and my princess, let's go home. Dah nak maghrib. Tak elok sayang yang mengandung duduk kat pantai waktu maghrib"

Farhana Sofea mengangguk kepalanya. Dia mula bangun dibantu oleh Tengku Harriz. Terkedek-kedek dia berjalan dengan membawa kandungan berusia 35 minggu. Minggu depan dijangka dia akan beranak. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Be careful, honey" tangan tidak beralih dari memegang pinggang Farhana Sofea. Risau isterinya itu jatuh.

Dari tadi senyuman tidak lekang dari bibirnya. Terlampau gembira dengan cahaya mata yang diutuskan pada mereka. Benar, semua kesulitan ada kemudahannya. Kuncinya hanya perlu bersabar sahaja dan maju ke hadapan menghadapi rintangan dengan hati yang kental. Jika dia tidak sesabar ini, mungkin kebahagian ini tidak mampu dicapainya.

Setiap kali hujan pasti ada pelangi.

Begitu juga dengan kisah duka laranya yang penuh duri. Di penghujungnya pasti akan ada kebahagiaan yang menanti.

Terima kasih, ya Allah.

*********

Abang duri, sayang duri. Bila bersama menyakitkan! Bila tidak bersama lagi menyakitkan!

*********

Farewell Akhtar's Cinta Yang Berduri ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro