pt.24📚

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

°°°

" tch! "

aku meniup jari telunjukku. ada luka kecil disana, kesan daripada kelam-kabut memasak. tengah syok potong bawang sambil dengar lagu bangtan tu, sedar- sedar je terhiris jari. eiii

" yeo mi? "

aku memusingkan tubuhku untuk menghadap cikgu taehyung yang entah sejak bila ada dekat belakang aku ni.

" ahh cikgu ni buat saya terkejut je, ada apa? " yeo mi mengacau nasi goreng yang masih berasap diatas kuali itu. luka dijarinya dia hiraukan seketika.

" saya ingat kamu balik lambat tadi, tulah saya kelam- kabut masuk dapur bila dengar kuali kelentang- kelentung. yeo mi rupanya " taehyung menghampiri peti sejuk, susu putih dia capai dan bawa ke meja makan. lelaki itu mencapai cawan dan menuang susu tersebut kedalam cawan.

" extra class english dibatalkan, cikgu namjoon ada emergency katanya. so, kami balik berjemaahlah " yeo mi menjawab. api dia matikan dan nasi goreng dia hidangkan diatas pinggan. satu untuk dia, satu untuk cikgu taehyung.

" tch.. " hampir saja terlepas kuali pan tersebut dari pegangan yeo mi kalau tidak disambut cikgu taehyung.

" kenapa ni yeo mi? " soalnya cemas, kuali tadi dia letakkan didalam sinki sebelum menghampiri yeo mi. jari yeo mi yang luka itu dia raih pelan.

" sejak bila kamu dapat luka ni? " cikgu taehyung membelek luka di jari manis yeo mi.

" ba-baru je shhh " yeo mi meringis pelan apabila cikgu taehyung meniup luka tersebut.

" luka macam ni tak boleh dibiarkan, nanti melarat macam mana? " ucapnya. wajahnya memaparkan riak risau. peti first aid yang terletak diatas almari kecil itu dia capai.

" kecik je-- "

" kecik tak kecik, kalau merebak, masuk kuman ke apa ke, bukan awak juga yang susah ke nanti? yeo mi ni kan " cikgu taehyung membalut jariku dengan plaster. entah, geram mungkin, lelaki itu menekan- nekan jariku.

" argh! cikgu! " aku memukul lengannya. dah sakit, dia tambah sakitkan lagi. eii ni yang benci ni

" lain kali jangan biarkan. dah siap " ucap taehyung. lelaki itu membelek jari manisku sebelum mengecupnya pelan.

" erk- i-itu untuk apa pulak? " soalku tidak faham.

" untuk luka awak tu cepat sembuh lah " ucapnya, aku tergelak kecil. apala cikgu ni, macam budak budak.

" jom kita makan, nanti sejuk pulak nasi goreng ni " ucapnya setelah meletakkan kotak first aid di tempatnya semula. lelaki itu mengambil tempat diatas kerusi.

aku mengambil tempat dihadapannya.

" sabtu esok awak tak ada apa- apa aktiviti kan? " soal cikgu taehyung sambil mengunyah nasi goreng kimchi. yeo mi menggeleng. dia juga turut menyuapkan nasi goreng kedalam mulut.

" baguslah. lepas makan ni, awak pack baju. kita tidur rumah ibu malam ni " ujarnya

yeo mi terdiam. ahh ibu. agaknya dah lama dia tak jumpa ibu mentuanya itu. eii minta- minta lah dia tak cop aku sebagai menantu lupa diri. iyalah, lepas habis je majlis resepsi aku dengan taehyung hari tu, langsung aku tak call dia, jenguk dia pun tak. bukan apa, aku cuma busy. em, rasa bersalah lah pulak.

" yeo mi? awak dengar tak apa yang saya cakap ni? "

lamunanku termati sebaik saja suara cikgu taehyung menyapa telingaku.

" ha? " aku blur seketika, cikgu taehyung aku lihat menggeleng- gelengkan kepalanya.

" saya tengah cakap dengan awak tadi. tapi awak berkhayal, awak khayal pasal apa? " cikgu taehyung meneguk susu putihnya.

" em, saya.. takutlah cikgu " aku menguis- nguis baki nasi goreng menggunakan sudu.

" takut? nak takut buat apa? ibu saya tak makan oranglah " cikgu taehyung tergelak kecil.

" yalah cikgu, bukan itu maksud saya. erkk- ma- macam mana kalau ibu marah saya? "

" marah untuk apa? "

" iyelah, saya dah lama tak jenguk dia, nak tanya khabar pun tak. saya takut dia marah sebab saya macam tak peduli tentang ibu " yeo mi menggigit bawah bibirnya. cikgu taehyung menyengetkan kepalanya.

" saya kenal ibu saya yeo mi, dia takkan marah untuk perkara yang kecik. lagipun ibu saya kan dah tau yang awak ni pelajar? sibuk memanjang macam saya. jangan risaulah, ibu takkan marah " ucap cikgu taehyung lembut. senyuman kecil dihadiahkan ke yeo mi. gadis itu hanya menyambutnya dengan anggukan pelan.

" okelah, saya naik atas dulu. nanti awak tolong packkan baju saya eh? saya nak keluar kejap. kertas kerja saya tertinggal dekat sekolah tadi. jadi saya nak ambik. boleh kan? " katanya.

yeo mi hanya menganggukkan kepalanya.

°°°

cklek!

taehyung melankah memasuki bilik guru yang mulai lenggang itu. kakinya mengorak langkah ke mejanya yang terletak disudut. mejanya yang sedikit berterabur itu dia kemaskan.

" taehyung? awak tak balik lagi? "

taehyung yang tadinya sedang kusyuk menyusun fail diatas meja terhenti aktivitinya. dia kenal pemilik suara tersebut.

" em " taehyung berdehem saja, lansung tidak mau melihat wajah empunya suara tersebut.

tak! tak! tak!

bunyi kasut tumit tinggi kuat menghentak ke lantai. kenapa dia boleh tak dengar bunyi kasut tu tadi? then, macam mana perempuan tu boleh masuk tanpa ada satu suara pun? berkaki ayam? guna ilmu hitam? heih ni yang musykil ni

" taehyung.. "

taehyung menghela nafasnya, matanya dia pejam sekejap sebelum tubuhnya dia pusingkan untuk menghadap ji soo. bekas tunangnya itu.

" ya? ada apa? " soal taehyung acuh tak acuh aje. mood untuk bercakapnya tiba-tiba jadi malas rasanya dia hendak bercakap. macam yang yoongi selalu cakap, just shut the fuck off!

dengan satu gerakan, tubuh taehyung dipeluk ji soo. taehyung tersentak.

" saya rindu awak, tae "

taehyung membeku, bukan terpana sebab kata- kata yang diucapkan oleh ji soo tu, cuma dia terkejut. rindu? rindu? rindu pala bana lah!

" erk, ji soo " taehyung meleraikan pelukan. dia menjarakkan dirinya dari ji soo. bukan apa, dia kekok. tadi kepala bana sekarang kepala hotak! ya, kepala hotak dia. sesedap hati dia je nak ucap kata- kata rindu tu bila dah hampir 4 tahun tak berjumpa. tak nampak bodoh ke tu?

" taehyung.. " ji soo bergerak mendekatiku. tapi aku malah mengundur. tak nak dia sentuh aku lagi. kelihatan wajah ji soo berubah riak.

" maafkan saya kalau saya buat awak tak selesa " ji soo menunduk. kelihatan tangannya menggeletar. dah kenapa pulak ni? ji soo mendongak. menghadiahkan satu pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

" awak nampak kacak tae, kacak daripada yang dulu " ucapnya. satu senyuman dihadiahkan kepada aku. aku hanya membalas dengan deheman, fail diatas meja aku pandang.

" tae.. awak tak rindu saya ke? "

taehyung menghela nafasnya pelan. sukar untuk dia menjawabnya dalam keadaan seperti ini. macam terdesak je aku tengok dia ni eii

" tak, tak mungkin ji soo. buat apa saya nak rindukan orang yang dah musnahkan harapan saya 4 tahun yang lalu? awak rasa boleh ke saya simpan rasa rindu tu dalam keadaan hati yang hancur? " taehyung berpeluk tubuh. dia memandang ji soo yang sudah menunduk itu. menyesal nampak ex dah berubah jadi hot namatey kot.

" maafkan saya, kalau boleh saya nak putarkan semula masa tu. kita berdua, bersama. ya, tae. saya nak bersama dengan awak semula " ucap ji soo.

taehyung sudah mengerutkan dahinya. ji soo ni dah kenapa? kes- kes tak boleh move on eh? habistu hao dong nak campak mana? loji? haa bercakap pasal hao dong ni pulak. mana lelaki tu pergi lepas tikam belakang aku? kubur? masuk kubur?

" tae.. "

" ji soo please. jangan act macam ni. bagi saya, hubungan kita dah lama berakhir, sejak awak katakan putus, sejak awak hantar cincin pertunangan kita semula. " taehyung memejamkan matanya, luka dihatinya berdarah kembali.

" sampai hati awak tae. awak tak nak bagi saya peluang kedua ke? saya akan tebus kesalahan apa yang saya buat dekat awak dulu tae. tolonglah terima saya semula " rayu ji soo.

" ji soo, maafkan saya. walau apapun yang terjadi saya tak mungkin akan terima awak semula. " taehyung mencapai fail berwarna merah yang dia letakkan diatas meja tadi.

" saya balik dulu, awak pun baliklah. dah nak masuk petang dah ni. tak baik perempuan macam awak berkeliaran malam- malam. saya pergi dulu " taehyung meminta diri dan sebelum ji soo sempat berkata- kata dia sudah pecut keluar.

tak naklah duduk lelama dengan dia tu. nanti tetiba ada yang salah faham, heboh satu sekolah esok. eii tak naklah!

~~~

jangan marah tau sebab ji soo tu saya pilih sebagai watak yang err.. jahat? just jahat sikit- sikit jer. jangan risau, saya tak benci ji soo. saya peminat dia weh. BLACKPINK IN YOUR AREA EH!


[Thank you for reading. Do vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro