pt.55📚

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

김 태 형 - Kim Taehyung

***

"Boleh ke?" Tegur Taehyung ketika aku duduk termenung di koridor berhampiran dengan tangga untuk naik ke rooftop. Aku angkat wajah, disitu Taehyung sedang sandarkan tubuhnya pada tembok penghadang seraya memasukkan kedua tangannya kedalam poket seluar. Aku hanya pandang dia tanpa riak, sesungguhnya aku sedang nervous kerana exam nak mula 2 jam dari sekarang.

Saking nervousnya aku sampai tak dapat tidur, ha hasilnya aku bangun awal pagi dan duduk termenung tepi koridor ni, tunggu sunrise. Taehyung pandang aku dari ekor mata, pelik bila tak dapat jawapan yang sepatutnya dari bibir aku. Taehyung pandang kiri dan kanan sebelum tangan kiri aku, dia raih kemudian kecup perlahan.

"Saya percaya yang sayang boleh buat" bisiknya, tapi langsung tak boleh redakan rasa gemuruh dalam hati aku. Taehyung pandang wajah aku dengan pandangan lembut, hujung bibirnya terjongket naik untuk melakar sebuah senyuman kecil. Kelakar pulak bila tengok wajah Yeo mi yang nampak macam pucat sangat tu. Kemudian dia sandarkan diri pada tembok balik, tapi masih tak lepaskan pegangan tangannya pada tangan aku.

"Saya dulu pun macam ni.. gemuruh macam nak hadap mati, padahal nak ambil exam je pon. Sampai demam- demam jawab paper, tapi hasil kerja keras saya ni, saya jadi cikgu. Saya patut bangga pada diri saya.." katanya dan letakkan tapak tangan aku pada dadanya. Aku pandang dia pelik, kelakuan dia, nampak gaya macam nak tarik perhatian aku balik. Yalah, dah 3 hari aku palaukan dia, satu panggilan atau mesej pun aku tak balas. Bukan apa, aku kena fokus, fokus, fokus!

"Cuma kat sini saya nak cakaplah, memang apa yang awak belajar tu tak 100% keluar dalam exam, tapi awak kena percaya diri. Percaya yang awak boleh buat, percaya pada diri awak, jawab exam dengan sebaik mungkin walaupun kekadang rasa macam salah. Saya lagi suka orang yang mencuba dari tak mencuba langsung. Peluang yang ada ni, jangan sia- siakan sebab exam macam ni sekali seumur hidup kan?" Kata Taehyung seraya tangannya menaik untuk mengusap pipi aku yang sejuk, mungkin dia cuba salurkan haba badannya pada aku. Taehyung renung anak mata aku dalam- dalam, dengan pandangan penuh kasih sayang dan lembut.

"Kim Yeo Mi, saya percaya yang awak boleh buat. Saya.. maafkan semua kesalahan awak pada saya dan saya halalkan ilmu yang saya sampaikan pada awak dengan ikhlas. Saya harap awak berjaya, sayang.." bisiknya seraya menarik aku kedalam pelukan. Aku kemam bibir, tak, Yeo mi, jangan menangis untuk hari ini. Itu hanya kata- kata penyuntik semangat, bukan sad talk yang boleh buat hati kau tersentuh. No.. ergh.

"Cikgu.. terima kasih" bisikku seraya membalas pelukannya. Ini baru permulaan yeo mi, selepas semua ni tamat, takkanlah kau nak menangis darah pulak lepas ni? Stob it. Taehyung eratkan pelukan, dia usap rambut panjang Yeo mi sebelum bibirnya mengecup perlahan dahi gadis itu. Kali ini barulah Yeo mi rasa tenang sedikit.

"Ibu ada call semalam, dia nak wish goodluck dekat awak, jadi buatlah yang terbaik.." bisiknya tepat ditelinga aku. Dengar je nama ibu, buatkan aku jadi sebak, ya, semalam pun eomma ada call, dia nak bagi semangat untuk aku. Eomma tak dapat nak jenguk aku kat dorm, kelmarin mereka dah berangkat ke Osaka, Jepun, nak temankan ayah yang outstation selama 4 hari. Em, benda ni buat aku lemah. Haaaaaaa

"Tak sejuk ke?" Bisik Taehyung seraya tapak tangannya dilekapkan pada pipi aku yang mulai merah. Aku tidak menjawab, lebih kepada melayan perasaan sendiri. Taehyung jarakkan dirinya dengan aku sebelum tangannya yang satu lagi merogoh poket seluar, kemudian dia keluarkan hotpack dan dia genggam kedua tangan aku.

"Jangan jatuh sakit lagi, saya tak suka tengok awak sakit. Just stay like this. Stay healthy.." Kata Taehyung, dia senyum kotak kemudian untuk kesekian kali, dia cium dahi aku, tapi kali ini lebih lama. Aku pejamkan mata, mungkin ini salah satu teknik untuk dia menyalurkan semangat atau haba badannya pada aku. Now, barulah aku boleh tenangkan diri.

"Okaylah, saya kena pergi dah ni, kena jaga student kat sekolah lain. Jaga diri" pesannya, Taehyung kusutkan rambut aku sebelum tersenyum kotak, sekali lagi. Aku angguk faham, dia lepaskan tangan aku sebelum berjalan secara mengundur dengan kedua tangan dimasukkan kedalam poket.

"Fighting sayang!" Katanya dengan sedikit kuat seraya menunjukkan kedua tangannya lalu membuat tumbs up kepada aku sebelum lelaki itu hilang dari pandangan mata. Aku mengeluh kecil, now, the real battle start now.

Berperang dengan kertas maksud gue. Haish. Aku duduk mencangkung seraya mengeluh kesah, argghhh mana aku campak keyakinan aku tadi weh?!

***

"Yeo mi.. yeo mi?"

Aku angkat wajah. Hena yang sedang berdiri tegak didepan aku, aku pandang dengan kerutan di dahi. Aku jongketkan kening tanda apa, dia senyum sumbing sebelum tepuk bahu aku, kemudian dengan rileknya dia hempaskan badan tepi aku dan peluk badan aku macam bantal peluk dia.

"Susah eah?"

"Mestilah susah. Soalan kau ni.. haish" aku mendengus kecil, sebenarnya sekarang aku tengah frust habis. Yalah, duduk je dekat dalam dewan exam tu dah boleh buat aku berdebar tak tentu pasal, dan bila kertas soalan diedarkan, soalan dia tu. Haish, macam bangang! Please, siapapun penggubal soalan sejarah tu, we need to talk. We need to talk!!

"Alahhh kau sabar jelah, tinggal berapa paper lagi kan? Lepas habis ni, kita keluar date eah? Kita pergi karaoke, Ayokk Yeo mi. Fighting! Fighting!!" Jerit Hena tepi telinga aku. Aku hanya buat muka, malas nak layan Hena yang terlebih gula ni. Semalam pun dia tak dapat tidur, ahh hasilnya dia melantak keropok krup krup ditemani Vernon dan Jinyoung dekat dewan. Memang dia akan lupakan akulah tu kalau sebelah dia dah ada snek. Ngek.

"So, malam ni kita study ramai- ramai lagi. Kali ini ada cikgu Namjoon sekali, suami kau tak dapat datang kan?" Soal Hena seraya baring mengiring menghadap aku. Kepalanya dia tongkat menggunakan tangan. Aku hanya angkat bahu, entahlah mungkin Taehyung masih ada kerja lagi kat luar tu. So, biarlah dia have fun kejap, ehh gaya aku bercakap ni macam Taehyung curang pulak. Bongok betul.

"Yaaa, kalau tak silaplah.." jawab aku. Lengan aku, aku letakkan atas dahi, nak tenangkan diri sekejap. Hena bergolek ke tepi, nak bagi ruang untuk aku bernafas kejap. Kemudian dia menapak ke almari, tuala yang disangkut tepi almari dicapainya sebelum dia melangkah ke kamar mandi. Nak bersihkan badan yang nampaknya dah melekit sebab berpeluh. Fuhh

***

Keadaan di dewan belajar ketika kini sangat sunyi, macam tak ada pelajar. Tapi hakikatnya mereka sedang sedaya upaya perah otak nak hadam subjek killer untuk esok. Isk. Hena pula seronok melantak jajangmyeon kat tepi aku sambil buat background sound, slurp slurp! Aku sandarkan tubuh aku pada kerusi, regangkan badan sedikit. Nak dekat sejam lebih dia lebarkan punggung duduk atas kerusi ni, tak bergerak langsung. Rasa kebas.

"Chimmichangga?"

Aku dongakkan wajah untuk pandang Boo Seungkwan yang duduk depan aku sambil kunyah pepero. Aku 100% pasti yang dia pun dah putus asa. Sebab itulah melalut tah apa- apa depan aku. Seungkwan angkat keningnya, sebatang pepero cookies&cream disuakan pada aku. Aku menggeleng tanda tak nak, wajah dia berubah riak. Macam nak mangis pun ada.

"Huwaaaaa dahlah paper exam pun macam teruk je perangai. Yeo mi pun tak nak layan aku. Aku frust ni!" Katanya seraya sembamkan wajah pada lengannya. Kakinya dihentak- hentakkan, protes. Em, Seungkwan ni memang macam ni, kalau dia dah fed up dengan sesuatu benda, dia akan mengarut tak tentu arah. Macam sekarang nilah, aku pandang Wonwoo yang tengah menguap, dia pandang aku lalu kenyitkan mata. Aku gulingkan anak mata, malas nak layan.

Aku pandang meja sebelah, ada Yuju, Mingyu, Haneul dan Jungkook. Alahh biasalah, orang dah ada relaylah kan katanya? Aku mengeluh kecil sebelum ambil keputusan nak ke vending machine, nak beli coffee untuk hilangkan rasa kantuk. Jadi aku tinggalkan kengkawan dan berjalan ke vending machine yang terletak di hujung koridor bilik guru. Aku masukkan beberapa keping duit syiling dan tekan secara rambang sebab aku dah mulai rasa mengantuk.

Aku duduk mencangkung depan mesin tu, tunggu minuman yang aku pilih untuk jatuh dari lubang tu. Mata aku mulai layu dan aku tersenguk- senguk, rasa nak tidur kat situ jugak.

Buk!

"Awwww.."

Aku pegang kepala aku yang rasanya baru kena pukul dengan benda keras. Rasa berdenyut- denyut, laju je aku mendongak untuk pandang gerangan yang tempah maut tadi, tapi bila terpandang orangnya, rasa marah aku tetiba lenyap, macam kena tiup angin.

"Buat apa kat sini?" Soal Taehyung, dia masih berdiri tegak depan aku yang sedang mencangkung. Aku tidak keluarkan sebarang suara, vending machine aku tunding guna jari tanda yang aku tengah tunggu minuman. Dia pandang vending machine sebelum pandang aku balik.

"Awak tunggu ni ke?" Katanya lagi seraya tayangkan tin coffee didepan aku. Laju aku angguk dan baru je tangan aku nak ambil coffee tu, dia dah jauhkan dari aku.

"No coffee for tonight, i'll buy you something else. Move" arah Taehyung, dia tarik tangan aku untuk berdiri, laju je aku berdiri bila dia dah acah nak tendang aku dengan kaki dia. Ya tuhan, sabar jelah. Aku pandang belakang tubuh Taehyung yang tengah masukkan syiling dan pilih minuman baru untuk aku. His broad shoulder. Erg.

"Nahh"

Taehyung hulurkan aku milo tin dan aku sambut tanpa banyak tanya. Aku gosok mata aku yang tetiba gatal. Aku dongakkan wajah tengok Taehyung balik, dia tengah pandang aku dengan senyuman kecil, kemudian dia tarik lengan aku.

"Follow me.." katanya sebelum tubuh aku ditarik untuk mengikutinya. Dia bawak aku ke rooftop. Taehyung depakan tangannya dan menghela nafas lega. Rasa segar. Aku duduk ditepi tembok dan sandarkan tubuh disitu seraya genggam erat sweeter aku. Sejuk dia tu, mencengkam sampai ke tulang.

"Sejuk?"

Aku buat muka poker bila dia tanya aku soalan yang tak masuk akal. Taehyung sengih kecil lalu dia ambil tempat disamping aku. Mafela yang melilit dilehernya dia longgarkan dan lilitkan separuh pada leher ku. Taehyung tarik tangan aku dan masukkan kedalam hoodienya. Buatkan aku rasa hangat sekejap. Dan kemudian, kami senyap buat seketika.

"Sayang.. nak dengar pickupline tak?" Katanya dengan suara husky. Suara garaunya yang sedikit seksi. Aku pandang dia kejap, dia jongketkan kening, menunggu persetujuan dari aku. Aku anggukkan kepala. Dia pandang aku sekejap sebelum genggaman tangannya pada aku makin erat.

"I thought happiness started with H. So why does mine start with U?" Ucapnya ringkas, tapi mampu buatkan aku senyum lebar sampai ke telinga. Aku pandang Taehyung yang dah menyengih senang sebelum dia pandang aku dengan pandangan lembut. Anak matanya jatuh ke arah bibir aku.

"How weird.." Taehyung menggantungkan ayatnya seraya jarinya naik untuk menyentuh bibir aku yang mulai sejuk tu.

".. i can't taste my lips all of sudden. Can you.." dia pandang anak mata aku, jarinya mengusap lembut bibir aku.

"..do it for me?" Bisiknya seraya wajahnya merapat. Taehyung melekapkan bibirnya pada bibir aku sekilas sebelum dia cium lembut dahi aku. Taehyung senyum kecil bila tengok wajah aku yang dah memerah macam nak meletup. Eish, aku pukul lengan dia pelan dan palingkan wajah aku dari pandang dia lagi.

Afufufufuufufufufu!!!

"Saya harap exam awak ni habis cepat, cause I can't wait to built my own family.." bisiknya buatkan pipi aku tambah memerah. Aku faham maksud dia. Mesti satu tambah satu jadi tiga tu lagi. Taehyung tarik kepala aku dan letakkan atas bahu dia.

"Rest, esok nak berperang lagi kan?" Aku angguk, Taehyung betulkan mafela pada leher aku sebelum dia tepuk perlahan lengan aku. Lama- kelamaan mata aku mulai layu, dan akhirnya ditemani Taehyung, aku tidur atas bahu dia di rooftop yang sejuk tu.

.

.

So, make some noise!!

Vote
Comment

[Thank you for reading. Do vote and comment🙋🙋]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro