pt.59 📚

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

태태 - 미미

***

Sudah 2 hari berlalu sejak Taehyung edarkan kad jemputan kahwin pada semua pelajar dalam kelas 5A- 1. Sampai sekarang jugaklah mereka tak berhenti- henti menyerang aku dengan pelbagai soalan sampai aku naik pening menjawabnya. Taehyung bukannya menolong sangat pun, kalau ada pun dia akan jawab;

"Tanya kat sweetheart, she know everthing"

Argh!! Geramnya aku! Dan disebabkan itulah aku kena kerumun oleh pelajar sampai sekarang. Soalan yang tah apa- apa mereka tanya, buatkan aku rasa semput nak jawab. Hena pun bukannya dia nak tolong, mentang- mentanglah exam dah habis, dia pergi berdating dengan Jinyoung kat belakang kelas. Dasar Hena!

Aku sembamkan wajah aku pada meja belajar. Minggu ni adalah minggu terakhir untuk aku ke sekolah. So, cikgu tak ramai yang masuk, i mean, tak masuk langsung sebab mereka sibuk nak periksa kertas exam. Ehh ye ke? Memandai je kau ni.

"Yeo mi, kau free tak? Apa kata kita main tower? Aku ada bawak, tapi mereka tak nak main dengan aku" yuju muncungkan bibir seraya memeluk kotak yang berisi kayu berurukan kecil berbentuk empat segi sama lalu dia pandang aku dengan mata penuh harapan. Yup, Yuju alone in da house yalls. Sekarang ni, tak ada apa pun aku nak buat so, aku anggukkan kepala tanda ya.

Laju Yuju tarik kerusi dan duduk tepi aku. Senyuman dia memang serupa macam orang yang baru menang loteri. Yuju keluarkan tower dari kotaknya lalu mulai menyusunnya 3 - 3.

"Wehh nak ikut main jugak weh"

"Aku pun"

"Nak join"

Maka selepas itu kami pun dikerumun oleh pelajar perempuan. Aku pandang Haneul yang tengah duduk di meja hadapan, disebabkan rimas dengan bualan mereka yang bingit ditelinga aku, aku berdiri dari duduk dan tinggalkan Yuju yang nampaknya dah ada kawan nak jadikan teman main. Baru je aku nak melangkah menghampiri Haneul, Taehyung dah masuk kedalam kelas buatkan langkah aku terbantut dan pusingkan badan untuk duduk kat tempat aku balik.

Seperti hari yang biasanya, Mingyu akan memberi ucapan selamat pagi kepada cikgu kemudian kami diarahkan untuk duduk. Taehyung melangkah ke arah meja gurunya dan melabuhkan punggung diatas meja seraya bibirnya tak lengkang dek senyuman.

"Jadi, apa kita buat hari ni?"

"Rilek- rilek jelah cikgu. Tak pun kita main game ke, yalah cikgu kan dah nak kahwin, perlu have fun sikit dan cikgu perlulah dapatkan tips untuk kuatkan stamina. Baru aum sikit" Seungkwan berkata seraya dia menjongketkan keningnya pandang aku dari ekor mata. Tindakan Seungkwan buat seisi kelas meledak ketawa terutamanya pelajar lelaki. Eee otak mereka ni memang tak boleh blah langsung.

"Ya, nanti bila cikgu dah kahwin, tak bolehlah nak manja- manja dengan pelajar sikit. Yalah nanti bila dah kahwin cikgu, kena kurung je kat rumah bila wife dapat tahu, cikgu kan hot" sakat Wendy seraya bibirnya terjuih- juih menunding ke aku kemudian disambut lagi gelakan dari pelajar lain. Aku pulak rasanya kalau boleh dilenyapkan diri sekarang, mahu je aku buat benda tu. Tapi.. haish!

"Tak pun ajak Yeo mi pergi mengurut, selaku suami isteri kita perlulah pandai dalam bab- bab massage ni. Boleh hilangkan penat dan yaa cikgu faham- fahamlah sendiri" sambung Seungkwan lagi. Kali ini disambut pula dengan tawa pelajar lelaki dan 'eee' dari pelajar perempuan. Aku sembunyikan wajah yang rasanya macam nak terbakar je kat situ. Haih Seungkwan ni, aku ingat dia innocent. Rupanya, indah khabar dari rupa!

"Kamu ni Seungkwan, patutlah sains bab 4 senang lepas, kamu dah buat praktikal eah?" Balas Taehyung sebelum kepalanya digeleng- gelengkan.

"Alah cikgu, biasanya kita ni lelaki, kenalah pandai buat persediaan, kenapa? cikgu belum buat praktikal lagi ke?" Makin menjadi- jadi sakatan Seungkwan, buatkan Taehyung ketawa kecil. Taehyung tak merespon Seungkwan lagi, tapi dia malah pandang aku lembut sebelum senyuman kecil diberikan pada aku.

"Itu hal dalam selimut, rasanya kamu semua tak perlu bincangkan perkara ni lebih serius lagi. Saya dah sampai seru, mungkin kamu bila dah sampai seru nak kahwin tu haa ambik nasihat Seungkwan ni. Pergi mengurut, tak pun berguru je dengan dia. Tak ke begitu Seungkwan?" Kali ini giliran Taehyung pula menyakat buatkan Seungkwan tersipu- sipu malu.

Pipi aku akhirnya hangus terbakar.

***

"Bye Yeo mi, jumpa masa majlis kau nanti!" Ujar Wendy sebelum dia berlari menyusuri koridor untuk mendapatkan Yeri. Aku hanya membalas Wendy dengan lambaian tangan dan masih tercegat tepi loker nak keluarkan buku- buku yang aku selalu tinggalkan kat sekolah.

"Boleh angkat ke?" Tegur satu suara di belakang aku. Serentak satu tangan dihulur tanda dia mahu menolong aku dan disaat itu jugalah buku yang aku pegang meluncur jatuh dari tangan aku. Laju aku duduk mencangkung untuk pungut buku tu balik.

"Saya ingat cikgu dah balik"

"Tak sunggup nak tinggalkan awak, awak kata awak nak angkat buku untuk di bawa balik kan? So saya datang nak tolonglah" jawab Taehyung lalu ikut duduk mencangkung untuk kutip buku aku yang bertaburan atas lantai. Aku angguk- anggukkan kepala.

"Ni je?"

"Ya, yang selebihnya saya dah bawa kelmarin" kata aku dan berdiri tegak balik. Taehyung ambil buku yang ada dalam pelukan aku sebelum berjalan beberapa tapak tinggalkan aku dibelakang. Laju aku tutup pintu loker sebelum kejar dia balik. Tahulah dia kalau dia berjalan laju sangat, tapi janganlah sampai aku terlupakan. Kaki aku pendek wokey?

"Hari ni tak nak singgah mana- mana ke?" Tanya Taehyung serentak kaki kami melangkah seriringan. Aku gelengkan kepala tanda tak ada nak kemana- mana. Aku dongakkan kepala untuk pandang.

"Kenapa? Cikgu nak bawa saya kemana?" Tanya aku. Dia lirikkan mata kepada aku sebelum senyum kecil.

"Adalah" jawabnya

"Amboii cikgu Tae, manisnya" tegur satu suara iaitu Vernon yang sememangnya suka stay petang sebab dia kena jaga pusat akses. Yalah dia kan budak IT, kenalah bertanggungjawab sikit. Taehyung hanya senyum saja, malas nak jawab banyak- banyak nanti melarat pulak.

"Bye yeo mi! Nanti majlis kau tu kalau tak ada aral melintang, aku datang" katanya sebelum melambai- lambaikan tangannya kepada aku dan aku hanya menjawab dengan tanda ok dan lambaian tangan sebelum masuk kedalam perut kereta dengan Taehyung.

"Er, surat apa ni?" Soal aku bila masuk- masuk je nampak sampul surat putih di atas dashboard dihadapan aku. Taehyung aku pandang sekilas sebelum berdehem kecil, dia pasang seatbelt pada tubuhnya sendiri. Disebabkan malas nak tanya banyak hal lagi, jadi aku terus bukak sampul surat tu.

"Kenapa awak kena gantung ni? Apa salah yang awak? 2 minggu? Biar betul Tae?" Kata aku dan baca balik surat tu. Manalah tahu aku salah baca en? Tapi langsung tak berubah. Aku pandang Taehyung ditepi dan pegang lengan dia.

"Tae.."

"Nanti kita bincang. Sayang saya tengah drive ni, nanti awak emosi saya jugak yang susah" katanya seraya melepaskan pengangan tangan aku dari lengan dia.

Aku pikir dia akan bawa aku balik terus kerumah, tapi sangkaan aku meleset bila dia membelokkan kereta ke Sungai Han. Taehyung berhentikan kereta di bahu jalan dan matikan enjin kereta. Dia pandang aku sekejap sebelum dia tepuk lengan aku meminta aku ikut keluar bersamanya. Jadi tanpa banyak songeh aku ikut keluar dari perut kereta bersama dia. Belum sempat aku nak soal dia banyak benda, Taehyung dah meluru ke gerai kecil untuk membeli jagung bakar disana.

"Come here" panggilnya sebelum lengan aku ditarik untuk berdiri ditepinya. Taehyung hanya senyum lebar sebelum meminta 4 batang jagung bakar.

"Lama ahjumma tak nampak kamu, selalunya datang sorang je Tae, ni siapa?" Tanya ahjumma yang menjual jagung bakar sambil tangannya ligat memasukkan jagung kedalam plastik.

"Tae sibuk ahjumma. Ni pun datang sini nak release tension. Datang dengan wife, ahh ahjumma kalau ada masa datanglah majlis kami, ni kadnya" kata Taehyung sebelum dia keluarkan kad jemputan pada poket seluar dan hulurkan pada wanita tersebut. Aku sambut hulurkan plastik yang berisi jagung dan dia pula menyambut hulurkan kad dari Taehyung.

"Haaa kalau tak ada penghalang ahjumma datang eah. Comel isteri kamu ni Tae" katanya seraya tersenyum memandang aku. Aku hanya sengih kecil seraya tundukkan wajah tanda terima kasih. Taehyung menghulurkan beberapa keping not kertas kepada wanita itu untuk membayarnya.

"Kami pergi dululah ahjumma, jumpa lagi" kata Taehyung sebelum menunduk. Aku turut ikut menundukkan kepala kepada wanita tersebut sebelum Taehyung menarik lembut tangan aku.

"Explain"

"Nantilah" jawab Taehyung lembut seperti kanak-kanak dia senyum kotak lalu masukkan tanganku kedalam poket jaketnya.

"Saya tak nak ikut awak kalau awak tak explain sekarang" kata aku lalu berhenti berjalan tapi hanya sekejap saja sebelum aku terheret untuk mengikuti Taehyung balik.

"Okay saya explain, meh duduk dulu" Taehyung tarik aku untuk duduk diatas tanah yang berumput lalu duduk bersila disitu. Aku hanya mengikuti tindak tanduk Taehyung dan duduk bersila di tepi dia.

"Sayang.. percayakan saya kan?"

"Mestilah saya percayakan awak" jawab aku laju. Taehyung diamkan diri, dia tundukkan wajah dan bermain dengan tapak tangan aku. Aku hanya diamkan diri, menunggu balasan dari dia. Taehyung mengeluh kecil, dia dongakkan wajah dan renung tepat ke anak mata aku.

"Sayang kenal Luna kan?"

Dahi aku berkerut sebaik nama Luna terpacul keluar dari mulut Taehyung. Aku angguk kecil, takkanlah Luna ada buat masalah dengan Taehyung sampai Taehyung digantung 2 minggu? Taehyung diamkan diri lagi.

"Dia fitnah saya"

"Hah?"

"Sayang mesti tak percayakan saya lepas dengar cerita ni" katanya seraya poutkan bibir, dia tundukkan wajah lalu genggam tapak tangan aku erat.

"Apa awak buat? Maksud saya, apa dia buat sampai awak kena gantung?" Tanya aku tanda tak sabar bila dia diamkan diri saja.

"Saya kena fitnah. Waktu tu saya tengah tulis laporan, masa tu tak ada cikgu dalam bilik guru. Dan waktu tu jugaklah Luna datang. Dia cakap dia nak tunjukkan saya something, tapi saya tolak dan cakap yang saya busy. Awak percayakan saya kan?" Potongnya buatkan aku rasa frust kejap. Laju aku anggukkan kepala dan minta dia sambung cerita dia balik.

"Kenapa sayang nampak excited pulak ni?"

"Eee sambung jelah!"

"Haha, okay. Saya tolaklah perlawaan dia, tapi dia tetap berdegil nak saya ikut dia. Awak tahu kan sikap Luna tu macam mana? Dia tak suka kemahuannya ditolak. Jadi dia tarik tangan saya sampai akhirnya cikgu Moon dan cikgu Baek masuk. Kiranya saya kena tangkap basahlah. Sebab tu mereka bagi saya surat cuti" kata Taehyung. Buatkan aku rasa sedikit geram bila dia hanya tersenyum saja bila bercerita.

"Mereka tak siasat ke?" Kata aku dengan mendatar. Rasa nak marah, tapi marahkan siapa pulak ni?

"Mereka dah siasat. Jadi saya bawa cikgu Baek dan kami pergi ke rumah dia. Dia dah teruk sangat sayang.." bisiknya seraya menarik tapak tangan aku dan mengusapnya lembut.

"Apa yang teruk?"

"Dia mengandung" bisik Taehyung buatkan aku rasa terkejut. Laju aku tekup mulut aku sebab tak percaya dengan jawapan Taehyung.

"Dia pun tak tahu lelaki mana yang buat dia macam tu, dan ibubapa dia tak dapat nak bela dia lagi. Jadi dia buat keputusan untuk saya jadikan saya sebagai pak sanggup. Tapi mujurlah Cikgu Baek ada, saya tak nak terima. Jadi surat gantung tu tak jadi nak dikuatkuasakan." Kata Taehyung panjang lebar sebelum tapak tangan aku diciumnya.

"Ma- macam mana dengan Luna?"

"Lepas ambik exam hari tu, dia terus kena hantar pergi pusat pemulihan. Saya kesiankan dia jugak sayang, tapi apa boleh buat? Pandai buat pandailah tanggung. Sayang nak jagung" kata Taehyung lalu dia rapatkan wajah dia pada aku. Laju aku tahan bahu dia dari terus merapat. Yalah, aku masih lagi pakai uniform sekolah yang lengkap, nanti kena cakap ponteng pulak. Haaa mati kita.

Aku hulurkan jagung bakar pada Taehyung dan dia sambut dengan tangannya yang satu lagi.

"Lepas ni kita pergi massage"

"Hah?!"

Ucapan Taehyung buatkan aku rasa nak tercekik jagung bakar tu. Dia sengih kecil sebelum kenyitkan mata kepada aku.

.

.

Vote ✔

Comment ✔

Sikit lagi ni. Sabar eah?

[Thank you for reading. Do vote and comment for more 🙌🙌]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro