Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CCTV yang memaparkan Dhia Airisya sedang berlatih self defence bersama Michaela dipandang dengan punuh minat melalui laptop ribanya. Sudah 2 minggu isterinya mempelajari seni mempertahankan diri. Boleh dia katakan yang Dhia Airisya seorang cepat belajar.

"Woi usya isteri lah tu"

Emir Adden Fattah memberi renungan tajam pada Razul yang berdiri di depannya itu. Entah bila masuk. Razul baru sahaja semalam tiba di Malaysia. Kepalanya digeleng-geleng memandang Razul yang selamba menghampiri sofa lalu duduk di sofa officenya itu. Sudah la masuk tak bagi salam lepastu main terjah orang.

"Bro kau dah bagitahu ke kat wife kau?"

Emir Adden Fattah memandang semula screen laptopnya yang memaparkan Dhia Airisya sedang berlatih. Helaan nafas dilepaskan sebelum dia memandang Razul semula. "Belum" tuturnya lalu menyandarkan belakang badannya pada kerusinya yang empuk itu.

"Esok dah bro nak bertolak."

"Nantilah aku bagitahu dia"

Razul menggelengkan kepalanya. Nak bagitahu tentang itu pun susah. Bagitahu je lah bukannya dia suruh Emir Adden Fattah ajak perang dengan isterinya.

"Alex macam mana? Kau dah dapat kesan lokasi dia?" Soalnya mengubah topik mereka. Malas dia mahu berbahas tentangnya dan juga Dhia Airisya. Pandai-pandailah dia bagitahu pada Dhia Airisya nanti.

"Still no. Pandai betul dia menyorok. Bro aku ada idea"

Razul tersenyum penuh makna memandang Emir Adden Fattah sambil keningnya dijongket-jongket. Dia dah lama fikirkan idea ini tapi tak tahu lah Emir Adden Fattah akan setuju atau pun tidak.

"What?"

"Kita gunakan Airisya as a bait untuk tangkap Alex" tuturnya dengan nada mendatar.

"Hell no! Kau gila ke? Alex tu berbahaya." Bantahnya kuat tidak setuju dengan idea gila Razul. Memang tidak akan sesekali dia jadikan Dhia Airisya sebagai umpan untuk menangkap Alex. Masih banyak lagi rancangan lain yang boleh dilakukan. Kenapa rancangan itu juga yang Razul tuturkan?

"Aku bagi idea je. Tak payah lah marah-marah"

Emir Adden Fattah menjeling tajam Razul. Mana dia tak marah kalau rancangan yang difikirkan oleh Razul itu akan membahayakan Dhia Airisya?

"Saya setuju dengan Zul"

Emir Adden Fattah dan Razul berpaling memandang pada seorang perempuan yang berdiri di muka pintu. Terlihat Dhia Airisya sedang berdiri di muka pintu officenya. Emir Adden Fattah bangun daripada kerusinya dengan bengang. Tangan dicekak di pinggang memandang bandar Kuala Lumpur yang gah itu.

"No aku takkan benarkan"

"Alaa awak lagi cepat awak tangkap Alex lagi bagus kan?" Tutur Dhia Airisya untuk menyakinkan Emir Adden Fattah. Dia rela kalau dia digunakan sebagai umpan untuk menangkap Alex. Kalau itu boleh membuatkan Alex ditangkap dengan cepat, lagi dia senang hati.

"But not use you as a bait, Airisya" bangkang Emir Adden Fattah.

Dhia Airisya menghela nafas panjang. Dihampiri Emir Adden Fattah yang tampak sangat berapi itu. Tangannya meraih tangan Emir Adden Fattah. Renungan tajam Emir Adden Fattah dibalas dengan renungan lembutnya.

"Saya belajar self defence sebab saya nak tolong awak n please give me a chance to help you. At least, there is something that i can do for you" tutur Dhia Airisya lembut cuba menghapuskan api yang ada dalam badan Emir Adden Fattah. Senyuman diukirkan pada bibirnya. Dia bukan sewenang-wenangnya belajar self defence, tapi dia setuju untuk belajar sebab dia nak tolong Emir Adden Fattah. Tolong Emir Adden Fattah untuk tangkap Alex

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Razul yang hanya diam di sofa itu dijeling tajam. Dia memandang Dhia Airisya semula yang sedang berdiri di depannya menunggu jawapannya. "When i said no, it's mean no. Got it?" Dia berpaling memandang Razul pula.

"Dan kau Zul, awas kau kalau kau racun fikiran Airisya. Aku takkan setuju with your stupid plans"

Dhia Airisya mengeluh kecil memandang Emir Adden Fattah yang keluar dari office. Setelah bayangan Emir Adden Fattah hilang dari pandangannya, dia melabuhkan punggung di sofa berdepan dengan Razul. Bibirnya digigit.

"Sorry Airisya, I buat korang dua bergaduh and sorry about my idea." tutur Razul dengan perasaan bersalah. Dia tak tahu yang Dhia Airisya mendengar idea gilanya itu. Kalau dia tahu Dhia Airisya ada di situ, confirm dia takkan cakap macam tu.

"It's okay"

DHIA AIRISYA mengerling sekilas Emir Adden Fattah yang diam bersarapan itu. Dari semalam, Emir Adden Fattah tidak bercakap dengannya. Mungkin masih marah padanya kerana menyokong idea Razul.

"So Mir, flight malam ni pukul berapa?" Soalan daripada Tengku Yusuf memecahkan kesunyian mereka. Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang Emir Adden Fattah dengan dahi yang berkerut. Flight apa yang dimaksudkan oleh daddy angkatnya? Kenapa dia tak tahu pun?

"Pukul 9 daddy"

Dhia Airisya menarik baju Emir Adden Fattah membuatkan Emir Adden Fattah berpaling memandangnya namun sekejap sahaja. Dia mendekatkan tubuhnya dengan Emir Adden Fattah lalu membisikkan sesuatu.

"Awak nak pergi mana? Tak cakap pun kat saya"

Soalannya itu dibuat tidak endah oleh Emir Adden Fattah membuatkan dia mengetap bibirnya geram. Dengan geramnya dia menyepak kaki Emir Adden Fattah. Kelakuannya itu membuatkan Emir Adden Fattah berpaling memandangnya tajam. Siapa suruh palau dia?

Baru dia hendak menyepak sekali lagi kaki Emir Addeb Fattah kerana memalaunya lagi namun tidak jadi apabila tangan Emir Adden Fattah melekat di pinggangnya. Sesak dadanya apabila pinggangnya ditarik dan badannya diangkat membuatkan dia terduduk di atas paha Emir Adden Fattah.

"Apa awak ini!" Jeritnya bengang membuatkan semua orang berada di meja makan mengangkat kepala memandang mereka berdua. Dhia Airisya tersengih malu. Dia cuba untuk turun duduk di kerusinya semula namun tangan Emir Adden Fattah menahan kuat pinggangnya.

"Awak turunkan saya" tuturnya perlahan.

"Aaaaa"

Dhia Airisya mengetap bibirnya geram apabila dia disua sudu oleh Emir Adden Fattah. Melihat semua mata memandangnya, dia menyambut suapan dari Emir Adden Fattah. Senyuman manis dilemparkan walaupun dalam hati sudah bengang dengan sikap Emir Adden Fattah.

"Sit properly sayang. Apa ni duduk atas paha abang time makan. Tak malu ke orang tengok?"

Dhia Airisya mengetap giginya. Dia yang sudah selamat duduk di atas kerusinya semula memandang tajam Emir Adden Fattah. Garfu yang dipegangnya itu digenggam kemas. Geram nak cucuk-cucuk Emir Adden Fattah dengan garfu.

Sumpah dia rasa malu sekarang!

Arghh benci Emir Adden Fattah!

Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah tersenyum melihat pasangan yang baru kahwin itu. Senang hati mereka melihat mereka berdua gembira walaupun kadang-kadang mereka menyaksikan mereka berdua gaduh manja.

"Bila nak bagi ibu cucu?"

Soalan Tengku Sumayyah yang secara tiba itu membuatkan Dhia Airisya yang sedang makan tersedak. Cepat-cepat Dhia Airisya mengambil gelas di depannya itu. Emir Adden Fattah yang bereaksi selamba dipandang tidak puas hati.

"Haah Mir. Bila korang nak pergi honeymoon and ada rumah sendiri? Private sikit kalau korang nak sweet sweet"

Muka Dhia Airisya semakin membahang dengan usikan daddy nya itu. Terasa seperi daddynya memerli mereka tentang perbuatan yang tidak secara langsung berlaku tadi. Ketika ini, dia hanya ingin memandang bawah sahaja. Malu nak bertentangan mata dengan semua orang.

"Soon but not now. After Mir settlekan hal Mir"

"Baguslah. Lagi cepat lagi bagus. Ibu tak sabar nak cucu"

Emir Adden Fattah memandang sekilas Dhia Airisya yang sedang menunduk itu. Dia menahan senyum melihat muka Dhia Airisya kemerahan.

"Don't worry ibu, nanti kitorang bagi. Ibu nak berapa? 4 ? 5 ? Ibu nak kembar 3 pun kitorang boleh bagi"

Dhia Airisya mengangkat kepalanya memandang Emir Adden Fattah dengan mata yang terbuntang. Wah wah! Cara suami dia cakap tu macam suami dia je yang mengandung dan beranak. Tahu tak dia yang menangggung semua tu? Dia yang menanggung segala kesakitan.

Ini lah suami tahu buat je!

Geram dengan kata-kata selamba badak Emir Adden Fattah yang tidak memikirkan perasaan malunya ketika ini, dia mencubit perut Emir Adden Fattah kuat. Geram! Biar padan muka!

"Auchh sayang sabar la. Tengok ibu daddy, Airisya dah tak sabar nak buat anak"

Semakin terbuntang mata Dhia Airisya dengan kata-kata yang diutarakan oleh Emir Adden Fattah tadi. Kenyitan mata daripada Emir Adden Fattah semakin membuatkan darah dia mendidih!

Kenapa jadi begini?

Arghh stress dapat suami macam ni!

SETELAH mengambil angin petang, Dhia Airisya mengangkat kaki masuk ke dalam rumah. Langkahnya diatur ke bilik setelah seharian dia menjauhkan dirinya dari Emir Adden Fattah. Masih geram dengan usikan Emir Adden Fattah yang tidak memikirkan perasaan malunya itu.

Pintu dikuak kasar dari luar. Melihat yang Emir Adden Fattah sedang memasukkan baju ke dalam lugagge membuatkan dia teringat tentang perbualan pagi tadi. Dia baru ingat akan flight Emir Adden Fattah!

Sampai sekarang dia masih belum tahu ke mana Emir Adden Fattah akan pergi, berapa lama dia pergi dan bila balik semula.

Nak ditanya tapi sedar yang dia sedang merajuk dengan lelaki itu kerana membuatnya malu di depan keluarga mereka! Tudung sarung yang dipakai dibuang lalu dia menghempapkan badannya ke atas katil.

Sesekali dia mengerling Emir Adden Fattah yang sedang mengemas pakaiannya ke dalam lugagge. Tak sekarang Emir Adden Fattah taknak cakap ke kat dia yang suaminya itu mahu ke mana? Sumpah dia malas nak buka mulut dahulu kerana dia masih merajuk!

Melihat Emir Adden Fattah yang hanya diam dan memalaunya itu membuatkan dia dicampur pelbagai perasaan ketika ini. Marah, geram, sedih, semua ada! Dia memusingkan badannya membelakangi Emir Adden Fattah. Bantalnya diambil lalu ditekup menutup mukanya.

Bunyi deringan phone yang berada di sebelahnya dicapai Emir Adden Fattah. Dia melihat dahulu pemanggil sebelum mengangkat call tersebut. Dilekapkan iphone 12 pro max di telinganya.

"Apa?"

"Pukul 8 ?"

"Hmm okay"

Phonenya diletak semula. Baru dia mahu menyambung kerjanya semula tapi tidak jadi apabila dia mendengar esakan Dhia Airisya. Bibirnya digigit. Perlahan-lahan dia mendekati Dhia Airisya yang sedang baring atas katil. Sah isterinya itu sedang menangis melihat bahunya terhinjut-hinjut.

"Airisya?"

Punggungnya dilabuhkan di sebelah Dhia Airisya. Bantal yang menekup muka Dhia Airisya cuba ditarik namun pegangan Dhia Airisya terlalu kemas. Mungkin tidak bagi dia melihat mukanya yang sembab menangis itu.

"Asal kau nangis?"

"Awak jahat. Awak tak sayang saya. Awak tak bagitahu pun saya awak nak pergi mana. Awak nak tinggalkan saya"

Emir Adden Fattah memandang lama Dhia Airisya. Dia tak cakap ehh kat Dhia Airisya yang dia mahu ke mana? Bibirnya digigit. Bukan dia taknak cakap tapi dia lupa sebab banyak sangat benda yang perlu dia settlekan.

"Hey..."

Badan Dhia Airisya cuba dipusingkan menghadapnya tetapi badan Dhia Airisya dikeraskan. Keluhan kecil dilepaskan. Dia turut membaringkan badannya di sebelah Dhia Airisya lalu memeluknya dari belakang.

"Airisya" panggilnya lembut.

Melihat Dhia Airisya yang masih diam dan hanya esakan sahaja yang berbunyi membuatkan dia dipagut perasaan bersalah.

"Aku minta maaf okay aku tak bagitahu. Aku kena balik Korea."

Dhia Airisya memusingkan badannya menghadap Emir Adden Fattah. "Balik Korea? " soalnya sedih. Tidak sanggup ditinggalkan.

"Berapa lama?"

"Seminggu"

Bibirnya diketap. Lamanya.

"Nak ikut" tuturnya lalu memeluk Emir Adden Fattah. Mukanya disemban di dada Emir Adden Fattah. Dipeluk erat suaminya itu. Taknak berpisah dari Emir Adden Fattah. Apa yang dia mahu lakukan kalau Emir Adden Fattah tiada si sisinya nanti? Mesti bosan nanti

"Hmm no. Aku pergi atas sebab kerja."

"Awak benci saya?"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. "Look. Aku tak bawa kau sebab it's dangerous for you. Airisya, stop thinking bukan-bukan. Aku pergi tak lama pun. Seminggu je" tuturnya lalu mencium dahi Dhia Airisya agak lama. Belakang badan Dhia Airisya diusap lembut.

"Janji dengan saya yang awak akan call saya selalu"

"Hmmm"

Emir Adden Fattah memejamkan matanya sejenak. Perasaan bersalah sedikit sebanyak meragut hatinya kerana menipu Dhia Airisya. Dia bukan taknak cakap hal sebenar tetapi dia taknak risaukan Dhia Airisya. Dia terpaksa menipu.

'Abang minta maaf sayang' tutur hati kecilnya.

*************

Done Bab 10 !

Apa yang Adden tipu tu???

Jeng jeng

Jangan lupa votement korang!

Thank support my story !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro