Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Damn it, Airisya. I hate you so much"

Dhia Airisya ketawa kecil. Hate? Ye lah tu hate.

"Saya lagi benci awak" tuturnya tidak mahu mengalah. Fikir dia akan senang-senang je mengaku kalah?

Emir Adden Fattah berdecit kecil. Dhia Airisya yang tersenyum itu dipandang dengan senyuman sinis. Berani betul yee cabar dia? Well dia seorang lelaki yang pantang dicabar! Kita tengok siapa yang kalah dan siapa yang menang nanti.

Dhia Airisya yang berada di atas pahanya itu dibaringkan di atas lantai. Kiri dan kanan Dhia Airisya dikunci dengan tangannya yang juga menjadi penahan badannya tika ini. Keningnya dijongket, bibirnya terhias senyuman sinis tatkala melihat muka cuak Dhia Airisya.

"Awak! Sengaja kan?"

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Terasa lemah habis segala anggota tubuhnya ketika ini. Tambah lagi dengan panahan cinta dari sang mata grey kebiruan. Cehh! Seriously dia cakap jantungnya nak terkeluar dah! Macam tahu-tahu je kelemahan dia! Ergh!

Emir Adden Fattah menjongket bahunya.

"Ehem guys I'm here" loroh Michaela yang sedari tadi sedang menumbuk punching bag stand di sudut gym tersebut. Kepalanya digelengkan memandang Emir Adden Fattah dan juga Dhia Airisya. Tak hormat betul bangsa single ni! Ehh tak ingat dah ada boyfriend.

"Get out, Mick"

Mata Emir Adden Fattah tidak lepas memandang Dhia Airisya yang ditindihnya itu walaupun sedang bercakap dengan Michaela. Sekali lagi Michaela menggelengkan kepalanya. "I pulak dah yang kena halau?" Soalnya sambil berjalan menghampiri botol airnya lalu diteguk rakus bagi menghilangkan rasa dahaga.

"I pemilik bangunan ni. So suka hati I lah"

"Fine"

Michaela mengangkat kaki keluar dari gym tersebut. Malas nak masuk campur hal suami isteri yang sedang nak bermanja itu. Karang dia campur kan tak pasal dia melayan dari bangunan tersebut. Huish seram!

"Awak ni tak ada cara lain ke? Taknak kalah lah tu"

"Aku suami so suka hati aku la"

"Guna kuasa nampak?" Soal Dhia Airisya tidak berpuas hati. Kalau macam ni, confirm yang dia akan kalah. Sudahlah dia mudah malu dengan perkara macam ni. Suka betul Emir Adden Fattah menyeksa jiwa dan hatinya.

"So what?"

Dhia Airisya mencerbik.

Kalau Emir Adden Fattah guna kuasa suami, dia akan guna kuasa isteri. Baru adil kan?

Tangannya yang menahan dada Emir Adden Fattah dialih lalu melilit pada leher Emir Adden Fattah. Sempat dia megulas lembut rambut suaminya di belakang dengan jari jemarinya sambil tersenyum lebar bersama kening yang dijongket pada Emir Adden Fattah. Jangan fikir yang dia tak tahu cara nak pikat suami!

Ajaran Kak Siti yang masih tidak digunakan akan dia gunakan sekarang!

Tersenyum puas Dhia Airisya melihat perubahan muka Emir Adden Fattah. Mungkin tidak akan menyangka dia mampu buat begitu. Namun tidak lama, senyuman sinis terukir di bibir Emir Adden Fattah. Tangannya yang lurus menahan badannya dijatuhkan. Kini bukan tapak tanganya lagi menahan seimbangan badannya tapi separuh dari lengannya. Dan ia membuatkan jarak badannya dengan jarak badan Dhia Airisya semakin dekat.

"Show me what card do you have" bisik Emir Adden Fattah pada telinga Dhia Airisya.

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Memang taknak kalah betul suaminya itu! Dia pulak yang geram. Dia berfikir sejenak. Ikutkan hati nak saja dia mengeluarkan segala kad yang dia ada tapi dia risau kalau berlaku kejadian yang tidak disenangi lagi-lagi mereka berada di bangunan Secret Hunters Agency.

Namun dia taknak kalah!

Tangannya semakin melilit leher Emir Adden Fattah membuatkan mukanya dan muka Emir Adden Fattah semakin dekat bahkan hidung mereka mula bersentuhan. Hembusan nafas Emir Adden Fattah yang terkena mukanya menghangatkan lagi pipinya. Mata hazelnya memandang lama mata grey kebiruan milik Emir Adden Fattah sebelum matanya beralih pada bibir Emir Adden Fattah yang menggoda.

Dia mendekatkan bibirnya dengan bibir suaminya itu. Satu senyuman sinis diukir.

Pakkk

Dhia Airisya bingkas menolak badan Emir Adden Fattah lalu bangun sebaik sahaja dia menjentik dahi Emir Adden Fattah. Pecah ketawanya memandang muka Emir Adden Fattah yang masam mencuka. Berani kenakan dia tempoh hari? Padan muka dia kenakan balik! Kan dia cakap 'Ada ubi ada batas, ada hari dia balas' !

"Buekk. Padan muka awak! Hahaha"

Emir Adden Fattah mengetap rahangnya geram. Dhia Airisya yang galak ketawakan dia dipandang kecik besar. Berani betul kenakan dia? Dia mendengus kasar. Bengang akan Dhia Airisya yang berjaya mengenakan dia semula.

Dia bangkit daripada duduk lalu Dhia Airisya yang galak ketawa itu dihampiri. Pinggan Dhia Airisya diraih lalu sepantas kilat bibir Dhia Airisya menjadi mangsanya membuatkan ketawa isterinya itu terhenti. Terkejut dengan perbuatannya.

Tanngan kiringnya semakin menarik pinggang Dhia Airisya dan tangan kanannya yang berada di belakang leher Dhia Airisya semakin ditolak. Bibir mungis Dhia Airisya itu dicium dengan selembut mungkin. Dia tersenyum kecil di sebalik ciuman itu.

Bibir Dhia Airisya dilepaskan seketika untuk menarik nafas. Mata hazel milik Dhia Airisya dipandang lama. Dia sengaja menyatukan dahi dan hidungnya itu membuatkan muka Dhia Airisya semakin berona merah. Isterinya itu hanya diam tak berkata. Mungkin malu.

"I win. You lose" tuturnya bersama senyuman sinis.

KERETA Mercedes berwarna putih itu diberhentikan tidak jauh dari bangunan AH Holdings. Emir Adden Fattah tersenyum sinis memandang seorang lelaki berpakaian suit hitam segak yang baru keluar dari bangunan tersebut lalu memboloskan diri ke dalam kereta Ferrari merah di tempat sebelah pemandu. Keretanya mula meluncur laju ke lebuh raya mengikuti kereta Ferrari tersebut dari belakang.

Emir Adden Fattah hanya mengikut kereta yang dinaiki lelaki tersebut dari belakang dan sudah tentu dia berhati-hati mengikuti lelaki tersebut. Tiba di shopping mall, dia turut memakingkan keretanya apabila kereta Ferrari merah yang diikuti itu berhenti di shopping mall.

Enjin kereta dimatikan. Hoodie hitam seat belakang di ambil lalu dipakai sebelum dia melangkah keluar dari keretanya. Kepala hoodie dibetulkan dan menutupi kepalanya supaya dapat melindungi mukanya daripada dilihat lelaki yang dia follow tadi. Langkah diatur mengikut setiap jejak kaki lelaki itu yang semakin memboloskan diri ke dalam perut shopping mall.

Langkahnya diberhentikan apabila lelaki itu menghentikan langkahnya di depan seorang perempuan. Diintai siapa perempuan yang lelaki itu jumpai di sebalik dinding. Namun matanya terbuntang sebaik sahaja dia melihat muka perempuan tersebut. Tangannya digenggam geram.

Sedang Dhia Airisya berjalan laju dan tak tengok ke hadapan kerana asyik menundukkan kepalanya, dia terlanggar bahu seorang lelaki. Hampir jatuh dia dibuatnya kerana lelaki yang dilanggar itu agak sasa badannya. Nasib sahaja boduguardnya pantas menyambut dia daripada jatuh.

"Thanks, Nial " ujar Dhia Airisya kepada bodyguardnya itu yang bernama Danial. Banyak-banyak bodyguard yang diupah oleh Emir Adden Fattah hanya Danial sahaja yang dia kenal kerana Danial merupakan ketua bodyguard yang diupah oleh Emir Adden Fattah. Lagipun Danial merupakan orang yang paling dipercayai oleh Emir Adden Fattah.

"Puan tak apa-apa?" Tanya Danial risau. Dia sudah diamanahkan oleh Emir Adden Fattah untuk melindungi Dhia Airisya walaupun apa pun yang berlaku. "Saya okay je." Dhia Airisya tersenyum kecil.

"Wait, are you Dhia Airisya?" Dhia Airisya berpaling memandang lelaki yang dilanggarnya tadi. Secara automatik kakinya mengundur ke belakang beberapa langkah. Air liurnya ditelan perit melihat lelaki yang dia kenal kini berdiri di depannya.

"Ha...Haikal"

Mahu luruh jantungnya kini melihat Adam Haikal atau juga dikenali sebagai Alex yang merupakan musuh terbesar Emir Adden Fattah kini sedang berdiri di depannya.

"Kenapa you macam takut je kat I?"

Dhia Airisya mengukirkan senyuman pada Haikal dan cuba bertenang sebaik mungkin agar nanti Haikal tidak mengesyaki apa-apa padanya. Dia berdehem seketika. "Tak adalah. Saya cuma terkejut terjumpa awak tat sini. Dah bertahun kan tak jumpa?" Tutur Dhia Airisya tenang walaupun dalam hati sudah gelabah. Dia sangat berdebar ketika ini. Risau dan takut kalau Haikal melakukan sesuatu yang buruk di sini. Sudahlah hanya 3 bodyguard sahaja yang mengikutinya.

"Hmm tu lah. It's been a long time"

Haikal tersenyum kecil.

"Ehh Haikal. Wow tak sangka jumpa you kat sini" tutur Farhana yang baru tiba di situ. Penat dia mengejar langkah Dhia Airisya yang laju nak mampus berjalan. Sudah la tadi dia usya beg lepastu ditinggal oleh Dhia Airisya. Memandangkan hari ini hari weekends, dia mengajak Dhia Airisya keluar bershopping.

"Hana right?" Soal Haikal memastikan keraguannya.

"Yup. Ingat lagi you kat I"

Haikal ketawa kecil.

Farhana turut ketawa kecil. Matanya dialih memandang Dhia Airisya yang berdiam diri yang kelihatan tudak tenang. Tangan Dhia Airisya dipegang dan diberi isyarat mata. Dia tahu kenapa Dhia Airisya begitu kerana dia tepah mendengar segala yang diceritakan oleh Dhia Airisya.

Dhia Airisya meangguk kepalanya.

"Ermm saya nak pergi toilet jap"

"Alright. Nak berlama-lama pun takpe" ujar Farhana bersama senyuman tipis. Dia memberikan isyarat kepada Dhia Airisya agar beredar secepat mungkin. Risau juga dia kalau Dhia Airisya berlama-lama di sini dengan Haikal. Walaupun dia tidak tahu yang betul ke tidak apa yang diceritakan oleh Dhia Airisya bahawa Haikal adalah penjahat yang menculik kedua-dua kawannya itu 4 tahun yang lalu namun dia yakin yang Dhia Airisya tidak akan menuduh orang sembarangan.

Dhia Airisya mula mengangkat kaki untuk beredar namun pegangan tangan seseorang pada lengannya menghentikan langkah dia. Dia berpaling memandang empuya tangan yang memegang lengannya. Dahinya berkerut apabila Haikal yang memegang tangannya.

"Ke..kenapa Haikal?"

"You datang balik kan? Sebab I banyak benda nak cakap dengan you. Ki...."

"Airisya"

Kepala dipusing ke kiri apabila seseorang menjerit namanya. Terbuntang matanya memandang Emir Adden Fattah yang sedang berjalan menghampiri mereka. Dengan lekas dia merentap kasar tangannya daripada pegangan Haikal. Bibirnya digigit melihat Emir Adden Fattah yang sudah berdiri betul-betul di hadapannya.

"Sorry, I'm late." Ujar Emir Adden Fattah lalu mengukirkan senyuman pada Dhia Airisya. Kepala Dhia Airisya digosok lembut sebelum pinggang Dhia Airisya ditarik rapat ke badannya.

"Btw, who are you?" Emir Adden Fattah menyoal pada lelaki yang berdiri di depan mereka.

Dhia Airisya tersenyum kekok. Bagaimana Emir Adden Fattah boleh turut berada di sini? Yang dia kesah sekarang, dia risau kalau Emir Adden Fattah berprasangka buruk dengannya. Sebelum ini, Emir Adden Fattah sudah mengeraskan dia agar tidak berjumpa dengan Haikal dan dijadikan umpan memandangkan suaminya turut tahu siapa Alex yang sebenarnya.

Dia pun bingung macam mana Emir Adden Fattah boleh tahu sebelum dia menceritakan tentang mimpinya pada suaminya.

"Aku Haikal. Kawan seuni Icha" tutur Haikal lalu menghulurkan tangannya pada Emir Adden Fattah. Dia cuba menahan daripada senyum sinis. Melihat musuh terbesarnya kini berada di depan mata memberikan dia pelbagai perasaan.

"Ouhh. Aku SUAMI dia." Tuturnya menekankan perkataan suami walaupun dia tahu sudah tentu sedia maklum yang Dhia Airisya isteri kepadanya. Tangan Haikal yang dihulur padanya itu hanya dipandang sahaja tanpa berjabat tangan. Tak kuasa dia ingin menyambut tangan musuhnya itu.

"We need to go. Kan sayang? Hana?"

Farhana menangguk kepalanya. Dia turut ingin cepat-cepat melangkah dari sini lebih lagi jelas keadaan mereka itu agak tegang membuatkan dia turut takut.

"Btw kau dah tahu kan Airisya isteri aku so aku harap kau tak pegang-pegang tangan dia. Mak bapak kau mesti ajar kan pasal agama? Jangar dengar je, practice sekali " ujar Emir Adden Fattah merujuk pada perbuatan Haikal tadi yang memegang tangan Dhia Airisya. Sempat dia tersenyum sinis pada Haikal yang kelihatan semakin bengang itu. Sengaja dia mahu mendidihkan darah Haikal.

Tangan Dhia Airisya ditarik melangkah dari situ diikuti dengan Farhana dan beberapa bodyguard mereka. Dhia Airisya hanya diam sahaja dan hanya mengikuti langkah suaminya tanpa sepatah kata. Jantungnya sekarang semakin berdebar tambah lagi pegangan pada lengannya itu semakin kuat.

"Err Icha kau balik dengan suami kau kan? Btw aku nak pinjam kereta kau"

Dhia Airisya meangguk kepala lalu menghulurkan kunci keretanya pada Farhana.

"Bawa bodyguard sekali. Takut jantan tu follow you" tutur Emir Adden Fattah menyuruh beberapa bodyguard upahannya itu untuk mengikuti Farhana. Diangguk kepalanya sebelum dia dan beberapa bodyguard beredar darib situ meninggalkan Emir Adden Fattah dan juga Dhia Airisya.

Setelah Farhana hilang dari pandangan, Dhia Airisya berpaling memandang Emir Adden Fattah. "A...awak err saya errr" tergagap-gagap dia mahu berkata apabila Emir Adden Fattah merenungnya lama menunggu kata-katanya. Dia mengeluh kecil. Risau yang Emir Adden Fattah akan salah faham tetapi dia tidak tahu ingin menjelaskan bagaimana.

"Saya minta maaf" tuturnya dengan nada bersalah. Kepala ditunduk memandang lantai shopping mall.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dhia Airisya ditarik ke dalam pelukannya secara tiba-tiba membuatkan Dhia Airisya sedikit terperanjat. Mungkin tidak menyangka dia akan berbuat begitu dan mungkin menyangka dia akan memarahinya. "I'm glad, you're fine" lorohnya sambil mengusap lembut belakang badan Dhia Airisya. Dagunya ditongkatkan pada kepala Dhia Airisya.

"Awak tak marah?"

Emir Adden Fattah tersenyum nipis.

"Tak. Aku follow dia tadi. Jadi aku tahu bukan salah kau"

Dhia Airisya mendongakkan kepalanya memandang Emir Adden Fattah dengan terkejut. "Awak follow dia?" Melihat Emir Adden Fattah meangguk kepalanya membuatkan dia baru faham macam mana Emir Adden Fattah boleh berada di shopping mall.

Dhia Airisya menarik nafas lega. Nasib baik Emir Adden Fattah memunculkan diri tadi kalau tidak dia tidak tahu macam mana mahu mengelak daripada Haikal memandangkan lelaki itu sangat berbahaya.

Dhia Airisya semakin dipeluk erat. Mata dipejam seketika. Sungguh dia betul-betul takut tadi apabila Dhia Airisya berhadapan dengan Alex. Dan dia sangka yang Alex memang sengaja mahu berjumpa dengan Dhia Airisya.

"Awak"

"Hmmm?"

Dhia Airisya mendongakkan kepalanya memandang Emir Adden Fattah bersama senyuman

"Jom date"

"Date?" Soal Emir Adden Fattah dengan dahi yang berkerut.

"Hmm. Saturdate"

**************

Sorry guys lama tak update. Author pergi hantar kakak author masuk u n then balik kampung. Tak nyempat nak update.

Sorry kalau chapter ni bosan.

(Gambar Harriz Adham)

Jangan lupa votement okay!







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro