Bab 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Yaa, Min Ah is Kyung's fiance. You did not know that?"

Bagaikan batu besar menghempap hatinya kini. Sedikit demi sedikit hatinya bertambah retak. Kata-kata yang diungkapkan oleh Jay Hyun cuba diprocess dengan otak dan bukannya hati. Min Ah dengan Emir Adden Fattah bertunang? Mahu menidakkan kata-kata Jay Hyun tapi macam betul. Melihat dari cara Emir Adden Fattah, suaminya itu seperti menyembunyikan sesuatu.

"Airisya!"

Dhia Airisya dan Jay Hyun berpaling ke belakang memandang Emir Adden Fattah mara ke arah mereka. Tangan Dhia Airisya ditarik memaksanya bangun sebaik sahaja Emir Adden Fattah menghampiri mereka. Namun Dhia Airisya terus merentap pergelangannya.

"Sampai hati abang" ujar Dhia Airisya lalu berlalu dari situ.

Emir Adden Fattah memandang Jay Hyun tajam. Baju Jay Hyun dicengkam lalu badan Jay Hyun dihempap ke dinding. "Nae anaeege mworago haesso? ( What did you say to my wife?)" Soal Emir Adden Fattah bengang. Melihat Dhia Airisya begitu mesti Jay Hyun ada bagitahu sesuatu.

Jay Hyun tersenyum sinis. Dia mengangkat bahunya. "Anaeege muroboseyo. By the way, she's beautiful. (You should ask your wife.)" ujar Jay Hyun sengaja mahu memarakkan lagi Emir Adden Fattah. Bajunya ditarik dari dicengkam oleh Emir Adden Fattah. Ditepuk bahu Emir Adden Fattah sebelum berlalu dari situ.

Emir Adden Fattah turut beredar dari situ. Pintu biliknya dibuka. Dhia Airisya dicari tapi tiada dalam bilik. Dia terus keluar dari bilik lalu menuju ke bilik cctv. Memandangkan main house begitu besar dan mempunyai banyak tingkat akan menyukarkan dia untuk mencari Dhia Airisya. Tapi nasib sahaja di setiap sudut rumah mempunyai cctv.

Dhia Airisya terus berjalan keluar dari rumah. Dia berlalu ke taman yang masih terletak dalam pendalaman main house president Korea. Boleh dikatakan kawasan rumah ini sangat besar dan terdapat taman yang cantik sekali. Dia duduk di satu bangku. Air pancuran yang cantik serta lampu berwarna-warni membuatkan dia rasa tenang. Kakinya dipeluk. Sejuk!

Namun dia tersentap apabila satu tangan melingkar di bahunya. Dhia Airisya berpaling ke kirinya lantas dia bangun apabila melihat Emir Adden Fattah di tepinya.

"Sayang" tangan Dhia Airisya dipegang menghalang Dhia Airisya daripada pergi. Kepala didongak memandang Dhia Airisya. Tangan Dhia Airisya diusap. "Apa yang Jay Hyun bagitahu sayang?" Soalnya tidak tenang.

"Dia bagitahu apa yang Isya patut tahu"

"Sayang"

"Tell me everything, Adden. I want to hear it from you. "

Emir Adden Fattah mengetap bibirnya. Dia mara ke depan ingin menarik Dhia Airisya ke dalam pelukannya namun Dhia Airisya mengundur ke belakang. Dia mengeluh kecil.

"Jae Hyun bagitahu hubungan abang dengan Min Ah?" Tembaknya namun melihat dari mata Dhia Airisya tampaknya benar.

"Abang dengan Min Ah...." Matanya dipejam seketika. Tidak tahu macam mana mahu bagitahu Dhia Airisya. Dia takut kalau Dhia Airisya tersakiti dan paling yang dia takut kalau Dhia Airisya membencinya.

"Sometimes it is better that I did not tell you than to lie to you. But what happens now, gives me no choice. I need to say the truth, even if it can hurt your feelings. "

Nafas dalam ditarik.

"Yee betul abang dengan Min Ah bertunang"

Sekali lagi hatinya seperti dihempap batu besar malah kini terasa seperti dihiris berkali-kali dengan pisau. Dhia Airisya memejamkan matanya. Air matanya semakin lebat mengalir. Terasa berat sangat untuk menerima suaminya bertunang dengan orang lain dan lagi berat hatinya apabila Emir Adden Fattah merahsiakan daripadanya sepanjang mereka kahwin.

"Sayang!"





MANGKUK bubur nasi dan juga satu gelas susu yang berada di atas dulang diambil dari pembantu rumah. Diucapkan terima kasih sebelum berlalu menghampiri Dhia Airisya yang terbaring lemah di atas katil. Semalam, Dhia Airisya pengsan dan Doktor peribadi keluarganya memberitahu yang Dhia Airisya demam disebabkan perubahan cuaca dan juga disebabkan emosi tidak stabil.

"Sayang, jom makan" ujarnya. Dari tadi Dhia Airisya tidak mahu bercakap dengannya dan bersembunyi di sebalik selimut. Dia rasa bersalah dengan apa yang jadi. Salahnya juga kerana tidak memberitahu Dhia Airisya perkara tersebut.

"Sayang, abang masih banyak explanation nak bagitahu sayang but I don't want to tell you right now"

"Makan dulu jom. Lepastu abang bagitahu"

Selimut yang menutup seluruh badan Dhia Airisya ditarik. Nafas lega ditarik apabila Dhia Airisya kini memusingkan badan menghadapnya. Dia tersenyum kecil. Air mata Dhia Airisya dikesat dengan ibu jarinya. Dia mula menyuap bubur nasi kepada Dhia Airisya walaupun pada mulanya Dhia Airisya mahu makan sendiri.

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya tanda sudah tidak mahu makan setelah beberapa suap. Tekaknya sudah tidak mahu menerima makanan. Rasa tidak berselera ingin makan lagi-lagi kejadian semalam bermain difikirannya. Yang dia tahu dia nak dengar penjelasan dari Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah meletak mangkuk bubur nasi di atas meja bersebelahan dengan katil. Dia membetulkan posisinya menghadap Dhia Airisya. Tangan Dhia Airisya dicapai. Cincin pernikahan mereka yang berada di jari manis Dhia Airisya dipandang lama.

"Kami dah putus"

"Pu...putus?"

Emir Adden Fattah mengangguk kepalanya.

"Before I married you"

Dhia Airisya terdiam. Dia memandang lama mata Emir Adden Fattah mencari kebenaran dari mata suaminya itu. Kepalanya ditundukkan apabila dia dapat mengenal pasti kebenarannya. Matanya dipejam seketika. Bercelaru perasaannya ketika ini.

"Sorry abang tak bagitahu sayang. Abang ingatkan rahsiakan benda ni takkan melukakan hati sayang but it just makes you feel worse. Abang minta maaf sayang"

Dhia Airisya mengangkat mukanya memandang Emir Adden Fattah.

"Sometimes the truth can break our hearts apart, but it's better than a lie or keeping it as a secret." tutur Dhia Airisya. Bagi Dhia Airisya, dia lebih prefer bagitahu hal yang sebenar daripada menipu atau menyimpannya sebagai rahsia. Sebab bila kita dengar perkara tersebut dari mulut orang lain, ia akan semakin melukakan hati kita.

"I'm sorry" Dhia Airisya ditarik ke dalam peluakannya. Dipeluk Dhia Airisya erat. Terasa lega sedikit setelah memberitahu perkara yang sebenar. Semalam tak sempat dia nak bercerita, Dhia Airisya sudah pengsan.

"Tapi macam mana abang boleh bertunang lepastu putus dengan Min Ah?" Soal Dhia Airisya panasaran ingin tahu bagaimana mereka boleh bertunang dan kenapa mereka putus?

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Malas sebenarnya nak bercerita sebab benda dah lepas tapi tak apalah. Yang penting baginya Dhia Airisya tidak fikir bukan-bukan. "Lepas kejadian 4 tahun lepas abang stay sini, abang tak cintakan Min Ah pun, abang bertunang sebab nak selamatkan air muka dia je and then kami putus lepas......"

Emir Adden Fattah mendiamkan diri. Sengaja dibiarkan ceritanya bergantung. 

"Lepas mimpi about you. And then, sayang call cakap yang sayang dah mati. Mana abang tak heart attack? Abang terus bergegas balik ke Malaysia selepas putuskan pertunangan dengan Min Ah"

Dhia Airisya menangguk kepalanya tanda faham. Nasib baik Emir Adden Fattah sudah putus dengan Min Ah sebelum mereka kahwin lagi kalau tidak mahu dia merajuk setahun. Kepalanya digeleng kecil. Terkejut betul dia semalam sampai pengsan.

Pakkk

"Abang! " dahinya yang dijentik itu dipegang. Dipandang tajam Emir Adden Fattah.

"Abang tak puas hati semalam. Kenapa sayang pergi turun dari kereta lepastu tampar Min Ah?"

Dhia Airisya tersengih. Fikir kejadian semalam sudah tak diungkit dan dilupakan oleh suaminya. Dia terdiam sekejap memikirkan jawapan. "Kenapa? Tak boleh ke nak tampar ex tunang abang? Sayang sangat nampak" tutur Dhia Airisya sengaja mahu mengusik Emir Adden Fattah walaupun suaminya sudah bagitahu yang dia tidak cintakan Min Ah.

"Sayang abang serious ni"

"Isya pun serious"

Emir Adden Fattah memandang tajam Dhia Airisya.

"Ye lah ye lah" Dhia Airisya mengalah. Dia memandang Emir Adden Fattah dengan muka serious. " Sebab abang biarkan dia peluk abang. Mana Isya tak marah?" Tutur Dhia Airisya serious. Mahunya tak mendidih hatinya semalam apabila melihat suaminya dipeluk oleh perempuan lain. Panas tahu tak ketika itu?

"I did that to protect you"

"Protect? Itu bukan protect namanya. Itu mengambil kesempatan dalam kesempitan." Ujar Dhia Airisya tidak berpuas hati. Dipandang suaminya itu tajam. Protect apa benda macam tu? Menyakitkan hati adalah dan semakin menambahkan overthinkingnya. Tak pasal-pasal dia buat show depan orang ramai. Reporter pulak tu! Mampus dia kalau daddy ibu tengok berita tersebut. Mahu tak mengaku yang dia anak angkat mereka.

"Sayang tak tahu Min Ah macam mana. Tengok flight kita pun dia boleh tahu dan usul asal sayang pun dia boleh tahu. You don't know how crazy she are" ujarnya memberitahu sedikit sebanyak perangai gila Min Ah kepada Dhia Airisya. Dia kenal Min Ah macam mana. Kalau tak dapat apa yang dia mahu, dia akan guna pelbagai cara. Sebab itu dia takut kalau Dhia Airisya diapakan oleh Min Ah.

"Segila-gila dia, gila lagi Isya. Isya boleh jadi gila sebab abang tahu. Jangan buat macam tu lagi. Jangan biarkan dia peluk abang apatah lagi sentuh abang. Abang Isya punya. Hak milik mutlak Nur Dhia Airisya titik."

Emir Adden Fattah tersenyum kecil. Terasa gembira apabila Dhia Airisya berkata begitu. Pipi Dhia Airisya dicubit geram. Dia tak sangka Dhia Airisya akan bertindak sampai macam tu sekali. Pelbagai ragam betul si isterinya kalau jealous. "Baiklah my princess. I'm only yours and you're only mine" pipi Dhia Arisya dicubit geram. Geram nak makan isterinya itu! Comel sangat!





DHIA AIRISYA merayau-rayau satu rumah apabila sedari tadi Emir Adden Fattah tidak masuk ke bilik. Memandangkan dia masih demam, Emir Adden Fattah melarangnya daripada keluar dari bilik dan menyuruhnya berehat di dalam bilik. Tapi dia bosan nak mampus lagi-lagi Emir Adden Fattah tidak masuk bilik dari tadi! Tahu tak dia rindu?

Sweater yang dipakai dizip sehingga ke atas. Sejuk nak mampus walaupun berada dalam rumah. Kenapa Korea ni sangat sejuk? Melihat seorang pembantu rumah lalu di depannya segera dia menghampirinya. "Errr Miss, do you happen to see Adden? I mean, Bae Kyung?" Soalnya apabila menghampiri pembantu tersebut.

"Ouhh, Mr. Park was at the kitchen."

"Kitchen?"

Pembantu rumah tersebut mengangguk kepalanya. Dhia Airisya tanpa berlengah masa menuju ke dapur. Senyumannya semakin lebar apabila melihat Emir Adden Fattah sedang memotong sesuatu. Baru dia ingin menghampiri Emir Adden Fattah tapi tidak jadi apabila melihat Min Ah turut berada di situ.

"Min Ah-ya, yorihaneun dongan gwichanke haji malrago haetjjana (I told you not to bother me while I'm cooking.) "

"For that bitch?"

"She has a name"

"Do I care? Oppaneun nareul wihae yorihaejun jogi opjjiman, noneun geunyoreul wihae yorireul hal su ittta. (You did not ever cook for me, but for her you could.)"

Emir Adden Fattah meletakkan pisau yang dipegang itu dengan kuat. Dia memandang Min Ah bengang yang sedari tadi meganggunya memasak. Tanganya memeluk tubuhnya. Dipandang Min Ah besar kecik. Jangan sampai dia naik angin.

" Because she is my wife. I will do anything for my wife. Who are you to ask me what I want to do?" keluhan kecil dilepaskan. Sebab ini dia tidak mahu menetap di main house. Dia ingin duduk di villanya tapi harabeojinya ingin mereka menetap di sini.

"Oppa! How dare you?!" Min Ah mendengus geram. Apabila dia melihat Dhia Airisya yang berdiri tidak jauh daripada mereka, bibirnya lantas mengukir senyuman sinis. Dia lantas menghampiri Emir Adden Fattah. Tangannya pantas melilit leher Emir Adden Fattah dan berkira untuk mencium Emir Adden Fattah.

"Min Ah!"

Ditolak Min Ah itu kuat sehingga lilitan tangan Min Ah terlerai dari lehernya. Emir Adden Fattah memandangnya bengang. Memang gila betul perempuan ini! Suka hati je nak cium dia bagai. Nasib baik dia cepat tadi!

"Park Min Ah! Come to my room right now!"

"Ha...harabeoji"

Tergamam Min Ah apabila melihat harabeojinya di dapur. Melihat harabeojinya yang kelihatan begitu bengang lagi membuatkan dia bertambah takut. Emir Adden Fattah turut tergamam lagi-lagi dia melihat Dhia Airisya berdiri di belakang harabeoji.

Harabeoji beredar dari dapur. Min Ah mengenggam tangannya geram lalu mengikut langkah harabeojinya. Namun dia berhenti di depan Dhia Airisya. "How dare you complain to my grandfather? You wait!" Ujarnya lalu beredar dari dapur.

Dhia Airisya hanya terdiam. Bila masa dia mengadu? Harabeoji tiba-tiba sahaja muncul di tepinya lalu menyaksikan apa yang Min Ah cuba lakukan. Dia pulak yang disalahkan. Huh dasar minah sengal!

"Sayang"

Emir Adden Fattah menghampiri Dhia Airisya. Air liur ditelan kelat melihat Dhia Airisya memandangnya tajam. Habislah dia kalau Dhia Airisya jealous dan merajuk lepasni. "Abang tak ajak pun Isya masak sekali" berkerut dahi Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya yang berlalu ke sinki.

"Sayang tak marah ke?"

"Abang masak apa ni?"

Soalan dibalas soalan

Dhia Airisya mengerutkan dahinya melihat bahan-bahan masak. Kelihatan seperti suaminya itu ingin masak makanan Korea. Pisau yang digunakan oleh suaminya diambil lalu dia menyambung kerja suaminya yang tergendala tadi.

"Arghh abang!"

Terkejut Dhia Airisya apabila dia diangkat dan didudukkan di atas meja kitchen island.

"Sayang nampakkan tadi? Kenapa tak marah abang?" Soal Emir Addeb Fattah. Rasa pelik pula dia apabila Dhia Airisya mengendahkan apa yang berlaku tadi. Padahal sudah tentunya Dhia Airisya melihat apa yang terjadi tadi.

"Kenapa nak marah abang?"

"Sayang. Jangan macam ni boleh tak. Kalau tak puas hati bagitahu, jangan berdalih. Sayang menakutkan abang tahu"

Dhia Airisya ketawa kecil. Sumpah kelakar apabila Emir Adden Fattah berkata begitu. Dia buat begitu pun boleh takutkan Emir Adden Fattah? Macam pelik je mafia sorang ni. Dengan musuh tak takut pula. Tangannya memegang pipi Emir Adden Fattah. Dipandang sahaja muka tidak puas hati suaminya itu.

"Abang tolak kan dia tadi. Buat apa nak marah?"

"Betul ni tak marah?" Soal Emir Adden Fattah risau.

"Yaa abang sayang. Isya tak marah pun suami kesayangan Isya ni."

Emir Adden Fattah tersenyum lega. Lega dia apabila Dhia Airisya tidak marah ataupun merajuk dengannya. "Tapi jap kan abang cakap jangan keluar dari bilik. Kalau makin demam macam mana?" Soal Emir Adden Fattah bengang apabila dia baru teringat akan arahannya tadi kepada Dhia Airisya.

"Isya rindu abangggggg"

Emir Adden Fattah menahan senyum. Mukanya diketatkan. Sengaja taknak berlembut dengan Dhia Airisya. "Tapi abang tak rindu sayang" ujarnya membuatkan muka Dhia Airisya berubah tegang.

"Ouhhh tahu la ada Min Ah tadi sebab tu tak rindukan Isy......abang!"

Emir Adden Fattah ketawa kecil.

"Abang! Malulah orang tengok." Ujar Dhia Airisya geram apabila Emir Adden Fattah mencium bibirnya sekilas. Kepalanya dipusing kanan kiri takut jikalau ada orang yang melihat. Dan sangkaannya tepat.

"Sa...samchun"


**********

So terjawablah persoalan korang semua pasal Adden dengan Minah tu.

Esok malam author update next episode okay?

Jangan lupa votement.

















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro