Bab 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ARIANA meneguk ar liur perit. Kepala hoodie semakin ditarik menutup kepalanya dan separuh mukanya. Dia berlari pada Firash lalu menyorok di belakang Firash. Hujung baju lengan Firash dipegang. Tangannya menggigil. Bibirnya digigit. Takut.

"Syu?" Aiman datang mendekati Firash dan Ariana. Matanya mengecil memandang Ariana di belakang seorang lelaki. Tak silapnya tadi, dia mendengar suara Ariana. Dia mendengar jeritan Ariana yang memanggil nama lelaki.

"Pardon me? Cari siapa?" Soal Firash. Dia menggenggam erat tangan Ariana yang berada di belakangnya itu.

"My friend. Perempuan kat belakang tu Ariana Syuhada kan?"

Ariana semakin menelan air liurnya perit. Jangan terkantoi sudah dirinya. Dia taknak berdepan dengan Aiman, ex-boyfriendnya itu! Dan dia taknak Aiman jumpa dia keluar dengan lelaki. Nanti kecoh satu sekolah dia tak datang sekolah selama sebulan sebab keluar dengan jantan!

"Sorry, she's not the girl you find. She's my girlfriend"

"But, suara dia....."

"Maybe you tersalah dengar kut. Ye lahh dah curang kan mesti suara girlfriend you menghantui you." bidas Firash selamba. Melihat muka terkesima lelaki di depannya itu membuatkan dia tersenyum sinis.

Namun tidak Ariana. Matanya sudah terbuntang dan hampir-hampir mahu keluar! Apasal Firash cakap macam tu! Kan tak pasal terkantoi yang dia Ariana. Bibirnya digigit menahan geram. Sempat dia mencubit lengan Firash.

"Ouh sorry. Btw, your face looks so familiar"

Ariana meneguk air liur perit sekali lagi. Dia lupa yang Firash abang Fira! Mesti Aiman pernah tengok sebab Firash pernah menjemput Fira kat sekolah beberapa kali! Haa sudah! Jangan sampai Aiman bagitahu Fira yang dia nampak Firash keluar dengannya!

"Maybe you have seen my face in majalah. Well, I'm popular among girls, and I'm shocked that you recognised me. I did not know I was also popular among men." Tutur Firash tenang. Dia tersenyum kecil. Langsung tidak  getar sedikit pun. Lagipun dia seorang sejenis yang pandai handle situation.

Aiman mendiamkan diri, mencerna kata-kata dair lelaki di depannya itu. Mungkin benar kata lelaki itu. Dia mungkin ternampak kat mana-mana majalah. Lelaki handsome dan berstyle macam tu confirm selalu masuk majalah. Dan mungkin dia tersalah dengar suara Ariana.

"You!"

Aiman berpaling memandang Sarah yang menghampirinya.

"You pergi mana? Kan I dah cakap jangan ke mana-mana."

Dahi Ariana makin berpeluh. Debaran di dadanya semakin rancak apabila mendengar suara Sarah, yang pernah dianggap kawan baiknya itu. Risau kalau dirinya terkantoi! Yang paling dia nervous, dia risau kalau Sarah cam Firash! Sarah kenal abang Fira!

"Ehh wait, abang Fira kan? Apa ehh nama Firash kan?" Soal Sarah teruja melibat abang Fira di depan matannya.

Kan dia dah cakap!

"Haa patutlah pernah tengok. Abang Fira rupanya." Tutur Aiman yang baru teringat akan lelaki di depannya yang merupakan abang kepada Fira, classmatenya.

Firash tersenyum kelat.

"Ouhh you all kawan Fira ke?"

Sarah mengangguk kepalanya teruja.

"Haah. Kitorang kawan Fira. Classmate. Eee tak sangkanya dapat jumpa abang Fira depan-depan. Handsome!" ujar Sarah teruja.

Tidak lepas dia memandang Firash di depan matanya itu sehingga dia masih belum sedar kehadiran seorang gadis di belakang Firash. Renungan cemburu Aiman padanya langsung tidak dihiraukan. Yang penting Firash 10 x handsome dari Aiman!

Ariana mengenggan tanganya geram. Ehh dasar bestie tak guna! Dah la rampas boyfriend dia! Nak rampas suami dia pula ke?! Dia mendengus geram. Menyesal sangat-sangat pernah berkawan baik dengan Sarah! Dasar kawan tikam belakang!

Firash hanya menayang muka selambanya. Dia mahu ketawa kecil mendengar Ariana yang membebel perlahan kat belakangnya. Amboi mengutuk bestfriend sendiri nampak! Dia berdehem seketika.

"I need to go. Ada hal"

"Ala dah nak pergi ke? Err nak bergambar boleh?"

Sekali lagi Ariana mendengus geram. Ada juga nak bertarik rambut kejap lagi! Kalau tak fikir dia mahu menyorok identitinya itu, dah lama dia tarik rambut Sarah! Nafas dalam ditarik. Sabar je lah!

"Sorry, nanti girlfriend I marah" ujar Firash. Ditarik Ariana selamba ke tepinya. Pinggang Ariana diraih lalu dengan selamba dia menayang senyuman kepada Ariana yang memandangnya tajam. Hoodie Ariana ditarik menutup mata Ariana yang merenungnya tajam itu.

Sarah mencerbik tidak berpuas hati. Dipandang sahaja gadis di depannya itu yang mukanya tertutup dengan kepala hoodie. Hujung rambutnya dipintal-pintal dengan tangan kanannya sambil memandang gadis itu atas bawah. Dengan hoodie yang besarnya, nampak selekeh betul! Ni mesti sorok muka sebab hodoh! Dia tersenyum sinis.

"Ehem, why did you see her like that?"

Sarah yang tersedar soalan itu ditujukan kepadanya cepat-cepat sahaja dia senyum manis pada Firash.

"Sorry to say, but my girlfriend is more beautiful than you. Dah la tikam kawan. Memang helok sangat dengan muka you yang dah macam syaitan." bidas Firash.

Ariana sudah tergamam. Dia mendongak kepalanya memandang Firash. Betul ke ni suami dia? Betul ke Firash di tepinya? Tidak pernah dia melihat Firash berkata begitu di depannya. Power ahh! Dia tersenyum kecil. Puas hati apabila Firash dapat membidas Sarah. Ambik kau perempuan!

"Excuse me, watch your mouth man. Tak bermakna you lagi tua dari kitorang, you boleh cakap macam tu kat my girlfriend " bela Aiman. Dia memandang Sarah yang kelihatan begitu sentap dengan kata-kata Firash.

Senyuman Ariana memudar. Jelas sakit hatinya apabila Aiman menyebut 'my girlfriend'. Habistu selama ni dia apa? Third wheeler antara diorang? Ciss dasar lelaki!

"Ouhh sorry, mulut I memang macam ni lagi-lagi kalau dengan orang yang bertopengkan syaitan. Need to go. Arh before that, I want to give some advice."

Firash memandang Sarah.

"Kalau boyfriend you pernah curang, do you think dia akan curang dengan you suatu hari nanti? And you man..." Firash memandang Aiman pula.

"Hati-hati takut girlfriend you tikam you suatu hari nanti. Dengan bestfriend sendiri boleh, why not dengan boyfriend pulak kan? Entah-entah nanti rampas tunang or husband orang pulak. Risau"

Firash tersenyum sinis melihat muka terkesima mereka. Mungkin terkejut dan tersentap kerana apa yang dia katakan itu memang diorang buat! Mesti tertanya-tanya macam mana dia tahu. Haha pandai-pandailah fikir. Malas berdrama lama-lama kat tengah-tengah mall, dia menarik tangan Ariana dari situ.

Ariana tersenyum kecil memandang Firash yang hanya senyap itu. Dia yang mahu sakit hati dengan Aiman tak jadi apabila Firash membidas mereka. Puas sangat hatinya tadi! Geram je nak tengok muka terkesima diorang tadi! Haishh!

"Thanks"

"What? I did not hear you"

Ariana menghentikan langkahnya membuatkan langkah Firash juga terhenti. Dia memandang kiri kanan memastikan yang mereka sudah jauh dari Aiman dan Sarah. Dia mendongak kepalanya memandang Firash. Kakinya dijongket sedikit memandang ketinggian dia hanya separas dada Firash.

Cupp

"My thanks for you" ujarnya lalu meninggalkan Firash setelah mencium pipinya sekilas.

Firash tersenyum lebar. Dia mengejar langkah Ariana lalu dengan selamba badan Ariana dicempung membuatkan Ariana menjerit kecil. Ketawa kecil dia melihat renungan tajam Ariana.

"Firash! Turunkan Ana!" Ujar Ariana dengan suara yang diketap memandangkan jeritannya tadi mengundang orang ramai melihat mereka. Dia taknak Aiman dan Sarah mendengar suaranya.

"Rash malu lah" ujarnya. Beberapa orang yang berlegar di Pavilion melihat mereka pelik. Sapa je tak pelik apabila seorang lelaki mencempung seorang perempuan kat mall! Tak pasal-pasal nanti kena dengan netizen Malaysia! Bukan dia tak tahu netizen ni macam mana!

"Biarlah, kita dah kahwin."

"Rash"

"Shut your mouth my little girl before I kiss you"

Bibirnya diketap. Tangannya menutup mulutnya. Risau kalau Firash mencium bibirnya. Bukan boleh percaya sangat Firash ni. Sejenis yang akan melakukan apa sahaja yang dia suka walaupun mereka berada di tempat mall. Akhirnya, dia mengalah. Kepala hoodie semakin ditarik. Kalau boleh taknak bagi orang tengok langsung mukanya. Biarlah diorang tengok muka Firash je.

"Good girl"


MATA dikedip-kedip beberapa kali dengan senyuman yang manis, cuba memujuk Emir Adden Fattah menurut kata-katanya. Tanganya menggoyang lengan Emir Adden Fattah. Namun wajah suaminya itu hanya selamba dan bertambah bengis. Tak terpujuk ke dengan muka comel dia ni?

"Abang jom la"

Emir Adden Fattah mendengus kecil.

"Abang taknak la sayang. Jangan paksa-paksa boleh tak? Don't annoy me, Airisya." Bengis suara Emir Adden Fattah.

Dhia Airisya tersentap seketika. Dia memandang lama Emir Adden Fattah dengan mata yang kecewa. Emir Adden Fattah yang sedar akan kebengisan suaranya itu dan dia tahu Dhia Airisya sedang makan hati dengannya sekarang. Jelas kelihatan mata hazel milik Dhia Airisya.

"Abang....."

Dhia Airisya bangun daripada sofa.

"Ajak keluar je pun" ujarnya perlahan sebelum menuju ke bilik mereka. Yes, dia ajak Emir Adden Fattah keluar jalan-jalan kat Korea naik bas! Dia taknak keluar dengan kereta mewah milik suaminya itu dan dia nak merasa dating naik bas pergi jalan-jalan kat Seoul ni. Best apa?

Tapi tu lah punya suami yang lahir dari keluarga senang ni mana pernah naik bas. Macam-macam alasan bagi bila dia ajak date naik bas. Katanya rimas dengan orang bersesakan nantilah, tak pun nanti kena kejar dengan fans dia la.

Dhia Airisya menghempas badannya atas katil dengan kecewa. Ini semua sebab pinangan drama Korea! Dia tengok scene dating naik bas lepastu jalan-jalan kat Korea and yess perempuan tu orang biasa-biasa dan lelaki itu adalah pemilik syarikat yang terkenal. Fikir dia dan Emir Adden Fattah dapat buat macam tu juga. Rupa-rupanya itu akan berlaku dalam drama sahaja!

Jangan letak harapan yang orang kaya-kaya lagi-lagi anak cucu cicit President Korea akan naik bas!

Bunyi pintu tertutup membuatkan Dhia Airisya berpaling memandang ke arah pintu. Bertembung sahaja dengan anak mata yang berwarna grey kebiruan terus dia mengiringkan badannya ke kanan, membelakangi Emir Adden Fattah. Matanya dipejam disaat terasa ada orang duduk di atas katil.

"Membelakangi suami tak baik tau sayang"

Cis!

Dia guna kuasa suami!

Bibirnya digigit. Lemah la kalau macam ni! Tapi kali ini dia tekad! Tak nak berpaling! Dosa pun dosa lah!

Emir Adden Fattah mengeluh kecil melihat tiada respons dari Dhia Airisya.

"Sayang marah kat abang?"

Tanya lagi! Mestilah dia marah! Dan merajuk!

"Sayang"

Diam

"Nur Dhia Airisya"

Dhia Airisya menelan air liur. Meremang bulu romanya! Kalau Emir Adden Fattah sebut saja nama panjangnya, memang bikin bulu romanya meremang. Tambah lagi dengan suara Emir Adden Fattah yang menahan dirinya daripada marah. Maksudnya satu je! Baik dia berpaling atau pun keadaan getting worst!

Perlahan-lahan dia berpaling menghadap Emir Adden Fattah.

"Nak apa?" Soalnya dingin walaupun dirinya sedang ketakutan dengan aura hitam Emir Adden Fattah. Matanya liar memandang sekeliling, mengelak dari memandang anak mata grey kebiruan yang tajam merenungnya. Takut!

"Bangun. Duduk sini" keras sahaja suara suaminya.

Dhia Airisya bingkas bangun daripada baring, akur dengan arahan Emir Adden Fattah. Tidak berani dia mahu melawan arahanya suaminya itu. Dia duduk bersila menghadap Emir Adden Fattah tapi matanya liar memandang ke arah lain.

"Look at me" suara sarkastik Emir Adden Fattah menyapa telingannya, membuatkan matanya terus memandang anak matanya suaminya. Air liur ditelan kelat. Ni lemah ni kalau pandang anak mata suaminya itu.

"What will I get if abang setuju?"

"Huh?" Soalnya bingung.

"Hadiah untuk abang kalau abang setuju dengan cadangan mengarut sayang"

Dhia Airisya mencerbik apabila Emir Adden Fattah menyebut cadangan mengarut. Cis! Namun dia terjeda sekejap memikirkan maksud tersirat Emir Adden Fattah. Melihat pandangan nakal Emir Adden Fattah pada seluruh tubuhnya membuatkan mata dia terbuntang luas. Cepat-cepat tangannya memeluk tanda silang pangkah pada tubuhnya. Lelaki memang!

Laju sahaja dia mengangkat kaki menuju ke pintu bilik. Lebih baik dia selamatkan diri sendiri dulu! Pintu dibuka dan bumm! Air liurnya ditelan kelat apabila pintu ditutup semula oleh Emir Adden Fattah. Dia diam berdiri menghadap pintu apabila kedua-dua tangan Emir Adden Fattah menahan kiri kanannya.

"Kenapa lari?" Bisik Emir Adden Fattah pada telinga Dhia Airisya.

Air liurnya ditelan apabila badannya dipusing oleh Emir Adden Fattah. Dagunya dipegang dan kepalanya didongak memandangnya. Yang lagi mengejut kan dia apabila tangan suaminya tiba-tiba meraih pinggangnya membuatkan badannya terdorong pada badan Emir Adden Fattah. Hampir-hampir sahaja dia mahu mencium bibir suaminya itu.

"I.....Isya tak jadi nak keluar!" Dada Emir Adden Fattah ditolak sekuat hati tapi badan suaminya langsung tidak berangjak darinya.

"Kalau tak jadi baguslah, kita boleh buat sekarang"

Mata Dhia Airisya terbuntang luas apabila dirinya dicempung lalu diletak di atas katil. Belum sempat dia mahu lari, Emir Adden Fattah terlebih dahulu menindihnya. Kedua-dua tangannya turut dikunci oleh Emir Adden Fattah.

"Abanggg....taknak lah"

Kepalanya digeleng. Bukan mahu kurang ajar menolak permintaan suami tapi dia malu! Walaupun dah berapa kali buat dia tetap malu!

"Malu?"

Kepalanya diangguk.

"Dah berapa kali kita buat sayang. Kenapa nak malu lagi?" Soalan dari suaminya itu membuatkan dia mencerbik. Lelaki senang lah cakap! Dia ni perempuan! Perasaan malu memang akan tetap ada!

Melihat mata Emir Adden Fattah yang memandang bibirnya itu membuatkan dia pasrah. Matanya dipejam. Bersiap sedia bibirnya itu dicium oleh Emir Adden Fattah. Terasa bibirnya itu lembut dicium oleh Emir Adden Fattah. Apa yang dia suka apabila mereka membuat hubungan intim, Emir Adden Fattah selalu berlembut dengannya. Dan kelakuan lembut dari suaminya membuatkan dia hanyut dalam perasaan.

Matanya dibuka tutup. Kenapa terasa berat sangat matanya kali ini? Usapan pada pipinya membuatkan matanya semakin berat. Sempat dia menangkap Emir Adden Fattah yang tersenyum ke arahnya sebelum pandanganya mula gelap.

Melihat Dhia Airisya yang sudah tidak bergerak, dia bangun daripada menindih badan Dhia Airisya. Dibetulkan badan Dhia Airisya sebelum diselimutkan sehingga ke paras dada. Kepala Dhia Airisya diusap kecil sebelum satu ciuman menyinggah di dahi Dhia Airisya.

"I'm sorry"

Dia bangkit daripada katil. Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya. Nama Andre dicari lalu didail.

"Andre, est-ce que tous nos hommes se sont préparés? (Andre, did all our men get ready?)" Soalnya pada Andre yang merupakan orang kanan Frenchnya.

"Oui ! (Yes!)"

Lampu ditutup. Baru sahaja dia mahu menutup pintu tapi ditahan seketika apabila dia memandang figura Dhia Airisya yang sedang tidur nyenyak. Matanya dipejam seketika. Rasa bersalah kerana meletak ubat tidur dalam minuman Dhia Airisya. Dia terpaksa buat macam tu sebab malam ni dia ada misi dengan Andre! Dia taknak Dhia Airisya tahu perbuatannya itu.

"Attendez-moi cinq minutes. (Wait for me in 5 minutes.)"













Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro