Bab 37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MELIHAT seorang perempuan tua terbaring lemah dia atas katil hospital, membuatkan Hana semakin lemah berjalan menghampiri ummk tercintanya. Melihat uminya yang sedar dengan kehadirannya lalu menoleh ke sisi memandangnya, cepat-cepat sahaja dia mengukirkan senyuman manis.

"Ehh anak umi tak kerja ke hari ini?" Soal uminya hairan apabila dia datang ke sini pada hari bekerja.

"Kerja Umi. Ni Hana datang waktu lunch. Nah Hana beli lunch untuk kita berdua" ujar Hana. Satu plastik makanan diletak di atas meja di sisi katil sebelum menarik kerusi. Tangan uminya disalam lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Susah-susah je datang sini. Kan umi dah pesan jangan datang sini waktu lunch. Tempat kerja Hana dengan hospital ni jauh"

Hana tersenyum kecil.

"Alaa umi, Hana nak lunch dengan umi. Daripada Hana lunch sorang-sorang baik Hana lunch dengan umi" cerbik Hana.

"Habistu Icha?"

"Icha dah tak kerja la umi kat situ. Dia kan dah kahwin. Suami dia kaya tak apa lah"

Terangguk-angguk kepala uminya. Lupa yang kawan baik anaknya itu sudah berkahwin dan berhenti kerja. Maklumlah dah tua, berpenyakit pula tu. Mana la dia ingat.

"Umi, Hana rasakan Hana nak kahwin dengan orang kaya juga lah umi. Tak payah kerja" Hana mengangkat keningnya pada umi sambil tersenyum kecil. Namun laju sahaja tangan uminya menampar lengannya. Mulutnya dicerbik.

"Masalahnya ada ke yang nak kahwin dengan anak umi ni? Pantang lelaki nak rapat, habis dikeluarkan kata-kata kesat oleh Hana. Umi rasa anak dato' pun tak berani nak dekat. Garang bebenor" tutur Puan Farah. Tersenyum kecil dia memandang muka masam anaknya itu. Bukan dia tak tahu perangai satu-satunya anak dia tu macam mana. Anti lelaki!

"Umi apa cakap macam tu. Kalau Hana tak kahwin sampai tua, semua salah umi"

"Ehh umi pula yang kena?"

"Ye lah kata-kata seorang ibu kan doa. Umi doa yang tak baik untuk Hana"

Puan Farah ketawa kecil. Kepala Farhana diusap lembut.

"Ye lah umi doakan anak umi ni cepat-cepat jumpa jodoh yang baik. Cepat-cepat kahwin sebelum umi pergi"

"Umi! Apa umi cakap macam tu!" Tutur Farhana tidak berpuas hati. Ait matanya semakin bertakung apabila teringat kata-kata Doktor yang uminya tidak lama akan hidup jika tidak melakukan pembedahan. Bukan dia taknak uminya lakukan pembedahan, namun kos pembedahan itu mencecah berpuluh ribu. Mana dia nak dapat duit berpuluh ribu?

"Err umi Hana pergi dulu la. Hana lupa Hana kena jumpa someone. Umi makan tau. Bye" terasa air matanya hampir mengalir, cepat-cepat dia pergi. Taknak membuatkan uminya bersedih apabila dia menangis.

Pintu ditutup. Dia menghampiri kerusi yang disediakan lalu punggungnya dilabuhkan di situ. Mukanya ditutup dengan tapak tangannya lalu tangisannya terhembus. Menangis teresak-esak Hana. Dia tidak bersedia kehilangan satu-satunya ahli keluarganya, semangatnya.

"Hana"

Aufa yang kebetulan mahu lalu di laluan tersebut untuk melihat pesakitnya terhenti langkahnya di depan Hana. Dia turut melabuhkan punggung di situ, di sisi Hana. Hana yang sedang menangis ditarik ke dalam pelukannya.

"Aku tak kuat, Fa"

"Shh aku ada." Aufa membiarkan Hana menangis sepuasnya.

Btw kau dah cakap kat Icha?" Soal Aufa apabila Hana semakin tenang.

Hana menggelengkan kepalanya. Dia ada telefon Dhia Airisya baru ini untuk memberitahu tentang umminya namun dia rasa seperti menganggu honeymoon mereka. Jadi dia membuat keputusan untuk tidak memberitahu Dhia Airisya.

"Ke nak aku tolong cakap kan? Lagipun kalau Icha dapat tolong, at least dapat lakukan pembedahan ummi secepat mungkin"

Hana termenung seketika. Dia ada mahu meminta pertolongan Dhia Airisya, ingin meminjam duitnya sedikit. Kalau campur duitnya dan duit Aufa dan Ikha, ianya masih belum cukup. Tapi dia taknak kacau Dhia Airisya honeymoon. Dia tahu kalau dia bagitahu, mungkin Dhia Airisya akan balik ke Malaysia secepat mungkin. Dia kenal kawan baiknya itu.

"Tak apalah, Aufa. Aku dah fikir cara lain"

Aufa mendiamkan diri memandnag Hana lama sebelum matanya membulat memandang Hana.

"Kau seriously, Hana?" Soal Aufa yang faham tentang cara lain yang dimaksudkan oleh Hana.

Hana mengangguk kepalanya lemah.

"Hanya itu cara yang aku ada. Aku nak jumpa dia kejap lagi"

Setelah menelefonnya dan memberitahu yang dia ingin berjumpa di lobi hospital, Hana duduk di salah satu kerusi yang kosong. Dia termenung seketika memerhati orang-orang yang sedang lalu lalang di lobi hospital. Ada yang sedang menolak kerusi roda pesakit, ada kanak-kanak yang berlari walaupun sedang sakit dan ada juga yang sedang termenung sepertinya.

"Ehem"

Hana mengangkat kepalanya memandang seorang lelaki yang memakai kemeja hitam mengambil tempat duduk di depannya.

"So kenapa you nak jumpa......"

"I sudi kahwin dengan you, Harriz"

FLASHBACK

"WHAT? KAHWIN?" soal Hana yang jelasnya terkejut dengan apa yang disuarakan oleh lelaki yang duduk di depannya itu, iaitu Harriz Adham. Melihat semua orang yang berada dalam Lestaria Cafe memandangnya, Hana tersengih malu. Dia kembali duduk di atas kerusi. Muka takyah cakap, memang merah habis! Terkejut punya pasal, tak pasal-pasal dia menjerit dalam cafe.

"Ehem" tekaknya dibetulkan. Hana memandang muka Harriz dengan serious.

"You're not kidding me, right?" Soalnya ingin kepastian. Gila! Harriz ajak kahwin! Mamat ni betul ke tak?

"Ada nampak I buat lawak ke? Tak kan?"

Hana menjeling Harriz. Annoying!

"Apa motif you ajak I kahwin dengan you? Hello! Kita ni bagai kucing dengan anjing tau?!"

"So? Kucing dengan anjing tak boleh kahwin la?"

"Absolutely NO"

Harriz mengeluh perlahan. Cuba bersabar dengan Hana. Rasa macam nak tarik balik apa yang dia kata tadi. Kenapa dia boleh terfikir nak ajak Hana kahwin? Kenapa Hana? Dia sendiri tak tahu. Apa yang dia tahu, dia kena cari calon secepatnya dan bawa jumpa parents dia.

"Macam ni lah, I kena kahwin in 3 months so only you yang I fikir"

Haha diam seketika sebelum ketawanya melepas.

"Ouh so kiranya you kena kahwin paksa lah ni? I'm sorry for that, but being married to you was impossible! I taknak kahwin dengan lelaki yang I tak cinta especially dia musuh I. It will never happen" ujar Hana.

Harriz mengetap rahangnya geram. Terasa dirinya kali ini dipijak-pijak. Haish geram! Kenapa dia pergi ajak Hana berkahwin! Ramai lagi bunga kat luar sana! Hana juga dia pergi ajak kahwin. Matanya dipejam seketika. For his dad, he will do anything. Yang pasti papanya takkan mengongkong dia lepas ini! Yes, itu yang dia mahukan!

"Okay fine. You yang akan rugi tak kahwin dengan I"

Hana mengecilkan matanya cuba memahami maksud tersirat Harriz.

"Cis! You ingat I ni gilakan duit? Haha so funny. Sorry I bukan perempuan yang macam you fikir. You offer I duit berjuta pun I tetap takkan kahwin dengan you! I ada maruah I dan I bukan gilakan harta! Huh, what a jerk man of you! " seraya itu dia keluar dari cafe meninggalkan Harriz yang jelasnya geram dengan kata-katanya. Hana ketawa kecil. Silap betul cari pasal dengannya! Tak pasal-pasal kena reject dengan dia! Haha happynya dapat reject Harriz!

END FLASHBACK

Harriz mendiamkan dirinya, memandang Hana lama. Yes, dia ada ajak Hana untuk berkahwin dengannya atas desakan daddynya namun Hana menolaknya. Masih dia ingat kata-kata kesat Hana lontarkan untuknya tapi hari ini gadis itu sudi nak kahwin dengannya. Dipandang lama muka Hana yang sangat muram itu.

"Tapi I ada syarat"

"What?"

Hana mengeluh kecil. Dipandang bawah. Tanganya memintal hujung bajunya. Betul ke keputusan dia? Kahwin dengan Harriz? Lelaki musuhnya yang selalu bergaduh setiap kali mereka berjumpa. Kalau mereka kahwin, sudah tentu perlu hadap muka each other setiap hari. Silap-silap periuk terbang sana sini setiap kali mereka bergaduh. Sudahlah perangai kedua-dua taknak mengalah.

"Just tell me"

Hana memejamkan matanya.

Demi umi tercintanya.

"I tak kesah you nak fikir I mata duitan ke apa. It's up to you. I nak pinjam duit you untuk kos pembedahan umi I. Nanti I bayar kat you balik. Jangan risau I takkan dapat lari sebab I terikat dengan you" ujar Hana. Biarlah dia kelihatan terdesak sekali pun. Berkahwin sebab duit Harriz. Tapi demi ingin melihat uminya sembuh sedia kala, dia sanggup buat apa-apa sahaja walaupun terpaksa merosakkan kebahagiannya pada masa akan datang.

"Okey and no need to pay me back. Once kita kahwin, my money is your money"

Hana memandang Harriz lama. Happy? Semestinya tidak. Sebab, dia berkahwin kerana umminya. Tidak terfikir dia mahu berjoli dengan duit Harriz. Kalau bukan sebab pembedahan uminya, langsung dia tak terfikir nak kahwin dengan Harriz. Kahwin dengan orang yang mulut lancang sepertinya? Memang taufan rumah nanti!

"So tommorrow, ikut I jumpa parents I"

"Esok?" Soal Hana terkejut.

"Yeah tomorrow. It's been almost a week since my daddy told me to bring my future wife to our home. You agree or not, I don't care. It's not my problem"

Hana mengecilkan matanya memandang Harriz. Kecik besar je dia pandang Harriz. See tengoklah perangai Harriz macam mana. Tak boleh bayang mereka duduk sebumbung nanti! Memang berlaku taufan setiap hari. Nak nak dia juga sejenis yang tidak suka dikonkong.

Tak apa Hana demi umi kau!

"Ye lah."

"When do you want to take me to see your mom?"

Hana mendiamkan diri. Dia masih belum bagitahu tentang Harriz pada uminya. Ni kalau dia kata nak kahwin ni mesti umi dia terkejut. Anak perempuan dia nak kahwin! Sudah semestinya dia tidak akan bagitahu uminya yang dia kahwin sebab nak selesaikan kos pembedahan umminya.

Dia mengeluh kecil.

"After surgery. Can?"

"Not my problem"

Ehh ada juga nak kena lepuk dengan dia! Dia yang tanya tadi lepastu cakap not my problem. Kan dia lempang kan sampai terhantuk kat dinding baru tahu! Sabar je lah Hana!

"Tak ada apa-apa dah kan?" Soal Harriz.

Hana menggelengkan kepalanya. Rasanya tak ada apa-apa dah kut.

"Okay"

Harriz bangun dari kerusi, bersiap sedia ingin beredar. Tidak betah dia lama-lama kat hospital. Dia tak suka bau hospital. Kalau bukan sebab Hana yang berkeras nak jumpa dengan dia kat sini, memang tak dia nak jejak kaki ke sini.

"Wait Harriz"

Harriz menghentikan langkahnya lalu menjongketkan keningnya pada Hana.

"Err tak ada apalah"

Harriz mengeluh kecil.

"Say it, Hana. I tak suka orang macam ni. Nak cakap pastu tak jadi"

Hana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Melihat renungan tajam Harriz, lebih baik dia cakap!

"Err your parents garang tak?"

Harriz diam. Mahu ketawa dia dengan soalan yang diajukan oleh Hana. Seiously, Hana yang seorang suka berperang mulut dengannya, boleh tanya soalan seperti itu? Dia ingatkan Hana yang spesies mulut lancang tidak takut dengan orang spesies macamnya.

"Hmm you will know later" ujarnya lalu beredar meninggalkan Hana kontang-kanting. Lagipun dia malas hendak beritahu parentsnya macam mana. Biarlah Hana tahu sendiri bila berjumpa nanti.

"Cis geramnya aku dengan mamat ni" luah Hana geram. Harriz yang sudah berjalan jauh darinya itu dipandang sampai dia hilang dari pandanganya. Dia duduk semula di atas kerusi. Mukanya diraup kasar. Arhh dia taknak kahwin dengan mamat tu!

KEPALA digeleng berkali-kali. Mata dipejam rapat. Peluh semakin kuat mengalir di dahi Dhia Airisya. Dan perkataan 'jangan' asyik keluar dari mulut Dhia Airisya. Emir Adden Fattah yang baru keluar dari tandas dengan bertuala putih di pinggang segera menghampiri Dhia Airisya yang kelihatan sedang bermimpi.

"Sayang" pipi Dhia Airisya ditampar lembut.

"Hey wake up"

Semakin risau Emir Adden Fattah apabila melihat Dhia Airidya semakin menjadi-jadi.

"Sayang, I'm here. Wake up"

"JANGAN!"

Dhia Airisya bangun terduduk. Termengah-mengah dia mencari oksigen namun dadanya semakin sakit. Dipegang dadanya yang sakit itu dengan muka yang berkerut menahan sakit. Nafasnya semakin tidak stabil.

"Sayang, breathe. Calm down."

Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang Emir Adden Fattah yang duduk di depannya itu. Tanpa membuang masa, dia terus memeluk Emir Adden Fattah dengan erat. Semakin kuat dia menangis dalam pelukan suaminya. Dadanya sudah tidak sakit sebaik sahaja tubuhnya berada dalam dakapan suaminya. Namun dia masih takut.

"Hey, kenapa ni hmm? Abang ada kat sini. Jangan nangis"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya. Mulutnya seakan lemah mahu berbicara. Apa yang dia tahu dia sangat takut dan ingin pelukan hangat dari suaminya. Mukanya semakin disemban di dada sasa suaminya yang tidak memakai baju.

Lama mereka berkeadaan begitu, akhirnya Dhia Airisya semakin tenang. Dia masih dalam dakapan Emir Adden Fattah. Usapan lembut pada kepala dan belakang badannya sedikit sebanyak membuatkan dirinya mahu terlelap semula. Tapi dia pantas menggeleng kepalanya. Tidak mahu terlelap. Dia takut kalau dia bermimpi ngeri lagi.

"Feeling better?"

Kepalanya diangguk perlahan.

Bahu Dhia Airisya dipegang dan dia menjarakkan sedikit badan Dhia Airisya darinya agar dia dapat memandang wajah Dhia Arisya. Ibu jarinya pantas mengesat sisa air mata Dhia Airisya. Dicium lama dahi Dhia Airisya sebelum dia menarik Dhia Airisya ke dalam pelukannya semula.

"Nak abang nyanyi?"

Kepalanya diangguk.

Emir Adden Fattah berdehem seketika membetulkan tekaknya sebelum dia memulakan nyanyiannya. Dia menyanyi lagu I Lost Myself In Loving You by Jamie Miller. Dhia Airisya hanya diam mendengar setiap bait nyanyian Emir Adden Fattah yang sangat merdu. Mendengar nyanyian suaminya itu membuatkan dia lupa akan mimpi ngerinya itu.

I lost myself in loving you, in loving you
Became someone else I never knew, I never knew
I was there when you needed saving
But you wouldn't do the same thing
I lost myself, I lost myself in loving you, oh (ooh)
In loving you, oh (ooh)

I lost myself, I lost myself in loving you

Dhia Airisya mengesat kasar air matanya yang tiba mengalir. Tersentuh dengan nyanyian suaminya itu tambah pula suamimya nyanyi dengan penuh emosi. Dah la nyanyi lagu sedih! Makin nak menangis adalah!

"Kenapa menangis? Tak best ke abang nyanyi?"

"Isya menangis sebab terlampau best. Abang nyanyi lagu broken kenapa? Isya dah la tengah sedih"

Emir Adden Fattah ketawa kecil. Dia main petik je lagu mana yang muncul di difikirannya. Lagu tu sangat membawa maksud bermakna. It told us that man lost herself in loving that girl but she's not. Dia tak maksudkan yang Dhia Airisya tak cintakan dia. Yang dia maksudkan adalah...

I lost myself in loving you, in loving you
Became someone else I never knew, I never knew

Dua baris tersebut sangat menggambarkan dirinya. Dia sangat cintakan Dhia Airisya sehingga dia rasa dirinya semakin berubah. Berubah ke arah yang dia langsung tidak sangka. Namun dia tak menyesal jatuh cinta dengan Dhia Airisya sebab....

She's like a shining star.

"Abang? Dengar tak Isya cakap apa?"

"Sayang cakap apa? Sorry, abang mengelamun."

Emir Adden Fattah membetulkan posisi. Daripada duduk, dia berbaring. Bahu Dhia Airisya turut ditarik menyebabkan Dhia Airisya juga baring di tepi sebelahnya. Tangannya menarik pinggang Dhia Airisya merapat tubuhnya yang tidak berbaju. Sejuk sebenarnya.

"Isya cakap Isya mimpi kejadian 4 tahun lepas"

Emir Adden Fattah diam memandang wajah Dhia Airisya lama sebelum satu keluhan keluar dari mulutnya. Dhia Airisya masih trauma dengan kejadian itu. Dia memejamkan matanya. Rasa teramat bersalah. Dia nampak bagaimana takutnya Dhia Airisya tadi.

"I'm sorry. You had been through so much because of me. Abang janji abang akan buat sayang semakin bahagia with me"

Dhia Airisya tersenyum kecil. Dia tidak pernah menyalahkan Emir Adden Fattah apa yang jadi dan dia juga tak pernah salahkan takdir. Dia redho namun ternyata dia masih belum kuat untuk melupakan kejadian tersebut walaupun dia tahu yang Ikha kawan baiknya masih hidup.

"Dan abang kena janji jangan pernah bencikan Isya"

Kata-kata Dhia Airisya mengundang tawa Emir Adden Fattah.

"Apa sayang merepek ni? How can I hate you when I madly in love with you. Hmm?"

Dhia Airisya diam. Entah kenapa dia rasa benda tu akan jadi suatu hari nanti. Dia takut sangat kalau Emir Adden Fattah bencinya suatu hari nanti.

"Hey, look at me."

Kepala didongak memandang Emir Adden Fattah. Mata hazelnya bertentang dengan mata grey kebiruan milik suaminya.

"Trust me, I can't hate you. Hating you is the worst choice I will ever make. You are my shining star, and you make my world sparkle. Hating you means I will lose everything and I don't what it happen. Not ever once because I will love you my entire life, sweetheart."

Sekali lagi Dhia Airisya rasa ingin menangis. Terharu dengan kata-kata Emir Adden Fattah. Dia mengesat air matanya yang mengalir lalu memeluk badan Emir Adden Fattah erat. Yes, dia yakin Emir Adden Fattah takkan bencinya dan dia juga takkan benci suaminya. Sebab apa?

Because they lost theirself in loving each other.


************

Done triple update!

Adden semakin sweet korang! Harap phone korang tak bersemut okay. Kalau bersemut pergi basuh dengan air tak pun pergi blender. Hahahaha

Jangan lupa votement okay.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro