Bab 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sayang"

Air mata Dhia Airisya semakin laju mengalir, tambah lagi muka dan seluruh tubuh Emir Adden Fattah dipenuhi darah. Walaupun dia pernah melihat Emir Adden Fattah membunuh tapi ini buat kali pertama dia melihat suaminya membunuh dengan kejam sekali.

Kakinya menapak beberapa langkah ke belakang. Takut. Terasa lemah longlai kakinya ketika ini sehingga hampir mahu tumbang tapi cepat sahaja disambut oleh Emir Adden Fattah. Tersedar dia dipegang oleh suaminya, cepat sahaja dia menolak suaminya itu dan mengundur beberapa langkah ke belakang.

"Jangan dekat!" Jeritnya apabila Emir Adden Fattah mendekatinya.

"Sayang"

Anak mata Emir Adden Fattah bergetar ketakutan apabila melihat Dhia Airisya takut dan menjauhinya. Tangannya cuba mencapai tangan Dhia Airisya namun cepat sahaja ditempis. Matanya dipejam beberapa saat. Perkara dia paling takut kalau Dhia Airisya tahu perbuatannya itu. Dia takut kalau Dhia Airisya mula membencinya disebabkan perbuatannya itu.

"Isya cakap jangan dekat!"

Jerit Dhia Airisya kuat apabila Emir Adden Fattah mengendahkan larangannya. Serpihan kaca yang pecah di atas lantai diambil lalu digenggam kuat dan diacukan pada Emir Adden Fattah, melarangnya mendekatinya.

"Sayang, put it down"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya. Air mata tidak henti mengalir ke pipinya. Serpihan kaca semakin digenggam kuat. Darah yang mengalir dari tangannya itu diendahkan. Sakit di tangannya tidak sesakit dia menyaksikan suaminya melakukan perbuatan kejam itu.

"Sayang please put it down. Don't hurt yourself" rayu Emir Adden Fattah. Tidak tegar dia melihat darah mengalir dari tapak tangan isterinya itu.

"You already hurt my heart, Adden"

Anak mata grey kebiruannya memandang dalam anak mata hazel milik Dhia Airisya. Jelas terpancar seribu kesedihan dan kekecewaanya dari anak mata hazel tersebut. Dia memejamkan matanya seketika. Tidak tegar melihat renungan mata yang dipenuhi kesedihan dan kecewaan oleh Dhia Airisya. Apa yang dia dah buat?

Dhia Airisya turut memejamkan matanya cuba mencari semangat dan kekuatan yang masih ada dalam dirinya. Apa yang dia fikirkan, dia perlu keluar dari sini. Dia perlu lari dari sini. Semakin sesak dadanya berada di bilik bawah tanah ini lama-lama.

Tanpa membuang masa, Dhia Airisya terus berlari keluar dari situ. Panggilan dari Emir Adden Fattah diendahkan. Rempuhan beberapa orang lelaki yang mungkin dikenali anak buah suaminya itu turut diendahkan. Dia bersyukur yang mereka tidak mengejarnya untuk menangkapnya dan hanya Emir Adden Fattah hanya seorang sahaja mengejarnya.

"Sayang wait!"

Rentapan tangannya oleh Emir Adden Fattah membuatkan dia bertindak refleks mengacu serpihan kaca yang dipegangnya sedari tadi. Namun serpihan kaca itu terlepas dari genggamannya apabila dia tidak sengaja melukakan suaminya sendiri. Darah yang mengalir dari hirisan panjang lengan Emir Adden Fattah dipandang lama.

Emir Adden Fattah juga tampak terkejut dengan perbuatannya itu. Namun melihat darah yang semakin kuat menitik dari tapak tangan Dhia Airisya mematikan lamunannya. Baju tshirt hitam yang dipakainya itu dikoyak lalu tangan Dhia Airisya dicapai.

"You can hurt me but not yourself. I can't watch you hurt. "

Tapak tangan Dhia Airisya dibalut dengan bajunya yang dikoyak tadi. Dia memandang Dhia Airisya yang masih terkejut dengan perbuatannya itu. Anak mata hazel itu masih menatap luka panjang di lengannya akibat serpihan kaca tadi. Tapak tangan Dhia Airisya yang sudah dibalut itu dipandang.

"Don't hurt yourself again because of me and please don't cry. It hurts like hell to see you like this" ibu jarinya menyeka anak mata Dhia Airisya. Bibirnya digigit. Terasa hatinya begitu sakit melihat Dhia Airisya yang menangis dan terluka kerananya.

"You're the one cause of it"

Tangan Emir Adden Fattah pada pipinya itu membuatkan dia tersedar dari lamunannya. Tangan suaminya itu ditepis kasar lalu dia mengundur beberapa langkah. Namun dia terduduk apabila dadanya semakin terasa sesak. Tercungap-cungap dia mencari rezeki. Begitu sakit dadanya kini.

"Sayang!"

"Jangan dekat!"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya. Dadanya itu dipegang dengan dahi yang berkerut menahan sakit. Ya Allah, sakit. Air matanya semakin mengalir dengan lebat. Emir Adden Fattah yang melihat keadaan Dhia Airisya semakin cuak.

"Sayang calm down. Breathe!"

Dhia Airisya menggeleng kepalanya. Dadanya semakin diambang sesak. Sentuhan Emir Adden Fattah pada tubuhnya semakin membuatkan dia tidak dapat bernafas. Dia takut. Dia takut dengan suaminya sendiri.

"Jangan pegang aku la!"

Dia yang ditolak oleh Dhia Airisya sehingga terduduk ke belakang mengeras badannya apabila mendengar jeritan Dhia Airisya. Badannya kaku. Dhia Airisya membahasakan dirinya 'aku' sangat membuatkan dia terkaku.

"Hikss sa...sakit"

Dadanya itu ditumbuk kuat. Air mata semakin mengalir. Kenapa sakit sangat dadanya itu?  Kepalanya semakin pusing. Oksigen semakin sukar untuk dicapai. Peluh renik di dahinya semakin menitis ke tanah.

"Sayang!"

Akhirnya dia tumbang tidak sedarkan diri.



SUDAH ke berapa kali entah dia mengeluh kecil sejak perbuatan kejamnya itu disaksikan oleh Dhia Airisya. Tangannya meraup rambut ke belakang. Dia memandang Dhia Airisya yang terbaring lemah di atas katil hospital. Iv drop yang mengalir ke tangan Dhia Airisya dipandang lama.

Kata doctor, Dhia Airisya diserang panic attack. Sebab itu isterinya tadi sukar untuk bernafas dan dadanya terasa sempit. Doctor juga kata kemungkinan PTSD yang dihidapi oleh Dhia Airisya muncul kembali disebabkan perbuatannya itu telah meningatkan Dhia Airisya kejadian 4 tahun yang lepas.

Dia mengeluh kecil.

Apa yang dia dah buat kat Dhia Airisya?

Tangan Dhia Airisya yang dibaluti dengan bandange itu diusap lembut. Tangan kecil ini cedera kerananya bahkan dia juga telah menakutkan Dhia Airisya. Matanya dipejam seketika. Dia takut kalau Dhia Airisya sedar nanti, isterinya tidak mahu dekat dengannya.

Terasa tangan seperti direntap, menyedarkan Emir Adden Fattah. Dia membuka mata memandang Dhia Airisya yang sudah sedar. Anak matanya berpandangan lama dengan anak mata hazel milik Dhia Airisya yang kelihatan bergetar. Dia berdehem kecil sebelum bangkit memanggil doktor.

"Take a good rest okay?"

Dhia Airisya menangguk kepalanya lalu tersenyum nipis kepada doktor yang memeriksanya tadi yang terukir nama Gabriel di coat putihnya itu. Keluar sahaja Dr. Gabriel, Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah namun sekejap sahaja. Dia menyelimutkan tubuhnya sehingga ke kepala.

Bunyi tapak kaki yang semakin dekat membuatkan debaran dadanya kian hebat. Kejadian semalam di mana dia melihat Emir Adden Fattah membunuh dengan kejam terlayar di fikirannya. Masih kedengaran lelaki itu menyeringai kesakitan. Allahu.

Terasa dadanya sekali lagi diambang sesak. Tanganya jangan dikata,menggigil ketakutan. Matanya dipejam cuba mencari ketenangan namun hampa. Mungkin dia berada di sebalik selimut membuatkan dia rasa semakin lemas. Terus sahaja dia membuka selimut lalu mengubah posisi duduk. Termengah-mengah dia mencari oksigen.

"Sayang na......"

"Jangan dekat"

Emir Adden Fattah menghentikan langkahnya. Tangannya digenggam erat melihat Dhia Airisya yang sekali lagi sukar untuk bernafas. Peluh renik semakin kuat mengalir dari dahi Dhia Airisya.

"Breath sayang. In. Out"

Dhia Airisya memejamkan matanya. Dia menarik nafas dalam dan menghembusnya melalui hidung. In and out. Seperti mana yang disuruh oleh Emir Adden Fattah. Lama dia berkeadaan begitu, akhirnya dia tenang semula. Namun, matanya masih dipejam. Dia takut mahu membuka matanya. Dia takut untuk membalas dengan pandangan Emir Adden Fattah.

"Feel better now? Nah abang belikan makanan untuk sayang"

Satu plastik makanan diletak di meja sebelah katil. Dia memegang bahu Dhia Airisya namun tindakan refleks Dhia Airisya yang mengelak itu menyentakkan dia. Dia tersenyum nipis memandang Dhia Airisya yang ketakutan. Dhia Airisya kini takut dengannya. Apa yang dia perlu buat?

"I will wait at outside. Apa-apa panggil abang. Jangan lupa makan."

Emir Adden Fattah mengeluh kecil melihat tiada respons dari Dhia Airisya. Dia membuat keputusan untuk berjaga di luar memandangkan kehadirannya tidak menyenangkan Dhia Airisya. Kerusi yang tersedia di luar wad dihampiri lalu dia melabuhkan punggungnya.

Sikunya ditongkat pada lutut,dan telapak tanganya meraup mukanya kasar. Dhia Airisya takut akannya. Sedari tadi bermain di fikirannya. Tidak semena-mena air mata jantannya mengalir ke pipi. Dia turut takut. Dia takut Dhia Airisya akan membencinya dan menjauhkan diri darinya. Dia taknak. Dia taknak berjauhan dengan Dhia Airisya.

Bunyi ringtone iphonenya menyentakkan dia. Nama Harriz yang terpapar di screen phonenya dipandang lama sebelum butang hijau ditekan lalu dilekapkan di telinganya. Air matanya yang mengalir tadi diseka kasar.

"Riz" serak suaranya menyebut nama Harriz.

Harriz mengerutkan dahinya. Dia mengalihkan phonenya dari telinganya. Dipandang lama nama Emir Adden Fattah yang terpapar di screennya. Dah betul dia telefon Emir Adden Fattah. Tapi kenapa suara tadi serak macam baru lepas menangis? Takkan Emir Adden Fattah menangis pula? No. Takkan.

"Kau ke ni bro?"

"Hmmm"

"Kau...kenapa? Something happen kat Airisya ke?" Soalnya. Hanya seorang sahaja yang dapat membuatkan Kingnya begitu iaitu Dhia Airisya. Melihat Emir Adden Fattah yang hanya diam di talian sana, sudah pasti ada something yang berlaku di antara mereka.

"Asal bro?" Soalnya sudah lupa niatnya yang menelefon kawan baiknya itu untuk memberitahu dia akan berkahwin tak lama lag dengan Farhana, kawan Dhia Airisya.

Emir Adden Fattah menarik nafas dalam sebelum menceritakan apa yang terjadi kepada Harriz. Terasa lega sedikit apabila dia menceritakan masalahnya. Sekurang-kurangnya dia memberitahu Harriz, dapatlah sedikit sebanyak nasihat daripada Harriz. Lagipun dia buntu. Dia tidak tahu mahu buat apa.

"Thanks bro"

"Hmmm. Ingat pesan aku, jangan memaksa sangat Airisya. Dia masih terkejut. Berikan dia masa"

"Okay. Btw jangan cerita kat orang lain especially daddy dan ibu aku"

"Hmm don't worry"

Panggilan ditamatkan. Emir Adden Fattah bangun dari kerusi lalu mengintai apa yang dilakukan oleh Dhia Airisya. Kelihatan isterinya sedang termenung di depan makanan. Sudu dipegang namun fikiran melayang ke arah lain.

Apabila terasa seperti diperhatikan, Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang ke arah pintu. Pandangannya dan juga Emir Adden Fattah bersambung. Lama dia pandang Emir Adden Fattah sebelum dia mengalihkan pandanganya. Kepalanya ditundukkan.

Apa yang perlu dia buat?

Dia takut. Sangat takut. Sehingga tangannya sekali lagi menggigil. Nafas dalam ditarik cuba menenangkan dirinya dan memujuk dirinya yang dia tidak akan diapakan oleh suaminya sendiri. Walaupun dia sendiri menyaksikan pembunuhan kejam itu, tapi tidak semestinya Emir Adden Fattah akan membunuhnya kan?

Terasa bahunya seperti disentuh terus sahaja dia mengundur ke belakang.

"Jangan bunuh"

Kakinya dipeluk. Mukanya dibenamkan. Matanya terpejam rapat. Badan semakin mengigil. Kepalanya di geleng berkali-kali seraya perkataan 'jangan bunuh' diulang berkali. Dadanya diambang sesak.

"Miss?"

"Miss!"

"Doc!" jerit nurse yang menyentuh bahu Dhia Airisya tadi. Dia datang pun sebab mahu check keadaan pesakit. Panik dia melihat pesakit di depannya menggigil ketakutan dan sukar untuk bernafas. Dr. Gabriel datang bersama Emir Adden Fattah namun Emir Adden Fattah tidak datang menghampiri Dhia Airisya.

Tangannya digenggam. Dia melihat Dhia Airisya yang terkejut dengan kehadiran nurse itu tadi dan dia juga mendengar Dhia Airisya berkata 'jangan bunuh' berkali-kali dengan badan yang menggigil ketakutan. Terus sahaja dia memanggil doktor. Rambutnya diraup ke belakang. Sakit dadanya melihat Dhia Airisya jadi begitu disebabkan dia.

Dr. Gabriel menarik nafas lega apabila melihat pesakitnya itu perlahan-lahan mengantuk akibat diberi ubat penenang. Iv drop diejas semula akibat pergelutannya dengan pesakitnya itu. Melihat pesakitnya yang sudah terlelap, dia menghampiri Emir Adden Fattah.

"Call me, if it happen again"

Emir Adden Fattah mengangguk kepalanya. Beredar sahaja Dr. Gabriel dan nurse, dia menghampiri Dhia Airisya yang terbaring atas katil. Tangan Dhia Airisya dicapai lalu diusap lembut. Lama dia merenung wajah pucat Dhia Airisya.

"Maafkan abang, sayang"

Matanya dipejam. Air matanya menitis

"Maafkan abang"

Telapak tangan Dhia Airisya diletak di pipinya. Terhinjut bahunya menangis kesedihan. Tangannya digenggam kuat menahan amarah pada diri sendiri. Kalau dia tidak keluar semalam, Dhia Airisya tidak akan mengikutnya secara senyap. Kalau dia tak bawa Dhia Airisya honeymoon di sini, Dhia Airisya tidak akan menyaksikan perbuatan kejamnya itu.

"Maafkan abang, sayang. Tolong....tolong jangan benci abang. Tolong jangan takut dengan abang. Please..."

**********

Author nak umumkan yang story ada lebih kurang 20 bab lagi. Maybe akan habis dalam Bab 50 - Bab 60.

Actually nak buat lagi panjang but I decide nak pendekkan. So stay lah bersama author sampai habis okay.

Selamat Hari Raya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro