Bab 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AIR terjun yang mengalir dengan tenang, burung berkicauan dan terbang sana sini mencari makan. Langit yang berwarna biru, tidak panas dan juga tidak hujan. Angin yang meniup lembut mukanya membuatkan Dhia Arisya berasa sangat tenang.

Tidak menyesal dia datang ke sini apabila dipelawa oleh Nadhira. Pedalaman yang begitu kecil. Kalau nak dibandingkan dengan bandar Kuala Lumpur memang jauh berbeza tetapi dia lagi rasa suka di tinggal di kawasan terpencil ini. Sangat nature!

Malangnya esok dia sudah mahu berangkat pulang. Sedih mahu meninggalkan kampung ini. Sudahlah orang kampung kat sini semua baik-baik lagi lagi Tok Salleh dan Mek Meriam. Mereka berdua lah yang membenarkan Harraz dan Nadhira tumpang bersama mereka. Patutlah Nadhira tidak mahu duduk kembali bersama mereka, rupa-rupanya kat sini sangat best!

"Termenung apa tu Icha?"

Dhia Airisya berpaling memandang Mek Meriam yang sedang membawa satu bakul yang dipenuhi dengan pelbagai buah. Senyuman diukirkan pada Mek Meriam yang melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Ingat kat suami ka?. Rindu la tu" Soal Mek Meriam.

Sebut pasal Emir Adden Fattah, Dhia Airisya mengeluh kecil. Seminggu berjauhan dengan Emir Adden Fattah dan seminggu tidak berjumpa dengannya membuatkan hatinya meronta rindu pada Emir Adden Fattah. Dan tika itu dia sedar yang seburuk dan sejahat manapun Emir Adden Fattah, dia tetap mencintai lelaki itu.

"Tak rindu pun. Dia pun tak rindu Icha" ujar Dhia Airisya dengan nada yang berjauhan hati. Terkilan juga bila Emir Adden Fattah langsung tidak melawat dia di sini. Masa dia nak bertolak datang ke sini pun, suaminya tak datang jumpa dia.

Keluhan kecil dilepaskan.

"Dia ada sebab tu"

Mek Meriam menepuk bahu Dhia Airisya sambil tersenyum manis. Kalaulah Dhia Airisya tahu hal sebenar kenapa suaminya tidak datang menjenguk dia, mesti Dhia Airisya tidak akan berkata begitu dan bergegas balik ke Kuala Lumpur.

"Tapi datang lah sini juga. Sekali pun takpe."

Mek Meriam tersenyum.

"Ehh bukan orang tu takut ke?"

Dhia Airisya mengangkat bahunya. Entahlah sejak dia datang sini, dia rasa tenang dan membuatkan dia semakin lupa kejadian di French baru ini. Lepastu dia juga semakin rindu akan suaminya. Tak tahu lah sama ada dia masih takut atau pun tidak.

"Jom ha balik, banyak dah ni buah"

"Mek Yam balik lah dulu nanti Icha balik dengan Ikha."

"Ha ye lah tapi jangan maghrib baru nak balik pulak"

Dhia Airisya menangguk kepalanya. Anak mata ekornya hanya memandang Mek Meriam sehingga hilang dari pandangannya. Dia menoleh kepalanya ke kiri memandang Nadhira dan Harraz bermain dengan anak lelaki kecil yang berusia 3 tahun di tepi air terjun. Macam satu family dah mereka bertiga tu.

Bosan duduk sorang-sorang di situ, Dhia Airisya menghampiri mereka bertiga yang duduk tidak jauh daripadanya.

"Harraz! Kau elok-eloklah main dengan anak aku! Lemas anak aku, siap aku kerjakan kau"jerit Nadhira bengang melihat Harraz yang selamba meletakkan Amsyar,anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun dalam air terjun oleh Harraz.

Dhia Airisya ketawa kecil melihat gelagat mereka. Macam dah laki bini mereka berdua ni. Bibirnya mengukir senyuman manis. Berharap yang mereka berdua kahwin satu hari nanti dan dia juga berhara Harraz menerima seadanya Nadhira. Nadhira banyak kali terluka.

Membesar seorang anak yang terhasil bukan kerelaannya bukan mudah namun Nadhira memilih untuk membesarkannya kerana katanya baby itu tidak salah apa-apa. Dia pun pada awal jejak kaki ke sini, terkejut bila Nadhira kata itu anaknya.

"Amsyar, come sini kat mama. Dah jangan main dengan papa Harraz. Papa Harraz jahat"

Diambil Amsyar dari Harraz. Sempat dia jeling pada Harraz yang mengajuk kata-katanya dengan muka annoying. Dia tersengih kecil sebelum kedebushh. Ditolak Harraz ke dalam air terjun. Pecah ketawanya dapat mengenakan Harraz.

"Kurang ajar kau Ikha! Kau tunggu"

"Nah Icha kau ambik anak aku kejap. Lari!"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya melihat mereka berdua berkejaran. Memang sangat eloklah kalau mereka kahwin. Dia memandang Amsyar lalu mengukirkan senyuman manis kepada Amsyar.

"Amsyar, tengok papa mama Amsyar. Comel kan?"

"Pa....ma"

Dhia Airisya tersenyum. Comel! Pipi Amsyar dicubit geram. Ada juga nak kena gigit dengan dia! Muka Amsyar ditilik. Dahinya berkerut sedikit. Mata Amsyar yang bulat itu diperhati lama. Anak matanya itu langsung tidak mengikut Nadhira tetapi Alex pun tidak. Tapi hidung Amsyar, kening dan juga bibirnya mengikut Nadhira.

"Pa....."

"Iye sayang?"

Kepala didongak memandang Harraz yang tiba-tiba muncul ditepinya. Dhia Airisya beralih memandang Amsyar semula. Matanya dikecilkan. Berulang kali dia memandang mereka berdua. Kenapa muka dan anak mata Amsyar kelihatan menyamai Harraz?

"Raz, saya nak tanya awak something boleh?" Soal Dhia Airisya memandang Harraz bermain dengan Amsyar. Nadhira pula entah lari ke mana.

"Tanya apa?"

"Betulke Ikha mengandung anak Alex?"

Soalannya itu membuatkan Harraz terkelu dan memandangnya lama. Dapat dilihat yang Harraz tergugat dengan soalannya itu. Kali ini dia yakin yang Harraz ada menyorokkan sesuatu dari Nadhira dan mereka semua.

"Amsyar bukan anak Alex kan? Ikha tahu tak pasal ni?"

Dilihat Harraz menggeleng dengan perasaan yang bersalah.

"I think you should tell her, Amsyar actually your biological son, Harraz"










"Abang!"

Dhia Airisya lantas menarik lengan Emir Adden Fattah kuat sehingga mereka sama-sama terjatuh ke sisi jalan raya. Dia menyeringai kesakitan apabila tapak tangannya itu mendarat pada jalan tar. Kesan bulat-bulat kecil dan juga sedikit luka di tapak tangannya itu diendah, Emir Adden Fattah yang masih terkaku dengan apa yang terjadi dihampiri.

"Abang okay?" Soalnya risau.

Nasib semasa dia dalam jalan perjalanan pulang ke rumah sewa lamanya bersama Nadhira, dia ternampak Emir Adden Fattah mahu melintas jalan. Yang lagi terkejut, apabila sebuah lori laju yang tiba muncul hampir-hampir sahaja mahu melanggar suaminya itu. Nasib baik dia cepat.

"Sayang?"

"Sh*t, you hurt"

Emir Adden Fattah yang baru tersedar ke alam nyata memandang tapak tangan Dhia Airisya yang luka itu dengan risau. Seketika, dia lupa yang mereka sedang duduk di tepi jalan setelah hampir-hampir sahaja dilanggar oleh lori.

"Let's go to the hospit...."

Dirinya terkaku di saat Dhia Airisya memeluknya. Dia hanya membiarkan Dhia Airisya menangis di dada bidangnya. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Berasa sangat lega apabila isterinya itu memeluk dia dan tidak takut akannya.

"Hikss Isya hampir kehilangan abang tahu tak?! Abang boleh senyum macam tu?" Dipukul dada bidang Emir Adden Fattah geram apabila dia melihat suaminya itu tersenyum. Hampir sahaja nyawa melayang, boleh pula suaminya tersenyum? Dia ni dah nak tercabut jantung melihat Emir Adden Fattah hampir dilanggar oleh lari.

Bahu Dhia Airisya dipegang. Air mata yang mengalir di pipi Dhia Airisya diseka dengan ibu jarinya.

"I'm happy you're not scare with me again"

Tutur sahaja Emir Adden Fattah membuatkan dia terus tersedar. Dada Emir Adden Fattah terus ditolak kuat membuatkan suaminya mengundur beberapa tapak ke belakang. Dia memandang Emir Adden Fattah yang kelihatan cuak dan seterusnya dia memandang tangannya. Tak menggigil.

"Sayang, are you okay? Sayang sukar nak bernafas ke? Sayang kena serang panic attack ke?"

Dhia Airisya menggeleng kepalanya.

"Ouhh glad" nafas lega ditarik. Dia melangkah menghampiri Dhia Airisya namun Dhia Airisya mengundur ke belakang.

"Sorry, aban....."

"You hurt" Dhia Airisya menunjukkan luka di siku Emir Adden Fattah.

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Air mukanya berubah melihat luka di siku Emir Adden Fattah. Darah pekat mengalir dari sikunya. Dipandang suaminya itu dengan mata yang berair.

"Sikit je ni not as much as I hurt you"

Emir Adden Fattah tersenyum nipis.

Mahu dibandingkan yang lukanya dengan luka Dhia Airisya memang jauh berbeza.

"Guys! Korang okay?"

Dhia Airisya mendongak kepala memandang Nadhira begitu juga Emir Adden Fattah yang menghampiri mereka. Wajah risau Nadhira itu dibalas dengan senyuman dan kepala turut diangguk menyatakan mereka okay.

Emir Adden Fattah membantu Dhia Airisya bangun. Dia melihat tapak tangan Dhia Airisya seketika sebelum memandang Nadhira semula.

"Ira, boleh kau bawa Airisya ke hospital?"

Nadhira mengangguk kepalanya. Seperti faham dengan isyarat mata dari Emir Adden Fattah, dia menghampiri Dhia Airisya.

"Abang? Abang macam mana?" Soal Dhia Airisya risau tatkala Nadhira mahu membawa dia pergi dan meninggalkan Emir Adden Fattah di situ.

"Abang nanti pergi sendiri. Sayang pergi dulu dengan Ira okay? I have important things to settle" pujuk Emir Adden Fattah.

Dia mahu menyiasat siapa dalang yang mahu melanggarnya tadi. Dia tahu yang tadi bukanlah sekadar kemalangan biasa tapi dirancang. Dalam seminggu ini sejak dia sedar dari koma, macam-macam berlaku padanya.

"Taknak! Nak pergi dengan abang"

"Sayang"

"Abang jahat! Semua orang jahat! Kenapa tak ada sorang pun bagitahu Isya yang abang accident and koma seminggu?"

Emir Adden Fattah tergamam. Dia memandang Nadhira dan tampaknya Nadhira juga tergamam. Maybe Nadhira pun tidak tahu yang sebenarnya Dhia Airisya sudah tahu.

"And sekarang someone plan to hit you. Isya taknak kehilangan abang hiksss taknak"

Kepala digeleng laju lantas dia memeluk Emir Adden Fattah erat. Tangisan dia semakin kuat. Dia takut. Sumpah dia takut. Kalau kebelakangan ini dia takut untuk mendekati Emir Adden Fattah namun sekarang dia takut untuk kehilangan Emir Adden Fattah lebih-lebih lagi dia mendapat tahu yang Emir Adden Fattah koma seminggu dan tiada siapa yang memberitahunya!

Kalaulah dia tak dengar perbualan Harraz dengan Nadhira semalam, sudah tentu dia takkan tahu dan sudah tentu dia tidak terburu-buru untuk pulang pada hari ini.

Tangannya naik memeluk Dhia Airisya. Belakang Dhia Airisya digosok lembut cuba menenangkan dia. Dia tersenyum kecil. Ada hikmahnya dia dilanggar. Tengok Dhia Airisya sudah tidak takut dengannya dan tidak menggigil lagi apabila berada dekat dengannya.

"I'm sorry"







MATA Dhia Airisya liar mencari figura Emir Adden Fattah sejak mereka menjejaki ke bangunan Secret Hunters untuk mendapatkan rawatan pada tapak tangannya yang luka. Sejak itu, dia tidak nampak batang hidung Emir Adden Fattah. Jangan-jangan Emir Adden Fattah dah tinggalkan dia?

"Adden mana?" soalnya pada Razul.

"I'm here"

Emir Adden Fattah mendekati Dhia Airisya dengan senyuman lebar lalu memeluk Dhia Airisya dari belakang. Tangan kanan Dhia Airisya yang sudah dirawat itu dipandang. Nasib tidak teruk sangat.

"Nasib you dah tak takut dengan Adden. Haihh kalau tak makin murung suami you Icha" ujar Razul dengan senang hati. Lega dia melihat mereka kembali seperti dulu.

Dhia Airisya sengetkan kepala memandang Emir Adden Fattah. Lama dia menilik mata Emir Adden Fattah. Rambut agak serabai. Mata pula kelihatan sembab. Mungkin tidak cukup tidur. Bibir pula mengering. Hmm nampak macam apa yang dikatakan Razul itu betul.

Cuppp

Bibirnya tiba-tiba dicium sekilas oleh Emir Adden Fattah.

"So you will not leave me behind again right?"

Dhia Airisya senyap sebelum bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

"If......."

Kata-katanya sengaja dileretkan.

"If?"

Dhia Airisya mengeluh kecil. Tangan Emir Adden Fattah yang melilit pinggangnya itu dileraikan lalu dia memusingkan badannya menghadap Emir Adden Fattah.

"Apa yang abang buat salah. Abang tak berhak tarik nyawa seseorang. Itu kerja Allah bukan kerja abang. Isya tahu, Isya faham peritnya kehilangan seseorang yang kita sayang tapi redha itu penting. Redha dengan pemergian seseorang sebenarnya membuatkan kita bertambah kuat. Kalau abang nak dapatkan keadilan untuk parents abang, use law. Gunakan law untuk revenge. Not use your own hand to kill them. Not use your own law"

Dhia Airisya memandang tangan Emir Adden Fattah lalu mengusapnya lembut. Masih dia ingat lagi bagaimana Emir Adden Fattah membunuh dengan kejam. Matanya dipejam seketika. Cuba mencari kekuatan. Dia taknak takut akan suaminya sendiri lagi

"I'm sorry. I can't forget and can't forgive what they have done."

Ditarik Dhia Airisya ke dalam pelukannya. Matanya dipejam. Terimbas kejadian dimana parentsnya dibunuh dengan kejam di depan matanya sendiri.

"Slowly but surely, abang. Isya tahu abang boleh. Isya tahu abang mampu untuk memaafkan. Melupakan itu tidak mudah tapi jika abang cuba untuk memaafkan, insyaallah you will find peace in your heart"

Emir Adden Fattah memandang lama renungan lembut dari mata Dhia Airisya. Tangannya mengusap tangan Dhia Airisya yang memegang dadanya tepat dimana jantungnya kini berdegup. Dia mengeluh kecil. Sejak dari kejadian itu, dia sering kali menyalahkan Allah, dia merasakan Allah tidak adil kepadanya sehingga dia melupakan Allah.

Walaupun dia beragama Islam, tapi dia tidak kelihatan seperti beragama Islam. Solat jauh sama sekali walaupun sering kali diajak oleh Dhia Airisya untuk solat berjemaah bersama-sama. Puasa? Juga jarang sekali. Walaupun selalu dipesan dan diingati oleh keluarga susuannya tapi dirinya masih sama. Al-Quran? Sentuh pun tidak apatah lagi mahu membaca. Jahilkan dia?

"I will try. Abang akan cuba berubah untuk sayang"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya.

"Jangan berubah kerana Isya. Berubahlah kerana Allah, berubahlah kerana diri abang. Berubah kerana orang is painful. If they go from your life, you will come back to your old self"

Emir Adden Fattah diam. Sungguh kata-kata Dhia Airisya membuatkan dia tersentap. Tersentap dengan kejahilannya namun dia dapat memiliki isteri bak bidadari syurga.

"Sayang...pernah tak benci abang? Abang jahil. Abang dah lakukan banyak dosa. If you have chance to go from my life, will you leave me?"

Dhia Airisya tersenyum.

"Isya tak pernah benci abang. Cuma sometimes Isya takut dengan abang. Isya takut kalau abang akan terus jatuh ke lembah jahilan. Isya takut kalau abang terus jauh dengan Allah. Isya minta maaf kerana jauhkan diri di saat abang perlukan someone. But I'm promise, I will not leave you again melainkan kalau abang yang suruh Isya pergi"

Emir Adden Fattah menggelengkan kepalanya.

"No. Never. I will not ask you to leave me"

"Help me. Bantu abang untuk keluar dari dunia gelap abang"

Dhia Airisya mengangguk kepalanya laju dengan senyuman lebar.

"I will"





*********

Update : Less than 17 chapters

Jangan lupa votement!






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro