Bab 8➿

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

💉

"Amboi Doktor Kim, senoroknya dating malam semalam"

Doktor Hana menyakat Seokjin ketika mereka beriringan keluar dari dewan ceramah. Seokjin hanya tersenyum kecil, dia tidak berniat untuk mengulas lebih lanjut tentang perkara itu. Biarlah mereka tahu dengan sendiri.

"Biasalah Puan Hana, dengan pesakit kesayangan semua pun boleh" Giliran Doktor Ki young pula yang menyakat. Dia siku perlahan lengan Seokjin sebelum senyum mengejek.

"Eah ketara sangat ke?"

"Macam mana tak ketara kalau doktor bawa dating kat taman je? Tempat umum pulak tu, mestilah ramai yang nampak" Jawab Ki Young. Seokjin sengih kecil, sungguh dia tak perasan. Patutlah sejuk semacam je semalam.

"Em pasal nanti malam, Doktor boleh tolong tengok- tengokkan pesakit saya? Maklumlah, malam ni ada majlis sambutan hari jadi anak saya, saya selaku ibu, rasa bersalah kalau tak dapat datang" Doktor Hana mengutarakan hasratnya.

"Ohh boleh aje, lagipun hari ni saya free, selain Rina dan Hanim, tak ada pesakit lain lagi yang saya nak jaga" kata Seokjin.

"Terima kasih Doktor, nanti saya belanja makan kat kantin"

"Haha, okay"

Seokjin melangkah masuk kedalam pejabat peribadinya. Dahinya berkerut sebaik pintu pejabat ditolak, sudah ada orang lain disitu dan yang lebih mengejutkan lagi, orang itu adalah Hunny.

"Doktor Hunny.. buat apa kat sini?"

"Saya dah dipindahkan ke sini, diatas arahan pihak atasan" jawab gadis itu seraya tersenyum lebar. Jika dulu hanya ada sebuah meja kerja disitu, miliknya seorang, tapi sekarang lain pulak ceritanya bila meja kerja bertambah satu, iaitu meja kerja Hunny.

"Pihak atasan? Tapi kenapa mesti sepejabat dengan saya?"

"Masalah? Doktor tak suka ke kalau kita sepejabat? Takut orang lain nampak? Takut orang salah faham?"

"Bukan macam tu, saya-"

"Takut pesakit kesayangan doktor tu sakit hati?"

Seokjin terdiam. Bukan dia takut, dia cuma tidak selesa. Dia tidak selesa duduk berdua dengan gadis itu. Lebih- lebih sejak dia berjauhan dengan kesayangan hati. Dia betul- betul rasa tak selesa.

"Saya tak selesa-"

"Huh! Come on-lah Doktor Kim, sekarang ni zaman moden, lelaki mana yang tak suka dekat dengan perempuan? Tak selesa awak kata? Itu luaran awak saja kan? Padahal dalam hati awak suka bila saya around awak, kan?"

"Hunny.. we're an adult now. Saya tak nak ada apa- apa perkara yang tak baik berlaku diantara kita. Saya minta maaf kalau saya singgung perasan awak-"

"Kalau Doktor Kim tak selesa dengan saya, kenapa doktor kim boleh pulak selesa dengan Rina? Padahal doktor baru kenal dia seminggu dua, saya pulak dah hampir 3 tahun! Kenapa masih tak selesa?" Hunny mulai menyucuk- nyucuk Seokjin dengan soalan- soalan cepumas.

Lelaki itu boleh saja menjawab semuanya dengan lancar. Tapi dia risau, rahsianya terbongkar. Hunny tak perlu tahu, hanya dia dan masa lalu Rina saja yang boleh tahu.

"Saya tak ada jawapan untuk soalan awak.." kata Seokjin. Dia menunduk mencapai kiub rubik diatas meja lalu dibeleknya. Hunny menjadi geram. Dia mendekati Seokjin sebelum berdiri tegak dihadapan lelaki itu.

"Apa Doktor rasa bila saya dekat dengan doktor?"

"Tak ada apa- apa, saya tak rasa apa- apa "

Meruap darah Hunny jadinya. Dia mengetap bibir sebelum gadis itu berjengket dan bibir Seokjin diciumnya. Seokjin menolak.

"Hunny!"

"Sekarang apa doktor rasa?"

Seokjin mendiamkan diri. Hunny menyentuh lengan Seokjin.

"Doktor please, saya dah lama sukakan doktor"

"Hunny, saya dah berpunya. Lebih tepatnya, saya dah berkahwin, tolong jaga jarak dengan saya, saya suami orang"

Hunnye terdiam, lebih tepatnya dia kaku. Dia tak menyangka lelaki itu akan menuturkan ayat tersebut semata- mata untuk menolaknya.

"Tipu.."

"Tak, saya tak tipu. Saya dah kahwin dan saya dah berusia 30 tahun. Dah tua, dah beristeri. Maafkan saya, saya pergi dulu" Seokjin meminta diri sebelum bergerak keluar dari pejabat tersebut.

Dia kaku bila melihat figura wanita dihadapannya.

"Rina.."

Rina diam. Dia senyum segaris sebelum melangkah pergi dari situ.

"No wait, Rina!"

.

.

To be continue..

Hai💓
Segala vote dan comment dari anda amatlah dihargai. Amarilah kita spam comment ramai- ramai🙏.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro