38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Babe • kth

A/N:

Okay last update. 💕

Jom kita kasi bapak singa jeles sikit. Siapa suruh dia buat perangai bab sebelum ni?

Padan muka kau taetarik. Hahaha

Komen dan likes sangat dihargai!

--------

Seminggu berlalu

[Trip 3 hari dua malam ke Jepun]

Part 1 💕🍯

Masa berlalu pantas. Hubungan tegang antara aku dan Taehyung tetap berjalan seperti biasa. Aku sendiri malas nak ambil layan kerenah bapak singa.

Kalau dia tolak aku, buat apa nak terhegeh-hegeh tawarkan diri aku ni. Buang masa dan tenaga aje.

"Hey, Jae Yoon. Senyumlah sikit. Nanti muka kedut, abang Tae hilang selera."

Suara garau Jungkook mematikan lamunanku. Aku segera menepuk kasar belakang kepalanya.

Ewah, gurau pun tak kena tempat. Nasib kau roommate aku wahai jebon.

Selepas pergaduhan besar yang tercetus seminggu yang lalu, aku secara rasminya telah bergelar rakan sebilik Jungkook. Pada permulaannya, rasa berapi je pandang muka inesen anak Jeon. Ada sebab utama yang memberi ruang untuk aku maafkan lelaki itu.

Jungkook, sengaja menyamar sebagai pembelot. Niat murninya ingin menyatukan aku dan Taehyung. Kesudahannya, lagi teruk keadaan antara kami berdua.

"Kau kena berterima kasih dekat cupid kau ni. Aku jamin lepas ni, Tae sendiri kejar kau macam pisang goreng panas. Trust me. Okay?"jelas Jungkook dalam tutur kata yang pantas.

Aku berdecit halus. Langkah kaki Jungkook aku turuti dari arah belakangnya.

Suasana serba asing itu menjadi penyeri pandangan mataku. Aku hela nafas perlahan. Tanganku didepa luas supaya deruan angin menyapa tubuh kecilku.

Fuh, acah acah babak Titanic pun boleh dekat Jepun ni. Feelings dia lain macam!  Aku dongakkan kepala seraya telapak tanganku diangkat ke atas.

Kelopak-kelopak bunga dan daun sakura jatuh berguguran di atas muka bumi. Senyuman lebarku luntur tika iris mataku menangkap kelibat Taehyung yang sedang berdiri di hadapan tempat penginapan kami sepanjang berada di Jepun.

Dia pandang aku serupa nak telan hidup-hidup. Aku ada buat salah lagi ke? Aku berdoa kau boleh move on Tae.

Biarkan kenangan seminggu lepas tertanam jauh tidak dikenang lagi.

-------

Taehyung menampal riak wajah kosong di hadapan rakan-rakan asrama Bangtaneul. Dalam hati, sedap dia maki kerenah anak Jeon yang asyik melekat bagaikan lintah dengan Jae Yoon.

Kalau mimpi boleh menjadi realiti, matanya berbulu melihat kemesraan dua orang manusia itu.

Geram punya pasal. Tangannya sibuk mencatat kumpulan yang akan menginap dalam satu bilik yang sama. Apa Taehyung buat?

Satu bilik hostel mampu memuatkan tiga orang. Sudah tentu otak bijaknya meletak nama Jeon Jebon bersama Jae Yoon serta dirinya sekali.

Wah, kombinasi yang sangat bagus sekali.

"Semua boleh beredar ke bilik hostel masing-masing. Esok jam 8 berkumpul di sini. Aku tak nak dengar alasan lewat. Faham?"

Ahli-ahli asrama Bangtaneul masing-masing mengangguk faham. Arahan tegas Taehyung diterima tanpa banyak soal.

Susah jika bapak singa naik angin. Habis semua penghuni akan terima tempiasnya.

"Ehem, sebilik kita bertiga. Nak rapatkan tali silaturahim yang makin menjauh ke? Marilah kita sama-sama terjah masuk bilik. Ayuh Taehyungku."Jungkook tergelak dalam bicara.

Taehyung pantang diusik sedikit. Muka dah naik merah macam orang kena panggang.

"Jae Yoong, jalan cepat beb. Kau tak nak rehat dulu ke?"ujar Jungkook sambil melingkarkan lengan sadonya di leher Jae Yoon.

Taehyung jeling tajam. Kakinya membuka langkah besar tatkala suara rengekan Jungkook memanaskan hati dan tahi telinganya.

"Nak sweet tak menyempat, gelilah syaitan. Kau ingat aku jealous? Pergi mampus anda."bebel Taehyung. Tangan kanannya lincah memasukkan kunci ke dalam lubang.

Pintu dibiarkan terbuka luas agar pasangan terlajak romantik itu masuk sendiri tanpa diundang. Taehyung menarik tuala dari dalam beg.

Lebih bagus dia mandi dahulu daripada menyaksikan babak tertumpah madu anak Jeon dan Jae Yoon.

-------

Jungkook berpura-pura mengelak daripada duduk dalam bilik yang sama dengan pasangan kekasih berjauh hati itu.

Kekoknya lain macam apabila dia memainkan peranan sebagai dewa cinta tak berbayar ini.

Perutnya ditekapkan di atas perut. Sambil buat reaksi wajah kasihan, Jungkook memuncungkan bibir. Jari telunjuknya dihalakan ke arah pintu hostel mereka bertiga.

"Aku keluar dalam sejam macam tu. Nak pergi seludup keluar makanan ringan. Dengar cerita, Seokjin bawa banyak makanan. Kau tunggu kejap boleh?"pinta Taehyung bersama nada tenang. Lafaz katanya dibiarkan normal agar Jae Yoon tidak mengesyaki rancangan gilanya.

Alah kenalah kasi peluang Taehyung berdua-duaan dengan Jae Yoon. Nanti lewat malam barulah dia jejak kaki.

Bernas kan idea Jungkook?

------

Pergelangan tangan Jungkook aku genggam erat. Aku hantar isyarat penuh tersirat sambil mengeluh kasar.

"Jungkook, b-bawa aku sekali. Taehyung tengah mandi. Nanti dia keluar..aku macam mana? Aku takut."

Jungkook menunjukkan isyarat jari yang dipangkahkan. Telapak tangannya hinggap di atas kepalaku. Rambutku dikusutkan sedikit sebelum bahuku ditepuk mesra.

"Apa susahnya? Dia keluar dari bilik air. Kau buat-buat tidur mati. Aku balik. Aku kejutkan kau eh? Kita buat pesta makanan ringan. Aku janji!"Jungkook menyuakan jari kelingkingnya kepada aku.

Aku membalas tautan jarinya. Pemergian Jungkook dihantar sepasang anak mata bundarku.

Semangat diri merudum teruk. Aku ditinggalkan sendirian bersama Kim Taehyung. Macam-macam boleh jadi kan?

Husnuzon Jae Yoon. You will be fine.

Aku tak kuat nak bertentang mata. Aura bapak singa lain macam sejak aku bergelar roommate Jungkook.

Pintu bilik air dikuak oleh seseorang dari arah dalam. Susuk tubuh Taehyung diperhatikan aku menerusi dalam selimut.

Bapak ah. Seksi ya ampun. Bisa getarkan jiwaku, hatimu dan hatiku.

------

"J-jungkook dah merayau? Haish jinjja? "Taehyung merungut kecil. Kedua-dua telapak tangannya meraup juntaian rambutnya yang basah itu.

Kakinya berlegar-legar di ruang bilik. Matanya menjeling ke arah satu figura bertubuh kecil yang berbungkus dengan selimut tebal di atas tilam nipis.

"Aku lega kau dah tidur,sayang."

Ddup ddap. Suara garau Taehyung menyebabkan tubuhnya menggigil. Telapak tangannya dibawa ke dada.

Jantungnya ibarat bom jangka. Bila-bila sahaja mahu meletup . Jae Yoon mengeraskan tubuhnya di dalam selimut tebal.

Setinggi manapun keeegoan Taehyung, gelaran 'sayang' setia melekat di bibirnya. Marahnya belum reda. Hati masih ucapkan cinta.

"Jae Yoon. Min Jae Yoon-sshi."

Ulangan nama penuhnya berlegar-legar di ruang udara. Taehyung menyebut lancar seolah-olah nama itu tiada salah kepada dirinya.

Jae Yoon mencuri pandang wajah tampan Taehyung. Lubang kecil yang terbentuk pada selimut tebal itu memudahkan dirinya untuk berpura-pura tidur.

Lelaki itu sibuk mengelap titis-titis air di seluruh badannya. Walaupun pandangannya difokuskan ke arah lain, kain tuala kecil itu terhenti lama di otot perutnya.

Bunyi siulan suara bapak singa meremangkan seluruh bulu roma gadis itu.

Bibirnya dikemam resah. Kelopak matanya dipejam rapat tatkala amaran keras Taehyung singgah ke telinganya.

"Aku tahu sayang aku belum tidur lagi. Your Tae tak suka orang menipu. Hurm? "

Jxksmsksksks.

Jae Yoon menekup mulutnya. Dia kantoi. Apa motif Taehyung berkelakuan aneh di sini?

Taehyung nak mengaum ke?

Gila.

Jungkook, ppali. Pulang cepat. Sebelum Jae Yoon jadi santapan.

Eh.

-tbc-

A/N:

Ah, baru part 1.

Jangan marah arnab gais. Dia cupid tak bertauliah jak erm😢😂💜

Maaf lambat.

Goodnite. Sweet dream.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro