40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Babe • kth


A/N:

Saya terharu korang sudi support karya unik ini. Selamat membaca. 💜

-------

[Trip 3 hari dua malam ke Jepun]

Part 3 /akhir

Peristiwa semalam masih segar dalam ingatan aku. Lantas, aku cuba untuk singkirkan bunga-bunga bahagia yang ingin kembang mekar.

Buat apa hendak raih perhatian pada orang yang tak sudi?

"Jae Yoong, kau habiskan aiskrim aku. Kenyang lah brader."

Jungkook menyuakan kon aiskrim berperisa coklat kepada aku. Tanganku mengambil manisan berkrim itu perlahan-lahan walaupun diriku seolah-olah menjadi bahan renungan Taehyung dari jauh.

"Kau ni makan pun tak habis. Lain kali jangan membazir tahu?"aku membebel kepada Jungkook.

Lelaki itu hanya tersengih lebar sambil matanya sibuk mencari sudut sesuai untuk bergambar di kawasan taman bunga tersebut.

"Erm, kau nak ikut aku atau kau nak duduk sekejap di sini?"soal Jungkook secara tiba-tiba. Telapak tangannya erat menggenggam kamera kesayangan hati.

Aku kenal betul dengan si Jeon ni. Pantang ada pemandangan cantik, laju tangannya menekan punat kamera. Berdozen gambar juga diperolehnya pada hari yang sama.

Aku menggelengkan kepala seraya tanganku diangkat ke atas. Aku membuat isyarat menghalau sekadar usikan terhadap rakan sebilik baruku itu.

Jangan risau. Jeon Jebon ni memang suka gurau kasar. Aku juga dah terjangkit perangai gila-gilanya itu.

"Kau stay sini. Dalam 30 minit aku datang balik. Aku bawa kau makan takoyaki dekat gerai sana. On?"Jungkook merengkuh bahuku dengan sikunya.

Kepalaku terus mengangguk setuju. Pemergian Jungkook dihantar bersama renungan hambar. Aku diserang rasa bosan. Anak mataku automatik tertancap ke bawah tanah apabila aku sedar lelaki garang itu datang semula.

Belum cukup seram kau usik aku dengan perangai terlebih romantis, kau munculkan diri tanpa sebarang kata-kata perkenalan.

Ah, Taehyung. Kau datang lagi.

Untuk apa?

-------

Taehyung melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan gadis itu. Kepalanya tetap berada pada posisi memandang ke hadapan. Telapak tangannya digenggam rapat.

Malam tadi keputusan muktamad sudah direncana sebaik mungkin. Cuma tinggal nak luah dan bertindak aje.

"T-taehyung?"

Lelaki itu mengesot rapat ke sisi kirinya. Bahu dia dan Jae Yoon saling bersentuhan. Walau bagaimanapun, Taehyung diam membisu.

Mulutnya terkunci rapat. Tetapi, pergerakan jari-jemarinya terhenti di telapak tangan gadis itu.

"Cuba kau rasa dan kau bagi jawapannya."ujar Taehyung ringkas sebelum telapak tangan Jae Yoon ditekapkan di atas permukaan dadanya.

Jae Yoon menggigit bibir bawah. Dia gelisah tatkala telapak tangannya memberi jawapan yang terlalu jelas.

Degupan jantung Taehyung sama rentak dengannya. Ianya berdenyut laju menandakan lelaki itu memberi bayangan perkara yang akan terjadi antara mereka selepas ini.

"Apa yang sayang rasakan?"

Suara garau Taehyung menyebabkan pipi gadis itu merona merah. Berbahang panas akibat suara yang cukup menggetarkan hatinya itu.

"S-saya dapat rasa.."

Kata-kata Jae Yoon tergendala seketika. Renungan redup mata Taehyung menjadi satu titik penolak untuknya berterus terang.

"Awak cintakan saya..itupun jika firasat saya t-tak silap."

Pada masa yang sama, iris mata Jae Yoon memerhati sekeliling taman bunga tersebut. Mujur kedudukan kerusi mereka agak tersorok daripada pandangan ramai. Kalau tidak, habislah dua orang makhluk ini kena cop jadi gay jadian.

"Maafkan aku. Kerana ego aku yang tinggi,  kita sama-sama terluka. Kau tahu kan aku sayang dan cintakan kau? I'm sorry. "

Jari-jemari Jae Yoon dan Taehyung bertaut erat. Lelaki itu merangkul sisi bahu kiri gadis itu menggunakan lengannya.

Sedikit sebanyak suasana kekok mulai menghilang. Masing-masing malu untuk menyuarakan kehendak hati.

"Saya m-malu. Tak pernah lagi saya tengok singa garang macam awak jadi romantik. Lepaslah."luahnya jujur. Taehyung menilik wajah gadis itu.

Perasaan orang yang hangat mahu bercinta.Semuanya nampak begitu indah. Taehyung merasakan jantungnya seperti mahu meletup gara-gara tindakan ekstremnya pada petang itu.

Lebih baik dia luah cepat, sebelum gadis pilihan hati kena rembat rakan seperjuangan.

"Aku bersyukur kau perempuan. Hati aku tenang dan lega. Sekarang ni, boleh fokus untuk tackle kau jadi awek aku. Mahu tak Jae Yoon-sshi?"

Jae Yoon menjegilkan mata. Dia berusaha untuk menolak dada bidang lelaki itu supaya mereka tidak kantoi dengan mana-mana ahli asrama yang lain.

"T-tae, masa tak sesuai. Hari lain goda saya. Not now. "

Amaran tegas Jae Yoon masuk ke dalam telinga lelaki itu seperti deruan angin yang menyinggah laju.

"Aku dah pastikan tempat ni selamat. Kau jangan gelabah, Cik Min."

Pipinya ditekap kemas oleh kedua-dua telapak tangan Kim Taehyung.

Tiada intro,  tiada salam. Taehyung main terjah pada petang itu. Bibir Jae Yoon dipagut lembut. Lengan kirinya menolak tubuh gadis itu dekat kepadanya.

"T-tae, bukan di sini!"

Taehyung merungut kecil. Iris matanya mengatakan sebaliknya. Dia mahu hal ini dirasmikan di situ juga.

"Bapak singa kau ni kurang sesuatu. Kau puncanya. Kau bertanggungjawab."gesanya dalam nada separuh berbisik.

Jae Yoon mengerutkan dahi. Otaknya sukar memproses kata-kata tersirat Kim Taehyung.

"S-saya mana ada salah!"

Hujung bibir Taehyung tersungging senyuman sinis. Jari-jemarinya turun ke leher gadis itu lalu dia dekatkan semula wajah mereka dalam kedudukan sangat berbahaya.

"Tolong beri your Tae a lot of love. I need you now."

Ciuman yang tertangguh disambung semula. Semuanya bagaikan fantasi dunia. Namun, kedatangan seseorang ke situ merosakkan mood romantis Taehyung.

Kamera yang dipegang terjatuh sadis ke bawah tanah. Jungkook lindungi pemandangan matanya yang tercemar dengan lengan sasanya.

"Ya tuhan, aku tinggal kau. Kejap je bapak singa mengaum buat kerja. Omygucci, aku nak panggil PEGAWAI JAIS!"

Jungkook terus mengangkat kaki daripada tempat kejadian apabila dia sedar Taehyung mengekorinya dari arah belakang.

Bunyi rungutan kecil dan wajah bengis Taehyung hampir membuatkan Jungkook tercirit.

Dia menyesal tidak berkesudahan. Manalah dia tahu Taehyung nak tackle Jae Yoon semula.

Tabah bosskur. Larilah selagi mampu.

-tbc-

A/N:

Hehehe. Saya akan jawab Q & A setiap watak petang ini.

Stay tuned ya. 💕

Btw , saya baru sahaja kehilangan sahabat dan seorang adik yang saya kenal di dunia oren.

Sedekah Al fatihah untuknya. Semoga arwah tenang di sana.

I will miss you, she's one of my loyal readers/@Minsugababysavage 😢🌸🍂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro