Babe | kth

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Biar dilabel gila, aku yakin dengan perasaan yang mulai bercambah ini. Aku tak peduli, sayang."

-Kim Taehyung

🚻

"Jantung aku sentiasa berdegup kencang, setiap kali pandangan mata kita saling bertemu."

-Min Jae Yoon

🚻

"Tiada seorang pun yang dapat gantikan nama gadis istimewa itu di dalam hati aku. I tell you something. Dia ternyata begitu unik."
-Jeon Jungkook

-------------------------------------

Nota Ringkas

Remake Version of 'His Roommate'

Versi Kedua/berbeza dari 'His Roommate'

Karya Asal dan Jalan Cerita

iamyourcupcake © 2019

Dilarang menciplak/meniru tanpa izin dan kebenaran penulis menerusi apa-apa jua bentuk sekalipun. Idea asal daripada saya sendiri. Inspirasi karya melalui tontonan beberapa drama Korea. Olahan semula dalam bentuk penulisan dan jalan cerita berbeza daripada saya.

Watak-watak Utama

Kim Taehyung

Min Jae Yoon

Jeon Jungkook

Genre

Romance Comedy

Jenis Karya

Cerita pendek

Had Umur

Pastikan umur anda mencukupi 15 tahun ke atas.

Prolog 🎮

Perasaan aku pada saat itu bagaikan diuji dengan satu ujian yang besar.

Aku daratkan telapak tangan di atas permukaan rambutku yang sudah dipotong pendek mengikut gaya rambut lelaki. Sempat lagi aku memaki diri sendiri di dalam hati.

Siapa suruh aku gatal sangat nak menyamar jadi lelaki? Semuanya bermula daripada angan-angan aku untuk bertemu si idola kesayangan hati.

Dia, lelaki yang menjadi sumber kekuatan utama aku untuk terus hidup dengan bersemangat. Setiap kali figura lelaki ini muncul di kaca televisyen, mataku terpaut untuk memandangnya lama seolah-olah dia itu adalah magnet.

"Kerja kau asyik berangan tak habis-habis. Cepatlah pergi mandi. Malam nanti karang ada meeting antara ahli dorm. Kau nak aku mandikan kau ke?"soal lelaki sedingin ais itu.

Aku pantas menggelengkan kepala. Sesekali mata nakal aku mencuri pandang wajah tampan lelaki itu.

Semakin ralit aku memandang dalam diam, makin berdegup sawan wahai pemilik hati yang lemah ini.

"B-baiklah saya mandi dulu. Awak jangan redah aje masuk tau. Saya tak suka orang tengok saya mandi."suaraku lantang menuturkan kata-kata berbaur amaran.

Aku hanya mampu memandang ke bawah. Nak pandang secara direct, nanti hidung berdarah. Kantoi pula.

"Tsk, kau ni macam perempuan. Aku tak tergoda pun tengok badan papan kau. Pastikan kau datang awal meeting malam ni. Pasukan aku tak akan terima late person."

Usai sahaja bait-bait ayat itu dituturkan oleh Kim Taehyung, susuk tubuh lelaki itu yang tidak berbaju mendaratkan diri di atas katil aku.

Dari hujung mata, aku menjeling riak wajah bahagia yang tertayang di wajah Taehyung.

Bibirnya menyebut nama teman wanitanya berulang kali. Ooh, orang itu tengah bahagia.

Aku?

Aku hanya mampu menyimpan perasaan suka ini jauh di satu sudut hati yang dalam.

Tuala mandi aku sangkut di bahu. Malas hendak berlama-lamaan di situ. Dia sudah ada teman wanita. Kau, Jae Yoon langsung tiada harapan untuk berdiri sama tinggi dengannya.

Kerana apa?

"Aku seorang 'lelaki' sekarang. Taehyung sudah tentu tidak akan tertarik denganku. Dia masih normal, Jae Yoon. Kau jangan cari pasal!"laungku penuh semangat di dalam hati.

Aku segera mempercepatkan langkah tatkala anak mata kami berdua saling bertemu antara satu sama lain secara tidak sengaja.

Babe, please be a good 'boy'.

Rahsia yang disimpan ...

Jaga baik-baik..

Kerana langit tidak selalunya akan cerah sentiasa.

Happy reading ! 🌸

Are you ready?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro