bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TAN SRI MOKHTAR dan Puan Sri Melati tidak putus-putus bertanya dengan Daniel Amriza tentang keputusan yang telah dibuat oleh anak bujang mereka itu. Mereka berdua tidak menyangka kepulangan mereka disambut dengan berita baik. Dahlia Arissa antara insan yang paling gembira mendengar keputusan itu. Maisarah yang turut ada bersama hanya bersuara apabila ditanya.

"Kalau macam tu, tak lama lagi Lia dah dapat kakak ipar. Esok jugak Dahlia bawak Mai pergi cari kain untuk buat baju akad nikah nanti," kata Dahlia Arissa dengan penuh semangat.

Maisarah hanya tertunduk malu. Terserlah keayuannya pada saat itu.

"Eh, dia pulak yang semangat," tegur Tan Sri Mokhtar sambil tergelak. Dia dan isterinya sememangnya berkenan dengan Maisarah. Tambahan mereka suami isteri bukanlah antara golongan yang mementingkan pangkat dan keturunan dalam memilih menantu. Asalkan anak mereka bahagia, itu sudah memadai.

"Mestilah, pa. Dulu kan Lia tak sempat nak merasa semua ni," jawab Dahlia Arissa sambil berseloroh. Namun kata-katanya itu memberi kesan kepada mereka yang ada di situ. Serta-merta mereka semua diam. Dahlia Arissa pula terpinga-pinga.

"Eh, kenapa pulak ni? Dahlia ada salah cakap ke?" Tanya Dahlia Arissa perlahan. Muka mamanya ditatap lama. Mohon penjelasan.

"Jangan sebut benda yang dah lepas. Mama tak suka," tegur Puan Sri Melati sambil mencubit pipi Dahlia Arissa.

"Ops! Sorry. Apa-apa pun... Tahniah, abang! Tahniah, Mai! Lia happy sangat untuk kau orang berdua. Tak sabarnya nak dapat kakak ipar."

Daniel Amriza yang duduk di sebelah Dahlia Arissa pantas memaut bahu adik kesayangannya itu.

"Thanks! Abang pun doakan tak lama lagi adik abang yang paling cantik ni pulak yang kahwin," doa Daniel Amriza sambil tersenyum.

"Amin!" Serentak sahaja Tan Sri Mokhtar, Puan Sri Melati dan Maisarah mengaminkan doa Daniel Amriza. Akhirnya mereka semua tertawa.







DAHLIA ARISSA akhirnya mengambil alih spa kepunyaan mamanya apabila puas dipujuk oleh Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati. Tambahan pula Puan Sri Melati ingin menumpukan sepenuh perhatiannya kepada keluarga. 

"Macam mana dengan spa? Semua okey?" Tanya Puan Sri Melati kepada Dahlia Arissa yang baru sahaja melabuhkan punggung di sofa. Dahlia Arissa menarik nafas panjang. Ingatannya kembali berputar kepada peristiwa yang berlaku di spa mamanya tadi.

Hari pertama menjaga spa mamanya itu, dia sudah pun berjumpa dengan wanita itu. Kalau di KLCC tempoh hari, dia sempat lagi mengelak, tetapi di spa mamanya tadi, dia langsung tidak dapat melarikan diri. Akisyah Nabilah! Gadis yang entah apa-apa bagi Dahlia Arissa. Tergedik-gedik macam mintak penampar! Geram betul dia melayan kerenah model yang perasan popular itu.

"Bagi lah dia berehat dulu. Macamlah nanti-nanti tak boleh tanya," tegur Tan Sri Mokhtar kepada isterinya itu membuatkan Dahlia Arissa tersedar daripada lamunan.

"Everything's fine. Just Lia tak sangka pulak perempuan tu loyal customer mama," jawab Dahlia Arissa lalu melentokkan kepalanya di sofa.

"Siapa?" Tanya Puan Sri Melati.

"Akisyah Nabilah! Lia macam nak hentak je kepala dia tadi. Nasib baik staf dah cakap awal-awal yang dia tu pelanggan tetap dekat situ. Dah lah berlagak semacam. Lia tahu lah dia tu model, popular yang tak sepopular mana, tapi janganlah dia sesuka hati kaki buruk dia tu nak maki-maki staf kita," rungut Dahlia Arissa. Dalam matanya masih lagi terpejam rapat lagi sempat juga di berseloroh.

"Ya ke? Papa tak tahu pulak yang dia tu pelanggan tetap dekat spa kita. Mama Lia ni pun, tak pernah nak bagitau papa," celah Tan Sri Mokhtar pula. Sempat dia menjeling isterinya.

"Dia datang sebagai customer kita. Takkan mama tak nak layan dia baik pulak. Lagipun kalau kita tak layan dia dengan baik, nanti spa kita jugak yang dapat kesannya. Dahlia kan ex-marketing student, mesti Lia tahu macam mana penangan word-of-mouth, kan?" Jelas Puan Sri Melati. Tidak mahu anak dan suaminya salah faham.

"Yup, Lia tahu tu," jawab Dahlia Arissa ringkas.

"Sorry kalau mama tak bagitau awal-awal dekat Lia pasal benda ni," lembut sahaja suara Puan Sri Melati sehingga membuatkan mata Dahlia Arissa yang terpejam tadi kini terbuka luas.

"Tak ada benda yang mama perlu mintak maaflah. Lia pun salah jugak sebab tak profesional dalam bekerja," kata Dahlia Arissa sambil tersenyum. Namun senyumnya mati apabila teringatkan sesuatu.

"Rindulah dekat Abang Amri. Macam nak fly ke Singapura je," sayu sahaja suara Dahlia Arissa. Tan Sri Mokhtar Dan Puan Sri Melati memandang sesama sendiri.

"Baru semalam Abang Amri balik, dah rindu ke?" Usik Tan Sri Mokhtar.

"Malam karang Lia nak Skype lah dengan Abang." Beritahu Dahlia Arissa sambil tersenyum.

"Tapi malam ni papa dengan mama ada benda nak bincang dengan Amir, jadi papa rasa Lia perlu ada sekali," kata Tan Sri Mokhtar.

"Pasal apa, pa?" Tanyanya.

Puan Sri Melati sudahpun menuju ke dapur apabila terhidu lauk yang agak menyelerakan. Entah apalah yang dimasak bibik dan Maisarah, bisiknya di dalam hati.

"Malam karang Lia turun. Kita bincang. Dah pergi naik, mandi. Lepas tu jangan lupa kita solat maghrib berjemaah," pesan Tan Sri Mokhtar kepada anak gadisnya itu. 







SELEPAS makan malam, Maisarah dan bibik sibuk mengemas dapur, manakala Tan Sri Mokhtar, Puan Sri Melati, Amir Haikal dan Dahlia Arissa bersantai di ruang tamu sambil menikmati puding mangga buatan Puan Sri Melati.

"Mummy Amir ada call?" Tanya Puan Sri Melati kepada Amir Haikal.

"Ada, mummy dah cerita semuanya dekat Amir pagi tadi," jawab Amir Haikal perlahan.

"So, Amir macam mana? Setuju?" Aju Tan Sri Mokhtar pula.

Dahlia Arissa yang tidak tahu apa-apa hanya memasang telinga. Tunggu masa untuk bertanya tanpa henti.

"Terpulang pada mummy, daddy, papa dengan mama. Amir ikut je." Sungguh tulus jawapan yang diberikan oleh Amir Haikal.

"Mana boleh macam tu, this is your future. Your life! Amir yang kena tentukan sendiri bukan orang lain." Tegas sahaja kata-kata Puan Sri Melati.

Amir Haikal sempat memandang ke arah Dahlia Arissa dan tanpa diduga pandangan mereka bertemu.

"Macam serius je bunyi ni. Sebelum Lia buat andaian yang bukan-bukan, lebih baik bagitau Lia, kau orang tengah cerita pasal apa ni? Kesian dekat Lia yang tak tahu apa-apa cerita." Pinta Dahlia Arissa dengan muka yang sengaja dimonyokkan.

"Masa dekat London hari tu, mama dengan papa dah bincang dengan mummy, daddy Amir nak buat majlis kahwin dia dengan Fina hujung tahun ni. Bila balik sini dengar berita baik daripada Amri pulak yang nak kahwin dengan Mai. Jadi mama fikir baik buat sekali je dengan Amir..."

"Wait, wait wait... Stop! Abang Amir dah nak kahwin dengan Kak Fina? Kenapa tak ada sesiapa pun yang bagitau Lia pasal benda ni? Yang abang ni pun satu, duduk serumah dengan Lia tapi langsung tak bagitau pun yang abang tu dah nak kahwin!" Celah Dahlia Arissa sambil matanya menerkam tepat ke wajah Amir Haikal. Geram kerana dia asyik menjadi orang terakhir tahu apa yang berlaku di dalam rumah ini.

"Dahlia, semua plan ni papa dengan mama yang buat. Mummy dengan daddy Lia pun dah setuju. Tak elok dia orang bertunang lama sangat," Tan Sri Mokhtar pula bersuara.

"Ermmm.... Betul jugak, kan? Mesti meriah majlis tu nanti. Kalau Lia ada calon suami dalam masa terdekat ni, bolehlah Lia tumpang sekaki, dua kaki," seloroh Dahlia Arissa sambil tersengih.

Muka Amir Haikal menjadi kelat apabila Dahlia Arissa menyebut mengenai calon suami. Dia ni dah ada calon jugak ke? Bisik hati Amir Haikal.

"Mana boleh! Untuk Dahlia kita buat majlis lain." Bantah Tan Sri Mokhtar.

Dahlia Arissa mengerutkan dahi sambil berfikir. Betul jugak. Tak kan nak naik tiga pasangan sekaligus atas pelamin. Nanti jadi pelamin anganku musnah akibat roboh, kan naya! Isy, isy isy! Tak nak lah. Getus hari Dahlia Arissa di dalam hati.

"So, bulan berapa nak buat majlis ni? Tak sabar pulak Lia tunggunya." Dahlia Arissa bertanya lagi. Dia benar-benar teruja. Mengalahkan orang yang hendak berkahwin sahaja layaknya.

"Tiga bulan lagi. Nanti Lia tolong mana yang patut tau, mama tak larat nak buat sorang-sorang." Kata Puan Sri Melati

"Ambik wedding planner jelah, ma." Usul Amir Haikal.

Kali ini Dahlia Arissa memandang tepat wajah Amir Haikal. Di dalam hati, dia bersetuju dengan pendapat abang sepupunya itu.

"Papa pun rasa macam tu. Senang kita guna khidmat wedding planner, ni. Tapi mama kau orang ni pulak yang tak nak. Nak jugak dia buat sendiri." Mendatar sahaja suara Tan Sri Mokhtar.

"Ma, kita ambik wedding planner je, ma. Lia berkenan sangat tengok sentuhan Jovien Mandagie. Boleh suruh dia design untuk baju pengantin nanti. Termasuk baju Lia sekali." Pujuk Dahlia Arissa pula.

"Tengoklah macam mana nanti," Ringkas sahaja jawapan Puan Sri Melati. Dia sebenarnya ingin menguruskan sendiri semua keperluan untuk majlis Daniel Amriza dengan Amir Haikal nanti.

"Jadi, Amir serahkan semuanya dekat mama dengan papa?" Tanya Tan Sri Mokhtar lagi. Inginkan kepastian.

Amir Haikal hanya mengangguk.

"Kalau macam tu, senanglah kerja papa dengan mama. Papa nak naik atas dulu," kata Tan Sri Mokhtar seraya bangkit. 

Puan Sri Melati turut bangkit.

Tinggal Dahlia Arissa bersama Amir Haikal. Dahlia Arissa mencapai alat kawalan TV Plasma itu tetapi belum sempat Dahlia Arissa menekan butang On, Amir Haikal sudah pun bersuara.

"Mama bagitau tadi, esok nak pergi kenduri dekat rumah Uncle Kamal. Betul, ke?"

"Haah, tapi macam malas lah Lia nak pergi," jawab Dahlia Arissa. Serta merta wajah Khalil Asyraf bermain di fikirannya.

"Papa ada ajak abang pergi sekali esok. Teringin jugak abang nak tengok orang yang nak gantikan tempat Adam dulu."

Wajah Dahlia Arissa terus berubah. Macam mana dia ni boleh tahu? Mesti Abang Amri yang bagitau ni. Cheese cake punya, abang!

"Ni mesti Abang Amri yang bagitau, kan? Tak pandai simpan rahsia betullah dia tu..." Rungut Dahlia Arissa.

Amir Haikal hanya tersenyum hambar. Dia tidak menyangka rupa-rupanya ada lagi lelaki lain yang menaruh hati pada gadis yang sedang duduk dihadapannya itu.

"Jadi, Dahlia tetap tak nak pergi ke esok?" Sekali lagi Amir Haikal bertanya.

"Tengoklah macam mana, kalau papa dengan mama dapat diajak berunding secara aman, Lia tak pergi lah. Tapi kalau ada bantahan, kenalah pergi jugak. Malas betullah, Lia!"

"Tak baik Lia macam tu. Lagipun, tu kan pak cik Lia jugak. Jangan lupa yang Khalil tu kan dah kahwin. Dah ada anak pun. Kalau tak pun, kita pergi dua kereta. Lia ikut abang, biar papa dengan mama. Kalau kita nak balik awal pun senang. Tak payah nak tunggu papa dengan mama," cadang Amir Haikal.

"Dahlia suka cadangan abang. Lia pun tak nak duduk rumah tu lama-lama. Dah tunjuk muka tu, kita balik lah. Tapi sebelum tu kita kena makan dulu sebelum balik." Katanya sambil tersenyum manis.

Naluri lelaki Amir Haikal bergetar saat setiap kali melihat senyuman yang bergayut di bibir adik sepupunya itu. Patutlah Tengku Syed Adam payah benar hendak melupakan Dahlia Arissa.










Vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro