bab 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SUDAH tiga bulan majlis Daniel Amriza dan Amir Haikal berlalu, tetapi bagi Dahlia Arissa seperti sudah tiga tahun lamanya dia tidak berjumpa dengan Amir Haikal. Memandangkan dia adik kepada Daniel Amriza, jadi dia lebih mudah ke rumah abangnya itu sendiri berbanding ke rumah Amir Haikal. Dia sendiri mengakui, adakalanya dia rindu dengan usikan abang sepupunya itu.

"Malam ni Abang Amir datang makan malam dekat sini," beritahu Puan Sri Melati kepada Dahlia Arissa yang sedang leka memberi makanan kepada ikan yang berwarna-warni itu.

"Okey," ringkas sahaja dia menjawab. Dia tahu pasti Syahfina akan ada bersama.

"Tapi dia datang sorang, tu yang mama pelik..." Beritahu Puan Sri Melati. Dahlia Arissa segera memandang mamanya.

"Kak Fina mana, ma?"

"Entahlah. Mama pun tak tau," jawab Puan Sri Melati lalu meninggalkan Dahlia Arissa yang sedang diamuk seribu macam persoalan mengenai Amir Haikal dan juga Syahfina.













"LIA sihat?" Tanya Amir Haikal kepada Dahlia Arissa sewaktu mereka berdua duduk di tepi kolam selepas makan malam.

"Sihat, alhamdulillah. Abang pulak?"

"Sihat jugak. Lama dah abang tak balik sini, kan? Dahlia pun macam kurus je abang tengok."

"Lia on diet sekarang ni," jawabnya sambil tersenyum. Sempat lagi dia meneliti wajah dan susuk tubuh abang sepupunya itu.

"Sejak bila pandai main belek-belek muka abang ni?" Tegur Amir Haikal. Dahlia Arissa ketawa menutup malu. Tidak sangka perbuatannya dilihat oleh abang sepupunya itu.

"Sejak tak nampak abang tiga bulan ni."

"Kenapa Lia tak datang rumah?" Amir Haikal bertanya lagi. Dia juga sebenarnya tidak lepas memandang wajah yang amat dirindukannya itu.

"Tak naklah. Hubungan Lia dengan isteri abang tu pun tak okey lagi. Jadi Lia tak naklah timbulkan masalah lagi. Dahlah Kak Puteri asyik hantar mesej suruh jangan rapat dengan Abang Khalil. Hari-hari pulak tu..." Adu Dahlia Arissa secara tidak sengaja.

"Kes kena tolak tu tak settle-settle lagi ke? Dahlia ada jumpa dia?"

"Masa majlis kahwin abang tulah Lia jumpa dia. Masa tu Lia teringin sangat nak dukung anak dia orang yang paling kecik tu, jadi Lia ambiklah budak tu dari Abang Khalil. Alih-alih tak lama lepas tu dia marah Lia masa Lia dekat dalam toilet. Dia cakap lagi yang Lia ni tak serik-serik. Asyik nak ganggu rumah tangga orang je." Cerita Dahlia Arissa panjang lebar.

"Mama dengan papa tau?"

Dahlia Arissa hanya menggelengkan kepala. Tidak mahu merunsingkan kepala kedua-dua orang tuanya itu.

"Dahlia kena hati-hati. Orang macam tu kita tak tahu tindakan dia seterusnya," nasihat Amir Haikal.

"Okey. Ermmm, lupa nak tanya. Kenapa abang tak bawak Kak Fina sekali?"

"Dia sibuk." Ringkas sahaja jawapan Amir Haikal.

"Okey," jawabnya malas hendak bertanya lebih lanjut masalah rumah tangga orang lain walaupun hatinya memberontak untuk terus bertanya.

"Abang rindukan rumah ni. Rindukan papa, mama, and paling utama abang rindukan Lia," luah Amir Haikal tanpa berselindung. Dahlia Arissa sudah pun berdehem dua tiga kali.

"Tak sangka kan jodoh abang dengan Kak Fina kuat?"

"Dah tertulis memang abang dengan dia kut. Tapi abang nak Lia tau yang abang akan sentiasa cintakan Lia sampai bila-bila. Ingat tu," pesannya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Dahlia Arissa melepaskan satu keluhan. Kenapalah aku boleh terjebak dengan cinta suami orang ni? Ya Allah, sesungguhnya aku tidak layak untuk mencintai lelaki ini lagi...
















DAHLIA Arissa menyanyi-nyanyi kecil sambil memotong buah mangga yang baru sahaja dibeli mamanya awal pagi tadi. Sejak Maisarah tiada di dalam rumah mewah itu, Puan Sri Melati dan bibik lah yang akan ke pasar membeli barang dapur.

"Awal pagi dah makan mangga ni, tak takut sakit perut ke?" Tegur Tan Sri Mokhtar yang baru sahaja memasuki dapur.

"Mengidamlah, pa." Dahlia Arissa menjawab selamba. Muka Tan Sri Mokhtar berkerut seribu. Biar betul anak aku ni? Mengidam?

"Dahlia jangan buat benda yang papa tak suka. Papa dengan mama dah pesan banyak kali, kan... maruah Lia sebagai perempuan tu kena jaga, termasuk maruah papa dengan mama." Serius sahaja lontaran suara Tan Sri Mokhtar itu. Dahlia Arissa sudah pun tergelak besar.

"Lia tak pernah lupa semua tu. Lia nak buat jus mangga. Lepas tu nak simpan dalam peti ais. Biar sejuk. Tengah hari nanti, baru boleh terus minum." Terangnya. Tidak mahu papanya salah sangka dengan jawapannya sebentar tadi.

"Eloklah kalau macam tu. Buat lebih sikit sebab tengah hari nanti family Adam nak datang makan dekat sini. Lia dah ada jawapan yang papa nak tu kan?"

Dahlia Arissa tergamam. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa pasal benda ni? Dah tiga minggu papa pesan dekat aku, tapi kenapalah aku tak pernah terfikir pun? Adeh, macam mana ni?

"Tak boleh postponed dulu ke, pa?" Dahlia Arissa mula tawar menawar dengan papanya. Namun gelengan papanya itu membuatkan hatinya mula tidak senang.

Tan Sri Mokhtar kembali ke biliknya di tingkat atas apabila di tangannya sudahpun menggenggam sebiji epal hijau.

"Rossa tolong sambung kerja Lia ni. Tiba-tiba mood dah ke laut pulak," pinta Dahlia Arissa kepada bibik yang baru sahaja selesai membasuh baju di bilik dobi. Sejak ketiadaan Maisarah, kerja bibik sedikit bertambah. Mujurlah Puan sri Melati dan Dahlia Arissa jenis majikan yang ringan tulang. Kalau tidak, mahu tak menang tangan dia hendak menguruskan rumah sebesar ini.













TELEFON bimbitnya menyanyi nyaring minta diangkat. Sambil berdiri di porch bilik, dia menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenalinya itu.

"Helo."

"Helo, aku ni, Fina. Aku tak tau nak cakap macam mana lagi dekat perempuan macam kau ni kan? Nak kata kau tu bodoh, kau belajar sampai overseas. Tapi yang aku pelik kenapa kau still lagi nak menggatal dengan laki aku, huh? Dari kita orang bertunang sampai sekarang dah kahwin kau tak habis-habis nak ganggu life kita orang, apa kau nak sebenarnya? Kau nak kita orang bercerai-berai baru kau nak puas hati tepuk tangan."

"Astaghfirullah al-azim... Apa yang Fina merepek ni?" Dahlia Arissa mengurut dada yang sedikit sakit. Sakit mendengar kata-kata Syahfina.

"Kau jangan nak tunjuk baik depan akulah. Aku tau malam tu laki aku pergi rumah kau, kau dating dengan dia dekat luar rumahkan? Aku ada dekat luar pagar masa tu jadi kau jangan nak kelentong akulah perempuan gatal! Bukan main lagi kau pandang laki aku, ya? Kenapa? Kau teringin nak bermadu dengan aku ke?"

Sekali lagi Dahlia Arissa mengucap panjang.

"Kenapa kau diam? Takut? Bila kau dah tak dapat nak ambik Khalil, kau nak ambik laki aku pulak, kan? Nampak sangat kau tu tak laku! Sebab tu kau asyik nak ambik hak orang! Dasar perempuan tak tau malu!" Jerit Syahfina di hujung talian.

Belum sempat Dahlia Arissa menjawab, talian sudah pun diputuskan. Air matanya mula bergenang.

Baru sahaja dia hendak masuk kedalam bilik air, sekali lagi telefon pintarnya berbunyi. Melihat 'private number' tertera di skrin telefon bimbit, membuatkan dia memutuskan untuk tidak menjawabnya. Namun nyanyian daripada telefon pintarnya itu masih terus berdegil untuk bernyanyi lagi dan lagi. Sambil menyeka air mata, dia memandang skrin telefon pintarnya. Tertera pula nama Khalil di situ. Dengan terpaksa dia menjawab panggilan sambil menahan suara yang sudah mula berubah nada.

"Assalamualaikum Abang Khalil," ucapnya perlahan.

"Oh, aku call kau tak jawab... Tapi bila nampak nombor laki aku, laju je kau jawab, ya? Memang sah kau ni jenis perempuan yang gatal merenyam!"

Sekali lagi Dahlia Arissa terkejut dengan serangan daripada Puteri. Ya Allah, dia orang ni berpakat ke apa? Baru kejap tadi Syahfina telefon, ni Puteri pulak. Kedua-duanya membicarakan soal yang sama iaitu soal suami mereka!

"Ada apa Kak Puteri call Lia ni?" Dahlia Arissa cuba berlembut. Sakit di dalam hati dengan Syahfina tidak hilang lagi, tetapi sudah ditambah dengan sakit hatinya terhadap Puteri pula.

"Laki aku mana? Tadi dia cakap nak pergi rumah kau, sampai telefon dia pun dia tinggal." Kasar sahaja suara Puteri. Dahlia Arissa menarik nafas panjang.

"Dia dah keluar dengan Abang Amri," beritahu Dahlia Arissa. Memang betul sebentar tadi abangnya keluar dengan abang sepupunya itu. Tetapi dia tidak tahu kemana mereka pergi.

"Kalau kau tipu aku, siaplah! Dahlah, malas aku nak layan perempuan yang tak laku macam kau ni!" Puteri menamatkan bicara dengan sindiran sinis.

Dahlia Arissa sudah tidak dapat membendung air matanya lagi. Tidak lama kemudian, bilik itu sudah pun diselubungi dengan bunyi esakan halus daripada Dahlia Arissa.

Ketukan berkali-kali pada daun pintu membuatkan Dahlia Arissa cepat-cepat mengelap air matanya.

"Kak Lia, dah siap ke belum? Keluarga Abang Adam dah sampai tu. Kejap lagi kita dah nak makan." Suara Maisarah dari luar jelas kedengaran. Walaupun sudah menjadi menantu di dalam rumah ini, namun Maisarah lebih selesa memanggil Dahlia Arissa, kakak. Cuma panggilannya dengan Mama Sri dan Papa Sri sahaja sudah berubah kepada mama dan papa.

"Okey, kejap lagi akak turun," jawab Dahlia Arissa lalu masuk ke dalam bilik air. Wajahnya dibelek-belek di cermin. Mata dan hidungnya sedikit merah. Sampai bila aku perlu dituduh menjadi perosak rumah tangga orang ni? Soalnya di dalam hati.
















Shaa perlukan vote korang untuk naikkan ranking story shaa ni '(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro