bab 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AMIR HAIKAL hanya menundukkan kepala apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mummynya, Datin Melur. Dato' Mukriz masih mendiamkan diri. Belum mahu mencelah. Suasana di pejabat Amir Haikal itu kembali sepi. Menyesal pula rasanya dia menceritakan tentang perasaannya terhadap Dahlia Arissa kepada kedua-dua orang tuanya itu.

"Mummy sayangkan kamu, Amir. Mummy buat ni semua untuk kebaikan kamu jugak..." sambung Datin Melur lagi.

"Dahlah tu, bagi dia masa untuk fikir dulu." Dato' Mukriz bersuara. Kesian pula dia melihat wajah anak tunggalnya itu dirudung keresahan.

"Melur bukan apa, bang... Melur nak dia buang perasaan dia pada Lia tu. Yang sakit dia, yang cemburu pun dia jugak. Kalau Lia belum jadi isteri orang, Melur tak kisah dan Melur setuju sangat-sangat dia jadi menantu kita. Lia pun dah bahagia dengan Adam, dah mengandung dah pun. Jadi Melur tak nak disebabkan perasaan Amir ni nanti dia akan buat benda-benda yang tak elok sampai menggangu rumah tangga orang lain," hujah Datin Melur panjang lebar.

"Amir takkan buat sampai macam tu, mummy. Amir sayangkan Lia takkan Amir nak musnahkan kebahagiaan orang yang Amir sayang." Amir Haikal akhirnya bersuara. Wajahnya di angkat sedikit lalu memandang wajah kedua-dua orang tuanya. Mohon pengertian.

"Terpulang pada kamu. Mummy cuma taknak kamu kecewa. Kamu dengan Lia tu sepupu. Macam mana sekalipun yang terjadi, kamu tetap kena berdepan dengan dia jugak. Jadi mummy harap sangat kamu jaga diri kamu tu. Lusa mummy dengan daddy dah pun nak balik London," pesan Datin Melur.

Amir Haikal mengangguk lemah.

"Buat masa ni daddy nak kamu fokus dekat company dulu. Daddy tengok kerja kamu pun tak berapa baik sejak kebelakangan ni. Jangan jatuh sebab cinta, Amir... tapi bangkitlah sebab cinta. Lagi-lagi cinta pada Allah. Kamu mungkin kehilangan cinta Lia tapi kamu kena ingat, kena bersyukur sebab kamu masih punya cinta Allah. Yakin dan bersangka baiklah dengan setiap dugaan yang Allah beri." Dato' Mukriz pula mengingatkan anaknya.

"Terima kasih daddy, mummy. Dah nak lunch time ni, jom kita makan. Amir belanja makan kari kepala ikan. Tempat yang selalu Amir dengan Lia pergi dulu," katanya lalu bangkit.

Datin Melur memandang suaminya, lantas berbisik. "Dengar tu. Lia lagi!"









DAMIA masih setia menanti di ruangan menunggu. Kelibat Tengku Syed Adam masih belum kelihatan. Sudah tiga kali dia bertanya kepada Hani, penyambut tetamu di syarikat Tengku Syed Adam tetapi Hani tetap mengatakan Tengku Syed Adam masih di dalam bilik mesyuarat.

"Boleh saya berjumpa dengan Tengku Syed Adam?" Tiba-tiba seorang perempuan mengandung bertanya kepada Hani. Damia sempat mengerling kepada perempuan yang tampak bergaya itu.

"Maaf, cik. Tengku Syed tengah meeting. Erm, cik ada buat appointment dengan dia ke?" Ramah sahaja Hani bertanya.

"Ada."

"Kalau macam tu, cik tunggu sekejap ya. Kejap lagi Tengku Syed habis meeting," jawab Hani lagi.

Perempuan itu terus mengambil tempat duduk tidak jauh dari Damia. Damia bangkit menuju ke tandas tanpa membalas senyuman yang dihulurkan oleh perempuan tadi.









KELUAR sahaja dari bilik mesyuarat, Tengku Syed Adam menuju ke biliknya. Sekejap lagi dia akan menemani Dahlia Arissa untuk membuat pemeriksaan kandungan di klinik. Baru sahaja dia ingin mencapai kunci kereta, pintu biliknya diketuk dari luar.

"Masuk!"

"Maaf, Tengku Syed. Ada dua orang tetamu nak jumpa Tengku," beritahu Aisya setelah mendapat tahu daripada Hani tentang kedatangan dua orang tetamu bosnya itu. Tengku Syed Adam mengerutkan dahi. Setahunya dia tidak punya apa-apa temu janji lagi.

"Siapa?"

"Seorang tu Damia yang datang hari tu. Yang seorang lagi saya tak kenal. Tapi dia kata dia ada buat appointment dengan dengan Tengku Syed. Cumanya yang peliknya appointment Tengku saya yang handle. Maybe personal appointment kut?" Terang Aisya kepada bosnya.

"Kalau personal appointment selalunya my wife je, kan? Tapi tak pe, bagi dia masuk dulu. Lagipun saya ada masa sikit ni. Pasal Damia tu biar jelah dia tu," arah Tengku Syed Adam.

Aisya mengangguk lalu melangkah keluar.

"Assalamualaikum..." sapa satu suara.

Tengku Syed Adam mengangkat muka memandang ke arah muka pintu. Wajahnya berubah apabila melihat Syahfina sudah tersenyum kepadanya. Salam Syahfina di balas.

"Silakan duduk," pelawa Tengku Syed Adam kepada Syahfina yang melihat suasana pejabat Tengku Syed Adam. Boleh tahan jugak office mamat ni, pujinya dalam hati.

"Straight to the point, boleh saya tahu tujuan Cik Fina datang berjumpa dengan saya?" Tanya Tengku Syed Adam, formal. Syahfina ketawa kecil.

"Tak payahlah bercik-cik, Adam. Panggil saya Fina je. Saya nak ucapkan tahniah sebab tak lama lagi awak dah nak jadi ayah."

"Terima kasih. Tapi tu je ke yang bawak awak sampai ke sini?" Soal Tengku Syed Adam mula curiga. Syahfina masih lagi ketawa. Wajah Tengku Syed Adam ditatap lama.

"Tapi saya rasa anak yang Lia kandung tu bukan anak awak, tapi anak Amir."

Tengku Syed Adam tergamam. Dadanya berombak kencang. Lututnya mula menggeletar. Pada masa yang sama Damia mengintip di celah daun pintu apabila melihat Aisya sudah tidak ada di tempatnya.

"Jangan nak merepek, Fina!" Tempelak Tengku Syed Adam. Tidak senang mendengar kata-kata Syahfina.

Syahfina sudah pun tersenyum mengejek. Siaplah kau kali ni Lia, aku akan pastikan laki kau akan tinggalkan kau sama macam mana laki aku tinggalkan aku dulu! Janji Syahfina dalam hati.

"Kalau tak percaya, awak tanya Lia. Tanya kenapa dia tiba-tiba terima awak. Kenapa dia tiba-tiba nak kahwin dengan awak."

Tengku Syed Adam menelan air liur. Takkanlah Arissa sanggup buat macam tu, bidasnya dalam hati.

"Adam, awak kena ingat satu benda je. Sebelum awak berkahwin dengan Lia, dia sedang bermadu kasih dengan Amir tau. Lepas Amir kahwin dengan saya je baru dia orang jarang berjumpa. Tapi dia orang masih jugak berjumpa dekat rumah keluarga Dahlia. Yalah dah mereka tu sepupu, kan? Tapi cuba awak fikir balik kalau dah duduk satu rumah tu, macam mana? Malam-malam kalau semua penghuni rumah tu tidur apa akan jadi? Tak ada siapa tahu kalau Amir tidur sebilik dengan Dahlia!" Racun Syahfina lagi.

Sekali lagi Tengku Syed Adam tersentak. Perasaannya mula berbaur. Dadanya makin beralun kencang.

"Sebab tu jugaklah Amir tinggalkan saya. Sebab dia rasa bersalah dengan apa yang jadi dekat saya. Saya cari lelaki lain sebab dia cari perempuan lain. Saya tak akan tidur dengan lelaki lain kalau dia tak tidur dengan perempuan lain." Syahfina mula teresak-esak. Lakonannya perlu mantap untuk membolehkan cita-citanya tercapai. Dia harus mencuba walaupun kedengaran ceritanya itu tidak logik.

"Saya tak percaya, Fina! Arissa bukan orang macam tu!" Bidas Tengku Syed Adam, mempertahankan isterinya.

"Tapi Mia rasa betul apa yang dia ni katakan." Entah kenapa Damia merasakan inilah peluangnya untuk mendapatkan Tengku Syed Adam.

Tengku Syed Adam pantas menoleh ke arah Damia. Fikirannya makin bercelaru. Syahfina turut terkejut dengan kemunculan Damia. Hatinya mula tidak senang dengan kehadiran gadis itu. Siapa pulak ni?

"Damia jangan nak masuk campur!" Tengking Tengku Syed Adam membuatkan Syahfina terkejut. Namun Damia masih mara ke depan. Duduk disebelah Syahfina.

"Abang, Mia memang dah agak dah semua ni akan terjadi. Lagi-lagi masa raya dekat rumah Dahlia dulu. Abang pun nampakkan apa yang Mia nampak. Mia sendiri sedih tengok Dahlia sibuk melayan jantan lain. Mesra pulak tu. Depan kita dia orang dah berani bermesra macam tu, belakang kita entah-entah mesra daripada tu."

Syahfina mengerling ke arah perempuan yang menggelar dirinya Damia itu. Walaupun aku tak tau apa agenda dia ni, tapi sekurang-kurangnya dia punya misi yang sama dengan aku iaitu meracun fikiran Adam. Bagus! Syahfina bermonolog sendiri.

"Mia, Amir dengan Arissa tu sepupu, tahu!" Bentak Tengku Syed Adam yang masih lagi tidak berpuas hati. Kepalanya dipicit perlahan. Syahfina sudah pun tersenyum di dalam hati.

"Kenapa? Kalau sepupu tak boleh kahwin? Tak boleh nak buat maksiat?" Lancang sekali Damia menjawab. Tengku Syed Adam terkedu.

"Abang, kalau nak buat benda terkutuk macam tu, bapak dengan anak pun boleh jadi. Inikan pulak sepupu yang ada perasaan antara satu sama lain. Bukak sikit mata abang tu. Jangan disebabkan abang sayangkan Lia, abang butakan mata abang atas semua yang dia buat. Come on, abang! Abang tu lelaki. Jangan nanti anak tu dah lahir tapi tak kenal siapa bapak dia. Abang nak macam tu?" Sambung Damia lagi.

Kali ini dia betul-betul nekad. Pergh! Boleh tahan minah ni. Makin senanglah kerja aku. Baik aku sambung pulak. Biar Adam tu makin sakit kepala. Tapi yang paling penting, sakit hati! Kata Syahfina dalam hati.

"Saya bukannya nak dengki ke apa... Tapi ini untuk kebaikan awak jugak. Saya dengan Amir dah pun bercerai dan saya akan berkahwin dengan ayah kandung baby dalam perut ni. Saya kena lakukan semua ni demi masa depan baby ni, jugak. Yalah, manusia mana pernah tak buat silap, kan? Jadi saya tak nak baby ni lahir nanti tak ada ayah. Kalau saya masih dengan Amir pun, takkan saya nak hidup dalam kepura-puraan dengan mengatakan anak ini anak Amir sedangkan ini bukan anak dia." Sayu sahaja suara Syahfina. Sekadar mencantikkan lagi lakonannya.

Terasa nafasnya seakan-akan sesak kerana mendengar kata-jata Damia dan Syahfina itu. Kemesraan Amir Haikal dan isterinya mula mengaburi birai matanya. Ya, itu di depan mata yang boleh dilihat, tetapi di belakang mereka? Arghhh!!! Tidak sanggup dia hendak membayangkan isterinya 'bersama' dengan lelaki lain.

"Kau orang tolong keluar sekarang," pinta Tengku Syed Adam lemah. Syahfina mula merasakan umpannya mula mengena.

"Tapi abang...

"Aku cakap keluar, keluarlah!" Tempik Tengku Syed Adam.

Terkulat-kulat Damia dan Syahfina keluar dari bilik itu. Apabila daun pintu ditutup, Syahfina mengeluarkan business cardnya lalu dihulurkan kepada Damia.

"Aku teringin sangat nak berbual dengan kau, tapi aku kena kejar masa. So, esok kalau kau free tolong call aku. Kita jumpa," kata Syahfina sebelum berlalu.

Damia sekadar mengangguk.





Vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro