bab 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TROLI yang masih kosong itu ditolak perlahan sambil matanya memandang pada kertas di tangan. Begitulah Dahlia Arissa jika ingin membeli-belah. Dia akan pastikan dirinya membuat senarai barang-barang yang perlu dibeli. Sekadar memastikan dirinya tidak membeli barangan di luar keperluan walaupun kadang-kadang tersasar juga.

"Sayang kenapa tak tunggu abang?" ujar Tengku Syed Adam yang baru sahaja selesai mengeluarkan duit dari mesin ATM.

Dahlia Arissa hanya tersenyum. Troli bertukar tangan. Mereka menuju ke bahagian bahan mentah.

"Sayang nak masak apa ni?" tanya Tengku Syed Adam apabila melihat Dahlia Arissa mengambil sotong dan udang. Teliti sekali isterinya itu memilih sotong dan udang yang kelihatan segar itu.

"Baby teringin nak makan tomyam," jawabnya sambil tersenyum manja.

Alahai, bini aku ni... kalau part senyum memang boleh luruh jantung aku ni dibuatnya, gumam Tengku Syed Adam di dalam hati.

"Bukan mama baby yang teringin ke?" soal Tengku Syed Adam lagi. Sengaja mengusik isterinya. Dahlia Arissa sudah pun tergelak lalu menuju ke arah buah tomato.

"Mama dia menumpang sekaki jelah."

Kali ini Tengku Syed Adam pula tersenyum mendengar jawapan Dahlia Arissa. Ada-ada sahaja yang hendak dijawabnya. Troli ditolak lagi bagi mengekori isterinya yang leka memilih buah tomato.

"Beli barang dapur ke?" sapa satu suara dari arah belakang. Tengku Syed Adam segera berpaling mencari suara yang menegur. Kelihatan Khalil Asyraf dan Puteri sedang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Taklah, tengah beli tayar kereta ni. Takkan tak nampak kut?" jawab Dahlia Arissa selamba.

Tengku Syed Adam bersalaman dengan Khalil Asyraf, manakala Dahlia Arissa hanya sekadar memandang. Tiada perasaan dia hendak bersalaman dengan isteri abang sepupunya itu.

"Berapa bulan dah tu?" tanya Puteri sambil menunjuk perut Dahlia Arissa yang kian membukit.

"Dah sembilan bulan," Tengku Syed Adam menjawab. Menjadi wakil pihak isterinya apabila melihat Dahlia Arissa sudah menuju ke tempat lain. Perang dingin masih melanda. Mungkin sudah puas isterinya itu bersabar melayan kerenah Puteri, jadi biarlah kali ini dia buat tak endah sahaja dengan kehadiran Khalil Asyraf dan Puteri di situ.

"Kita orang gerak dulu. Assalamualaikum," pinta Tengku Syed Adam lantas berlalu.

Puteri mencebik. Geram barangkali dengan telatah Dahlia Arissa.

Khalil Asyraf hanya mendiamkan diri. Matanya masih liar mencari bayangan Dahlia Arissa yang kelihatan semakin comel dalam keadaan mengandung itu. Perasaan ingin mendapatkan Dahlia Arissa muncul semula.











TENGKU NAJIHAH tidak membenarkan Dahlia Arissa melakukan kerja rumah termasuklah memasak. Jadi, pada malam itu dialah yang memasak untuk menantu kesayangannya itu. Tomyam campur, ayam goreng berempah, kailan ikan masin, siakap tiga rasa dan kerabu mangga sudah pun terhidang di atas meja makan.

"Segan pulak bila ibu yang susah-susah masakkan untuk Lia," ujar Dahlia Arissa sewaktu melabuhkan punggung di kerusi yang ditarik oleh suaminya.

"Ala, bukannya selalu pun. Lia makan lebih sikit tau," jawab Tengku Najihah. Selalunya Dahlia Arissa akan ligat di dapur untuk menyiapkan makan malam, tetapi memandangkan menantunya itu sudah sarat mengandung, jadi biar dia sendiri yang menyediakan makan malam. Tengku Syed Idris sudah pun memulakan makan malam dengan doa makan.

"Tadi ingatkan nak beli whipping cream untuk buat kek, tapi mood membeli terus ke laut bila berjumpa dengan Abang Khalil dengan wife dia," adu Dahlia Arissa. Dia senang mengadu dengan kedua-dua mertuanya itu. Terasa dia mengadu dengan papa dan mamanya sahaja.

"Abang pun tak suka cara Abang Khalil tu tengok sayang. Kalau boleh dia nak telan je sayang," luah Tengku Syed Adam pula. Suami mana yang suka isterinya dipandang oleh orang lain sampai hendak terkeluar biji mata! Yang memandang lelaki pulak tu. Huh!

"Dalam peti ais tu ada lagi sekotak whipping cream. Dahlia guna jelah," kata Tengku Najihah.

Dahlia Arissa sudah pun tersenyum mekar. Bolehlah dia buat kek Tiramisu esok. Sejak minggu lepas lagi dia teringin hendak makan kek tersebut.

"Lia nak buat kek apa?" celah Tengku Syed Idris pula. Lama juga dia tidak merasa kek hasil air tangan menantunya itu.

"Tiramisu. Abah suka makan kek tu tak?"

"Kalau menantu abah yang buat, mestilah abah makan."

Mendengar jawapan Tengku Syed Idris membuatkan ruang makan itu riuh dengan suara mereka. Masing-masing sudah tidak sabar untuk merasa kek Tiramisu yang akan dibuat oleh Dahlia Arissa esok. Terpancar kegembiraan mereka tatkala itu. Namun di luar sana, Damia sudah pun terkocoh-kocoh ke pagar utama lalu menekan loceng berkali-kali.

"Wani, tolong tengok siapa yang datang tu," pinta Tengku Najihah.

Pembantu rumah mereka itu terus menjenguk ke luar. Pagar automatik dibuka.

"Damia yang datang," beritahu Kak Wani lantas berlalu ke dapur semula.

Tengku Najihah membasuh tangannya. Dia segera menuju ke pintu untuk menyambut Damia.

"Makan je Dahlia, Adam. Jangan layan sangat dia tu. Entah apa lagi yang dia nak," kata Tengku Syed Idris pula.

Dahlia Arissa terus memandang suaminya yang 'melayan' segala makanan yang ada di atas meja. Tomyam sahaja sudah dua mangkuk disapunya. Tengok tu sayang, bukan mama dengan sayang kepingin nak makan tomyam, tapi papa awak tu yang macam tak makan sepuluh tahun dibuatnya, bisik Dahlia Arissa di dalam hati sambil mengusap lembut perutnya.

"Dahlah tu, mari makan. Lepas makan, Mia cerita dekat aunty apa sebenarnya yang berlaku," pujuk Tengku Najihah kepada Damia yang kelihatan tersedu-sedu menahan tangis.

Eh, apahal pulak ni? tanya hati kecil Tengku Syed Adam. Tambahan penampilan Damia yang tiba-tiba bertudung itu membuatkan dirinya disapa kehairanan. Namun suapan nasi ke mulut tidak pula terhenti.

Damia mengambil tempat di sebelah Tengku Najihah. Kak Wani menghantar pinggan kosong kepada Damia. Tengku Syed Idris sudah memandang pelik isterinya. Susah jugak kalau dapat bini baik macam ni? Keluhnya dalam hati.

"Syida dah halau Mia dari rumah," beritahu Tengku Najihah kepada suaminya. Mungkin faham dengan pandangan suaminya sebentar tadi.

"Kenapa mama kamu halau kamu?" laju sahaja Tengku Syed Idris bertanya. Tangan yang sudah dicuci, dilap terus dengan tisu. Sejak peristiwa Damia menyerang Dahlia Arissa di hospital dulu membuatkan mereka sekeluarga tidak pernah bersua muka lagi dengan Damia dan mamanya.

"Mama tak suka Mia bertudung. Dia cakap dia malu sebab dia tak bertudung tapi anak bertudung pulak," cerita Damia. Tangisannya kedengaran lagi.

"Mama jenis apalah macam tu," rungut Tengku Syed Adam.

"Kamu ni betul-betul ke nak berubah? Aunty tak suka orang berubah sebab punya agenda tersendiri."

Kata-kata Tengku Najihah menujah hingga ke dasar hati Damia. Wajahnya diangkat perlahan. Matanya yang berlinangan dengan air mata itu disapu dengan belakang tangan.

"Mia tau Mia dah banyak buat salah. Tapi bila Mia kena tampar dengan uncle dulu, baru Mia sedar yang Mia dah jauh sangat tersasar dari landasan yang benar. Maafkan Mia, aunty, uncle. Maafkan Mia, Abang Adam, Kak Lia." Sayu sahaja suara Damia.

Tersentuh hati Dahlia Arissa mendengar cara Damia memanggilnya. Dia sendiri tidak suka bermasam muka dengan orang lain. Cukuplah dia bermasalah dengan Syahfina dan Puteri. Jika arwah Akisyah Nabilah dulu dia mudah sahaja memaafkan, takkan dia tidak boleh hendak maafkan Damia, kan?

"Kita orang boleh maafkan kamu, tapi kamu tu kena janji tak buat benda macam tu lagi. Ha, ni lagi satu... Adam ni dah kahwin, so kamu jangan nak kacau rumah tangga dia orang pulak. Kamu tu ada rupa, jadi tak ada masalah kamu nak cari lelaki lain." Tengku syed Idris sengaja mengingatkan Damia. Mana tau kut-kut perangai lamanya muncul lagi. Hati manusia ni mana kita tahu.

"Mia janji." Akhirnya Damia mengukir janji.









"ABANG, esok kita singgah rumah Abang Amri ya. Lama dah kita tak jenguk budak kecik yang comel tu," ujar Dahlia Arissa sambil matanya masih melekat pada skrin lap-top. Teringat pula dia pada puteri abangnya yang sudah pun berusia enam bulan itu.

"Abang pun rindu dekat Qaisarah. Last kita jumpa dia dua minggu lepaskan?" jawab Tengku Syed Adam yang duduk menghadap TV yang ada di bilik mereka itu.

"Haah. Lagipun Lia nak bagi hadiah yang kita beli siang tadi. Mesti comel kalau Sarah pakai baju pink ni, kan?"

"Mestilah comel, tengoklah siapa pak su dia!" balas Tengku Syed Adam sambil tergelak.

Dahlia Arissa mencebik. Perasan!

"Abang, tadi masa Lia potong buah dekat dapur, Damia ada tegur Lia..." beritahu Dahlia Arissa lalu mematikan lap-topnya. Langkah dihalakan ke sofa, lantas duduk di sebelah Tengku Syed Adam.

"So?"

"Dia ada minta maaf dekat Lia. Dahlia pun dah maafkan dia. Yalah... benda dah jadi dah pun, kan. Lagipun dia dah janji dia nak buang semua perasaan dia pada abang. Dia pun nak fokus dengan kerjaya dia."

Tengku Syed Adam sekadar mengangguk. Lagipun dia sudah dapat mengagak pasti isterinya itu akan memaafkan Damia sebab dalam diri Dahlia Arissa memang penuh dengan kemaafan. Kalau Syahfina dengan Puteri datang ketika ini dan meminta maaf, pasti akan dimaafkan oleh isterinya itu.

"Sayang ni baik sangat dekat orang. Macam-macam orang dah buat dekat kita tapi mudah je sayang bagi kemaafan. Tapi masa abang dulu bukan main susah lagi nak dapat kemaafan sayang."

Dahlia Arissa sudah mengekek ketawa mendengar rungutan suaminya. Dia akui, memang Tengku Syed Adam merupakan manusia yang paling payah untuk dia memberi kemaafan. Mungkin dia terlalu sayang Tengku Syed Adam jadi bila hatinya dilukai, agak payah untuk sembuh seperti sediakala.

"Kesalahan abang dulu 'special edition'," jawab Dahlia Arissa lagi sambil tersenyum lawa.

"Pandai je isteri abang ni bagi alasan ya..." kata Tengku Syed Adam lalu menggeletek pinggang isterinya. Dahlia Arissa sudah terjerit-jerit kegelian.

"Nasib baik sayang dah sarat mengandung tau, kalau tak siaplah sayang!" bisik Tengku Syed Adam lalu menarik isterinya ke dalam pelukan.

Dahlia Arissa pantas mencium pipi suaminya. Tidak lama selepas itu dia kembali bersuara.

"Kesian pulak Lia tengok Damia tu. Mama dia sendiri tergamak halau dia dari rumah. Anak dia buat kebaikan apa, tapi dia pulak tak suka. Pelik betul!" omel Dahlia Arissa lagi. Masih mahu menyambung cerita mengenai Damia dan Aunty Syida.

"Abang pun tak sangka yang Aunty Syida macam tu. Tadi pun Mia bagitau yang mama dia tengah sakan bercinta dengan Dato' mana entah. Siap plan nak kahwin dekat Siam lagi."

Boleh tahan jugak orang tua tu, ya? Nasib baik Damia dah sedar daripada kesilapan dia. Dahlia Arissa berkata di dalam hati.

"Baby okey tak hari ni?" sambung Tengku Syed Adam lagi sambil memegang perut isterinya. Tidak sabar rasanya dia hendak menatap anugerah daripada Allah itu.

"Okey sangat-sangat. Lagi-lagi lepas makan tomyam nenek dia yang sedap tadi," jawab Dahlia Arissa lalu tersenyum.

Tengku Syed Adam turut tersenyum. Kasihnya kepada isterinya itu terlalu sukar untuk diungkapkan. Tambahan kedatangan orang baru tidak lama lagi seolah-olah melengkapkan lagi kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri.









Vote :))

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro