bab 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RUMAH Tengku Syed Idris gempar lagi pada pagi itu apabila Tengku Syed Adam mengamuk sakan. Suara Tengku Syed Idris dan anaknya itu bertingkah antara satu sama lain. Hampir lunyai Damia dikerjakan oleh Tengku Syed Adam. Kalau tidak dihalang oleh Aunty Syida dan tengku Najihah, pasti Damia sudah pun menjadi arwah.

"Adam takkan kahwin dengan perempuan sundal ni, abah!" tempelak Tengku Syed Adam sambil menunjuk jari kepada Damia yang sudah menangis di tepi sofa.

"Kalau kau tak nak kahwin dengan dia, kenapa kau gatal masuk dalam bilik dia? Aku tak kira Adam, kau kena kahwin jugak dengan Damia! Apa nak jadi-jadilah!" Aunty Syida pula menyahut kasar. Malam tadi dia terus tidur di situ apabila Tengku Syed Idris mahu menyelesaikan masalah itu pada awal pagi ini.

"Gila!!! Aku dah kahwinlah, bodoh!" balas Tengku Syed Adam lagi. Sudah hilang segala pertimbangannya sewaktu bercakap.

"Ibu betul-betul tak sangka kamu sanggup buat benda terkutuk macam tu, Adam. Tak cukup lagi ke kamu malukan kami dengan kes tangkap khalwat kamu tu dulu? Tapi sekarang kamu buat lagi, Adam. Kamu buat lagi..." rintih Tengku Najihah. Dia malu dengan kelakuan anaknya. Dia sedih sebab tidak dapat mendidik anaknya dengan betul walaupun dia hanya punya seorang anak sahaja.

"Ibu, Adam tak salah, bu. Ibu kena percaya pada Adam. Kita pergi jumpa Arissa, ya bu. Dia mesti akan faham," rayu Tengku Syed Adam sambil memegang tangan ibunya. Air mata Tengku syed Adam jatuh di pipi apabila mengenangkan apa yang telah menimpa dirinya.

Tengku Syed Idris memandang tepat kepada anak tunggalnya itu. Panggilan daripada Tan Sri Mokhtar sebentar tadi akan mengubah lagi kehidupan mereka sekeluarga.

"Dahlia mintak kamu ceraikan dia!"

Tengku Syed Adam terkesima. Anggota badannya menjadi lemah. Pandangannya menghala kepada abahnya. Wajah Dahlia Arissa dan dan Tengku Syed Muiz datang silih berganti di ruang matanya.

"Tak... Arissa takkan buat macam tu. Adam nak jumpa dia," balas Tengku Syed Adam lalu bangkit mencapai kunci kereta. Dia tidak akan melepaskan Dahlia Arissa walaupun dia terpaksa mengadaikan nyawanya!

"Kita semua akan jumpa dia, termasuk kamu berdua Syida!" tegas Tengku Syed Idris lantas memandang wajah dua beranak itu. Dalam hati Tengku Syed Idris kuat mengatakan semua yang terjadi ini ada kaitan dengan mereka dua beranak, cuma dia tiada bukti. Tambahan Tengku Syed Adam berada di dalam bilik Damia. Ah! Sukar sekali dia hendak menerima kenyataan itu. 












BIBIK menemani Maisarah di ruang tamu tingkat dua di rumah Tan Sri Mokhtar itu. Qaisarah leka memerhati Tengku Syed Muiz yang sedang menyusu botol. Di ruang tamu tingkat bawah pula Tan Sri Mokhtar dan Daniel Amriza sedang menunggu keluarga mertua Dahlia Arissa. keputusan telah pun dibuat dan kalau boleh biarlah ia diselesaikan hari itu juga. 

"Assalamualaikum." Tengku Syed Idris memberi salam di muka pintu. Salamnya disambut oleh Tan Sri Mokhtar. Selalunya mesra sahaja jika mereka berjumpa, tetapi kali ini kehambaran jelas tergambar.

Melihat sahaja wajah Tengku Syed Adam, darah Daniel Amriza serta-merta menyirap. Tanpa menunggu lama, satu tumbukan singgah di muka Tengku Syed Idris. Semua yang ada di situ tergamam.

"Amriza!" Tan Sri Mokhtar lantas merentap lengan anaknya dengan kuat. Sudah banyak kali dia mengingatkan anaknya itu supaya jangan bertindak bodoh, namun Daniel Amriza tetap melakukannya juga. Dia sendiri kecewa dengan apa yang berlaku pada Dahlia Arissa, tetapi itu bukanlah caranya dalam menyelesaikan masalah.

Serangan secara tiba-tiba itu membuatkan Tengku Syed Adam tersungkur ke lantai. Tengku Najihah menerpa anaknya manakala Tengku Syed Idris terus masuk ke dalam menuju ke sofa. Memang patut Daniel Amriza menumbuk anaknya.

Aunty Syida menelan air liur. Gerun pula dia melihat wajah bengis Daniel Amriza. Damia hanya berdiri di belakang mamanya. Untuk mengangkat muka pun dia tidak berani.

"Jangan melampau, Daniel Amriza!" tegur Tan Sri Mokhtar lagi apabila anaknya itu masih ingin menghampiri Tengku Syed Adam yang sedang bangun daripada terjatuh tadi. Nampak sekali riak tidak puas hati di wajah anaknya itu.

"Belasah je Ri, biar dia tahu sakit tu macam mana rasanya. Lagipun sakit kena tumbuk tak sesakit hati orang yang dia dah lukakan," balas Tengku Syed Idris. Dalam hal ini dia memang tidak akan menyebelahi anaknya itu. Baginya Tengku Syed Adam memang bersalah!

"Dah, duduk sini. Kita nak berbincang bukan nak bergaduh," kata Tan Sri Mokhtar kepada Daniel Amriza yang sedang mengetap bibir.

Kalau nak diikutkan hati aku ni Adam, dah lama patah dah tulang tengkuk kau tu aku kerjakan! Matahnya dalam hati.

Bibik terkocoh-kocoh menghidangkan air. Dia sendiri terkejut dengan tindakan Daniel Amriza tadi. Sejak berkhidmat di rumah itu, dia tidak pernah melihat Daniel Amriza berwajah seperti itu.

"Kau jangan jumpa dia, Adam!" tegah Daniel Amriza apabila melihat Tengku Syed Adam ingin naik ke tingkat atas. Pasti mahu ke bilik Dahlia Arissa.

Maisarah tergamam mendengar suara suaminya. Marah benar, abang... bisiknya dalam hati.

"Turun sini, Adam!" Panggil Tengku Syed Idris pula.

Tengku Najihah sekali lagi menghampiri anaknya itu. Dia sendiri tidak berani mahu membuka mulut.

"Ibu... Adam datang sini nak jumpa Arissa, bu," bantah Tengku Syed Adam. Dia terlalu ingin berjumpa dengan Dahlia Arissa. Ingin memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Dia pasti Dahlia Arissa akan faham situasi yang dia hadapi sekarang ini. Bibirnya yang sedikit pecah akibat tumbukan abang iparnya tadi disentuh dengan jari. Perit dan sakit!

"Kejap lagi dia turun. Kamu duduk dulu," ujar Tan Sri Mokhtar pula.

Tengku Syed Adam akur. Kepalanya mula berdenyut. Dan dalam kepalanya hanya ingin berjumpa dengan isterinya itu sahaja.











WAJAHNYA dibelek di muka cermin. Kesan bengkak bawah matanya jelas sekali kelihatan. Dia cuba senyum, tetapi senyumannya kelihatan tawar sekali. Cincin pernikahan di jari manisnya ditarik keluar dan digenggam erat sebelum dimasukkan ke dalam laci yang ada di meja solek. Keputusan juga sudah bulat. Dengan langkah yang sedikit sumbang akibat terkena air panas malam tadi, dia melangkah menuju ke bilik. Tombol pintu dipulas perlahan. Dengan penuh berhati-hati dia menuruni anak tangga. Ketika itu juga semua yang ada di ruang tamu itu memusatkan pandangan kepadanya. Keyakinan yang ada pada dirinya terus hilang apabila matanya bertembung dengan mata suaminya.

"Sayang..." Tengku Syed Adam sudah tidak peduli lagi pada Daniel Amriza. Dia terus mendekati Dahlia Arissa yang sudah berada di anak tangga yang paling bawah. Isterinya itu dipeluk erat. Tangisannya mula berkumandang.

Hati Dahlia Arissa terusik mendengar tangisan suaminya. Tidak pernah dia melihat Tengku Syed Adam menangis seperti itu. Namun pelukan suaminya tidak dibalas seperti selalu. Hatinya tawar.

"Adam, bagi Lia duduk dulu. Kaki dia masih sakit." Perlahan sahaja Tan Sri Mokhtar menegur menantunya. Pandangan Tengku Syed Adam jatuh pada kaki Dahlia Arissa.

"Kenapa dengan kaki sayang ni?" tanya Tengku Syed Adam dengan cemas lalu menunduk untuk memeriksa kaki isterinya yang sudah mula melepuh.

Tanpa sebarang jawapan, Dahlia Arissa terus berlalu dan duduk di tengah-tengah papa dan abangnya. Hatinya pasti akan berubah jika berada dekat dengan suaminya. Tengku Syed Adam pula terasa hati dengan sikap dingin isterinya itu. Dia tahu isterinya kecewa. Tetapi dia seribu kali lebih kecewa bila isterinya tidak berada di sisinya saat dia memerlukan.

"Ris, I nak kita straight to the point. I dah pun dengar cerita daripada Lia, I pun dah discuss dengan dia. So, she already makes a decission," kata Tan Sri Mokhtar pada teman baiknya, Tengku Syed Idris.

Tengku Najihah sudah tidak berasa tenang hati. Dia tidak sanggup kehilangan menantunya itu 

Tengku Syed Idris hanya menunggu kata-kata seterusnya daripada Tan Sri Mokhtar walaupun dia sudah tahu apa keputusan Dahlia Arissa sebab besannya itu sudah memaklumkan kepadanya pada pagi tadi melalui panggilan telefon.

"Lia nak Adam ceraikan Lia!" Kali ini Dahlia Arissa pula bersuara. Dia yang buat keputusan, jadi biar dia sendiri menyampaikan kepada semua yang ada di situ.

Damia menjerit keriangan di dalam hati. Aunty Syida pula sudah pun tersenyum sinis.

"No!!! Abang tak akan ceraikan sayang!" tingkah Tengku Syed Adam kuat.

Damia menyiku lengan mamanya supaya membuat sesuatu. Tidak mahu peluang yang ada disia-siakan begitu sahaja.

"Tak kisahlah kamu berdua bercerai ke tak, tapi yang penting kamu mesti bertanggungjawab, Adam! Kamu yang masuk bilik Damia, kamu yang goda dia. Sebab kamu cakap kamu dah tak tahan tunggu isteri kamu habis pantang, kan?" celah Aunty Syida pula. Sekadar serkap jarang.

Sakit hati Dahlia Arissa mendengar pernyataan mama Damia itu. Teringat dia akan usikan nakal suaminya berkenaan dengan 'puasa'nya sebelum ini. Betul ke Adam buat semua tu sebab dah tak... Rasa hendak pecah dadanya bila memikirkan segala kemungkinan yang berlaku.

"Aku tak masuk bilik dia kalau dia tak buat sesuatu dekat aku. Aku tak akan buat benda bodoh macam tu, lah!" tengking Tengku Syed Adam. Dia sudah tidak dapat bersabar lagi.

"Dahlah Adam, benda dah jadi. I tak mintak apa-apa pun dari you cuma I nak you lepaskan I." Tenang sahaja Dahlia Arissa berkata-kata.

Tengku Syed Adam meraup wajahnya apabila isterinya sudah tidak memanggilnya abang lagi. Kenapa semuanya perlu berakhir dengan cara begini?

"Lagipun, kau terkantoi dalam bilik Damia, bukan bilik kau. Kalau dalam bilik kau, mungkin kita orang boleh anggap perempuan ni mencuri masuk dalam lepas tu goda kau, tapi dalam hal ni kau yang masuk bilik dia. Memang kerja gilalah, Adam!" Pedas sekali Daniel Amriza mengeluarkan kata. Dia tidak peduli lagi dengan kedua-dua orang tua Tengku Syed Adam yang turut ada di situ.

"Abah pun dah tak nak tanggung malu lagi, Adam. Walaupun benda macam ni hanya kita je tahu, tapi itu tak bermakna Allah tak tahu. Kamu dah buat, jadi kamu kena bertanggungjawab."

"Apa abang cakap ni?" bantah Tengku Najihah yang hanya mendiamkan diri sejak tadi. Dia tidak menyangka suaminya membuat keputusan seumpama itu.

"Adam tak akan bertanggungjawab, abah! Perempuan ni yang buat onar, biar dia tanggung sendiri. Dasar perempuan tak guna!" Panas hati Tengku Syed Adam mengenangkan apa yang telah Damia lakukan.

"Lepaskan saja anak papa ni, Adam. Cukuplah dengan apa yang dia tanggung sejak dia kenal dengan kamu," pinta Tan Sri Mokhtar pula. Dia sudah tidak sanggup melihat Dahlia Arissa terus disakiti oleh lelaki yang sama.

"Tolong pa, jangan buat Adam macam ni..." rayu Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa menahan rasa di dalam hati. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Aunty Syida sudah pun bersuara.

"Aunty bukan nak memaksa kamu, Adam. Aunty pun tak nak musnahkan rumah tangga kamu berdua, tapi aunty nak kamu fikir satu perkara je. Macam mana kalau anak aunty ni mengandung? Siapa nak jadi bapak anak dia kalau bukan kamu? Kamu sanggup ke nak buang anak benih kamu sendiri?"

Mendengar ayat yang keluar daripada mulut Aunty Syida membuatkan Dahlia Arissa terus bangkit. Matanya berkaca. Tidak mampu untuk terus duduk di situ. Kemungkinan itulah yang paling ditakutinya. Wajah anaknya datang menyapa lantas membawa langkah kakinya menuju ke tingkat atas. Muiz, mama datang, sayang!

Tengku Syed Adam berlari mendapatkan isterinya. Daniel Amriza hendak menghalang tetapi ditahan papanya. Mungkin mereka berdua perlu berbincang dari hati ke hati.















Vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro