bab 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Eh, terselit pulak satu gambar. Rasanya tak lambat sangat kot untuk wish birthday my idol
Maaf readers :< JANGAN LUPA VOTE :))

•|•|•|•|•|•|•|•

SEPERTIGA malam, Dahlia Arissa tersedar daripada tidurnya. Tengku Syed Adam kelihatan lena tidur diulit mimpi. Dia berpaling pula kepada Tengku Syed Muiz yang juga lena dalam tidurnya. Dengan perlahan dia mengalihkan tangan Tengku Syed Adam yang melingkari pinggangnya. Lantas dia menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Langkahnya dihalakan ke muka pintu lalu menuju ke bilik bacaan. Sejak berdepan dengan pelbagai dugaan ni, Dahlia Arissa kadang-kadang bangkit pada sepertiga malam. Dia tahu Allah punya rencana yang lebih baik untuknya. Cuma dia kena dekatkan diri kepada Maha Pencipta itu. Mohon petunjuk. Selalunya dia solat di biliknya sahaja, tetapi memandangkan Tengku Syed Adam ada, dia tidak mahu mengganggu tidur suaminya.












MATANYA ralit menatap wajah Tengku Syed Adam yang nampak lena itu. Usai solat tadi dia terus ke biliknya semula. Mata, hidung, pipi dan bibir Tengku Syed Adam dipandang lama. Dia rindu pada panahan mata suaminya. Dia rindu pada hidung suaminya yang selalu terbenam di pipinya. Dia rindu pada pipi suaminya yang selalu disapa oleh bibir nakalnya. Dan dia juga rindu pada bibir Tengku Syed Adam yang selalu menghangatkan malamnya.

Tanpa sedar tangannya mengelus lembut bibir suaminya itu. Namun tangannya terhenti apabila tubuh Tengku Syed Adam sedikit bergerak. Lalu dengan pantas dia memejamkan mata. Ketika itu terasa tangan suaminya memeluk erat tubuhnya. Terlalu erat! Akhirnya dia kembali tertidur bersama beban masalah yang sarat di kepala.











BANGUN sahaja daripada tidur, Dahlia Arissa merasakan beban di kepalanya mula surut. Bila terpandang wajah Tengku Syed Adam, hatinya berasa lapang. Wajah polos Tengku Syed Adam pula membuatkan fikirannya tenang. Setelah lama dia tidak tersenyum, akhirnya sebuah senyuman manis singgah di bibirnya. Kedua-dua pipi suaminya itu dikucup lembut. Teringat pula dia akan solat subuh berjemaah bersama dengan suaminya beberapa jam tadi.

Ketika bersalaman dengan suaminya itu, dia dapat merasakan kasih sayang Tengku Syed Adam masih seperti dulu. Dia juga dapat merasakan cinta Tengku Syed Adam kepadanya lebih dalam daripada dulu. Sekali lagi dia menguntum senyum. Dengan langkah yang ditunjangi keyakinan, dia terus menuju ke bilik air.












"BIK masak apa tu?" sapa Dahlia Arissa yang kelihatan manis bila bibirnya mengukir sebuah senyuman. Bibik mengangkat kening. Mungkin pelik melihat perubahan mendadak anak majikannya itu. Tambahan dia tidak tahu akan kedatangan Tengku Syed Adam pada malam tadi.

"Waduh, kok senyumannya manis sekali sih," puji bibik

Dahlia Arissa tertawa. Lama benar Dahlia Arissa tidak seceria pagi itu.

"Ala, Lia memang selalu manislah, Rossa! Uuu, sedapnya bau lontong ni," jawab Dahlia Arissa lalu mengacau kuah lontong yang baru hendak mendidih itu.

"Kak Lia?" Maisarah sedikit terkejut melihat Dahlia Arissa berada di dapur. Setahunya sejak fikiran adik iparnya itu tidak menentu, Dahlia Arissa memang tak masuk dapur.

"Mana Qaisarah?" tanya Dahlia Arissa sambil meninjau belakang Maisarah. Mana tahu anak kecil itu ada bersama Maisarah.

"Tidur lagi. Err... Kak Lia dah okey dengan Abang Adam ke?" Maisarah bertanya sedikit perlahan. Takut didengari suaminya yang duduk di meja makan.

"Okey kut," jawab Dahlia Arissa bersahaja.

Namun jauh di nun dasar hatinya, dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan dan keputusannya itu pasti akan mengejutkan semua pihak. Tiba-tiba dia mengukir senyuman manis. Maisarah dan juga bibik sudah pun berpandangan sesama sendiri. Bertambah pelik dengan tingkah laku Dahlia Arissa pada pagi itu.

"Akak naik atas dulu, nak kejutkan Abang Adam," pamitnya lantas berlalu.

"Lia..." panggil Daniel Amriza pula.

Dahlia Arissa yang baru sahaja melalui meja makan itu segera berpaling pada abangnya. Dia sudah pun menyediakan skrip di dalam kepala jika abangnya itu cuba bertanyakan soal dia dan Tengku Syed Adam.

"Abang nak minta maaf."

Dahlia Arissa terkedu. Lain yang difikirkan, lain pula yang jadi. Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah abangnya.

"Kenapa nak minta maaf pulak?" tanya Dahlia Arissa lantas memandang wajah abangnya. Daniel Amriza tersenyum kelat.

"Abang nak minta maaf sebab abang dah jauhkan Lia dari Adam. Abang jauhkan Muiz dari papa dia. Abang betul-betul rasa bersalah atas apa yang abang buat. Abang tak pernah ambik tahu perasaan Lia. Abang terlalu ikutkan perasaan abang. Maafkan abang, ya..." pinta Daniel Amriza lembut. Rambut adiknya dielus perlahan. Terharu Dahlia Arissa mendengar kata-kata abangnya.

"Lia tak ambik hati pun. Sebab Lia tahu abang sayang Lia, kan? Kalau benda yang sama berlaku pada abang, maybe Lia pun buat benda yang sama jugak. Sebab Lia sayang abang, macam abang sayangkan Lia," balas Dahlia Arrissa.

Daniel Amriza memeluk adiknya.

Maisarah yang memandang dari arah dapur sudah tersenyum senang walaupun dia agak terkejut dengan perubahan mendadak suaminya.

Tan Sri Mokhtar yang masih berdiri di tungkat atas sudah memanjatkan kesyukuran. Sesungguhnya, kasih sayang anak-anaknya itu tiada tolok bandingannya.

"Melati, abang bangga sangat sebab Melati lahirkan anak-anak macam Amri dengan Lia. Walaupun Mel pergi dulu, tapi tengok anak-anak kita sama macam abang tengok Melati. Terima kasih, sayang..." ucap Tan Sri Mokhtar perlahan. Cukup untuk didengari dirinya sendiri.












MAISARAH pantas mengambil tempat yang ditinggalkan Dahlia Arissa sebentar tadi. Dia perlu tahu kenapa suaminya tiba-tiba berubah.

"Ada apa sayang?" tanya Daniel Amriza apabila Maisarah mengambil surat khabar ditangannya lalu dilipat rapi. Surat khabar itu diletakkan di atas meja dan jauh jauh sedikit dari jangkauan suaminya.

"Malam tadi macam nak terbalik rumah ni bila abang nampak Abang Adam datang sini. Tapi pagi ni dah sejuk macam kat Kutub Utara pulak. Ada apa-apa yang Mai tak tahu ke?"

Daniel Amriza tergelak besar. Hidung Maisarah ditarik. Sejak Puan Sri Melati meninggal dunia, Daniel Amriza dan Maisarah mengambil keputusan untuk tinggal bersama Tan Sri Mokhtar.

"Busybody jugak Mai ni ya," usik Daniel Amriza.

"Tau tak pe. Ala, cepatlah cakap. Kenapa abang ni tetiba je berubah dingin?"

"Sebenarnya malam tadi masa abang nak ke bilik bacaan, abang nampak Lia, lepastu abang terdengar Lia mengadu dekat Allah dalam solat dia. Masa tu baru abang tahu perasaan sebenar Lia. Dia sayang Adam tapi dia keliru. Tambahan dengan desakan orang sekeliling. Yalah, abang tak nak dia dengan Adam, ibu bapa Adam nak dia kembali dengan Adam. Belum masuk part Muiz yang memang perlukan perhatian papa dia. Bila abang dengar luahan Lia, abang baru sedar apa yang abang buat selama ni salah. Abang cuba runtuhkan masjid adik abang sendiri," keluh Daniel Amriza.

Maisarah menarik nafas panjang. Malam tadi memang suaminya tidur agak lewat kerana terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan.

"Sebelum tidur abang fikir balik perkara yang dah terjadi. Daripada kes arwah Akisyah dulu sampai kes Damia. Mungkin ada betulnya yang Adam diperangkap. Tengok cara Adam abang tahu, dia tak bohong... tapi bila hati dah sakit, semua tu abang dah tak nampak dah. Alhamdulillah, malam tadi Allah tunjukkan abang benda yang abang tak nampak selama ni..." sambung Daniel Amriza sambil tersenyum. Maisarah meraih tangan suaminya.

"Baguslah abang dah fikir macam tu. Maisarah pun dah macam tak kenal abang je bila abang marah Abang Adam tak tentu pasal. Mai rasa kalau barang-barang dekat rumah ni boleh bercakap, mesti dia orang akan cakap nak berhenti kerja sebab tak sanggup nak berkhidmat dalam rumah yang asyik nak terbalik je," usik Maisarah.

Butang mata Daniel Amriza mendengar kata-kata isterinya. Kalau dulu Dahlia Arissa sahaja yang berani cakap begitu padanya, tetapi sekarang perangai adiknya sudah tertumpah pada isterinya pula.

"Pandai dah isteri abang ni," kata Daniel Amriza lalu cuba menggeletek pinggang Maisarah.

Cepat sahaja Maisarah melarikan diri menuju ke dapur dan sempat juga dia mengenyitkan mata kepada suaminya.
















Terima kasib untuk 4k views even shaa just mengharapkan vote jer :)) kalau rajin, follow acc ni, just mention untuk followback dekat MB. Kalau dah follow tu, jangan unfollowed balik....

Sekian.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro