bab 78

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PAGI itu rakyat Malaysia digemparkan berita kematian ngeri dua beranak di rumah kediaman mereka di Damansara. Paling menyayat hati, kedua-dua tubuh mangsa diikat, dikelar sebelum dijirus dengan air panas. Dan paling mengejutkan pembunuh itu merupakan seorang doktor yang turut menjadi buruan polis selama ini.

"Lia tak sangka Abang Khalil boleh bertindak sekejam tu," kata Dahlia Arissa ketika dia dan Tengku Syed Adam dalam perjalanan ke hospital untuk melawat Dato' Mukhriz yang terkena serangan jantung akibat terkejut dengan berita yang membabitkan anaknya itu.

"Bila dendam dah merasuk jiwa, semua benda pun manusia boleh buat. Kes bunuh dalam negera kita ni je dah makin menjadi-jadi. Dan yang terbaru ni pulak melibatkan saudara kita sendiri," balas Tengku Syed Adam. Dia juga masih diterpa perasaan terkejut apabila mendapat tahu tentang kematian tragis Damia dan mamanya, Aunty Syida. Baru dua hari lepas dia berjumpa dengan dua beranak itu untuk mengambil Tengku Syed Muiz yang telah diculik oleh Damia.

"Tadi adik Abang Khalil, Khalisha ada call Lia. Dia cakap Abang Khalil dah mengaku salah. Memang dia yang bunuh Damia dengan Aunty Syida. Macam abang cakap tadi, dia buat semua tu sebab dendam. Dendam sebab arwah Damia bagitahu tentang kematian Akisyah pada kita sampai dia terpaksa menjadi mangsa buruan polis. Dan sebelum dia keluar malam tadi, atau lebih tepat lagi sebelum dia pergi ke rumah Damia, Abang Khalil dah pun ceraikan Kak Puteri dengan talak satu. Masa tu, ahli keluarga Kak Puteri ada sekali," cerita Dahlia Arissa panjang lebar.

"Tapi macam mana pulak dengan kes arwah Akisyah? Kenapa Abang Khalil bunuh dia pulak?"

"Apa yang Isha bagitahu, Abang Khalil memang pernah menjalinkan hubungan intim dengan arwah Akisyah dulu. Tapi semuanya berubah bila arwah mula menagih cinta abang. Abang pun tahukan yang Abang Khalil memang tak suka abang dengan Lia, tapi bila dia dapat tahu pulak arwah pun ada hati dekat abang, terus dia buat rancangan nak bunuh arwah tapi dengan cara halus, dengan sabotaj kereta arwah."

Tengku Syed Adam beristighfar panjang. Manusia akhir zaman, bisiknya dalam hati.

"Nasib baik dia tak ada plan nak bunuh abang," kata Tengku Syed Adam perlahan.

"Siapa cakap tak pernah? Pernahlah!"

Brek ditekan secara mendadak membuatkan Dahlia Arissa sudah pun terjerit kecil. Terdengar bunyi hon dari belakang. Kereta mereka berdua sudah pun berhenti di bahu jalan.

"Abang ni bahaya betul bawa kereta!" rungut Dahlia Arissa sambil mengurut dada. Tengku Syed Adam oantas memegang tangan isterinya.

"Sorry sayang. Abang betul-betul tak sengaja. Abang terkejut sangat bila sayang cakap Khalil pernah try nak bunuh abang. Bunuh-membunuh ni bukan kerja main-main, sayang..." kata Tengku Syed Adam pula. Kecut juga perutnya bila membayangkan Khalil Asyraf pernah cuba untuk membunuhnya.

"Lia pun salah jugak sebab cakap kat abang tentang benda ni pada masa yang kurang tepat. Kalau Lia di tempat abang, mahu jugak Lia berhenti mengejut macam yang abang buat tadi. Cuma apa yang Lia cakapkan tadi memang benar-benar terjadi. Abang ingat lagi tak yang abang kena langgar masa nak ke parking dekat pejabat abang dulu? Tak lama lepas kita kahwin. Masa tu jugak kawan abang yang hantar abang balik. Masa tu jugak papa dengan arwah mama ke London. Ingat tak?"

Tengku Syed Adam cuba mengimbas kembali kenangan lama itu dan akhirnya dia mengangguk. Ketika itu dia dan Naufal baru keluar dari pejabat dan hendak ke tempat parkir. Tetapi belum sempat dia ke kereta, sebuah kereta sudah pun meluru laju ke arahnya. Nasib baik dia sempat mengelak sehingga jatuh tergolek. Kalau tidak pasti dia sudah dilenyek oleh kereta Proton Perdana itu.

"Abang ingat lagi masa tu ada kereta Proton Perdana lalu hampir sangat dengan abang. Sebab abang mengelak kereta tulah, abang jatuh tersungkur. Sampai tercalar badan abang dibuatnya. Tak sangka semua ni ada kaitan dengan Khalil!"

Dahlia Arissa sudah pun mengangguk. Itu pun setelah Khalil Asyraf dengan rela hati bercerita tentang apa yang pernah dilakukannya sebelum ini kepada pihak polis. Akibat kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Khalil Asyraf itulah membuatkan Dato' Mukhriz dikejarkan ke hospital. Sesungguhnya Dato' Mukhriz tidak menyangka anak sulungnya itu sanggup membunuh orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

"Abang harap lepas penangkapan Khalil ni, tak ada lagilah apa-apa benda yang tak diingini berlaku pada kita sekeluarga."

"Amin..." Lia pun harap macam tu. Harap tak ada siapa lagi yang ganggu hidup dita lepas ni, jawab Dahlia Arissa pula.

Pandangannya terus di lempar jauh ke luar kereta. Satu demi satu lipatan sejarah dibuka kembali. Daripada kes Tengku Syed Adam ditangkap khalwat bersama arwah Akisyah, sehinggalah kepada kes penangkapan Khalil Asyraf. Semua itu terjadi ada kaitan dengan dirinya. Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi Dahlia Arissa! Hidupnya dipenuhi pembohongan. Terlalu banyak yang perlu ditempuhi dalam mencari kebahagiaan.














SELEPAS bersiap berdandan rapi, Dahlia Arissa segera mendapatkan suami dan anaknya yang sudah menunggu di dalam kereta. Mereka akan ke majlis akad nikah Amir Haikal yang akan diadakan di rumah keluarga Bella setelah bertunang hampir enam bulan.

"Cantiknya sayang hari ni," puji Tengku Syed Adam seraya melihat isterinya yang kelihatan anggun dengan baju kurung moden berwarna merah jambu. Dia sejak tadi hanya bersandar di tepi kereta sambil memerhati Tengku Syed Muiz yabg sudah didudukkan di tempat duduk belakang dan dipenuhi dengan mainannya. Ralit ananknya itu dengan mainanya. Dahlia Arissa hanya tersenyum sambil menyarungkan high heels di kaki.

"Abang tu pun apa kurangnya. Dah macam pengantin pun ada," balas Dahlia Arissa sambil menjeling penampilan suaminya yang lengkap berbaju Melayu bersongkok dan bersamping itu. Namun masih sedondon dengan bajunya.

"Kalau dah macam tu, bolehlah abang join Amir kejap lagi," seloroh TengkunSyed Adam lalu membukakan pintu di sebelah tempat pemandu untuk isterinya. Tengku Syed Muiz yang ada di belakang diambil sebelum diserahkan kepada Dahlia Arissa.

"Dah ada calon ke?" Sinis sekali pertanyaan Dahlia Arissa. Mukanya yang manis tadi, kini sudah mula menjadi keruh. Perasaan cemburu mulu menular di dalam hati walaupun dia tahu suaminya itu hanya ingin mengusiknya.

"Nanti abang rembat jelah mana-mana calon yang ada kat majlis tu. Sayang tolong pilihkan sekali ya," usik Tengku Syed Adam lagi. Enjin kereta dihidupkan. Tali pinggang keledar ditarik. Menanti reaksi isterinya.

"Kalau rasa nak tidur luar, buatlah macam tu!"

Kali ini kata-kata Dahlia Arissa disambut dengan gelak tawa Tengku Syed Adam. Ingin sahaja dia menyambung untuk mengusik Dahlia Arissa, tetapi setelah melihat muncung sedepa isterinya itu, membuatkan dia membatalkan hajatnya. Tak pasal-pasal tidur luar malam ni!

"Abang..." panggil Dahlia Arissa apabila melihat tawa suaminya mula bersisa.

"Hurm?"

"Dah enam bulan lebih Damia dengan Aunty Syida pergi meninggalkan kita, tapi sampai sekarang kita tak pernah ziarah kubur dia orang," ujar Dahlia Arissa sambil berpaling pada suaminya. Tengku Syed Adam yang duduk di atas riba mula bermain dengan hujung selendangnya.

"Insya-Allah, ada masa nanti kita pergi," jawab Tengku Syed Adam yabg sebenarnya masih menyimpan perasaan dendam pada kedua-dua arwah. Puas sudah dia ingin membuang perasaan itu tetapi dia masih tidak mampu. Alangkah baiknya jika hati dan perasaannya sama dengan Dahlia Arissa yang terlalu mudah memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja. Sempat dia menoleh sekilas isteri dan anaknya. Senyuman bahagia terus terukir di bibir bila melihat dua insan kesayangannya itu ada di sisinya.
















MENITIS air mata Datin Melur bila Amir Haikal sudah pun menjadi suami kepada Bella hanya dengan sekali lafaz. Tersentuh hati keibuannya bila Amir Haikal mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menemukan dia dengan wanita swperti Bella. Dia juga bersyukur bila anaknya itu sudah dapat menerima kenyataan yang Dahlia Arissa hanya milik Tengku Syed Adam. Cinta dan kasih sayangnya pada Dahlia Arissa mula dialihkan kepada Bella. Itulah yang dikatakan oleh Amir Haikal sebelum mereka ke rumah Bella pagi tadi.

"Lepas ni mesti mummy dah tak sayang Lia lagi, kan? Yalah, orang dah ada anak perempuan baru," sengaja Dahlia Arissa memancing perhatian Datin Melur. Datin Melur sudah pun tersenyum. Bahu anak saudaranya itu dipaut mesra.

"Mummy tetap sayangkan Lia. Dahliakan anak saudara mummy yang dah merangkap anak perempuan mummy sejak dulu lagi. So, sama ada Bella ada ataupun tak, mummy tetap akan sayangkan Dahlia sampai bila-bila."

Pipi Datin Melur terus dicium bertalu-talu. Sama dengan apa yang dibuatnya pada arwah mamanya dulu.

"Lia pun sayang mummy, macam Lia sayangkan arwah mama," sebak di dada bila mengenangkan mamanya yang sudah lama pergi. Matanya berkaca.

"La, kenapa sedih je ni?" tegur Amir Haikal yang baru sahaja selesai bersalam-salaman denganpara tetamu.

"Hal perempuan," jawab Dahlia Arissa sambil tersenyum.

Amir Haikal duduk di sebelah Datin Melur. Kepalanya dijengukkan sedikit ubtuk melihat wajah Dahlia Arissa. Datin Melur mula mengangkat lunggung apabila melihat kelibat Tengku Najihah yang barubsampai.

"Kenapa?" tanya Amir Haikal lagi.

Dahlia Arissa mengangkat muka. Pertanyaan Amir Haikal hanya dibiarkan tanpa jawapan.

"Mungkin abang tak mampu nak jadi macam pensel yang boleh melakar kebahagiaan untuk Lia, tapi sekurang-kurangnya abang boleh jadi pemadam lembut untuk hilangkan sikit kesedihan yang ada pada Lia..." sambung Amir Haikal. Lembut dan penuh makna tersirat. Dahlia Arissa terpaku di situ. Kata-kata Amir Haikal menyentuh hatinya.

"Thanks, abang. Tadi Lia teringat dekat arwah mama. Itu je. Tak ada yang lain," balas Dahlia Arissa.

Amir Haikal hanya mengangguk sambil tersenyum. Ketika itu juga Bella datang bersama Syahfina.

"Selamat pengantin baru, Bella!" ucap Dahlia Arissa lalu memeluk isteri Amir Haikal itu.

"Terima kasih..." jawab Bella yang turut membalas pelukan Dahlia Arissa. Syahfina turut mengucapkan ucapan tahniah buat bekas suaminya, Amir Haikal.

"You bila lagi?" tanya Amir Haikal kepada Syahfina.

Bella sudah pun berdehem. Wajah Syahfina mula berona merah. Dahlia Arissa dan Amir Haikal berpandangan sesama sendiri.

"Hujung tahun nanti, kita akan makan nasi minyak lagi," Bella mencelah.

"Ya ke? Congrates Kak Fina... tapi dengan siapa?" tanya Dahlia Arissa penuh teruja. Syahfina sudah pun tergelak melihat Dahlia Arissa begitu teruja ingin tahu perihal perkahwinannya.

"Dengan kawan lama. Satu sekolah dulu," jawab syahfina malu-malu.

Dahlia Arissa sudah pun tersenyum lebar. Suka benar dia melihat kegembiraan yang terpancar di wajah syahfina. Begitu juga di wajah Bella. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh lembut.

"Buah hati sayang yang sorang tu tengah merajuk. Baik sayang pergi pujuk dia sekarang," beritahu Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa sudah mengagak 'buah hati' yang dimaksudkann oleh suaminya itu. Siapa lagi kalau bukan anak kesayangan mereka, Tengku Syed Muiz.

"Siapa yang dukung Muiz?" tanya Dahlia Afissa.

"Abang Amri."

"Takkan Muiz saja kut? Bila lagi adik-adik Muiz nak muncul?" celah Amir Haikal.

Bella dan Syahfina sudah pun tersengih apabila melihat Dahlia Arissa menjeling tajam Amir Haikal. Dia tidak suka soal itu ditanya dihadapan suaminya sebab akan ada sahaja jawapan yang oelik-pelik daripada suaminya nanti.

"Tengok tu sayang, dia orang semua dah tak sabar nak tengok kemunculan adik Muiz pulak. So, start from today kita kena kerja lebih masa," Tengku Syed Adam sudah pun senyum meleret memandang isterinya. Satu cubitan singgah di lengan Tengku Syed Adam.

"Adoi! Sakitlah sayang..."

Dahlia Arissa sudah pun tersenyum.

"Padan muka!" balasnya lalu pergi mendapatkan anaknya.

Makin lama dia di situ, takut makin giat pula Tengku Syed Adam dan Amir Haikal mengusiknya. Di hujung telinga, dia sudah mendengar gelak tawa daripada mereka semua. Pasti geli hati dengan adegan spontan antara dia dan suaminya sebentar tadi.

Buat malu je abang tu, tau! Rungutnya dalam hati. Tetapi dalam masa yang sama dia memang teringin ada anak lagi selepas Tengku Syed Muiz. Sekurang-kurangnya tiga orang lagi. Itulah impiannya sejak digelar seorang ibu.




















Vote ye :<

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro