11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seeun merawat tangan Yujun dengan cermat. Sehingga kini, Yujun masih tidak menjawab soalannya tadi. Dia diam membisu dan membiarkan sahaja Seeun membuat kerjanya. Walaupun terasa sedikit pedih tatkala Seeun menyapu ubat, dia cuba untuk menahan.

"Luka kau ni lain kali jangan biarkan ia terdedah. Nanti orang lain busy body tanya apa masalah kau. Kita ni kalau boleh ada masalah biar orang tertentu sahaja yang tahu. Sekurang-kurangnya beban yang kita alami ni tak lah terlalu berat."

Dengan lebar Seeun berkata. Dia pun sudah selesai merawat luka Yujun lalu dia mengemas peralatan yang digunanya tadi ke tempat yang sepatutnya. Peti kecemasan yang dia ambil tadi segera diletakkan ke dalam laci.

Yujun masih tidak berganjak dari situ. Sekarang ini masih lagi waktu rehat tetapi Yujun terasa seperti tidak mahu makan. Pandangannya tertumpu pada lantai dan tidak menyedari pun bahawa Seeun tidak lepas memerhatinya. Satu keluhan kecil dilepaskan perlahan. Seeun mengusap lembut kepala Yujun.

"Kau duduklah di sini kalau kau nak. Aku nak pergi makan. Lapar pula aku," katanya. Baru sahaja Seeun mauu berjalan keluar, tangannya itu terus ditangkap oleh Yujun dari belakang membuatkan dia hairan.

"Kenapa?"

"Kau selalu tanya tentang masalah aku... Tetapi kau sendiri tak pernah ceritakan pun fasal lebam yang ada pada dahi kau..."

"Lebam?"

Seeun terus melihat wajahnya melalui pantulan cermin di bilik sakit. Dia terkejut kerana kesan lebam pada dahinya itu mula kelihatan sedikit. Nampaknya kesan mekap itu tidak bertahan lama... Patutlah Yujun berkata begitu tadi.

"Shit..." Seeun tercarut perlahan. Lalu anak matanya beralih melihat Yujun yang masih setia berada di belakangnya.

"Tolong ambil mekap aku dalam beg sekolah, Yujun... Tempat duduk aku di  belakang sekali."

"Kenapa kau tak nak cerita pada pihak sekolah yang kau didera oleh ayah kau? Bukankah kau anak emas cikgu di sekolah? Mesti pihak sekolah boleh tolong kau." Yujun cuba memberikan cadangan namun cadanganya itu ditolak oleh Seeun mentah-mentah.

"Aku tak mahu pihak sekolah tahu yang aku didera. Nanti jadi bahan gosip."

"Tetapi--"

"Yujun." Ujar Seeun tegas membuatkan Yujun terdiam serta merta. Riak wajahnya juga sudah berubah.

"Aku bukannya anak emas cikgu yang kau selalu dengar. Sejak aku masuk di sini lagi aku disisihkan sebab budak kelas anggap aku ni paling annoying dan bermasalah. Sebelum aku jadi pelajar model, aku banyak rekod masalah disiplin yang mana aku selalu ponteng. Tapi mereka semua cuma tahu menghukum sahaja tanpa selidik pun masalah apa yang aku hadapi sekarang."

"Sebab kenapa aku jadi pelajar model dulu ialah sebab aku nak berada di sekolah lama. Aku tak nak balik ke neraka tu! Tetapi disebabkan luka pada badan dan wajah aku semakin banyak, ditambah pula dengan cikgu yang suka suruh aku pakai baju lengan pendek untuk dijadikan sebagai model baju sekolah, aku terpaksa tarik diri."

"Selama aku di sini, aku tak mengharapkan sesiapa pun untuk jadi kawan aku. Sebab aku tak pernah ada kawan dulu. Aku selalu berseorangan. Sejak kecil lagi ibu aku dah ajar aku untuk hadapi masalah seorang diri dan jangan bergantung dengan orang lain. Sebab itulah kau nampak aku liat sangat minta bantuan sedangkan kalau orang lain dalam kesusahan, aku terus tolong."

Yujun terdiam seribu bahasa selepas mendengar penjelasan Seeun tadi. Suasana di antara mereka sunyi sepi. Hanya bunyi detapan kaki pelajar di koridor sahaja yang didengari.

Biarpun mereka mempunyai masalah yang lebih kurang sama, tetapi kehidupan Seeun lebih sukar berbanding dirinya. Yujun merupakan orang yang disenangi dalam kelas sedangkan Seeun pula dibenci oleh rakan kelas sendiri. Malah dia juga tidak tahu bahawa Seeun merupakan salah seorang pelajar yang mempunyai masalah disiplin sebelum dia menjadi pelajar model dulu.

"Sekarang kau dah tahu bukan betapa peritnya hidup aku. Setiap malam, aku akan minta ayah aku untuk bunuh aku terus sebab aku sendiri penat nak hidup. Tapi aku tak faham kenapa sampai sekarang ayah aku tak bunuh-bunuh aku." Tambah Seeun lagi. Tiada senyuman yang terukir sebaliknya hanya wajah yang mendatar sahaja diberikan. Seeun bercerita seolah-olah tiada emosi.

"Aku nak touch up mekap aku. Kau kalau nak pergi pun pergilah. Nanti ada masa kita jumpa lagi."

Itulah ayat yang diberikan oleh Seeun sebelum dia berjalan meninggalkan Yujun seorang diri di bilik sakit. Suasana dalam bilik sakit mula menjadi sepi. Tubuh badan Yujun menggeletar kecil dan nafasnya mula tidak teratur.

"ARGH!"

Yujun berteriak kuat dan tanpa kawalan, dia menendang kaki besi katil bilik sakit dengan kuat sehingga ia menjadi bengkok sedikit. Wajahnya itu diraup kasar.

"Bodoh lah kau, Jung Yujun! Kenapa kau macam ni? Aah!" Geram Yujun sambil mengetuk kepalanya sendiri. Sungguh dia mula rasa benci dengan dirinya kerana tidak faham akan perasaan Seeun tadi.

Disebabkan sikapnya yang tidak prihatin, dia telah melukakan hati Seeun. Dia betul-betul rasa bersalah sekarang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro