13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pulang sahaja dari sekolah, Yujun berjalan-jalan di sekitar taman yang berdekatan dengan kawasan perumahannya. Hari ini dia tidak pergi kerja kerana dia cuti. Memandangkan Yujun tidak mahu pulang ke rumah sekarang maka dia menggunakan masa ini untuk merayau-rayau di luar sehinggalah hari semakin lewat.

Biarlah... Daripada dia asyik bergaduh dengan Puan Jung dalam rumah lebih baik dia berada di luar sahaja.

Mahu mengajak Yechan untuk melepak bersama tidak dapat kerana Yechan ada urusan penting bersama keluarganya. Satu keluhan kecil dilepaskan perlahan.

Alangkah indah sekiranya Tuan Jung masih hidup. Pasti dia tidak akan menderita seperti sekarang...

Yujun berjalan-jalan di kawasan bandar Seoul pula. Sungguh ramai orang berada di sini dan suasana juga amat meriah. Ia membuatkan minda Yujun terasa sedikit tenang daripada memikirkan banyak perkara.

Dia tidak tahu ke mana hala tuju dia sekarang. Yujun hanya berjalan sahaja ke mana yang di mahu. Sehinggalah dia terhenti pada salah satu kedai butik yang boleh tahan terkenal di sini. Bukan kerana dia tertarik dengan pakaian dalam butik tersebut melainkan dia tertumpu pada poster model yang tertampal di luar cermin butik itu.

"Seeun?"

Hairan Yujun. Dia perhatikan mendalam. Memang dia tidak silap... Nama Seeun benar-benar terpapar pada bawah poster tersebut.

"Aku tak pernah tahu pun dia pernah menjadi model untuk jenama ni..."

"Itu sebab kau tak pernah bertanya."

Terkejut teruk Yujun dibuatnya selepas sahaja Seeun menegur dia secara tiba-tiba dari belakang. Lengan Seeun itu dipukul kuat menyebabkan dia terasa sedikit sakit.

"Aduh! Janganlah kuat sangat pukul tu!"

"Padan muka lah! Siapa suruh buat aku terkejut!"

Marah Yujun. Tertawa berdekah Seeun melihat Yujun sudah memasamkan wajah di hadapannya.

"Maaflah. Kebetulan terjumpa kau di sini jadi aku sengaja lah nak kenakan kau," ucap Seeun dengan sisa tawanya. Yujun memandang kawan baiknya itu dengan tajam sambil berpeluk tubuh. 

"Sekejap... Kau tak pergi kerja kah hari ni?" Seeun bertanya sebaik sahaja sedar bahawa Yujun sekarang berada di bandar dan bukan di tempat kerja iaitu kedai serbaneka 10A. Yujun menggeleng laju.

"Aku cuti hari ni. Esok baru aku kerja."

Jawabnya. Seeun mengangguk faham lalu dia menarik tangan Yujun untuk membawanya ke sesuatu tempat. Yujun pada mulanya terasa pelik tetapi dia hanya mengikut sahaja ke mana Seeun mahu membawanya pergi. Dalam masa yang sama juga dia berasa pelik kerana Seeun seperti tidak terasa dengan kata-katanya tengah hari tadi.

Adakah dia sudah lupakan semuanya? Mood Seeun pada petang ini agak baik sedikit.

Yujun berkerut dahi sebaik sahaja mengetahui bahawa Seeun membawanya masuk ke sebuah kedai pengambaran layan diri.

"Dah kenapa kau bawa aku ke sini pula?" Hairan Yujun.

"Saja. Aku teringin nak ambil gambar dengan kau."

Jawapan Seeun tadi menaikan rasa curiga Yujun. Lantas Seeun mencari apa-apa item yang comel untuk dia dan Yujun mengambil gambar nanti.

Niat Yujun untuk bertanyakan lebih itu terbantut sebaik sahaja Seeun menyarungkan topi bertelinga arnab di atas kepalanya. Satu senyuman lebar terukir pada wajah Seeun tatkala melihat Yujun begitu.

"Comel. Sesuai sangat untuk kau."

Entah mengapa pujian Seeun tadi membuatkan Yujun menjadi segan. Seeun segera membantunya mengikat tali pada topi tersebut. Lalu dia mengambil beberapa item dalam kedai itu untuk mengambil gambar bersama.

"Petang ini kita bergembira sahaja. Aku nak kau tersenyum macam ni," kata Seeun. Yujun tidak membalas apa-apa kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Namun ada benar juga kata-kata Seeun tadi. Dia pun tidak mahulah merosakkan mood Seeun yang baik ini. Lalu dia pun mengukirkan senyuman lebar.

"Jom ambil gambar! Aku teringin nak ambil gambar dengan model famous macam kau!"

Seeun tertawa mendengar ajakan Yujun itu. Terus mereka masuk ke dalam salah satu bilik pegambaran untuk mengambil gambar seberapa banyak yang mereka mahukan. Ada gaya cool, kelakar, comel dan sebagainya mereka lakukan.

Sungguh mereka seperti lupa akan masalah yang sedang ditimpa sekarang. Dengan masa yang ada ini mereka manfaatkan sepenuhnya untuk bergembira dan menenangkan fikiran masing-masing. Mereka leka bergurau senda, berjalan-jalan dan lepak di kedai makan sehinggalah hari semakin lewat.

Sebelum pulang ke rumah, Seeun memberikan tiga keping gambar yang telah diambil petang tadi kepada Yujun.

"Jangan hilangkan gambar ini pula. Sayang!" Pesan Seeun.

"Memang tak lah aku nak hilangkan! Limited kot aku bergambar dengan kau!" Ujar Yujun mengerti. Seeun tersenyum garis lalu mengusap lembut kepala Yujun.

"Bagus. Aku rasa kita berdua kena balik sekarang. Dah lewat..."

Yujun tersenyum kelat selepas Seeun berkata begitu. Ya... Mereka perlu balik ke alam realiti sekarang... Iaitu alam yang perit...

"Terima kasih sebab bawa aku jalan-jalan tadi. Entah bila aku boleh rasa seronok macam ni lagi..." Ucap Yujun perlahan. Sungguh dia amat terhutang budi dengan Seeun.

"Satu hari nanti. Aku janji," balas Seeun sambil menunjukkan jari pinky promise ke arah Yujun. Yujun tersenyum lalu dia pun menyatukan pinky promise mereka.

Mereka mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain terlebih dahulu sebelum berpisah mengikut haluan rumah masin-masing.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro