19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Segala pakaian dan barang peribadi Yujun dikeluarkan dari almari untuk dimasukkan ke dalam bagasi dan beg-beg yang lain. Dia sudah lama merancang untuk melarikan diri dari rumah dan akhirnya dia dapat juga. Dia dan Seeun akan mulakan hari baru nanti. Hari di mana mereka bebas daripada segala pergelutan yang dialami.

Yujun menuruni tangga dengan membawa semua beg pakaiannya bersama. Dia juga sudah menghantar mesej kepada Seeun bahawa dia dalam perjalanan untuk pergi ke bilik sewa mereka. Seeun sudah lama sampai dan sekarang dia sedang mengemas apa yang patut.

Pintu utama rumah dibuka oleh seseorang dari luar. Yujun tidak memberikan sebarang reaksi selepas mendapati bahawa ibunya dan lelaki yang lebih dikenali sebagai ayah Yechan sudah pulang ke rumah. Satu tatapan tajam diberikan oleh Yujun.

"Kamu nak ke mana dengan bawa beg banyak-banyak ni?" soal Puan Jung ingin tahu. Namun Yujun seperti mengendahkannya dan cuba untuk keluar dari rumah.

Namun niatnya itu terhalang sebaik sahaja Puan Jung sempat menangkap tangan Yujun.

"Tunggu sekejap! Ibu belum habis lagi dengan kamu!" Puan Jung cuba untuk menghalang Yujun daripada keluar dari rumah.

"Ibu nak apa lagi?" jerkah Yujun. Terus dia menepis tangannya kasar.

"Jawab dulu soalan ibu kamu nak ke mana!"

"Saya nak lari dari rumah! Puas hati ibu?"

Puan Jung terperanjat selepas mendengar jawapan Yujun sebentar tadi. Rasa geram dalam hatinya mula membuak lalu dia pun menghayunkan tangannya tepat mengena pada pipi Yujun. Dia terkedu dengan perbuatan ibunya sebentar tadi.

"Kamu gila? Susah payah ibu besarkan kamu dan sekarang kamu nak lari? Kamu memang anak yang tak reti bersyukur!" Teriak Puan Jung. Tuan Lee cuba untuk menenangkan baran Puan Jung sebelum amarahnya tercetus lebih kuat.

Yujun menyentuh pipinya yang masih terasa pedih itu. Satu senyuman nipis terukir pada bibirnya. Tidak lama selepas itu dia tertawa seperti orang gila.

"Ya ibu! Saya memang anak yang tak reti bersyukur! Saya kan pembawa sial dalam keluarga ni! Kalau bukan disebabkan saya, ayah tak akan mati! Disebabkan saya juga, semua orang dalam kelas mula membenci pada saya! Sebab apa? Sebab jantan yang ibu bawa balik ni ayah kawan saya!"

Dengan lantang Yujun berkata membuatkan Tuan Lee terkejut. Puan Jung disebelahnya mula hairan.

"Ka-kamu kawan Yechan?" soal Tuan Lee tergagap. Yujun sekadar tersenyum.

"Bekas kawan, pakcik. Sekarang Yechan dah benci pada saya. Semuanya salah saya sebab tak reti jaga ibu saya ni sendiri."

Terkelu lidah mereka berdua mendengar jawapan Yujun tadi. Kedua-dua mata Yujun juga mula berkaca tetapi dia sedaya cuba menahan diri daripada menangis.

"Ibu sendiri tanya kan kenapa saya masih balik rumah sedangkan saya malu dengan sikap ibu. Sekarang saya dah buat keputusan, saya tak akan jejakkan kaki saya ke sini lagi. Ibu pergilah cari jantan yang boleh puaskan diri ibu. Saya malas nak ambil kisah lagi dah."

Tidak sempat untuk Puan Jung berkata, Yujun sudah pun keluar dari rumah dengan membawa semua begnya bersama. Suasana dalam rumah serta merta menjadi suram. Yujun sungguh kecewa dengan sikap ibunya itu.

Selepas ini, dia tidak akan kembali ke neraka itu lagi dah.

-----------------

Yujun tiba di bilik sewa mereka. Berulang-alik dia keluar masuk dari bilik untuk mengambil beg pakaiannya. Seeun yang perasan akan kehadiran kawan baiknya itu segera membantu Yujun mengangkat beg masuk ke dalam bilik.

"Lambat juga kau datang." Ujar Seeun. Dia perasan riak wajah Yujun agak sedikit muram.

Pasti baru bertengkar dengan ibunya tadi...

"Masa kau kemas beg kau dekat rumah tadi, ayah kau tak perasan kah?" soal Yujun. Dia agak terkejut kerana Seeun sampai lebih awal darinya.

"Masa tu ayah aku tak ada dekat rumah. Sebab itulah aku cepat sampai."

Yujun mengangguk kecil. Untunglah Seeun dapat lari dari rumah dengan aman. Bukan macam dia, asyik bergaduh dengan ibu sahaja. Namun syukurlah dia berjaya keluar daripada neraka tersebut. Selepas ini tidak perlu dia fikirkan perkara yang remeh lagi.

"Sini aku tolong kemaskan barang kau. Kau nampak penat." Seeun menawarkan diri untuk membantu Yujun tetapi tawaran dia ditolak lembut.

"Tak apa. Sepatutnya kau yang kena berehat, Seeun. Kau dah banyak kemas barang tadi."

Tiada sahutan yang dibalas. Seeun hanya akur sahaja dengan permintaan Yujun itu kerana tubuhnya mula terasa letih sekarang. Dia pun menuju ke katilnya dan mula baring. Sebelum dia melelapkan diri, dia sempat memberitahu Yujun terlebih dahulu.

"Aku tidur dulu ya."

"Okey, selamat malam."

Tidak sampai sesaat, Seeun sudah pun terbuai dalam mimpi. Kini hanya Yujun sahaja yang masih belum tidur walaupun hari sudah lewat malam. Dia perlu mengemas apa yang patut terlebih dahulu sebelum dia merehatkan diri bersama Seeun.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro