24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ayah! Hari ini hari jadi ibu jadi kita patut belikan hadiah!"

Seeun memberikan cadangan kepada Tuan Park. Memandangkan hari ini merupakan hari yang istimewa buat isterinya, maka Tuan Park pun menuruti permintaan anak lelakinya itu.

Mereka singgah ke sebuah pasar raya yang terdekat. Tuan Park memilih untuk membelikan seutas rantai emas sebagai hadiah hari jadi isterinya. Ia sangat bernilai dan bermakna buat mereka. Dia mahukan isterinya gembira dengan hadiah ini.

Selesai sahaja membuat pembayaran, mereka pun bergerak untuk pulang ke rumah. Seeun sudah tidak sabar untuk menyambut hari jadi ibunya di dalam rumah.

Namun, nasib tidaklah baik seperti yang disangka.

Apabila mereka tiba di rumah, mereka dikejutkan dengan keadaan rumah yang sangat bersepah dan kotor. Lebih teruk lagi, Tuan Park dan Seeun melihat jasad Puan Park tergantung di atas siling.

"I-IBU?"

"SAYANG? SAYANG!"

Hari yang sepatutnya menjadi hari yang gembira bertukar menjadi hari yang sangat mengerikan buat Seeun. Puan Park mati tepat pada hari jadinya kerana membunuh diri. Motif atas perbuatan dia itu masih lagi menjadi misteri. 

Sejak dari hari itu jugalah, kehidupan Seeun berubah serta merta.

--------------

"Seeun? Seeun!"

Seeun dikejutkan oleh seseorang. Apabila dia membuka matanya, dia terkejut melihat susuk tubuh Hyunwoo menghias pandangannya. Pandangan dia agak samar-samar dan dia tidak tahu di mana dia berada sekarang.

"A-aku kat mana?" Tanya Seeun perlahan.

"Kau di bilik rehat 10A. Tadi aku nampak kau pengsan dekat luar kedai jadi aku bawa ke sini," terang Hyunwoo lebar. Lalu dia menghulurkan secawan air kepada Seeun untuk dia minum.

Seeun cuba untuk bangun tetapi kepalanya masih terasa pening. Lalu dia melihat jam pada skrin telefon pintarnya.

Sudah pukul 6:45 petang... Pasti Yujun sudah pulang daripada sekolah dan bekerja di luar sekarang.

"Yujun ada kat luar?" Seeun bertanya lagi. Hyunwoo menggeleng kepala.

"Tak. Kalau ikut jadual, dia cuti hari ini. Kenapa? Kau nak aku panggil dia?"

Seeun membalas dengan gelengan kepala. Entah kenapa dia terasa tubuhnya sangat lemah sekarang. Selepas sahaja dia selesai sesi pengambaran di LAZY, dia terus rasa tidak sedap badan.

Mungkin tidak cukup rehat agaknya.

"Terima kasih sebab bawa aku ke sini... Aku perlu balik sekarang."

"Jangan paksa badan kau untuk bangun. Kau rehatlah dulu."

"Aku cuma tak selesa kat sini... Aku tak kenal kau tetapi kau kenal aku..."

Dengan jujur Seeun berkata. Dia hairan bagaimana Hyunwoo boleh mengenali namanya sedangkan mereka tidak pernah berbual langsung sebelum ini. Hyunwoo sekadar tersenyum senget.

"Bukankah kau yang selalu jadi model untuk jenama besar? Jadi selalu jugalah aku nampak gambar kau dekat poster." Beritahu Hyunwoo membuatkan Seeun menepuk dahinya.

Betul juga... Dia sendiri model jadi tidak hairanlah orang lain mengenalinya.

"Ya tak ya juga."

"Kalau kau risau Yujun seorang diri kat rumah, aku boleh sahaja suruh dia datang sini temankan kau." Hyunwoo memberikan cadangan. Tetapi Seeun menolak.

"Tak apa. Yujun mesti penat baru balik dari sekolah. Aku tak nak susahkan dia."

Suasana antara mereka mula menjadi kekok buat seketika. Posisi Seeun sudah berubah daripada baring menjadi duduk. Hyunwoo pula sedang leka melihat pemandangan yang indah dari luar tingkap.

"Mesti susah kan kau dengan Yujun sekarang." Kata-kata Hyunwoo tadi menaikan rasa hairan Seeun.

"Susah? Maksud kau?"

"Kau berdua sekarang tidak tinggal dalam rumah lagi. Jadi untuk menampung hidup, kau berdua sanggup mencari kerja walaupun masih bersekolah."

Seeun terkejut. Bagaimana Hyunwoo tahu tentang keadaan dia dan Yujun sekarang. Mungkinkah Yujun pernah menceritakan kepadanya? Tetapi itu mustahil... Yujun tidak suka kongsi masalah peribadinya melainkan dengan dia sahaja...

"Jangan hairan macam mana aku boleh tahu. Yujun sendiri tidak pernah cerita pada aku," tambah Hyunwoo lagi untuk menghilangkan rasa curiga Seeun.

"Tapi apa yang kau cakap memang betul pun. Aku dan Yujun lari dari rumah sebab tak tahan nak hadap perkara yang sama lagi dah. Yujun tak tahan bergaduh dengan ibunya sedangkan aku pula tak tahan dipukul oleh ayah aku sendiri..."

Seeun akhirnya membuka cerita membuatkan Hyunwoo terdiam seketika.

"Yujun hilang ayahnya sebab terlibat dalam kemalangan manakala aku pula hilang ibu aku sebab dia bunuh diri. Sampai sekarang aku langsung tak tahu kenapa ibu aku bunuh diri dulu..."

"Kau mungkin anggap masalah kitorang ni ringan tetapi sebenarnya tak. Selain daripada hilang kepercayaan daripada keluarga masing-masing, Yujun hilang kawan baiknya dan aku pula dibenci oleh semua orang. Aku bukanlah model yang baik bagi pandangan orang. Aku cuma sampah."

"Mungkin Yujun masih selamat sebab ibu dia tahu yang dia lari dari rumah. Tetapi aku tak, sekarang ayah aku tengah cari aku... Kemungkinan besar juga dia nak cuba untuk bunuh aku sebab aku lari dari rumah senyap-senyap. Boleh dikatakan nyawa aku sekarang dalam 50/50 sahaja..."

Hyunwoo terkaku seperti patung mendengar cerita yang disampaikan oleh Seeun tadi.

Dia tidak menyangka begitu teruk sekali masalah yanh dihadapi oleh mereka berdua sekarang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro