27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selesai sahaja bersarapan, Yujun pergi ke sekolah bersama Seeun. Jarak antara bilik sewa mereka dengan sekolah tidaklah terlalu jauh jadi mereka boleh sampai awal walaupun hanya dengan berjalan kaki.

Yujun membawa Seeun masuk ke dalam kelasnya untuk menunjukkan kesan contengan pada mejanya semalam. Seeun agak terkejut melihat meja Yujun sangat kotor. Bukan setakat dengan pen marker sahaja malah terdapat beberapa sampah yang berada di sekitar meja Yujun.

"Aku tak perasan pula ada sampah pada meja aku semalam." Ujar Yujun seraya mengutip semua sampah tersebut untuk dibuang ke dalam tong sampah.

Anak mata Seeun tidak beralih melihat permukaan meja Yujun. Lalu dia membaca beberapa perkataan yang kesat terdapat pada contengan tersebut.

ANAK SIAL!

PENAKUT! PENGECUT!

YUJUN BODOH!

KELUARLAH DARI KELAS NI!

Seeun menjadi geram membaca setiap perkataan tersebut. Lalu anak matanya beralih melihat semua rakan kelas Yujun yang sedang melakukan aktiviti masing-masing. Nampak sangat bahawa mereka palaukan Yujun.

"Jom keluar. Masih awal lagi ni," ajak Yujun. Seeun sekadar akur sahaja lalu membawa Yujun keluar dari kelas bersama.

"Yujun, kau dibuli kah dalam kelas?" tanya Seeun serius.

"Hmm aku tak pasti sama ada ia dalam kategori dibuli atau tak sebabnya mereka semua tak layan aku sekarang. Nak kata pukul secara fizikal atau diejek tu tak ada pula. Diorang cuma conteng meja aku sahaja..."

Dengan jujur Yujun berkata. Dia sendiri pun tidak pasti sama ada dia dibuli atau tidak. Seeun hanya mampu tersenyum kelat. Kepala kawannya itu diusap lembut.

"Itu pun dikira buli juga, Yujun."

"Yakah? Tak sangka pula..."

"Tak apa kau abaikan sahaja. Lagipun kau tidak berseorangan sebab kau ada aku."

Terukir senyuman lebar pada bibir Yujun. Ya, dia tidak akan berseorangan kerana Seeun sentiasa ada bersama dengannya!

Bertuah dia kerana berkawan dengan orang yang baik seperti Seeun.

"Seeun, itu pun kau."

Mereka berdua berpaling melihat pemilik suara yang mencari keberadaan Seeun. Kelihatan Hunter sedang berjalan menghampiri mereka.

"Oh, Yujun pun ada?" tegur Hunter. Yujun sekadar tersenyum sahaja.

"Kau cari aku kah?" tanya Seeun kepada Hunter.

"Yalah! Kau ingat aku tak bosan duduk dalam kelas seorang diri? Huh, mentang-mentanglah dah ada kawan baru."

Sindiran Hunter itu membuatkan Seeun tertawa kecil.

"Janganlah cemburu! Aku tak lupakan kau okey!"

"Aku bergurau sahaja. Anyway macam mana dengan kau hari ni, Yujun? Budak kelas kau ada buli kau tak?"

Hunter beralih bertanyakan soalan kepada Yujun.

"Hmm... Kalau setakat conteng meja tu aku rasa okey sahaja. Tetapi nasib baik bukan macam semalam," ujar Yujun. Hunter mengangguk setuju.

"Yalah. Semalam takut betul aku tengok kau tumbuk Yechan. Nasib sajalah cikgu tak perasan tentang pergaduhan semalam."

"Teruk sangatkah Yujun bergaduh semalam?" soal Seeun ingin tahu.

"Boleh tahan jugalah. Aku memang tak pernah sangka budak comel macam Yujun boleh tumbuk dengan kuat. Aku tak pastilah sama ada Yechan datang ke sekolah atau tak sebab muka dia habis luka disebabkan Yujun."

Seeun membuat muka terkejut. Dia tidak pernah melihat Yujun menumbuk di hadapannya. Boleh tahan dahsyat juga Yujun ni rupanya...

Yujun disebelahnya tersenyum sengih kerana malu selepas mendengar Hunter berkata begitu.

"Haih, Yechan tu dah lah pelajar model. Habis tercalar imej dia."

"Itulah. Aku secara jujurnya tak berapa suka jadi pelajar model dengan dia. Sejak kau keluar, aku dah tak rasa seronok setiap kali pengambaran."

Keluh Hunter. Seeun menjadi serba salah pula. Tetapi dia tetap enggan masuk menjadi pelajar model semula.

Tatkala mereka sedang leka bercakap, Yujun perasan bahawa Yechan sudah masuk ke dalam kelas. Terdapat beberapa pembalut luka berada pada wajah Yechan. Mungkin kerana kesan pergaduhan semalam.

Yujun pada mulanya malas untuk mengambil kisah dan ingin bercakap dengan Seeun lebih. Namun niatnya itu terbantut sebaik sahaja perasan akan Yechan sedang menghampirinya.

"Yujun, masuk kelas kejap. Ada benda aku nak bercakap dengan kau." Ujarnya membuatkan Yujun berasa pelik. Seeun lantas menyampuk.

"Kenapa? Kau masih tak puas hati lagi dengan Yujun kah?"

Yechan menatapnya tajam.

"Kau tak payah sibuklah. Ini hal aku dan Yujun sahaja."

"Well kitorang cuma risau kalau kau pergi gaduh dengan Yujun sahaja. Silap-silap tercalar nama kau sebagai pelajar model." Kata Hunter pula dengan nada yang tenang. Yechan memutarkan kedua bola matanya tanda malas untuk layan.

"Okey." Balas Yujun sepatah membuatkan Seeun dan Hunter terkejut sedikit.

"Kau berdua patut masuk kelas sekarang. Nanti kita jumpa di kafeteria rehat nanti."

Tambah Yujun lagi sebelum masuk ke kelas semula bersama Yechan. Seeun melepaskan keluhan kecil. Dia mula berasa sedikit risau terhadap Yujun.

"Tak apa. Mungkin diorang cuba nak berbaik sahaja." Ujar Hunter cuba menenangkan Seeun. Sesekali dia mengurut lembut belakang tengkuk Seeun.

Secara tidak sengaja, baju Seeun terselak sedikit menyebabkan Hunter dapat melihat jelas kesan luka dan parut yang berada pada belakang tengkuk Seeun. Dia terkaku.

'Jadi memang betul kata Yujun semalam...' bisiknya dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro