FINAL CHAPTER

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Park Seeun,

Kita sudah berkawan tidak sampai setahun. Selama kita berkawan, banyak perkara yang berlaku antara kita berdua.

Kita kenal tanpa diduga. Kalau bukan disebabkan aku yang tegur kau dulu, pasti kita tak akan menjadi rapat seperti ini.

Kau dan aku mempunyai banyak persamaan. Kita berdua juga menghadapi masalah yang sama. Aku selalu bergaduh dengan ibu aku dan kau pula selalu dipukul oleh ayah kau. Masing-masing mempunyai masalah peribadi tetapi tiada siapa yang mampu memahami selain kita sahaja.

Seeun, kau dah banyak tolong aku. Terlalu banyak kau tolong aku sampaikan aku sukar ungkapkan. Kau selalu ada ketika aku perlukan.

Kau lah tempat untuk aku berteduh, tempat untuk aku melepaskan rasa sedih aku, tempat untuk aku gembira, tempat untuk aku meluah dan sebagainya. Kau ibaratkan rumah untuk aku, Seeun.

Selama aku hidup, aku tak pernah mempunyai kawan yang sangat-sangat baik seperti kau. Aku tak faham mengapa semua orang membenci kau sedangkan kau memang seorang yang sangat baik?

Kau bukan setakat baik, kau memang hebat! Jadi model biarpun masih pelajar? Kau memang lain daripada lain! Aku kagum sangat!

Tetapi Seeun...

Aku kehilangan orang yang aku paling sayang di dunia ini. Mula-mula ayah aku meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan masa ambil aku dari sekolah, sekarang kau pula tinggalkan aku akibat dibunuh oleh ayah sendiri. Aku gagal selamatkan kau.

Kalaulah aku tahu perkara begitu akan berlaku, aku pasti akan bertindak cepat. Aku minta maaf atas kecuaian aku. Disebabkan aku, kau terbunuh.

Seeun, aku tak tahu macam mana lagi aku nak teruskan hidup tanpa kau. Aku sedar aku memang selalu bergantung pada kau. Aku tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Sungguh aku tak ada apa-apa sokongan lagi dah untuk teruskan hidup.

Kita berdua memang tidak akan dapat lari daripada neraka kita. Aku masih tak faham... Aku cuma nak kita berdua hidup aman tetapi kenapa perkara macam ni mesti berlaku?

Memang betul kah yang selama ini aku pembawa sial dalam hidup?

Seeun, aku tak tahu macam mana lagi aku patut katakan. Aku cuma nak kau tahu yang aku sangat-sangat gembira dan bersyukur sebab kenal kau dan anggap kau sebagai kawan aku.

Terima kasih sangat sebab sentiasa ada di sisi aku. Kau sentiasa tolong aku ketika aku dalam kesusahan. Tetapi sampai sekarang, aku masih tak dapat balas jasa baik kau itu.

Segala perbuatan kau terhadap aku akan aku ingat. Sampai akhir hayat, aku tak akan lupakan jasa baik kau.

Seeun, terima kasih untuk segala-galanya.

Aku tak nak hidup berseorangan lagi. Aku nak ikut kau...

Aku harap, kita berdua akan dapat kehidupan yang aman kelak.

Kau sentiasa ada dalam ingatan aku, Seeun.

Kau memang seorang sahabat yang baik...

-JUNG YUJUN-

TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro