BTD 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jongho mula menghampiri Yunho yang berada di hadapannya. Dia lihat Yunho berdiri kaku. Sah! Dia dalam keadaan tidak sedar diri. Tanpa dia membuang masa, dia terus mulakan permainan yang terakhir.

"Hyung, ni aku, Jongho. Hyung dapat dengar tak suara aku ni?"

Tanya Jongho namun tiada sebarang apa-apa balasan daripada Yunho. Dia mengeluh. Lalu dia menyambung kata-katanya tadi.

"Aku tahu hyung dalam keadaan yang tak sedar diri. Apa-apapun, aku akan bersikap jujur kat kau!" keras Jongho.

"Sebenarnya apa yang hyung buat ni sememangnya teruk sebab hyung ikut San hyung ke sini! Hyung tahu tak yang kat sini meragut nyawa hyung? Jongho kat sini pun hampir mati tahu tak!"

"Tapi aku selamat! Sebab apa? Sebab nak selamatkan kau! Kalau nak diikutkan asal nak jer aku biarkan kau mati! Tapi aku tak tergamak nak buat hyung macam tu. Sebab hyung kawan aku."

"Aku tahu kau mesti rasa pelik. Kenapa aku mesti kena selamatkan kau dan bukannya Seonghwa hyung? Jujur aku sendiri pun tak tahu. Mungkin ni kot sebabnya, aku dapat jujur perasaan aku kat kau selama ni."

"Hyung tahu kan yang kita ni selalu bergaduh fasal hal kecil. Hahahaha! Hal remeh pun nak dibesarkan. Macam budak kecil jer kita ni. Lagipun kita ni taklah rapat mana kan? Makanan, baju, air, semuanya kita berebut. Tak pernah sehari kalau tak berebut."

Luah Jongho lebar. Entah kenapa tiba-tiba hatinya berasa sebak pula melihat Yunho tiada reaksi begitu. Dia terus menyambung kata-katanya tadi.

"Yunho hyung, walaupun kita tak rapat sangat, aku masih lagi sayangkan hyung! Aku anggap hyung macam abang aku sendiri! Aku tak nak tengok hyung macam ni lagi! Aku nak bermain dengan hyung macam dulu!"

Jongho terus memeluk Yunho dengan erat. Entah mengapa dia berasa sedih sangat sekarang ini. Mungkin kerana dia amat rindukan Yunho.

Pisau dari genggaman Yunho tadi mula terlepas. Yunho membalas balik pelukkan Jongho.

"Hyung..." ucap Jongho perlahan.

"Hyung nak minta maaf sebab selalu bergaduh dengan kau. Hyung dah dengar semua kata-kata kau tadi. Gomawo sebab selamatkan hyung"

Kata Yunho dengan suara yang serak. Jongho sekadar angguk. Dia memeluk Yunho dengan erat lagi.

Roh yang melihat situasi mereka berdua itu hanya tersenyum. Lalu dia membuat pengumuman.

"Choi Jongho dan Jeong Yunho selamat."

•••••

Hongjoong dari tadi berkata-kata kepada Mingi yang masih lagi berdiri kaku dihadapannya. Dia mengeluh kerana Mingi masih lagi belum sedar.

"Mingi ya, macam manalah kau boleh terjebak dalam ni? Kau ni dah lah penakut. Lepas tu nak juga kau paksa diri kau tu."

"Kalau aku jadi kau, memang aku tak nak datang sini langsung. Tapi, disebabkan aku sayang kau, aku dengan relanya datang untuk selamatkan kau."

Kata Hongjoong. Namun Mingi masih tidak memberikan apa-apa balasan.

"Aku tahu. Kau sekarang dalam keadaan tak sedar diri. Tapi, hyung kena jujur dengan kau juga sebab ini adalah permainan terakhir. Permainan yang mana aku dapat selamatkan kau."

"Aku tak tahu nak kata apa tapi aku nak minta maaf sangat-sangat sebab dulu aku asyik sibuk dengan kerja sampaikan tak layan kau langsung. Nak tengokkan line kau aku suruh Yunho dengan Jongho tolong."

"Kau pun banyak tolong hyung bila hyung dalam masalah. Tapi itulah, aku tak perasan. Rasa betapa teruknya aku tak layan kau sangat dulu."

Kata-kata Hongjoong tiba-tiba terhenti apabila dia ternampak tangan Mingi mula bergerak sedikit. Benda tajam yang berada di tangannya tadi terjatuh dari lantai. Hongjoong tergamam sedikit.

"Hongjoong hyung... Gomapta."

Hongjoong hanya tersenyum manis kearah Mingi. Dia berasa sangat lega kerana Mingi sudah kembali kepada yang asal. Lalu dia memeluk Mingi dengan erat.

Begitu juga dengan Mingi. Dia membalas pelukkan Hongjoong. Roh yang melihat mereka berdua dari jauh itu hanya tersenyum nipis sebelum membuat pengumuman.

"Kim Hongjoong dan Song Mingi selamat."

•••••

Yeosang masih lagi belum mulakan percakapannya. Entah mengapa mulutnya terasa berat untuk berkata sesuatu kepada Wooyoung yang kini berada di hadapannya.

Dia tahu yang sudah pastinya Wooyoung tidak akan mendengar kata-katanya. Namun, mahu tak mahu dia terpaksa bercakap juga supaya Wooyoung selamat.

"Kau tahu yang aku ni sebenarnya tak suka benda mengarut ni. Mesti kau tertanya kenapa aku datang ke sini dan ada kat depan kau sekarang ni?"

Teka Yeosang namun Wooyoung tidak membalas apa-apa. Dia mengeluh sebelum menyambung.

"Haih...aku kesini sebab nak selamatkan kau, lembab. Sepatutnya kalau boleh aku tak nak sebab aku tak suka pergi tempat macam ni. Aku tahu, kau datang sini pun sebab ikut San dan kau tak kisah pun fasal aku sekarang."

"Aku ni pun bodoh sebab aku selamatkan orang yang tak kisahkan fasal aku sekarang. Jujur aku tak pernah terfikir pun ni akan berlaku. Aku rasa ni semua macam mimpi ngeri. Loket gambar kau dengan San ni aku terjumpa masa aku datang kesini."

"Aku ingatkan nak bagi kat kau semula lepas tamat permainan ni. Tapi... aku mula tersedar bila permainan ni habis... kau akan layan aku lagi ke?"

Kata-kata Yeosang mula terhenti. Hatinya mula berasa sedih dan air matanya mula mengalir membasahi pipinya.

"A-aku tak nak kehilangan kau. Aku rindu sangat kita yang dulu. Selalu main sama-sama, tidur sama-sama, jalan sama-sama. Semuanya bersama. Tapi, ke-kenapa sekarang dah tak?"

"Kau asyik bersama dengan San. Menari, buat vlive, pergi sekolah semuanya dengan San. Kalau dengan aku, kau macam nak tak nak jer. Kau tak tahu betapa sedihnya aku bila kau layan aku macam tu!"

"Aku selalu luah dengan Jongho dan Seonghwa hyung fasal kau! Aku jujur dengan kau, aku cemburu tahu tak?! Kau bukan Wooyoung yang aku kenal dulu!"

"Gambar kau dalam loket ni buat aku terasa sakit hati! Aku bukan tak suka bila kau dengan San, cuma kalau boleh janganlah sampai buat yang kau ni tak kenal aku! Aku sayangkan kau, Wooyoung! Aku tak nak kau berubah!"

"AKU NAK KAU YANG DULU!!"

Luah Yeosang sepuasnya sambil menangis teresak-esak. Dia terduduk lalu menutup mukanya dengan topi. Jongho, Mingi, Yunho dan Hongjoong melihat Yeosang dari jauh dengan penuh simpati.

Sungguh mereka berasa kasihan dengan Yeosang. Lebih-lebih lagi Jongho kerana dialah tahu apa perasaan Yeosang terhadapa Wooyoung sekarang.

Sedang Yeosang menangis sepuas-puasnya, topinya diambil oleh seseorang. Yeosang terus mendongak kepalanya untuk melihat.

Disitu terpaparlah wajah Wooyoung yang kini beradanya sambil tersenyum tawar. Lalu dia mula memeluk Yeosang dengan erat membuatkan Yeosang terkedu sedikit.

"Mianhae, Sang... Jinjja mianhae."

"Aku tak tahu langsung selama ni kau risau fasal aku. Aku langsung tak faham perasaan kau. Mianhae..."

Ucap Wooyoung membuatkan Yeosang semakin sebak. Lalu dia membalas pelukkan Wooyoung dengan lebih erat.

"Wooyoung ahh..."

"Kang Yeosang dan Jung Wooyoung selamat."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro