BAB 14 - Memori Indah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Apakah kau cuba,
untuk menafikan,
keihlasan hatiku,
padamu,
bertapa ku mencuba,
mendapatlan secebis,
kasihmu..

🍁🍁🍁

Pemberitahuan :
Jangan mainkan lagu di atas sehingga diberitahu. Enjoy the scene alls my readers❤️😘

"Abang! cepatlah, semalam kata nak pergi jalan-jalan?" kata Fang. Tidak sabar mahu menghabiskan masa bersama Kaizo.

Manakan tidak. Hanya di waktu hujung minggu sahaja dia dapat meluangkan masa dengan abangnya. Terkadang hujung minggu Fang diisi dengan aktiviti lain kerana abangnya terlalu sibuk.

Namun, semalam entah mengapa Kaizo tiba-tiba sahaja mengajaknya pergi ke Taman Tema Pulau Rintis. Fang gembira bukan kepalang apabila abangnya mengajak dirinya ke Taman Tema Pulau Rintis.

"Ye, abang dah siap ni. Jom" ujar Kaizo yang muncul dari belakang Fang.

Kasut yang berjenama Nike dicapai lalu disarungkan ke kaki. Setelah itu pintu rumah dikunci rapat. Barulah Kaizo mengorak langkah ke Honda Civic miliknya.

"Tak sabar betul, bukannya lari pun Taman Tema tu" perli Kaizo.

Fang tergelak kecil.

"Ala, bukan selalu pun kita luang masa bersama" balas Fang.

Kaizo senyum kecil. Kepala Fang diusap sayang.

"Maaflah ye, abang sibuk lakukan sesuatu kebelakangan ni sampai abaikan Fang" ujar Kaizo.

Fang mengangguk faham. Dia tidak kisah pun. Asalkan dapat bersama abangnya. Itu sudah memadai bagi Fang.

"Adik nak main apa dekat sana nanti?" soal Kaizo. Matanya masih fokus kepada pemanduan.

Fang diam. Berfikir sejenak. Sejujurnya, inilah pertama kali dia pergi ke Taman Tema yang dianjurkan oleh Pulau Rintis. Jadi, dia tidak tahu sangat soal permainan atau aktiviti yang dianjurkan di Taman Tema tersebut.

"Adik tak tahu lagi. Apa yang best dekat Taman Teman tu?" soal Fang balik.

Kaizo senyum kecil.

"Macam-macam ada. Abang ajak adik sebab malam ni ada pertunjukkan bunga api. Kan dah lama kita tak tengok bunga api" jelas Kaizo asal tujuan dia mengajak Fang ke Taman Tema yang dianjurkan oleh Pulau Rintis.

"Wah! tak sabarnya!" jawab Fang teruja. Bunga api adalah kesukaannya.

Kerana bagi Fang simbol bunga api menunjukkan kecerian di dalam hidup. Sebab apa? sebab bunga api berwarna-warni dan setiap warna membawa maksud yang berbeza. Itulah sebab mengapa dia menyukai bunga api.

Kaizo gelak kecil saat melihat reaksi yang diberi oleh adiknya.

🍁🍁🍁

TAMAN TEMA PULAU
RINTIS.

Setelah hampir satu jam mencari parking. Akhirnya Kaizo menjumpai tempat yang sesuai untuk memarking Honda Civicnya.

"Ok jom turun" kata Kaizo.

Fang mengangguk lalu turun dari perut Honda Civic milik Kaizo. Begitu juga Kaizo.

Tangan Fang dicapai lalu dipegang erat. Fang gelak kecil.

"Nanti hilang susah, dahlah pendek" usik Kaizo sambil tertawa lapang.

Fang menjengkelkan matanya saat mendengar usikkan dari abangnya.

"Abang ni, sengaja je kan!" jawab Fang geram. Kedua pipinya digembungkan comel.

Kaizo gelak kecil.

"Jom, kita pergi main smua yang ada dalam ni ok" ujar Kaizo lalu menarik tangan adiknya masuk ke dalan Taman Tema tersebut.

Fang hanya mengikut sahaja. Tidak pernah dia melihat Kaizo begitu teruja seperti ini.

'Harap firasat ni salah' desis Fang.

🍁🍁🍁

Mainkan lagu di atas..

Pelbagai permainan Fang dan Kaizo mencuba. Mula-mula mereka bermain roller coaster.

Seterusnya, mereka mencuba memasuki rumah hantu. Mesikpun Kaizo penakut. Namun, demi Fang dia sanggup masuk ke dalam rumah hantu itu.

Setelah mencuba di rumah hantu. Kaizo dan Fang mencuba bermain perang di satu tempat di taman tersebut.

Fang gembira bukan main lagi. Kaizo gelak kecil melihat telatah adiknya. Segala kemahuan Fang diturutkan.

Banyak juga hadiah dari hasil permainan dikumpulkan oleh Fang. Ada juga hadiah yang diperolehi oleh Kaizo semasa mencuba permainan di Taman Tema itu, tetapi semua itu diserah kepada Fang.

"Lapar lah" rungut Fang setelah hampir seharian dia mencuba pelbagai permainan yang ada di Taman Tema tersebut.

Baru kini dia terasa lapar. Perutnya sudah mendendangkan lagu kita masih disini mintak di isi. [Macam pantun lak😂].

Kaizo senyum nipis saat mendegar rungutan adiknya. Kepala Fang diusap lembut. Kasihan.

"Adik nak makan apa?" soal Kaizo. Sesekali kedua matanya mencari tempat menjual makanan.

"Donut lobak merah" jawab Fang.

Kaizo mengangguk.

"Jom kita cari sama-sama" balas Kaizo pula.

"Ok"

🍁🍁🍁

Setelah selesai membeli donut dan sup lobak merah. Fang dengan Kaizo duduk di bangku yang disediakan lalu makan makanan yang dibeli oleh mereka.

Namun, Kaizo tidak terasa lapar. malah matanya galak memandang Fang yang sedang enak menjamu selera.

Satu senyuman nipis terukir. Dia mahu menatap wajah ini puas-puas, dia mahu menghabiskan masa yang tersisa sebaik mungkin. Demi Fang dia sanggup. Dia sanggup beri apa sahaja.

'Maafkan abang tak akan ada di samping adik selalu, maaf sebab mungkir janji' detik hati Kaizo.

Dia tidak sanggup melihat Fang menanggung kesakitan. Kalau boleh dipindahkan sakit Fang. Dialah orang pertama yang akan menjadi sukarela. Namun, sayangnya penyakit tidak boleh dipindahkan.

"Abang!" jerit Fang geram. Ini sudah kali keempat dia memanggil Kaizo namun tiada sahutan.

Kaizo tersentak. Wajah Fang dipandang bigung.

"Kenapa?" soal Kaizo pelik.

"Abang tu kenapa, adik panggil bukannya nak dengar, ingat makwe dia lah tu" perli Fang. Satu jelingan diberi. Geram tahu!.

Kaizo gelak kecil. Marah sangat ni.

"Alahai, mana adalah.. Jealous lah tu" jawab Kaizo. Sengaja mengusik Fang. Bukannya dia tidak tahu Fang bagaimana.

"Ish abang ni!" ucap Fang geram. Tahu sangat abangnya itu suka mengusik.

"Makan cepat, kita nak pergi tngok bunga api lagi ni" ujar Kaizo.

"Yela" jawab Fang akur.

Kaizo mengusap lembut pipi Fang. Dia pasti akan rindukan memori ini.

"Abang tak nak makan?" soal Fang.

Kaizo geleng kecil.

"Adik makanlah, abang dah kenyang" jawab Kaizo.

🍁🍁🍁

T

epat pukul 12 tengah malam. Bunyi letupan bunga api menghias dada langit. Fang dan Kaizo terpana seketika.

Cantik..

Sangat..

Ahh kembang api,
dilangit malam indah,
namun menyakitkan,

Ahh angin pun berhembus,
dari waktu ke waktu..

"Cantiknya" kata Fang teruja.

Kaizo senyum nipis.

"Fang, abang sayang kau sangat" ucap Kaizo dengan maksud yang mendalam.

Fang senyum kecil.

"Adik pun sayang abang" balas Fang pula.

Kaizo diam. Tangan adiknya dipegang erat.

"Fang, maaf kerana sempat menciptakan sedikit memori yang indah untuk kita berdua. Abang harap kau akan sentiasa mengingati memori indah ni Fang.." - Kapten Kaizo.

TBC..

Hye minna,
selamat pagi,
mohon abaikan segala typo,
vote jika best and komeb bila perlu.

Done for this chapter.
Maaf andai hambar. Nanti Rai cuba lagi.

So, macam mana? dah ready untuk 2 bab akhir?😏 anyway, macam mana chapter ni? best ke tak?!😂

Spam comment and keep voting guys!.

Nantikan chapter yang seterusnya! Apapun enjoy reading!😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro