A - 03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hadiah terakhir daripada aku."

▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆

"Yoongi!" jeritku sambil menutup mulut tidak percaya apa yang aku nampak ketika ini.

Kelam-kabut gadis yang bersamanya di atas katil segera turun apabila kelibat aku muncul di bilik tidur.

Juraian air mata aku kini abaikan. Apa yang aku kisahkan sekarang adalah Yoongi dan gadis kacukan itu.

Baru sahaja gadis itu mahu meluru ke luar, aku menahannya.

"Kau nak pergi mana?"

"Maaf-- kan saya." ujar gadis itu.

"Sayang, a-aku-" tangan aku dipegangnya namun laju aku tepis.

"Jangan sentuh aku." mata mencerlung figura yang berdiri statik di hadapan aku.

"Min- apa yang kau nampak tak sama dengan apa yang kau fikir, sayang." jelasnya ringkas tapi cukup untuk buatkan hati aku sakit.

Tak seperti apa yang aku nampak? Habis tu apa yang mereka buat? Cuma bermanja di atas katil?

"Enough, Yoongi. Saya tak bodoh dan saya tak buta. Saya nampak. You're going have a sex with her." jelasku dengan linangan air mata.

"T-tak. It's not what you think, baby. I'm-" jawabnya gugup.

"Saya kata cukup Yoongi! Saya tak percaya! Apa yang awak tak faham?!" jerkahku dan terhinjut bahu Yoongi termasuk gadis yang berada di belakangnya.

"Saya nak awak ceraikan saya, sekarang." kataku tanpa sebarang nada.

Ini bukan kali pertama Yoongi berperangai sebegini. Sudah lama cuma aku diamkan sahaja.

Sakit hati aku sudah tidak tertanggung. Jika benar dia sudah tidak cintakan aku, aku rela untuk lepaskan dia pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro