D - 05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hadiah terakhir daripada aku."

▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆

Lepas bersarapan, aku rehatkan diri di dalam bilik.

Yoongi? Sudah balik rasanya lepas sarapan tadi. Muram saja mukanya lepas aku menolak pelawaannya untuk keluar bersiar - siar.

"Min..." panggil seseorang sambil mengetuk pintu bilik aku.

Dengan langkah yang malas, aku buka pintu dan terpampang jelas muka putih pucat Yoongi.

Aku lepaskan keluhan. Aku ingatkan dia sudah balik rupanya belum.

"Jom temankan aku bual dekat ruang tamu." pintanya dan aku hanya menurut.

Lagipun berbual saja. Bukan buat benda tak senonoh. Itu juga termasuk dalam permintaan bodoh dia.

Berbual ? Aku tak rasa dia sekadar mahu berbual jika ruang tamu aku sudah dihiasi dengan chandelier kegemaran aku.

"Kau suka?" soalnya seraya memandang aku yang diam tidak berkutik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro