01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Crazy Neighbour • jjk

01

A/N: Sambungan terus daripada prolog ya. Mohon baca prolog dulu.

Pertemuan Pertama

Park Young Mi merenung bekas tteoboki pedas yang sudah berbasuh di atas meja. Tangannya perlahan-lahan mengelap bekas tersebut agar ianya cepat kering.

Sambil menyelam minum air, mulut Young Mi juga tidak henti mengutuk perilaku tidak senonoh jiran barunya itu.

"Dah la pengotor. Korek hidung je kerjanya. Hobi sendiri pun mengarut. Serious lah muka dah kacak, tapi otak tak betul."

Hari yang tidak disukainya sudah kunjung tiba. Hari itu menandakan hari pertemuan pertama secara rasmi Park Young Mi dan Jeon Jungkook.

Ketukan bertalu-talu dari luar rumah menyedarkan gadis itu daripada mengelamun panjang.

"Datang dah jeon jebon ni."

---
Aku memerhati tubuh badan milik Jungkook bermula dari atas ke bawah. Riak wajahnya tampak malas dan lelaki ini masih lengkap berpakaian tidur.

"Siapa ajak kau datang sini?"soalku penuh sopan. Dalam hati, aku sudah merungut kegeraman.

Jungkook memaut bahuku. Sekali percubaan sahaja, kedua-dua tangannya menolak badanku masuk ke dalam rumah.

"Punggung aku yang gedik nak pergi ke rumah kau. Tunggu apa lagi, tetamu diraja kau dah datang. Perut kosong ini perlukan makanan. Ppali-wa(cepatlah)."ujar Jungkook tanpa perasaan malu.

Jeon Jungkook membaringkan badannya di sofa panjang yang terletak di ruang tamu. Belum sempat aku membebel lagi, mulut lelaki itu sudah melopong luas.

Kelopak matanya terpejam sepantas kilat. Amboi, sedapnya tidur atas sofa aku.

Mataku menjeling tajam ke arah susuk tubuh jiran baruku yang sudah hanyut dilamun mimpi itu.

-TBC-

A/N:

Sepatutnya saya update semalam. Tapi, saya agak busy.

Semoga menyukainya.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro