23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Crazy Neighbour • jjk

[Had Umur: 15 Tahun]

Jeon Jungkook diserang lautan cemburu yang sangat kritikal. Segala gerak-geri Young Mi diperhatikan seperti seekor singa lapar.

Lama betul urusan perjanjian dengan Jimin La Senza hendak tamat. Sudah berakar punggung anak Jeon yang tetap setia menunggu layanan isterinya.

"Tandatanganlah cepat perjanjian tu. Aku nak berdua-duaan bersama Young Mi. Apa bontot gebu kau dah dilekat gam UHU sampai kau tak nak blah dari pejabat daku?"suara Jungkook lantang bermain kata-kata.

Young Mi menghantar renungan tajam tatkala iris mata mereka berdua bertemu. Tak puas garu punggung di rumah, tabiat Jungkook berlarutan di bilik mesyuarat.

"Sabar Mr J. Saya ada satu helai kertas lagi nak serahkan kepada Encik Jimen La Senza. Iyakan Jimen?"ujar Young Mi sambil matanya meminta jawapan sokongan daripada model boxer terlajak laris itu.

Jimen sempat flip hair . Tindakan tak senonoh Jungkook menyebabkan posisi duduk lelaki itu tidak tenteram.

"Ya. Selesai semua ini, saya bawa bontot saya keluar dari bilik Mr J. Sabar. Bini kau ada je depan mata. Kawal sikit miang kau."sinis Jimen melontarkan perlian pedas kepada majikannya.

Perangai miang dan gila Jungkook kadang-kadang agak merungsingkan seketul Jimen. Tapi, dia kekal setia menjadi model syarikat lelaki itu.

Lagipun bayaran yang ditawarkan oleh Jeon bukannya beshe-beshe . Tebal poket model ini setiap bulan.

"Yes!"sorak Jungkook dalam nada riang. Dia pantas bangun. Pemergian Jimen La Senza dipercepatkan lagi. Susuk tubuh Jimen mulai menghilang dari pandangan anak mata.

"Young Mi..grrr."ngauman bapak singa miang keladi ini menegakkan bulu roma Young Mi. Tangannya kalut memasukkan surat-surat perjanjian ke dalam satu fail berwarna biru muda.

Langit yang gelap. Hujan rintik turun membasahi bumi. Titis-titis hujan kelihatan di luar cermin bilik mesyuarat itu.

Cuaca yang redup dan menenangkan itu langsung tidak memberi kesan apa-apa kepada Young Mi. Jungkook sudah melangkah ke tahap seterusnya.

"Hujan-hujan ni seronok. Rasa tenang dan selesa nak berdua-duaan dengan kau."

Jungkook kunci pergerakan Young Mi di kerusi pejabat itu. Sebelah tangannya dibawa ke kolar leher.

Tie merah gelap itu dilonggarkan untuk memberi ruang bernafas dengan lancar. Dua butang paling atas sudah siap ditanggalkan.

"Aku mengidam kau."ringkas luahan hati Mr J.

Jungkook hapuskan kedudukan wajah dia dan Young Mi sehingga hidung mereka berlaga antara satu sama lain.

Hembusan nafas hangat Jungkook menyedarkan Young Mi daripada terus hanyut.

"Pintu tak kunci, Jeon. Jangan melebih."tegas amaran Young Mi. Jungkook spontan menghamburkan gelak tawa kecil.

"Aku dah minta bodyguard aku kawal pintu. Jadi, kita habiskan masa di sini. Aku dan kau. Alone time."

Aku sukar untuk bernafas dengan tenang kerana jari-jemari lelaki itu merayap ke belakang tubuhku. Bibirnya meninggalkan kesan di serata wajah sebelum destinasi terakhir iaitu bibirku menjadi mangsa terkamannya.

"I love you Jeon Jungkook. I-i love.."

Aku sudah tidak mampu mengungkapkan kata-kata. Aku hanya melihat satu euphoria yang terhidang di hadapan mata bersama gerak badan masing-masing yang saling memberi sentuhan tindak balas membahagiakan.

-tbc-

A/N:

Adakah .....korang suka?

Hahahahahahahaha

Jap nak update lagi?

Letakkan komen korang tentang keunikan cerita ini. I just want to know ,❤

Jemput juga baca karya baru saya

"Inspektor Jeon"

Jemput singgah nanti :)))


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro