five 🍯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

enjoy reading ! 

.
.

"Ugh," desis Junghae perlahan usai tersedar dari pengsannya. Kepalanya yang masih sakit dipicit perlahan. Susuk tubuh Hwamin yang berada disebalik kain putih dipandang.

"Okay, terima kasih doktor." ucap Hwamin. Setelah itu, katil yang menempatkan Junghae menjadi tujuan . Muka cemberut ditayang pada kawan baiknya itu .

"Kenapa dengan aku , Min?" soal Junghae sambil pandang Hwamin yang labuhkan punggung di sisi katil .

"Kau rasa kenapa kau terbaring dekat bilik rawatan ni ? Kau ni sakit apa sebenarnya ? Minggu lepas pun macam ni jugak." kata Hwamin seraya menuang segelas air untuk Junghae .

"Kalau aku tahu aku tak tanyalah sengal . Sakit kepala biasa je ni . Macamlah kau tak biasa sakit kepala." balas Junghae lantas mengambil huluran gelas pada Hwamin .

"Memanglah tapi kau tu kerap sangat . Si beku tu pulak suka hati je suruh kau berjemur tengah panas . Dia berteduh bawah bumbung macam intan payung ei otak dia!"

"Alolo, risaukan aku lah tu. Aku okay jelah. Pening je pun bukannya nak mati lagi pun. Aku belum kahwin lagi dengan Yoongi sunbae." ujar Junghae diselangi gelak tawanya . Hwamin mendengus kasar . Orang tengah cakap pasal dia, boleh pulak dia selamba tukar topik pasal Yoongi .

"Cakap pasal Yoongi , tadi siapa yang angkat aku ke bilik ni?" wajah kawan baiknya dipandang . Hwamin tayang muka tak tahu .

"Takkanlah Yoon—gi sunbae?" tebak Junghae teruja . Nadanya naik seoktaf dek teruja yang amat . Hati melonjak gembira tak terkata .

"Dalam kepala kau ni memang ada Yoongi je ke ? Kau ingat dia nak ke angkat kau yang berat macam bapak gajah ni ? Kim Taehyung yang angkat tau ! Siap bridal style lagi . Yoongi tu tahu tercegat je dekat sebelah." bebel Hwamin panjang . Geram jugaklah dia bila dapat tahu Yoongi yang denda kawan baiknya itu sampai pengsan dibuatnya .

Sementara Junghae dah tahan malu bila dengar Taehyung yang angkat dia tadi . Kenapa Kim Taehyung ?!

☆☆☆

Yoongi kemaskan buku dan masukkan dalam beg. Setengah lagi tinggal di bawah meja. Botol mineral yang sudah kosong isinya dibaling ke tong sampah.

Tepat balingan yang dilakukan, budak lelaki itu tersenyum bangga. Well, pemain basketball. Column tiga mata pun dia dapat skor.

"Heh, bangga sorang diri lagilah tu." ujar Jungkook yang sudah berada di pintu kelas. Taehyung juga berdecit sambil gulingkan mata ke atas . Dah biasa dengan perangai riak kawannya yang sorang itu .

"Biarlah . Ni nak lepak bilik ke nak makan dulu ni?" soal Yoongi serentak kaki berjalan mengiringi kawannya yang berada di depan . Yoongi pandang Taehyung , Taehyung pandang Jungkook , Jungkook pandang Yoongi . Yoongi  pandang jam tangan .

2.34 p.m.

"Lepak dululah . Aku kenyang lagi." putus Yoongi dan mereka berdua hanya mengangguk bersetuju .

"Yoongi , aku dengar budak Junghae tu pengsan tengah padang . Betul ke?" soal Jungkook seraya menjungkit kening memandang Yoongi di sisi kanan .

Yoongi berdecit perlahan . Pengsan je pun . Bukan mati lagi pun kan ?

Taehyung turut tanya soalan yang sama semasa dalam kelas tapi tak pula budak lelaki itu menjawab. Lagipun Jungkook juga yang suruh dia beri denda kaw punya dekat budak Junghae.

Kalau budak tu tak serik juga, tahulah dia nanti.

"Tulah . Kau dah dera dia lepastu kau biar je dia terbaring tengah padang dengan Kwonhee . Nasiblah aku ada , kalau tak mati budak tu tau!" balas Taehyung pula . Geram dengan Yoongi sebab biarkan saja Junghae itu terbaring tanpa menolong .

"Chill lah . Bukan salah aku okay ? Salahkan stamina badan dia yang tak berapa nak kuat tu . Aku tengok Kwonhee tu elok je kena berjemur tengah padang . Dia je yang over." balas Yoongi menyampah . Tak habis - habis nak sebelahkan Junghae tu .

"Duh kau ni . Kalau ya pun nak denda , cubalah berlembut sikit . Diorang tu perempuan kot . Memanglah aku suruh bagi yang kaw kaw punya tapi ni boleh mudaratkan kesihatan diorang . Kau takpelah berteduh bawah bumbung." balas Jungkook pula sedikit tak berpuas hati .

"Patutlah saem Hyun beria - ia letak Jungkook dekat bahagian denda . Kalau kau yang ambil alih denda aku rasa bilik rawatan tu penuh setiap hari." ujar Taehyung lantas dipersetujui oleh Jungkook .

Baru saja hendak melangkah ke dalam bilik , nama Yoongi dilaung kuat buatkan mereka bertiga kelam - kabut masuk ke dalam bilik displin .

"Peminat fanatik kau dah sampai . Aku doa kau berjaya lepaskan diri dari dia . Kitorang cau luh!" kata Jungkook lalu loloskan diri bersama Taehyung ke dalam bilik . Yoongi mendengus kasar bila terasa tangannya ditarik dari belakang .

Yoongi menahan nafas bila budak perempuan bernama Daeryu itu datang mendekat . Bau minyak dia boleh buat orang pengsan . Sumpah tak tipu . Agaknya sehari tu sebotol minyak wangi habis diguna .

"Yoongi sunbaenim ! Jom makan tengahari . Ryu belanja!" tawarnya dengan suara manja lagikan gedik di pendengaran Yoongi . Yoongi pandang budak perempuan tu tajam dan gelengkan kepala tanda tak mahu .

Daeryu pulak dah hentak - hentak kaki tanda protes . Nak jugak Yoongi ikut dia ke kantin sebab ada Junghae . Sengaja nak api - apikan Junghae yang memang dah anti dengannya .

"Sunbaenim , jomlah . Penat saya tunggu sunbae dari rehat tadi tapi sunbae takde pun dekat kantin . Kali ni je." rayunya sambil raih lengan Yoongi namun budak lelaki itu kasar saja menepis . 

"Pergi baliklah . Aku ada kerja penting dari ikut kau makan." balas Yoongi lalu loloskan diri masuk ke dalam bilik dan segera mengunci pintu .

Kang tak pepasal Daeryu terjah masuk bilik . Menjerit pulak dua malaun dekat dalam japgi . 

"Sunbae!" jeritan Daeryu bak angin sepoi sepoi bahasa . Yoongi melangkah ke dalam bilik dimana tempat mereka bertiga melepak tanpa hiraukan jeritan itu .

Budak perempuan itu mendengus geram bila rancangannya untuk cemburukan Junghae yang berada di kantin gagal.

Itulah bak kata Junghae , buat jahat jangan sekali . Tapi berkali-kali .

— tbc

huwaa thanks sebab baca ♡ cerita paling noob paling hambar paling keling paling minta penampar paling penting story yang saya sayang ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro